mereka yang tegar

Saturday, December 10, 2011

manakan sama si ketam bunting

selesai perjumpaan dengan rakan sekelas, saya mengangkut rubi, ain nabilah dan amirah ke bandar metropolitan tanjung malim pekan. empat-empat orang buat muka manis minta syahiran hantarkan ke pekan.

kami mengenyangkan perut di KFC. sila maklum, KFC adalah tempat paling havoc sekali yang ada di tanjung malim, selain karaoke jamban. lepas makan, pergi menipiskan beg duit dengan pergi watson, dan pasaraya grand union.

kebetulan, hari sabtu adalah hari pasar malam. saya yang dah sebulan berhajat nak makan ketam, menggigihkan diri pergi cari ketam.

ain fath : weh rubi, aku nak makan ketam la.

rubi : tuuuu (sambil muncung mulut), sana ada.

ain fath : macam mana nak beli ketam weh?

rubi : ni haa, masa nak bersihkan, hang buang bahagian ni. (sambil tangannya membalikkan seekor ketam, dan menunjukkan pada saya cara nak siang ketam. dah la tanya lain, jawab lain)

ain fath : kena amik ketam jantan ka ketam betina? aku mau yang puas makan.

ain nab : ketam jantan. orang cakap, ketam jantan banyak isi.

ain fath : isk hang ni. ya ka? bukan ka perempuan mengandung yang gemok banyak isi? so mesti la ketam betina yang bunting yang banyak isi.

ain nab : eh tak la. yang saya tahu, ketam jantan yang banyak isi.

ain fath : weh hang ni. perempuan mengandung la yang gemok (masih berkeras dengan teori manusia yang nak disamakan dengan ketam)

mungkin sebab dah tak tahan geli tali perut mendengar perbualan kami bertiga, pakcik peniaga menyampuk,

pakcik : macam ni dik. nak beli ketam, beli yang ada telur macam ni. isi banyak. kalau yang macam ni, ni ketam jantan. isi tak banyak sangat macam ketam betina yang ada telur.

ain fath : err... (sambil tersengih-sengih) saya nak yang ni, pakcik. satu ni saja. pakcik tolong belah dua sekali ya. dan buang hujung2 kaki ketam tu, saya tak dak pisau besaq (padahal tak reti bersihkan ketam)


dipendekkan cerita, akhirnya ketam buntingku dah bertukar menjadi ini

nota tumit : tolong laa jangan komen awat gambar ketam masak lemak cili padi ni nampak pelik. saya masak main hantam saja. lima belas kali buat masak lemak, lima belas rasa yang berlainan yang saya dapat.

6 komen tak puas hati:

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

sedapnya..
lama xmakan ketam..
kalo hg nak mkn ketam slalu
mnta posting kat sabah yg kwsan perairan..
konfem sihat setiap hr mkn mknn laut

Hagakure Kira said...

"lima belas kali buat masak lemak, lima belas rasa yang berlainan yang saya dapat"

--> mg boleh buka restoran masakan. menu yg pelbagai dr sumber yg satu :D

hiro said...

lama tak makan ketam..sedak nye Ain..bak sikitt...kekeke

dylli said...

wahhhh.. okay lah tu kalau boleh masak! rasa belakang kira, diri sendiri yang nak makan kan? :D

athirah hanafiah said...

aku nk tnya jugak, kenapa masak lemak cili api hg ada tomato? tak masam ke??

aku rasa masakan plng selamat kalau kena masak ketam kt rumah mak mertua adlah ketam masak merah telur pecah. resipi bleh mntak kt aku. ngeh3~

klcitizen cikgunormah said...

practice always make perfect... teruskan perjuangan :)