Thursday, December 29, 2011

kunfayakun!

masa sekolah rendah, ada seorang guru sains kegemaran saya. cikgu noridawati namanya. saya mula belajar sains dengan cikgu norida masa darjah 5, sementelah darjah 4 itu tak pernah ada dalam kamus kenangan saya. cee cee. dah tentulah saya tak merasa darjah 4, sebab saya dah langkau kelas dari darjah 3 ke darjah 5.

mula darjah 5, saya kenal kawan-kawan baru. semua muka asing. semua kawan pun layan saya macam budak-budak sebab kata mereka, saya ni kecik (muda) dari mereka. dah la kecik, tiba-tiba menyibuk masuk kelas orang.

masa awal-awal darjah 5, memang agak tertekan sebab saya rasa sayalah murid paling tak cerdik. saya tak tahu apa yang kawan-kawan lain tahu. tertekan. dan saya rasa tak wajar kanak-kanak 10tahun diberi tekanan dan rasa rendah diri sebegitu. haha.

namun, selepas tiga bulan, saya dapat sesuaikan diri.

salah satu matapelajaran yang saya rasa menarik masa tu adalah sains. masa darjah 5 antara perkara yang saya belajar adalah sebab-sebab berlakunya pengaratan, keperluan asas hidupan, rantai makanan dan jenis-jenis haiwan (mamalia, burung, veterbrata dan lain-lain).

biasanya masa matapelajaran sains, cikgu norida akan buat latihan. dan banyak jugalah soalan-soalan yang ditanya cikgu.

"apakah sebab berlaku pengaratan?"

"kenapa tumbuhan melakukan fotosintesis?"

"berikan pemerhatian kepada rajah di atas"

dan bla bla bla soalan lagi.

dalam ramai-ramai murid dan banyak-banyak jawapan pun, ada seorang murid lelaki yang memberi jawapan yang selalu buat saya rasa tak puas hati dengan jawapannya.

"ya siapa nak jawab? bagaimana terjadinya hujan?"

"kuasa allah, cikgu!" jawab pelajar lelaki tadi sambil mengangkat kedua tangannya seakan berdoa.

"ya, saya tahu. kuasa allah. tapi bagaimana? semua perkara berlaku mesti ada sebab", balas cikgu sains.

"kuasa allah la cikgu!" murid lelaki tadi menegaskan. sambil menambah,

"bila allah dah kata kunfayakun, maka jadilah hujan, cikgu!"

dalam hingar-bingar kelas ketawa (saya taktahu orang lain ketawa sebab lucu atau apa), tapi saya mencebik sendirian.

'ceh, dah malas nak fikir jawapan, pi jawab macam tu pulak.'

terlalu berorientasikan peperiksaan agaknya saya ketika itu.

Wednesday, December 28, 2011

macaroni dan jiran

sebelum tinggal di Tanjung Tokong, keluarga saya menetap di Telok Bahang. Di Kampung Mukim Masjid. Rumah kampung, suasana kampung. rumah pun agak rapat-rapat dari pintu ke pintu.

pernah sekali tu, sekitar usia saya lapan ke 10 tahun (saya tak pasti sangat), mama baru reti masak macaroni.
bukannya cara barat sebetulnya. rebus macaroni ni, kemudian goreng cara biasa macam buat mee goreng.

resam duduk di kawasan kampung, macam biasa la bila ada masak apa-apa yang lain sikit, mesti akan hantar kepada jiran. biasanya, jiran rumah tepi, kiri, kanan dan belakang rumah. satu petang tu, saya ikut mama hantarkan sepinggan macaroni goreng kepada jiran hadapan rumah.

dekat saja rumah jiran tu, dari pintu rumah kami tak sampai 10langkah dah sampai pintu rumah jiran. sebab saya dah tak berapa ingat dialog sebetulnya, maka lebih kurang begini lah apa yang terjadi,

"assalamualaikum! " mama bagi salam pada anak jiran yang usianya mungkin sekitar usia mama.

"haa ya jun."

"ni linda. jun buat macaroni goreng. ambil lah. makan ramai-ramai"

"apa tu? macaroni? makkk!! ooo mak!" jiran tu buat muka berkerut sambil panggil maknya, saya panggil makcik misah (atau tok misah.. dah tak berapa ingat).

makcik misah tu pun terjengul kepala dari pintu.

"awat linda? apa dia tu, jun?"

"macaroni goreng. ambil lah. jun buat", jawab mama saya. senyum.

tanpa menyambut pinggan macaroni goreng tu daripada mama saya, makcik misah dan linda membalas,

"laa apa dia tu. susah-susah ja. kami takmau lah. kami tak makan benda-benda macam tu. jun bawak balik aja lah"

mama senyum. kemudian ajak saya balik.

sejak-sejak hari tu, boleh kata setiap kali mama masak macaroni, mesti mama akan mengungkit kisah ini. mungkin mama tersinggung agaknya. kata mama,

"tak patut sangat aih orang bagi makanan tapi takmau amik. kalau tak makan pun, buang pun takpa, asalkan orang yang bagi tu tak nampak. kecik hati, tau"

masa tu saya tak berapa faham. saya beranggapan, mama beremosi lebih. haha. alah, makanan saja pun kan. dah orang takmau, dah la. lagi bagus, kita boleh makan lebih.

sehinggalah seminggu lepas, barulah saya berpeluang rasa apa yang mama pernah rasa. haha.

saya dengan bersemangat cuba buat carbonara. alang-alang nak masak, agak tak berbaloi untuk masak seorang makan. maka saya lebihkan bahan. 

siap masak, saya masukkan dalam mangkuk besar, bawa ke rumah asilah. untuk makan dengan farah erma, fiza dan miza. juga saya masukkan dalam tupperware kecil, untuk hantar pada seorang rakan.

ringkasnya, cerita lama mama berulang pada saya. kecik hati la jugak. semangat woo masak nak bagi kawan-kawan rasa, tiba-tiba bila insan terpilih yang saya nak beri makanan tu menolak, memang rasa tersinggung.

"apa ni ain? ala takmau la. saya tak makan la benda macam tu"

serta merta saya teringat cerita mama. dan ketawa sendirian.

Tuesday, December 27, 2011

chaah dan bas

hari sabtu baru ni, pagi-pagi lagi saya dah berkemas-kemas dan mengangkut diri sendiri balik ke rumah terchenta. ada urusan seri paduka baginda. harum betul bau air laut penang. hajatnya nak balik semula ke tanjung malim pada ahad malam, tapi entah macam mana terlajak-lajak pula sampai selasa. hehe.

tengah hari ini, lepas siapkan makan tengah hari untuk Baba & adik-adik, saya minta Baba hantar ke jeti. saya naik feri, kemudian cari bas ke ipoh.

terus saja saya dapat bas, dan naik. bila naik saja bas, alamak. semua kerusi penuh. dah la semua muka-muka warga asing dalam bas tu. isk, rasa macam kena tipu pula. dah bayar tiket, tapi tak ada tempat duduk. masa saya sedang tercangak-cangak dalam bas, dan dalam hati cuak sebab rasa banyak mata memandang, tiba-tiba saya dengar ada suara perempuan memanggil,


"Ain!"

saya terkalih-kalih mencari punca suara.

"Ain!!"

saya memandang.

"eh, chaah! pasaipa hang ada dalam bas ni? hang nak pi mana?" soal saya serupa bas itu bapak ku yang punya. hehe.

"nak balik tanjung malim la"

"hang kan duk jitra? pasaipa naik bas kat penang? patut la bas penuh. hang la ni, bagi semak bas"

"ceh. jahat. aku naik bas dari aloq staq la. mai butterworth nak cari bas pi tanjung malim"

masa saya menyambung mencangak-cangak dalam bas, tiba-tiba pakcik yang duduk di sebelah chaah bangun dan menyuruh saya duduk.

"haa kalau macam tu tak apa la. pakcik turun dulu. anak ni balik tanjung malim dengan sarah ja"

"eh awat ni? takpa, takpa. pakcik duduk la." saya terpinga-pinga tak tahu.

"wei ain. ni abah aku. dia nak teman aku naik bas pi ipoh sebab aku tak penah naik bas"

"hahaha. laa ya ka. apa la hang, chaah. dah sem lapan dah weh. hahaha", gelak saya sambil mencubit bahu chaah.

serentak itu, pakcik tadi merangkap ayahnya kepada chaah pun bangun dari kerusi dan bergerak turun dari bas.

saya melaung,

"tak apa pakcik. jangan risau. saya jaga chaah ni. insyaAllah selamat sampai tanjung malim"

dah selamat sampai pun. alhamdulillah.

masa atas bas tadi, chaah sempat berpesan,

"wei ain! hang jangan cerita pasai aku dalam blog eh!"

err, okay. tak cerita pun. tulis ja. hehe.

Tuesday, December 20, 2011

adam adli dan yuyu luna

Tiba-tiba satu Malaya kecoh pasal Adam Adli UPSI. macam-macam cerita. macam-macam versi. cerita sejengkal jadi sedepa. cerita sedepa jadi berjela-jela. entah benar atau tidak, cerita disampai dari blog ke blog, kemudian ke akhbar perdana. yang jeliknya, makin lama makin banyak perisa.

