mereka yang tegar

Friday, August 24, 2007

nehnah dunia mmg meletihkan

assalamualaikum w.b.t..
salam buat semua pengunjung blog ini..alhamdulillah, aku dapat menghabiskan cuti pertengahan semester ni dgn tenang...walaupun masih ada lagi tugasan2 yg tercicir(akibat bertangguh).. dah lama rasanya tidak menikmati hidup dgn bersenang-lenang begini..tidak terkejar2 ke kelas & dewan kuliah.. herm...
esok lusa perlu kembali ke kolej..kembali menjalani hari2 biasa bg seorang pelajar..aduhai, kalau tidak ku fikir mengenai masa depan, akan aku fikir bahawa belajar mmg memenatkan jiwa dan raga..huhu..tp, seorang srikandi takkan mudah menyerah..aku perlu gagah menjalani hari2 mendatang... entah kenapa, dlm seminggu ni, aku agak lesu jiwa..masalah biasa barangkali..
selama ni aku agak terpesong, terpesong niat & tujuan dlm menghadapi nehnah dunia..entah sudah jauh mana aku tersasar.. entah kenapa jiwa aku begitu mudah termakan pujuk rayu dunia..
na'uzubillah... iman yazid wa yankuz...
tp alhmdlh, selepas berbincang dr hati ke hati..aku lebih tenang..

"ya Allah, kuatkanlah hati hambaMU ini dlm menghadapi ujianMU"

Tuesday, August 21, 2007

menjadi mayat itu pasti

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- SAHABATKU YANG KU CINTAI HANYA KERANA ALLAH, CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA KITA-



3:185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Friday, August 17, 2007

sha na na

assalamualaikum...

salam rindu, salam doa & salam jihad buat sahabat...alhamdulillah, aku dpt meluangkan lebih byk masa di rumah ( juga di depan komputer) sementelah hampir 3bulan dihambat masa yg mencengkam di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, KMPP ( juga disebut sebagai Kolej Matrikulasi Paling Popular oleh Tuan Pengarah)...dlm masa yg singkat ni, cuma dua minggu sahaja..(ok la nih, drpd xde cuti langsung)..aku berusaha merehatkan diri sepuas2nya..hihi..( sepatutnya kena pulun study!)..juga aku mengambil masa utk mencari artikel2 yg sesuai utk dipostkan di blog ini, tp lebih byk yg aku postkan di column buletin di laman friendster..

syukur ke hadrat Ilahi, aku diberi kesihatan fizikal@mental utk terus menghirup nafas dan bertatih-tatih menghadapi dunia yg kian bertambah umur, kian mencabar rasanya (memang pun)...terkadang rasa letih, letih dgn cabaran dunia nih (padahal ckit je pun) tp buat insan yg baru nak mengenal dunia ( seperti aku ni)...ini sudah dikira mencabar!..hehehe...
pelbagai jenis orang & pelbagai jenis ragam yg aku dpt lihat di KMPP...memandangkan pelajar2nya datang dr pelbagai latar belakang & budaya... menarik! sahabat2 baru yg menyenangkan hati ( ada juga yg memeningkan kepala)...di mana aku sedaya upaya cuba mengikat jalinan persahabatan yg oktet..dlm keadaan sekarang, tidak dpt dinafikan kawan2 amat penting di sisi aku dlm situasi sekarang..
entah di mana lg aku akan jumpa seorang kwn perempuan yg nmpak ganaz, muka brutal, cara berjalan pun ganaz skit..tp rupa2nya masih bermain anak patung (hehehe, kpd sesiapa yg terasa pedas, maaf la noh)...entah bila pulak aku akan terjumpa lg orang yg tiba2 kerusinya senget ketika sedang belajar ( bahasa mudahnya jatuh kerusi) dan kwn2 sekelas lain terpinga2 melihat kejadian itu lalu semuanya seperti sepakat utk tidak ketawa ( sedangkan dlm perut mcm nk pecah tahan gelak)... entah aku akan jumpa lg atau tidak seseorang yg beriya2 mahu memasukkan aku di dlm beg galasnya ( kebetulan hari itu saya mmg keletihan yg amat setelah tamat kuliah)..dgn bersungguh2 dia melutut di hadapan aku sambil menyuakan begnya di kaki aku ( aku dipanggil 'budak kecik' oleh sahabat2 KMPP, memandangkan saiz aku yg mmg agak kecik), utk memasukkan aku ke dlm..aduhai...

err, entah apa la aku merepek..
sebenar cuma nk nyatakan di post ni...
hari ni ulangtahun kelahiran kawan sekelasku, ke-18...dia agak berkecil hati..sbb aku tak ingat hari jadi dia ( sebenarnya aku sangkakan esok )..
so, SELAMAT HARI LAHIR MOHD HANIFF...moga panjang umur & ceria sll!
& dua tiga hari lepas, ulangtahun Nurul Sakinah, 14 ogos... akan datang, Sabri, 22 ogos..

salam sayang..
ceria sll..
(n_n)

Thursday, August 16, 2007

berbaik sangka

'' jika dirimu tidak bisa berbaik sangka kpd Allah kerna keindahan sifat2Nya...
maka berbaik sangkalah kerana pendampinganNya bersamamu..
bukankah Dia selalu memberimu sesuatu yang baik2...
dan bukankah Dia sntiasa memberimu nikmat.... ''

Ibn 'Athaillah al-Hikam... =)
@}---

Sunday, August 12, 2007

m[a]ut itu nikm[a]t ?