Adam Adli, bagi saya, dia satu dalam seribu. ya, dia saja yang buat begini. dia ada sebab tersendiri. sebab yang logik dan betul di kepala dia. apa yang betul di kepala dia, tak perlu pun betul di kepala saya, kamu dan kalian. 999 anak muda lain sebaya dia, paling havoc pun buat blog, kritik-kritik kerajaan dan edit gambar rosmah mansor menari tiang kemudian upload di blog.

kata mereka, ini kuasa mahasiswa. err, adam adli, tidak kenal pun saya.

Ini yuyu luna. dia memilih jalannya begitu. biarkan dia. apapun, saya masih kagum. di saat gadis-gadis lain sebaya dia memilih untuk makan mamee monster sambil layan k-pop dan drama air mata korea, yuyu luna bertindak lain dari orang lain. dia juga ada sebab dia sendiri.
Bagi saya, biarlah apa jua alasan mereka, saya tetap kagum. sebab saya tidak mampu begitu.


kemaskini :



ayaq air

semester ini, saya sebilik dengan orang pahang. saya pula, berlidah utara. selama ini, dengan siapa saja akan cakap loghat utara. saya rasa loghat saya tak pekat mana, malah bagi saya, tidak la sepekat pertuturan orang kelantan. saya agak sukar nak faham dialek kelantan.

tapi bersama roommate baru ini, terasa loghat utara saya dipermainkan. kecik hati pulak ada orang tak faham loghat saya. aishh, kata satu malaysia. hehe.


"akak, ain tumpang letak bantai sat noo"

saya cakap begini bila saya nak letakkan bantal saya (termasuk bantal peluk, selimut, anak patung, dan bantal busuk) atas katil dia.

muka roommate saya terpinga-pinga.

"hah, apa dia?" penuh blur.

saya ulang lagi. mungkin dia kurang dengar atau tak dapat tangkap apa yang saya cakap.

"err, ain tumpang letak bantal sekejab atas katil akak"

"oh. haa. letak la. tak kisah pun"

di masa lain pula,

"lapaq ayaq. akak, mau ayaq sikit. malas nak turun amik ayaq"

"hah, apa dia?"

"mintak sikit ayaq"

"apa?"

dalam hati saya, aishhh takkan tak faham kot. maka saya ulang lagi,

"nak air sikit. dahage"

"oh. haa, ambil lah."

saye rase agak geli nak bercakap ada e sebagai ganti a. kurang baku. haha.

Thursday, December 15, 2011

iman mutiara

zaman sekolah menengah, saya bukanlah seorang pelajar contoh. pelajar kesayangan cikgu, jauh sekali. ketua pelajar pun bukan.

saya cuma pelajar biasa, yang nakalnya ada. sesekali bila kena denda berdiri di depan ataupun belakang kelas, ataupun bila dihambat keluar kelas sebab tak siapkan kerja sekolah, saya sengih-sengih aja. rasa bangga pulak kena denda sebab sekolah menengah saya dulu, jarang la nak nampak pelajar-pelajar kena denda ni. lagipun sekolah perempuan, nak malu apa kena denda. haha.

seorang teman sekelas, kerapkali juga memerli saya begini,

"apa la hang ni ain. nama ja anak ustaz, tapi perangai macam hapa ja"

saya cuma sengih-sengih. lalu dengan gaya paling jelik dan suara diteran-teran, sambil tutup mata dan buat tangan gaya rock, saya selamba menyanyi di depan rakan, penuh perasan

"iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang tertakwaaa! ia tak dapat di ju..."
(sila bayangkan saya menyanyi gaya rock dengan tudung labuh, kan sekolah agama. hihi)

lalu dengan cepat rakan lain menyampuk,

"okay okay. sudah sudah. bingit tau dak sora (suara) hang. dah la tak sedap"

saya cuma ketawa. itulah. setiap kali dipersoalkan perangai saya yang buat rakan-rakan pening kepala, saya akan menjawab begitu. ataupun,

"weii hang ni pasaipa. yang ustaz bapak aku. ustaz tu bukan jawatan pun nak passing-passing"

hari ini, tiba-tiba saya baru terfikir.

ya, seorang ayah ataupun sesiapa saja boleh mewariskan ilmu, tapi hidayah tetap milik Allah.

Wednesday, December 14, 2011

Afnan Fathurrahman

selepas saya menulis entri ini, baru saya teringat yang saya lupa nak ucap selamat sempena ulangtahun kelahiran adik lelaki merangkap wali kuat saya. bagi orang lain mungkin ini hal enteng, tapi saya sebagai satu-satunya kakak kepada Mohd Afnan Fathurrahman (panjang betul nama kamu, angah. tata bersimpati dengan anak-anak kamu nanti. lenguh nak menulis nama kamu), saya rasa bersalah sebab lupa nak ucap. tapi saya ingat tarikh hari lahir angah, 12 Disember. cuma lupa nak ucap ja (sedang membela diri)

boleh dikatakan angah adalah teman sepermainan dan teman segusti saya. kami hampir sebaya. saya lahir 1990, dia lahir 1991. kalau saya dikatakan anak baba, angah adalah anak mama. ya, anak mama. antara perkara yang saya pernah cemburu mengenai angah, dia anak mama.

saya, anak perempuan pertama, lebih kamcing dengan baba.
angah, anak lelaki pertama, lebih kamcing dengan mama.

dulu, saya cemburu. tapi bila dah masuk UPSI, saya baru tahu sesuatu. mengikut teori Sigmund Freud, secara semulajadi anak lelaki lebih cenderung rapat dengan ibu, manakala anak perempuan pula cenderung kepada bapa.

bukan sekali dua Baba pernah merungut pada saya,

"angah ni, apa-apa hal bukan nak habaq kat baba"

saya cuma membalas ringkas,

"takpa la Baba. kan angah dah bagitau mama"

baba melawan membalas kembali,

"yala, tau la. tapi bagitau la jugak kat baba. angah ni buat baba macam tak wujud pulak"

"ala baba ni. takpayah la terasa. biaq la. angah dah bagitau mama dah. lagipun tak aci la kalau semua anak rapat dengan baba. nanti mama takdak sapa pulak. dah la tata tak rapat dengan mama. biaq la angah dengan mama. angah jaga mama"

"yala cikgu. pandai cakap. ni padil bila nak mai hantaq dulang?"

"choiii. apa baba ni. tiba-tiba ubah topik. baba mau dulang tembaga ka dulang plastik? haha"


ya, untuk satu perkara yang saya tak dapat lakukan, iaitu menunaikan hak ibu untuk didengari, saya berterima kasih kepada angah.

saya sebagai anak perempuan sulung, untuk duduk berbual hati ke hati dengan mama, adalah satu perkara yang agak payah saya lakukan. sungguh saya tak mampu. atau mungkin saya yang mengelakkan diri. rasa kekok. haha. cis punya anak. dengan mama sendiri pun kekok.


adik-adik saya yang lain, semuanya rapat dengan angah. sebagai abang, angah adalah seorang abang yang baik. walaupun saya adalah anak sulung, seringkali juga saya merasakan angah lebih bertindak sebagai anak sulung berbanding saya. mungkin sebab dia lelaki. anak lelaki kena jaga keluarga. angah juga lebih dekat dengan adik-adik yang lain berbanding saya.

sampai sekarang, walaupun kami semua dah besar-besar, setiap kali baru berjumpa atau berpisah untuk jangka masa lama, kami adik beradik tak kekok untuk salam cium tangan, dan cium pipi. alhamdulillah. moga kemesraan adik-beradik begini berpanjangan.


teringat dulu angah pernah merungut depan mama dan baba soal namanya yang panjang,


"iskk. angah nak pi JPN tukaq nama la"

"laa awatnya. angah nak bubuh nama apa?"

"angah nak tukaq pi jadi nama Ahmad Fathurrahman ja la. panjang sangat nama angah"

"habis tu, afnan tu nak tauk (buang) pi mana?"

"afnan tu takpala. dah memang orang duk panggil afnan dah. kekalkan fathurrahman dah la"

"merapu. ingat senang ka nak tukar nama"

"......."

nota tumit : motif saya letak gambar masa kecik-kecik adalah sebab saya malas nak letak gambar sekarang. nanti nampak sangat saya yang paling kemetot. letak gambar kecik-kecik, baru la boleh perasan besar. haha.

selamat ulangtahun kelahiran ke 20,
mohd afnan fathurrahman.
i love u!

gigi dan bedak

masa sekolah rendah, saya duduk di telok bahang, rumah kampung. saya dan angah, pergi ke sekolah dengan basikal, walaupun Baba mengajar di sekolah yang sama dengan kami.

seingat saya, sejak kecil baba suka tekankan pasal gosok gigi. lepas mandi nak pergi sekolah, baba akan check mulut anak-anak,

"ni dah gosok gigi ka belum ni?"

"dah..." (kadang-kadang menipu)

"bagusnya anak baba. bukak mulut, baba nak tengok gigi"

kerapkali juga baba akan hidu bau mulut. haha. sah-sah la kantoi kalau tak gosok gigi kan. banyak kali juga saya pernah dicubit sebab tak gosok gigi masa mandi pagi.

"pi masuk balik! pi gosok gigi sekarang!", marah baba. walaupun pada masa tu saya dah di atas basikal, siap siaga nak mengayuh basikal ke sekolah. erk, terpaksa la tongkat balik basikal, dan masuk rumah pergi bilik air dan gosok gigi.

mama pula, masa saya kecil, suka ingatkan pasal bedak. maksud bedak di sini adalah bedak talkum baby tu. bukan bedak compact tau.

masa saya sekolah rendah, selepas mandi pagi dan pakai baju sekolah, mama akan tanya,

"tata, dah pakai bedak ka?"

"belum. nak pakai la ni"

kemudian saya dan adik-adik dan baba bersarapan. masa sarapan, mama akan tanya lagi,

"tata, dah pakai bedak ka?"

"belum ma. ha satgi nak pakai la"

kemudian saya sarung tudung dan ambil beg sekolah. sambil pakai stokin, mama akan tanya lagi,

"tata, dah pakai bedak ka?"

"haa, ya. belum pakai. nak pakai la ni"

akhirnya sampai saya dah duduk atas basikal, mama akan tanya lagi,

"tata, bedak?"

"ala, lupa nak pakai. takpa lah, tak payah pakai bedak"

serta merta mama akan masuk rumah, ambil bedak dan mai kat basikal saya. mama akan sapu bedak kat muka saya dan angah. untuk angah, mama akan sikatkan rambut dia juga, mesti la rambut belah tepi kan. stail skema tu.

walaupun angah dah sikat rambut, mesti mama atau baba akan bising-bising cakap dia tak sikat rambut.

kami berdua, kayuh basikal asing-asing. sampai simpang depan masjid, angah akan hentikan basikal, sikat semula rambut dia sebab dia tak suka agaknya dengan stail yang mama sikatkan, dan angah akan lap-lap balik bedak yang mama dah letakkan kat muka dia. haha. biasalah, lelaki kan. mana mau bedak-bedak ni.

sekarang ni, kadang-kadang saya rasa kesian kat adik kecil saya, si kakak dan si adnin. mungkin bukan rezeki depa berdua nak rasa apa yang saya rasa masa saya kecik-kecik dulu. tiap-tiap orang, rezeki lain-lain kan.

moga setiap ahli keluarga saya dilindungi Allah. kalian, tolong doakan kami juga.

Saturday, December 10, 2011

manakan sama si ketam bunting

selesai perjumpaan dengan rakan sekelas, saya mengangkut rubi, ain nabilah dan amirah ke bandar metropolitan tanjung malim pekan. empat-empat orang buat muka manis minta syahiran hantarkan ke pekan.

kami mengenyangkan perut di KFC. sila maklum, KFC adalah tempat paling havoc sekali yang ada di tanjung malim, selain karaoke jamban. lepas makan, pergi menipiskan beg duit dengan pergi watson, dan pasaraya grand union.

kebetulan, hari sabtu adalah hari pasar malam. saya yang dah sebulan berhajat nak makan ketam, menggigihkan diri pergi cari ketam.

ain fath : weh rubi, aku nak makan ketam la.

rubi : tuuuu (sambil muncung mulut), sana ada.

ain fath : macam mana nak beli ketam weh?

rubi : ni haa, masa nak bersihkan, hang buang bahagian ni. (sambil tangannya membalikkan seekor ketam, dan menunjukkan pada saya cara nak siang ketam. dah la tanya lain, jawab lain)

ain fath : kena amik ketam jantan ka ketam betina? aku mau yang puas makan.

ain nab : ketam jantan. orang cakap, ketam jantan banyak isi.

ain fath : isk hang ni. ya ka? bukan ka perempuan mengandung yang gemok banyak isi? so mesti la ketam betina yang bunting yang banyak isi.

ain nab : eh tak la. yang saya tahu, ketam jantan yang banyak isi.

ain fath : weh hang ni. perempuan mengandung la yang gemok (masih berkeras dengan teori manusia yang nak disamakan dengan ketam)

mungkin sebab dah tak tahan geli tali perut mendengar perbualan kami bertiga, pakcik peniaga menyampuk,

pakcik : macam ni dik. nak beli ketam, beli yang ada telur macam ni. isi banyak. kalau yang macam ni, ni ketam jantan. isi tak banyak sangat macam ketam betina yang ada telur.

ain fath : err... (sambil tersengih-sengih) saya nak yang ni, pakcik. satu ni saja. pakcik tolong belah dua sekali ya. dan buang hujung2 kaki ketam tu, saya tak dak pisau besaq (padahal tak reti bersihkan ketam)


dipendekkan cerita, akhirnya ketam buntingku dah bertukar menjadi ini

nota tumit : tolong laa jangan komen awat gambar ketam masak lemak cili padi ni nampak pelik. saya masak main hantam saja. lima belas kali buat masak lemak, lima belas rasa yang berlainan yang saya dapat.

acap oh acap

perkara : perjumpaan mini pelajar semester akhir biologi (saya katakan mini sebab tak ramai pun yang hadir)

masa : 2.30petang - 4.00petang

Acap membuat kesimpulan akhir dengan muka merah geram,

"macam ni la kawan-kawan. sekarang ni aku lantik diri aku sendiri sebagai ketua, dan aku akan jadi detector. malaih (malas) aku nak guna demokrasi dah dengan hangpa ni. dah lama dah aku serabut kepala dengan hangpa semua. oleh sebab banyak sangat kangkangan-kangkangan yang ada, aku akan jadi detector untuk pastikan program kita berjalan. okay, sekarang slot selitan. semua orang aku bagi peluang nak bersuara, mula dari shakir"


detector = diktator
kangkangan-kangkangan = kekangan-kekangan
selitan = selingan

nota tumit : muahaha, tiba-tiba saya rasa acap comel

Tuesday, December 06, 2011

muka mintak penampaq

semester ini, di suatu petang yang saya dah lupa bila, saya berselisih dengan seorang teman yang jarang saya mesrai. kadang-kadang saja jumpa dan terjumpa.

"weiii! awat makin lawa?" salam tiada, apa kabar pun tiada, saya menegur dengan cara beli jiwa. sambil jari saya mencubit-cubit lengannya.

"haha. mana ada. hati sakit hari-hari, nak buat apa. lawa pun tak guna", teman itu membalas.

Saya cuma membalas dengan angguk dan senyum. jari saya masih lagi mencubit-cubit lengan dia. teman itu menambah,

"wei ain. hang ni takdak masalah ka? aku tengok hang selalu happy ja. syok la life hang, bahagia memanjang. aku tengok cara hang senyum pun aku tau, hang duk bahagia la ni"

seraya saya tersengih lebar. sambil ketawa.

"haha, yaka? baguslah. alhamdulillah la. maksudnya muka aku ni, belum lagi muka mintak penampaq"

kami berpisah. meneruskan langkah kaki masing-masing. kata-kata dia buat saya berfikir panjang. bahagiakah saya? kurang bahagiakah dia berbanding saya? kenapa dia berasa saya bahagia dan kenapa dia berasa dia kurang bahagia?

bahagia itu relatif, sayang. cubalah gembirakan hati dengan apa yang ada seadanya. juga, usah sempitkan definisi bahagia kamu.

nota tumit : belajarlah menghiburkan orang walaupun hati kalian sedang resah.

Sunday, December 04, 2011

hadiah untuk diri sendiri

gembira rasa hati saya. hari ini dapat menjarakkan diri dari pekan metropolitan tanjung malim. pergi klcc yang jauhnya sekentot saja dari rumah. release tension kononnya. entah idea siapa ini, asal mahu release tension, perlu pergi mall. perlu pergi tengok wayang. perlu pergi karaoke. padahal sebetul-betul release tension adalah kamu beli tiket balik kampung, salam dan peluk cium mak ayah. *dush, kena batang hidung sendiri.

untuk lebih menggembirakan hati, saya beri reward pada diri sendiri. semester ini semester lelah. banyak perkara yang buat hati saya walang dan jiwa saya resah.

reward no 1.
tengok wayang bersama cik miza dan cik zety. ombak rindu. saya bagi 3/5. saya teruja mau pergi tengok sebab ramai yang bantah-bantah katanya movie ombak rindu ni ada adegan panas. masuk panggung, saya dah celik mata besar-besar. mau tunggu apa adegan panasnya. kemudian, cis! kecewa sendiri. tu ja ka? hahaha.


reward no.2

oh yeah. saya hadiahkan diri sendiri buku yang saya dah lama nak miliki tapi belum dapat. mungkin sebab belum serius mencari. ini bukunya, Memoir Shamsiah Fakeh, RM30. (muka gembira).
ini buku kedua. RM40.
cukup dua. inipun sudah tahan hati dari ambil judul-judul lain yang saya berminat. rasa nak sangat-sangat beli A Doctor In The House tapi teragak-agak sebab kurang bajet. huu. cepat la, siapa nak hadiahkan saya memoir che det tu.

zety beli Malay Dilemma. hehe. weh nanti bagi aku baca gak. orang lain dah lama khatam buku tu, kita baru nak sedar dunia.

Saturday, December 03, 2011

kenapa talak tidak di tangan isteri?

semester ini adalah semester maha perit bagi saya dan kawan-kawan dan semua pelajar U tahun akhir. perit di luar. perit di dalam. dan juga perit di perut, sebab kerapkali saya terlupa nak makan seharian. ala biasa la. semua pun rasa begini.

saya adalah jenis gadis yang berhangin juga. normal. seperti gadis-gadis lain. masa stress, masa sibuk, masa pra-haid, masa tertekan, masa mengantuk, jangan main-main. gadis manis boleh jadi naga yang menyembur api. muahahaha.

baru-baru ini, saya ada masalah dengan tesis. dalam serabut kepala dan serabut hati tu, pakcik padil bertanya khabar dan bertanya perkembangan tesis saya.

ringkas saya khabarkan pada dia,

"taktau la macam mana. penyelia ain marah pulak. dia cakap takmau nilai tesis ain. maybe kena extend sem la macam ni. ain sambung semester sembilan"

si pakcik padil ini, seperti biasa, menenangkan saya dan memberi cadangan.

"isk takkan macam tu kot? ain dah cuba slow talk? pi la bincang elok-elok. kalau perlu merayu la. ain kena usaha bagi dia mau nilai gak tesis ain. ataupun ain pi la jumpa ketua jabatan"

hati sedang rusuh, saya belum fikir apa yang patut dibuat. dalam hati ketakutan amat. namun selamba saya membalas,


"abang jangan menyibuk boleh tak? ada ke ain minta cadangan abang? hidup ain, ain tau la uruskan sendiri."

dia membalas,

"oh. maaf sebab menyibuk"

perbualan terhenti. terus saya pergi mandi. kejam agaknya saya bercakap macam tu. mesti hati pakcik tu, sentap. ataupun mungkin dia dah biasa, dia dah tak sentap. haha.

kepada gadis-gadis lain yang mendamba kekasih hati yang caring tapi dapat pakwe hati kering, boleh la mai sini saya nak passing pakcik padil pada kamu tampar pipi roommate saya laju-laju sebab saya ni tak reti berterima kasih pulak dapat pakcik padil yang caring begitu. (apa kaitan roommate aku?)

begitulah dia, sabar dengan kata-kata pedas saya. ada kenalan pernah cakap 'isk ain. aku pelik la macam mana padil boleh tahan dengan hang. hang kasaq kot. dia tu nampak islamik. status fb pun sopan-sopan ja. hang ni ain, buat kerja pun serabut-serabut'

spontan saya menjawab, 'hah memang la. kalau dua-dua rajin kemas dan pengemas, nanti sapa nak sepah-sepahkan rumah'.

banyak kali juga si pakcik padil pernah menegur,

"ain ni ramai kawan lelaki. jangan la rajin sangat keluar dengan kawan laki macam tu. jangan berdua"

laju saya menjawab,

"ala abang ni. Baba bagi (tipu ja ni, habisla kantoi), abang nak bising-bising pulak. lagipun abang bukannya suami ain pun. tu la, ain ajak kawen, abang takmau"

"yela, apapun jaga diri"

ini bukan la entri memuji buah hati sendiri. bukan juga entri yang mau cerita hal jelek diri saya begini. cuma saya nak katakan, perempuan adalah makhluk kaya emosi. mudah lepas cakap. juga kurang sabar.

berbalik kepada tajuk entri, kenapa talak tidak di tangan isteri, kerana perkara-perkara beginilah. perempuan adalah makhluk tuhan yang kaya emosi. cepat sangat meletak keputusan di hati.

lelaki = 9 rasional dan 1 emosi
perempuan = 9 emosi dan 1 rasional

eh gadis-gadis yang membaca, tak perlu la nak marah dengan kata-kata saya, memang sungguh pun.

bayangkan kalau talak di tangan isteri, serasa saya yang masih pendek akal ini, had 33kali talak pun tidak cukup gamaknya.

"kenapa kanda biaq anak tersadung tangga? kanda ni tak sayang anak la! dinda ceraikan kanda talak tujuh!"

"laa kenapa abang lambat ambil ayang? lama tau ayang tunggu kat tempat parking! kita cerai je lah. ayang ceraikan abang talak tiga!"

"hubby bagi duit belanja bulan ni tak cukup! susu anak la, pampers anak la, SKII saya lagi! abang memang tak mampu nak jaga saya kan? kita cerai talak sebelas! saya nak pi kawen tan sri"


saya tak kata semua lelaki penyabar, dan saya tak kata semua perempuan banyak angin dan kurang sabar.

perempuan, jangan lupa. kerana kita makhluk yang kaya emosi, allah berikan kita satu organ yang allah namakan sebagai rahim, bersempena sifat allah itu sendiri, penyayang. rahim, ruang janin lepak-lepak secara kuang balik selama 280 hari. selain umbilical cord yang salur zat untuk keperluan bayi, si ibu dan janin juga ada pertalian emosi tersendiri.

indah kan.

kerja tuhan siapa yang tahu.

Min

pagi, sekitar jam 10. saya sedang pilih-pilih bawang untuk masak. tiba-tiba rakan serumah yang juga rakan seBio bertanya saya dari dalam bilik,

"Ain! aku boring la. ape blog yang best ek? aku nak baca"

selamba saya menjawab sambil mengupas bawang,

"srikandiputri dot blogspot dot com"

muahaha. masalah terlebih yakin.

Sunday, November 27, 2011

rumah puaka di taman peruda.

1. nak buat nombor begini ala-ala chedet. kali ni saya nak imbas lagi memori di sungai petani. entah kenapa, sampai sekarang saya masih teringatkan keseronokan tinggal di sungai petani, dan juga keseronokan berpraktikal.

2. ini sudut paling hangat dalam rumah sewa. oh yeah. depan cermin. bangun pagi lalu sini dan singgah belek-belek muka. lepas mandi lalu sini dan singgah belek-belek muka. masa bersiap nak pi sekolah pun, terpacak depan cermin ni. balik dari sekolah, tanggalkan tag nama dan selit di cermin ni juga. dah memang tabii perempuan suka melekap depan cermin macam ikan bandaraya.
3. rumah ini, kami gelarkan rumah puaka. ruang bertanah di halaman, penuh anak-anak pokok yang tumbuh tak minta izin. semua sepatu, selipar, kasut dan sandal, kami tak tinggalkan di luar rumah. tiga bijik motor jugak diusung masuk dalam rumah. bahaya, jiran kata.

4. malam hari, rumah sewa ni memang nampak seram. cuma cahaya lampu kelam dari dalam. ditambah pula dengan kekekan ketawa si rubi, seram jadi berganda. juga suara empat gadis bergaduh. mesti makcik pakcik sebelah menyebelah dah gugurkan nama kami dari senarai menantu. tapi kami bahagia dan gembira.
5. dua minggu pertama, tandas baik-baik sahaja. ada lampu. masuk minggu ketiga, lampu tandas rosak. maka keempat-empat gadis balik ke zaman 60-an. sebelum pergi tandas untuk berak, kena beramah-tamah dulu,

"weh torchlight mana? torchlight mana?"

itu solusi pertama. berak bersama lampu. solusi kedua, masuk tandas tak tutup pintu. kadang-kadang (kerap juga sebenarnya), bila ada seorang sedang menunaikan hajat di tandas, perlu waspada dengar bunyi tapak kaki rakan serumah. bila ada rakan yang hampir dengan bilik air dan tandas, perlu menjerit dari dalam,

"jangan mai. jangan mai. aku ada dalam"

untuk makluman, disebabkan sudut binaan tandas itu, walaupun siang hari, dalam tandas memang gelap gelita.


6. mencecah bulan kedua di rumah sewa puaka taman peruda ini, pili air di bilik air pula rosak. tak boleh tutup rapat. mau mandi, air perlu ditadah penuh kolah, kemudian orang terakhir mandi kena buat kerja lebih. pili air perlu diikat ketat dengan getah. supaya tak membazir bila air melimpah keluar kolah.


7. tambah ngeri dan geli, mungkin terbau-bau makanan dan haruman anak dara, ada tikus pula masuk ke rumah melalui lubang tandas. yuks! mula-mula hairan juga kenapa ada tikus main cak-cak dengan kami dari sinki dapur, kemudian bila dengar anak-anak dara menjerit takut, tikus tu lari ke tandas, kemudian hilang.

lama-lama baru kami perasan, tikus itu datang melalui lubang air tu. walaupun petang hari kami dah tutup lubang tu dengan penutup lubang, keesokkan pagi, mesti penutup tu dah beralih tempat. mau tak mau, kami kena tindih penutup lubang dengan baldi penuh air, supaya tikus tak boleh masuk ke rumah. walaupun takut kan tikus, tapi kami bahagia dan gembira.

8. kedudukan rumah adalah di simpang tiga. kerap kali juga ada kereta dan motor hon-hon, rasanya macam memanggil kami keluar, tapi bila dijengah, rupanya di rumah sebelah kiri, rumah sebelah kanan dan juga rumah depan. lama-lama, kami terbiasa dengan olok-olok bunyi kereta dan motor yang banyak lalu lalang depan rumah.

9. saya bawa meja makan, dan dua kerusi lipat ke rumah sewa. rubi dida bawa satu, rembat kerusi jahit emaknya. jadinya kami berempat ada satu meja makan, dan tiga kerusi. waktu makan malam dan makan nasi, tiada masalah, kami memang bersila depan tv. cumanya bila sarapan dan sahur, kami makan di meja. empat orang akan berebut tiga kerusi. bila seorang bangun dari kerusi, seorang yang terpaksa makan berdiri tu akan meluru duduk.

10. saja nak cukupkan sepuluh. apa yang puakanya? haha. tiada.


nota tumit : rumah sewa saya di taman bahtera tanjung malim ni, semuanya ada. tapi saya serba serbi tidak selesa. mungkin sedang kufur nikmat agaknya.

ain fathihah dan maria ozawa.

beberapa bulan lepas, semasa saya masih berpraktikal....

"okay class, dismiss."

sebahagian besar pelajar keluar dari kelas, menuju ke kantin agaknya. sebab kelas saya masa tu adalah dua waktu sebelum waktu rehat.

semasa saya sedang berkemas-kemas barang saya yang penuh atas meja makmal, ada lebih kurang lima ke enam orang pelajar lelaki india yang masih belum keluar dari makmal. seingat saya, ada juga pelajar lelaki melayu.

"erm, ya? kenapa ni"

"tak dak apa ticer. saja mau lepak-lepak dengan ticer"

"haha. okay", jawab saya. sambil senyum bila melihat sekelompok kecil pelajar lelaki tu menarik kerusi makmal dan berhimpun di depan meja makmal guru. dalam hati, 'ciss mai lepak sini pulak dah, tak boleh la nak tengok facebook sat.'

saya layankan saja perbualan dengan mereka. sembang punya sembang, disebabkan majoriti yang melepak dalam makmal dengan saya masa waktu rehat tu adalah pelajar india, perbualan saya alihkan kepada movie hindi dan movie tamil.


terkagum agaknya mereka bila saya ceritakan saya suka layan movie hindi. masa tu sembang pasal movie 3 Idiots. juga lebih terkagum bila saya ceritakan, saya pernah dua kali menonton movie tamil, Endhiran The Robot. kali pertama, saya tonton tanpa subtitle. kali kedua, dengan subtitle. bajet-bajet macam faham bahasa tamil.

entah macam mana, perbualan rancak mengenai movie hindi dan tamil berubah begini,

pelajar 1 : ticer tau tak, dia ni tak tengok movie, ticer. dia tengok maria ozawa ja hari-hari sebab maria ozawa tu girlfriend dia. (sambil menepuk bahu kawan yang dimaksudkan)

pelajar 2 : hei, mana ada! tipu ticer. dia tipu. saya mana tengok maria ozawa.

pelajar lain : hahahaha (ketawa la haha ni. takkan haha menangis pulak)

cikgu : (sambil menepuk meja) haipp! apa maria ozawa? sapa yang tengok porno hah? kamu ingat saya taktau ka maria ozawa tu sapa?

pelajar 3 : alamak, ticer kenai ka maria ozawa. haha. tu la girlfriend dia (merujuk kepada pelajar no.2 tadi)

pelajar 2 : mana ada! tipu la. saya tak tengok pun maria ozawa, ticer!

saya cuma senyum melihat situasi tu. beriya-iya pelajar tu mempertahankan diri. padahal dalam hati saya masa tu, alamak sapa pulak dah maria ozawa tu, rasa macam pernah dengar, tapi sebetulnya saya tak tahu siapa maria ozawa.

malamnya, bila dah di rumah sewa, sambil-sambil membuat rancangan mengajar untuk hari esok, saya cuba google maria ozawa. hasilnya...

opss, rupanya browser internet dalam mode ini. pheww, tak keluar apa-apa gambar yang pelik dan 'pelik'.

haha. ini rupanya maria ozawa. cis, mencari gambar maria ozawa seperti di bawah ini adalah seperti mencari jarum pin tudung yang jatuh dalam jerami.

Thursday, November 24, 2011

tOo mcty BM ta lulUs ??

sesekali mengacau facebook budak-budak sekolah, seronok juga. kadang-kadang saya sakit mata dan sakit hati dengan penggunaan bahasa ewwww oleh segelintir remaja. cacat betul bunyinya.

Wednesday, November 23, 2011

takmau letak tajuk, nanti orang tuduh aku lucah.

Tarikh : 23/11/2011
Hari : Rabu
Masa : 1.48 tengah hari
Mood langit : mendung dan suram. sat lagi mesti hujan.
Lokasi : Perpustakaan Tuanku Bainun

Meja hujung, ada tiga orang gadis sedang mengadap laptop. Seorang sedang mempulun menyiapkan laporan makmal mikrobiologi, dua orang lagi tidak diketahui aktivitinya.


Gadis 1 : ketak-ketek-ketak-ketik-ketak-ketik-tok-tok-tokkk-tangg! (efek bunyi menaip diikuti dengan hentakan tetikus di atas meja sebab tetikus tiba-tiba tak berfungsi)

Gadis 2 : Weh, mung. aku tak dapat konek la. dari semalam tak dapat konek.

Gadis 1 : (terdengar. dan zuppp! dalam hati) mak aiii, kuatnya cakap. (masih dalam hati)

Gadis 3 : dah cuba ke? cube la lagi.

Gadis 2 : ala macam mane ni. aku tension la tak dapat konek. takjalan kerja la macam ni.

Gadis 3 : mung konek yang mana?

Gadis 2 : wifi-upsi. tapi tak dapat konek pun.

Gadis 1 : ?????? hoi, connect la, hoi! (masih dalam hati) grrr

nota tumit
serius, kisah benar.

Saturday, November 19, 2011

saya bukan blog ain fathihah

pernah satu kali, saya dalam keretapi, seorang diri. bosan-bosan, saya bergerak ke kantin. hajat mau milo panas ataupun megi.

antara koc saya dan koc kantin, tiba-tiba saya ditegur oleh seorang lelaki muda, mungkin seusia saya.

"eh, ni blog ain fathihah kan?"

spontan saya menjawab,

"err, bukan. saya anis"

muahaha, rasanya lelaki itu tahu saya menipu. malu seh.

hai encik-yang-baik-tegur-saya-dalam-keretapi.

Wednesday, November 16, 2011

ilmu pun takda hang gatei pi bercinta

ini entri mengata diri sendiri. saya cerita mengenai saya. bukan kamu. bukan kamu. dan bukan juga kamu. ini mengenai saya. kalau ada persamaan, mungkin sebab fitrahnya manusia ada ciri dan sikap yang hampir serupa.

hehehe.


Nombor satu

Sayang, jom kawen?

Bila?

Bulan depan.

Isk merapu. mana boleh. Abang belum kerja. Rumah takda. Duit pun takda. nanti macam mana nak jaga Ain kalau abang belum mampu.


Nombor dua

Wei adam pasaipa hang tak kawen lagi?

gila hang. aku duk belajaq lagi. kerja pun takdak. takkan nak bagi bini aku naik moto kapcai ni kot. lagipun aku nak bagi dia makan apa, aku pun kena catu makan. awat hang nak sponsor ka?

haha banyak cantik. nak kawen free pi bagi kena tangkap basah la.


Nombor tiga

Jenab, dengaq kata hang nak kawen tahun depan ya?

Haah insyaAllah. tahun depan. sementara tu sempat la aku belajaq masak dan belajaq buat keja rumah dulu. kalau kawen la ni, mampuih la hari-hari laki aku makan mi tomyam cap Maggi pasai aku tak reti masak.


Nombor empat

Saripah, pi hospital buat apa?

Aku nak kawen. pi buat ujian thalassemia, ujian HIV dan medical check up. kursus kawen pun aku dah pi dah. baju kawen dan persediaan-persediaan kenduri dan 50% siap.

Oh, tahniah, tahniah. bila hang hang kawen ni?

Disember 2012.

aik lambat lagi? ingatkan disember tahun ni.

yala benda penting macam ni, kena la bersedia awai. mudah nanti tak kalut-kalut kemudian hari. nak kawen ni sekali ja seumur hidup, aku nak pastikan majlis aku nanti berjalan lancar.


Nombor lima

Ain Fathihah sibuk tanya orang? hang bila nak kawen?

uishh aku nak kawen dah ni. bapak aku ja belum bagi. permata yang hilang pun dah habeh study dah. kena la bersedia zahir batin kan.

amboi, yang tu ja tau!

keh keh keh.


seronok dengar cerita orang yang akan berkahwin dalam masa terdekat buat persiapan kahwin kan. membuak-buak rasa hati Ain Fathihah nak kahwin juga tapi apakan daya duit tak ada wali mujbir pun belum kasi izin.

bakal pengantin lelaki sibuk cari duit untuk kos belanja kahwin, sibuk buat dua tiga kerja sambilan untuk pastikan dia dah ada bekalan untuk isteri selesa selepas berkahwin. sibuk juga baca e-book permata yang hilang, keh keh keh. si lelaki jugak dah kalut fikir, lepas kahwin nak duduk rumah mana? bakal isteri dah warning takmau duduk dengan famili sebab nanti nak manja-manja kena jaga garisan cover line. nak cari rumah sewa perlu kos juga untuk perabot dalam rumah.

bakal pengantin perempuan sibuk belajar memasak sebab takmau kena bambu dengan mak mertua. tapi biasanya pihak perempuan ni lebih sibukkan persiapan untuk kenduri kawen. mau stress kena makan ubat stress la bakal pengantin perempuan sebab banyak perkara kena urus. itu belum lagi ambil kira kena jaga badan, kena diet takut baju pengantin tak muat di hari kejadian (hari kenduri). mak-mak menakan jugak dah pesan jangan lupa pi spa buat lulur pengantin untuk naik seri masa bersanding.

pheww.. banyak benda kan kena fikir. pening, pening. Baba, saya nak kawen koboi saja boleh kah?

tapi kan, dalam banyak-banyak persiapan, berapa ramai antara kita yang fikir macam ni,

"isk boleh ka ni aku kawen? layak dah ka jadi suami? baca Nurul Ain Al-Fathihah dah betul? ilmu dah cukup ka aku ni? nanti nak bagi tazkirah apa kat bini lepas solat magrib jemaah? takkan nak tolak bini jadi imam kot kalau aku tak yakin nak jadi imam?"

sebut saja bab nikah kawen, memang la kan. tak kira lelaki perempuan, masing-masing teruja. bezanya ada orang teruja dalam diam, ada orang teruja ketara boleh dibaca.

bagi lelaki yang bakal jadi suami, dah tahu ke sepanjang-panjang tempoh haid berapa lama? sepanjang-panjang tempoh suci berapa lama? sependek-pendek tempoh suci dari haid berapa lama? tempoh nifas berapa lama? darah istihadah tu darah keluar ikut telinga ke ikut mulut?

eleh eleh Ain Fathihah bikin gua cuak, kata lelaki. itukan hal ehwal perempuan. perempuan la kena tahu belajar. lelaki takda haid. buat apa nak belajar pasal ni.

eleh eleh lelaki. kamu kan suami. kamu kan bakal bapa. kamu perlu tahu ilmu-ilmu ni semua untuk ajar anak bini isteri dan anak-anak-anak-anak kamu. jangan sangka semua perempuan tahu hal ehwal badan sendiri.

saya pula, sebagai bakal isteri, bakal ibu. cukup dah ke ilmu di dada. kalau ain-junior-to-be tanya nanti, 'mami, benarkah tuhan itu ada?', saya dah ada jawapan ke? mampu ke saya nak memperkenalkan Allah, konsep iman dan tauhid pada anak-anak-anak-anak saya nanti?

pheww.. menggeletar. sah! ilmu pun takda hang gatei pi bercinta.

nota tumit : tulis tesis tak siap-siap. entri dalam blog dah berlambak-lambak. ada ka patut?

Tuesday, November 15, 2011

pusat islam

saya sedang berjalan dari library (baca ; perpustakaan. woaaha, ain fathihah pergi library. saya kagum) mau pergi Tadahan Utara, ada kelas Mikrobiologi.

tengah jalan

lelaki : eh sori. akak, pusat islam kat mana? (kad matrik warna putih berseri suci. sah junior)

saya : pusat islam? haa, jalan terus. belakang SITC ada bangunan. ikut sana (sambil menunjuk ke satu arah)

lelaki : terima kasih ye akak.

saya : ya, sama-sama (senyum)

saya sambung perjalanan. dua tiga langkah menapak, saya terfikir...

'eh, UPSI ada pusat islam ye?'

Monday, November 14, 2011

manusia, apa yang kau lupa?

Manusia, antara salah satu nikmat yang diberikan Tuhan adalah nikmat lupa. ya, lupa itu juga satu nikmat. tapi kita jarang nak perasan sebab lebih banyak perkara negatif dikaitkan dengan sifat pelupa pada manusia.

lupa buat kerja sekolah, cikgu marah
lupa bawa pendrive ke kuliah, member bengang sebab dia nak layan drama korea
lupa isi minyak kereta, kereta mati tengah jalan
lupa pakai kad matrik pi kampus, encik guard perambat (halau) balik, takboleh masuk kampus
lupa ambil bini balik kerja macam nizamsani, kena patah balik dah rugi masa dan minyak motor


kita dah biasa dikaitkan dengan perkara negatif atas sifat pelupa manusia ni. tapi jangan lupa, banyak sangat nikmat lupa yang kita tak sedar.

masa kecik selebet berhingus dulu, banyak kali sangat kita jatuh masa belajar berjalan dan berlari. jatuh terlentang. kepala berdentum. luka lutut. meraung la menangis, mak pun kalut-kalut pujuk. tapi tak sampai 10minit pun tangisan reda, kita dah jatuh lagi. bayangkan kalau kita takda sifat pelupa, kita ingat sakitnya jatuh. sampai bila-bila kita takkan boleh berjalan sebab takboleh lupa sakitnya bila sekali jatuh.

budak perempuan, biasa la kan bergaduh dengan kawan. gaduh sebab berebut nak jadi mak masa main masak-masak. gaduh sebab kawan baik kita berkawan dengan orang lain. gaduh sebab cemburu. itu biasa. tapi banyak kali gaduh pun, boleh saja berkawan dari kecik hingga dewasa, sampai beranak-pinak. padahal dah macam-macam isu yang digaduhkan. tapi dengan sifat lupa ni, kita boleh lupa sengketa, boleh lupa dendam. baguskan sifat lupa ni.

andai manusia tak diberi nikmat lupa ni, alamatnya populasi manusia lambat berkembang, taktau abad bila nak cecah 7bilion. kalau la ibu-ibu tak lupa sakitnya pengalaman bersalin kali pertama, siapa nak lahirkan anak kedua. hebatkan ibu-ibu, dengar je tangisan bayi, terus lupa sakit meneran. bayi dah pandai merangkak dah merengek lagi kat suami nak mengandung kali kedua dan seterusnya dan seterusnya. terima kasih mama, patut la sampai tujuh, mama kuat lupa rupanya. hahaha.

tapi lelaki takda sifat lupa macam ibu-ibu ni. keh keh keh. cuba tanya kat mana-mana lelaki muslim yang dah dewasa, mau tak berkhatan sakit sekali? mesti semua tiba-tiba rasa ngilu berkhatan masa kecik dulu datang balik. jumpa tok mudim yang dah bongkok tiga pun si lelaki boleh terbayang-bayang kengiluan tika itu.


atas sifat pelupa pada manusia ni, kita ada doa khusus untuk kuat ingatan dan elak dari jadi pelupa. rasanya ramai yang baca doa ni kan,

"Ya-Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redailah kami dan redailah pula semua usaha kami."

selain doa, sesama manusia juga kena saling ingatkan. contohnya macam rumah sewa saya. penuh notis macam ni haa. hehe. rajin betul siapa yang buat notis ni.

Notis susun kasut di rak. biasa la perempuan kan banyak kasut. sepatu pi kuliah. sandal pi dating. selipar pi sidai baju. kasut sukan pi joging.

Notis meja makan.

Notis meja tempat simpan stok makanan

Notis di dapur ruang memasak

Notis di rak pinggan. hahaha siap lukis ni. saya tabik la housemate saya yang buat notis ni.

Notis di sinki dan notis giliran buang sampah.

banyak kan notis yang ada di rumah saya. hehe. bagus, saya suka. saling mengingatkan. sebenarnya ada lagi notis-notis lain yang bertampal tapi saya tak sempat nak ambil gambar.

Sunday, November 13, 2011

ini bukan diskriminasi gender

saya ini manusia. sebagai manusia yang diilhamkan pelbagai rencah rasa dalam hati, ada kalanya dalam ceria Ain Fathihah, saya akan bersedih. sedih dengan sebab. juga sedih tak bersebab. ala perempuan. biasalah kan. emosi tak stabil. (sebelum teruskan bacaan, saya nak ingatkan ini entri rapuan. saya tengah serabut emosi)


ketika sedih bersebab situasi satu

XY : salam. apa kabar hari ni?

XX : salam. biasa ja. tak ok sangat dan tak la tak ok sangat.

XY : erm? awat ni? share la.

XX : takmau. saya ok.

XY : share la, mana tau saya boleh tolong.

XX : macam ni, bla bla blaa... ain rasa... bla bla bla... sedih sebab... bla bla bla... tak boleh nak bla bla bla...dah jadi macam ni bla bla bla...taktau bila bla bla bla... takut bla bla bla, nanti bla bla bla (5minit bercerita).

XY : saya tetap sayang awak.


cis. apakah? punya panjang saya menerangkan kenapa saya sedih, apa saya rasa dan ketakutan saya, kamu balas macam tu? saya ini bukan budak perempuan yang baru tumbuh bulu pubis berakal pendek yang anggap buayafren adalah segala-galanya. apa nak dibuat dengan sayang kamu tu dalam keadaan saya rasa saya tengah hilang macam-macam.


ketika sedih bersebab situasi dua

XY : yo! duk buat apa? mesej mau?

XX : salam. duk rehat. takmau mesej. nanti-nanti la. bye.

XY : why?

XX : not in mood. nanti-nanti la.

XY : ala. bagitau la kenapa.

XX : takpa. i takmau bagitau kat u.

XY : bagitau la jugak. i boleh tolong u.

XX : macam ni, bla bla blaa... i rasa... bla bla bla... sedih sebab... bla bla bla... tak boleh nak bla bla bla...dah jadi macam ni bla bla bla...taktau bila bla bla bla... takut bla bla bla, nanti bla bla bla (5minit bercerita).

XY : chill lah. buat apa nak sedih-sedih. nobody dies virgin. life fuck us all.

XX : (terus tak balas dah)

heloo? saya ini manusia. bukan robot yang boleh di set 'saya gembira' 24jam sehari dan 7hari seminggu. orang lelaki selalu cakap, perempuan ni beremosi. terlebih-lebih emosi. cis lupa diri. sebab perempuan dikurniakan emosi pelbagailah, masa kecik-kecik dulu mak kamu boleh perasan kamu demam dan terus dia kalut-kalut tuam dahi lah, bawa pergi klinik lah, bagi ubat lah.

kalau mak kamu tak beremosi, kamu dah terencat la sekarang sebab sawan tarik. boleh bayang tak kalau mak-mak rilek saja tengok anak demam, 'ala chill la. biasa la budak-budak panas badan. esok lusa baik sendiri la tu'

dua kelompok manusia di atas, kamu boleh pergi dihempap balak.

mungkin sungguh benar, hanya XX memahami XX.

"nangis lah wei puas-puas. sometime, we have been strong for too long. moga-moga allah balas apa yang terjadi dengan kebaikan pada masa akan datang"


nota tumit : ramai dalam kalangan kita buat persediaan nak hidup. tapi sangat sikit yang sediakan diri untuk kehidupan.

Wednesday, November 09, 2011

Bukit Bendera dari kacamata penduduk tempatan (tajuk macam berita metro pulak)

Seingat saya, saya mula menetap mengikut ayah menetap di Penang semasa berumur 7 tahun. dan sampailah sekarang, ketika saya dah 21tahun, saya belum pernah lagi pergi Bukit Bendera. Pesta Penang pun tak pernah pergi. sobs. Tapi biasalah manusia namanya, pulau tioman nun di pahang dah sampai, bukit bendera sekentut saja dari rumah tak penah-penah jejak kaki lagi.

Disebabkan saya tidak tahan lagi diketawakan sebab jadi orang penang yang tak pernah pergi bukit bendera, maka saya dengan kuasa pujuk rayu veto telah memaksa encik skendel nombor 7 untuk bawa saya pergi Bukit Bendera.

Mula-mula, beli tiket kereta kabel dulu. Perhatian, julingkan mata kalian tengok gambar di bawah dan baca ;
oh yeahh, dua tiket kanak-kanak bernilai RM4 setiap satu. harga tiket dewasa adalah RM8. dek ketinggian yang tak cukup, maka saya dapat beli tiket kanak-kanak. untung kan jadi orang pendek tak cukup tinggi.

Naik kereta kabel tak sampai sepuluh minit dah sampai atas. huhu. sekejabnya. tak puas. encik skendel bagitau kereta kabel dulu, ambil masa setengah jam baru sampai atas.


Gambar ini tiada deskripsi tapi saya saja muatnaik sebab terperasan hidung sendiri adalah mancung. mancung la jugakkk, anak jawa hidung macam ni dikira mancung la kan. keh keh keh.


Bendera Bendera, sepertimana bukit-bukit sejuk di malaysia (Fraser Hills, Bukit Larut, Tanah Tinggi Cameron dan lain-lain), suatu masa dulu menjadi tempat pelarian omputih-omputih penjajah penaung (zainal kling cakap tanah melayu tak pernah dijajah tapi sebaliknya hanya dinaungi British) negeri-negeri selat daripada iklim panas di Penang. Jadi depa buat rumah kat tempat sejuk atas bukit ni, 833 meter dari atas laut, sejuk la kan.

Bukit Bendera pada masa ni dah jadi tempat tumpuan pelancong yang mai Penang. Kata orang, tak sah pelancong mai Penang kalau tak mai Bukit Bendera. baca ; tempat tumpuan pelancong. maknanya bukan tumpuan penduduk tetap Penang. haha. Tapi mak Nurul Amal, FBI (akronim nama mak dia) selalu mai joging naik bukit bendera. sangat fit itu makcik ya, sila kagum.
Kat atas bukit bendera ni, suatu masa dulu hampir dikatakan semua kemudahan asas ada. ada pejabat pos, ada balai polis, ada telefon, ada hotel. Yela dulu kan omputih duduk atas ni, jadi semua benda ni ada atas sana.

Ini baru pintu gerbang masuk ke kediaman omputih dulu-dulu. saya pandai-pandai je cakap ni. sebab dalam tu, ada bangunan kolonial dan rumah besar-besar. mula-mula saya bergambar di luar pagar ni dulu, sebab
ada papan tanda Dilarang Masuk.
Tapi saya nak masuk jugak! muahaha. encik skendel tukang ambil gambar dah cuak sebab saya selamba ja panjat pagar tu dan masuk dalam buka lock, bukak pagar dan masuk dalam.
Cuma ada saya seorang ja yang masuk dalam ni. tukang ambil gambar takmau masuk dan cuma snap muka saya dari luar bangunan pintu gerbang ni.
payung UPSI diusung merata. sat hujan sat berkabus kat atas ni. sejuk sikit dari rumah. mujur bawa payung.


Ini sajalah gambar yang saya pose sedikit over. gambar lain semua sopan santun. biasalah keluar dengan kawan-kawan perempuan beza bila keluar dengan lelaki, gediknya tak sama. saya baru nak pose pelik-pelik, dah ada orang cakap, 'isk!'. rasa macam keluar dengan cikgu disiplin pun ada.

Ramai juga pelancong. 1Malaysia. melayu ada. cina ramai. india sikit-sikit. indon tak kurang banyaknya. thailand ada. orang arab pakai abaya pun ramai. omputih berlambak. semua ada.

Ni seorang penduduk tempatan yang bajet nak jadi pelancong juga.

Sekian sahaja lawatan kita ke Bukit Bendera. Saya bercita-cita nak joging naik atas pulak. Ikut FBI kalau itu makcik mau jaga saya masa joging naik atas. hehe. Sentap la bila FBI cakap, 'apa barang naik cabel car'. sobs. rasa tercabar keremajaan ku ini.


nota tumit : sapa yang duk gelakkan aku tak penah pi bukit bendera tu? mai sini aku nak tala kepala hang.

Wednesday, November 02, 2011

Ain ni, tak baik tau cakap kat kite macam ni (Fida, petikan dialog 2008-2012)

Saya kasar orangnya. Biasanya saya memang kasar percakapan. dan kadang-kadang juga saya buat-buat kasar. Barulah macho kan. Tak main lah nak jadik lemah lembut bagai dipuput oleh sang bayu.

Ini cerita seorang gadis. Yang pasti, ini bukan pasangan lesbian saya. haha. Saya normal dan bernafsu pada lelaki. kami berkenalan semasa beratur di meja pendaftaran ketika hari pertama sampai di Tanjung Malim dan mendaftar di UPSI tiga tahun dua bulan yang lepas . Kata gadis ini, dia menegur saya sebab saya pakai tudung labuh (saya baru tau dua minggu lepas). Sampai hari ini saya taktau apa kaitan tudung labuh dengan teguran pertama. Imej baik? muahaha.

Kebetulan pula, rumah kami bersebelahan di Kolej Ungku Omar, UPSI. Maka keraplah juga saya nampak muka dia dan dia nampak muka saya. Kebetulan lagi, kami sama seBio.

Saya tak tau apa masalah saya. Saya selalu dan sengaja terlebih kasar dengan gadis ini. Kerap sangat saya meninggikan suara dan buat-buat marah pada dia.

"Iskk **** ni pasaipa taktau? tak kacau ain tak boleh ka?"

"takde laa. kite bukan nak kacau. kite nak tanya pasal lab report ni haa" (senyum)

"oit ****! kan hantaq minggu depan? kalut pasaipa? tampaq mau?"

"ain ni kan. tak baik tau cakap kat kite macam ni. takpe la kite balik bilik dulu" (muka dah masam)

dan saya pun sambung melayan Friendster (masa saya sem 1, saya belum buka akaun facebook) tanpa menghiraukan gadis itu. sambil senyum-senyum. mungkin masa tu saya rasa saya terror kot sebab saja-saja carik pasal dengan orang.

sejam kemudian, gadis ini muncul lagi di bilik saya.

"laa muka ni lagi. awatnya ni?"

"ain, ain tahu tak. kite sedih tau ain marah-marah kite. tadi kite pegi balik bilik dan menangis."

"hahahahaha. pasaipa nangeh? **** terasa ka?"

"yelaa. mesti la terase. ain kasar dengan kite"

"hahahaha terasa ka? amik la semua."

"isk ain ni tak baik tau." (sambil cubit-cubit lengan saya) rasa macam gay pulak.

Masa tu saya sempat terfikir, isk gadis ini, dah la saya yang buat dia kecil hati, dah nangis-nangis mai balik mengadu kat saya. Patutnya pi la mengadu kat orang lain pasal saya buat dia kecil hati. Baru la logik kan.


Peliknya, walaupun saya kerap sangat marah-marah dan buat dia menangis, tapi gadis ini tidak serik. apa-apa hal dia nak kongsi cerita, dia akan cari saya. dan saya kerap juga ke biliknya bertanya khabar dan mendengar cerita dia. Biasanya perbualan berkisar soal keluarga dan kesihatan.

sampaikan ada orang lain cakap pada gadis ini,

"isk aku tak paham la macam mana hang boleh kawan dengan ain patehah!"

Tapi dalam hati saya tau, gadis ini tahu saya ambil berat pasal dia. Mungkin cara saya sayang orang tak sama dengan orang lain.

saya ingat lagi masa semester tiga, malaysia kecoh dengan H1N1. saya semasa itu berada di penang sebab UPSI dapat cuti tergembar sedang mendengar berita siapa yang berisiko mendapat jangkitan H1N1. Antara yang berisiko tinggi adalah penghidap asma. Spontan saya teringatkan **** dan Nurul Amal.

kepada Amal, saya SMS suruh jaga diri.

kepada **** yang rumahnya di Shah Alam, SMS saya berbunyi begini,

"wei. hang ada asma toksah duk gatai keluaq pi jalan-jalan. nanti mati kena H1N1 pulak. duk rumah sudah"

manis kan SMS saya. haha. tapi saya pasti gadis ini dah lupa pasal ni.

Satu kelas seBio memang tahu dan gelarkan saya si pembuli ****. Tapi mereka juga tahu, saya buat macam mana pun dengan gadis ini, dia tetap akan berkawan dengan saya. Tapi kadang-kadang ada juga rakan lain yang saja join saya menyakat gadis ini, terutamanya Marena.

Respon gadis ini bila diusik buat kita rasa terhibur. Merah padam muka dia yang putih tu.

Sejak semester empat atau lima, saya dah tak rapat sangat dengan gadis ini. kelas lain-lain. tapi banyak juga kelas yang sama. Sejak semester lima juga, gadis ini dah pandai 'melawan' bila saya menyakat dia. Juga dia dah pandai menyakat saya balik.

Ada yang cakap, Ain Fathihah yang ajar gadis ini jadi kasar. hehe. kerapkali juga, bila saya dan gadis ini duk bertikam lidah dalam kelas, SATU kelas dan SEMUA yang ada dalam kelas tu akan back up gadis ini dan attack saya ramai-ramai. Walaupun banyak kali juga gadis ini yang mula cari pasal dengan saya, tetap saya yang dikatakan sedang membuli dia.

Muka secomel saya membuli orang? logikkah?

Kepada gadis yang saya ceritakan dalam entri ini, moga kamu diberkati Allah, diberi kesihatan yang baik dan diberikan jodoh yang beriman. selamat menjadi isteri dan ibu solehah.

Nur Afieda Suhaimi a.k.a. Fida. Saya tau Fida takkan baca blog ni sebab dia bukan jenis rajin online pun. hehe.

nota tumit : kepada rakan seBio, jangan sapa-sapa berani pi bagitau Fida saya tulis pasal dia!

Tuesday, November 01, 2011

isu halatuju graduan pendidikan : suatu alternatif

Sejak saya di UPSI, satu hal yang saya perasan, setiap kali musim konvo, akan timbul isu posting penempatan guru baru di kalangan pelajar guru pelatih UPSI. Isu penempatan ini juga akan berkumandang setiap kali musim pilihanraya kampus. Selain daripada dua musim ini, tiada isu penempatan yang dimomokkan di telinga saya.

Mungkin senior-senior boleh kata, 'ahh kamu junior belum merasa resahnya kami menunggu penempatan, bolehlah cakap lebat'.

Tapi nampaknya tahun 2011 ini isu penempatan guru baru dan isu graduan ijazah pendidikan yang menganggur semakin hangat. macam mana saya boleh terasa hangat? sebab ada makcik di pasar yang tiba-tiba bersembang dengan saya dan tiba-tiba tanya

"nak, betoi ka la ni bila masuk maktab sultan derih (UPSI), tak jadi cikgu pun?"

aduhh makcik ini. saya baru nak semangat beli sayur tiba-tiba diterpa soalan ini dalam keadaan tidak bersedia. namun, untuk tidak nampak selekeh, saya selamba menjawab,

"ya betoi, makcik. kalau keputusan peperiksaan teruk atau kena tendang dari maktab (maksud saya UPSI), memang tak dipanggil jadi cikgu la. lagipun bila habis belajar, kalau takmau jadi cikgu pun boleh. budak (maksud saya graduan) maktab sultan derih tak terikat dengan kementerian pelajaran."

"oh lagu tu kaa.. makcik baca dalam upsikini malaysiakini paper pasai depa kata cikgu maktab sultan derih tak dapat jadi cikgu. itu lah, undi lagi parti XX sampai lima negeri dapat kat depa. kan dah jadik macam ni. parti XX tu bukan reti tadbir negara pun"

erk. saya terdiam. senyum dan angguk-angguk. lama kelamaan senyum saya menjadi sengih lebar bila makcik itu makin berapi cakapnya.

saya masih tidak menjawab. cuma terangguk-angguk dan sengih. tidak pula saya beritahu, semua penempatan untuk keja gomen memang dibekukan untuk tahun 2011. bukan cikgu saja tak posting, misi (jururawat) pun tak posting jugak. ada kaitan dengan parti XX ke eh.

disebabkan senior-senior sebelum saya ada yang menunggu lebih kurang 8-11bulan untuk penempatan GST dan saya terdengar ura-ura mengatakan posting dibekukan sampai 2015 maka saya senaraikan apa yang boleh saya buat sementara menunggu penempatan. itupun jika ada rezeki.


1. masuk GiatMara.

saya perempuan (dah double check). dan saya rasa rendah diri bila tak reti menjahit. maka untuk menyahut seruan kerajaan supaya graduan IPTA kita lebih versatil dan berwibawa, saya nak belajar menjahit. saya dah surney, ada pusat giatmara di penang yang menawarkan kursus jahitan (nama kursusnya Fashion and Dressmaking) selama enam bulan. ada lagi elaun RM200 setiap bulan. okay la kan daripada pi belajar menjahit kat butik ataupun kelas swasta. hehe.
saya dah hantar borang permohonan dah pun. gigih tak? haha. sesi baru bermula januari 2012. mungkin saya akan mula belajar menjahit lambat sikit sebab cuti semester UPSI bermula 20 Januari 2012.

cumanya saya tak pasti giatmara mau terima ke lepasan U untuk belajar kat depa? ada sesiapa tahu tak? doakan saya dapat. semangat nih! doakan juga semangat saya nak belajar menjahit berkekalan sampai januari 2012 (ini yang paling penting, hahaha)

kenapa saya nak belajar menjahit?

dah lamaaaa teringin tapi tak berkesempatan. saya nak sekurang-kurangnya saya reti jahit baju kurung untuk kegunaan sendiri dan reti guna mesin jahit. bonus kalau reti jahit langsir. (eh kalau dah reti guna mesin jahit mesti la boleh jahit langsir kan? langsir dijahit lurus je kan?)


sebab pertama : upah jahit mahal


cikgu perempuan kena ada banyaaaakkkkkkk baju dan kasut dan beg tangan dan tudung dan barang kemas dan lain-lain kan. haha. saya pula biasanya beli kain pasang yang murah-murah saja. kain pasang RM20 sepasang pun saya beli untuk dibuat baju kurung. tapi rasa ralat sebab tak boleh jahit baju kurung sendiri. upah jahit saja pun dah RM22.

RM22 ini pun dikira murah sebab makcik tailor tu dah jahitkan baju saya sejak saya kecik-kecik. kalau tempat lain, mau upah jahit lebih RM35 sepasang baju kurung biasa. kalau baju kurung moden ataupun kebaya, memang RM50 lebih laa. kos upah jahit dah boleh dapat lagi sepasang kain. rugi kan kan.

sebab kedua : nak jahitkan sendiri baju anak-anak

dah ain fathihah namanyaaa.. cita-cita mau tinggi. haha. saya berhasrat supaya saya dapat jahit sendiri baju anak-anak. saya nak jadi reti buat dan jahit baju kurung anak perempuan. buat gaun ke. saya nak saya reti jahit baju melayu untuk anak lelaki saya supaya 25 tahun nanti anak laki saya boleh angkat kening sambil senyum sinis kat girlfriend dia dan cakap,

"mommy i dulu jahit sendiri je baju melayu i dan baju kurung adik-adik i. mommy i wanita berkerjaya dan reti menjahit. apa pasal u takleh?"

muahahaha kejinya kuasa imaginasi.



2. jadi cikgu ganti

mungkin sudah tidak sehavoc masa jadi cikgu praktikal sebab masa jadi cikgu ganti, dah tak diselia. hehehehehehehe


3. kerja saja la apa-apapun asalkan dapat duit.
tak payah risau sangat sebab kat penang banyak kerja kosong. antara sanggup atau tidak saja kerja dengan gaji lepasan SPM. ahh apa kisah kan. daripada rasa hina-dina sebab menganggur, lebih baik kerja.


4. buka ladang dan ternak kambing boer.

entah kenapa sejak sem lima lagi saya dah selalu sebut nak ternak kambing boer. kambing ni hensem, tau!
tapi ini semacam tidak releven. nak buka ladang kena ada tanah. kena ada modal. dan kena ada kambing. mungkin boleh simpan dulu cita-cita ni sampai saya pencen.

5. kawen ler, apa lagi.

rasanya saya takkan kawen awal sangat sebab sekarang ni saya dah hilang rasa nak kawen awal. perasaan nak kawen awal tu hilang begitu saja, plop! macam buih yang keluar dari mulut ikan puyu. plop plop! terus hilang. selain cita-cita nak kawen awal telah direject Apak ku sendiri dengan jayanya, saya juga baru tahu tentang satu perkara yang buat saya ngeri dan rasa nak pitam.

untuk anak-anak dara dan lelaki sekalian, pernah dengar ayat sebegini tak?

"mek kiah dah rasa sakit nak beranak tapi baru terbuka 2cm. doktor suruh tunggu dulu"

"che jenab baru sejam sakit nak beranak. dia pi hospital doktor check tengok-tengok dah terbukak 8cm, terkejut semua orang. terus masuk labour room dan beranak dua puluh minit kemudian"

"sejam baru terbukak satu cm. jenuh sakit seharian nak tunggu terbukak banyak cm lagi dan doktor bagi teran nak beranak"

selama ni saya boleh agak la yang cm-cm (sentimeter) tu adalah bukaan pintu rahim untuk laluan baby keluar. oh ukur cm guna pembaris gamaknya, sebab tu doktor tau tepat berapa cm tuuu, desis hati saya.

tapi baru-baru ini saya baru tau macam mana doktor ukur cm tu!

oh tuhan! saya terus rasa......eh xpelah, tak payah kawen pun takpa. ngeri kot!

okaytengsbai!

nota tumit : penutup entri macam budak tak sekolah. muahahaha. diingatkan juga, ini bukan rumusan ilmiah mahupun pra-tesis.