Maut itu Nikmat?

(menangkap malaikat maut?)

Ni ada satu cerita sedih..isk..isk.. satu cerita yang boleh di ambil pengajaran.

Di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yg disayangi.
Dan dia dapat tahu pulak yang menyebabkan orang menjadi mayat adalah Malaikat Maut. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat maut.
Maka Allah berkuasa, makluk tak ada kuasa, Allah telah kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT MAUT pd budak tu….
Akrian bila nenek dia sakit tenat maka datanglah malaikat maut…
Budaktu pun apa lagi terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT MAUT….dan budak itu berjaya…
tapi bila budak tu tengok nenek dia sakit tak henti2, mengerang kesakitan, menderita kelaparan kerana tak lalu makan, tak boleh tidur kerana sakit tak kebah2…siang malam menangis, kesian pulak budak ni tengok nenek dia gitu gaya…dan nenek dia doa.."Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat…aku sakit sekarang,”
Air mata kesidihan, kepiluan,kehibaan mengalir tak henti2.
“Nenek jangan doa macam tu, saya sayang nenek…!”jerit budak tu..
Nenek jawab: “cucuku..bunuhlah nenek..nenek dah tak sanggup lagi…nenek sakit…”
air mata kian deras, gigi di rentap2 menahan sakit…
“Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah….”
Akhirnya kerana tak sanggup melihat neneknya menangis gitu gaya…dia pun melepaskan malaikat maut…maka,
Mati dan menjadi mayatlah orang tua tu…
ada tanda2 tenang pd mayat tu….si budak ini menangis….
‘Alangkah deritanya manusia jika tiada maut….."
budak ni belajar lagi hakikat hidup...
Sekian....

Haaaa! Yang ni lagi sedih…ni nak nangislah ni..uhuk—uhukk! Korang tentu pikir aku nangis, tersedut asap ubat nyamuk sebenarnya(buat lawak mayatlah pulak)
Di akhirat nanti bila semua org dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor ‘kibas’(macam kambing)…
Hidup rupanya Maut ni..sebab tu lah korang semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut ni sembelih kibas di antara shurga dan neraka…maka matilah 'maut' ni,,
Mautpun jadi mayat…
Maka bergembira sakanlah org dalam shurga…maklumlah tak mati2 dah lepas ni,
Tapi org dalam neraka meraung! mengjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupaun sesaat…”(baru nak keluar sesaat, dulu 5 minit ke masjidpun payah...)
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”
Allah berfirman:(plus-minus)

“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal..mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…
.Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…..

ps:Korang takut tak api neraka?..kalau korang takut, aku lagi takut…! ,kalau korang tak takut, takutnya aku kat korang sebab tak takut azab Allah!!!

Friday, June 29, 2007

bait kata sahabat

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yang terbaik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun selepas aku mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku berasa senang.
Semakin ramai sahabat,aku semakin percaya pada diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat yang sejati yang tidak luntur baik ketika suka mahupun duka.
Jika aku dapat,aku akan setia kepadanya"
.:: Imam Syafie ::.
p/s : thx tasneem..

salam doa buat sahabat

kesibukan di KMPP membuatkan aku tak dapat mengirimkan sms ucapan selamat pd kwn2 aku yg bakal(telah) memjejak kaki ke universiti.. 5 tahun kami bersama di smka (p) almashoor bukanlah satu jangka masa yg terlalu singkat, tetapi bukan juga satu masa yg terlalu lama..

aku dari jauh cuma dpt mengirimkan salam dan doa buat sahabat2ku..
moga perjalanan hidup kalian dipermudahkan Allah..dari jauh juga kutiupkan semangat buat rakan yg berada di jalan jihad..bersedia meniti titian ilmu yg dianggap baru..hati yg runsing memikirkan rona-rona kehidupan yg bakal ditempuh..ku kirim doa buat pembakar semangat, ditetapkan iman, dikuatkan tekad dan disucikan niat..menimba ilmu fisabilillah..semoga berjaya dlm pembelajaran, dunia dan akhirat...
moga kita sama2 dpt mengecapi manis sebuah kejayaan..
buat che pah, nad, pejah..huhuhu, rindu hgpa suma...juga pd kwn2 AP, wish u all the best luck!

salam ukhwah...

Friday, June 22, 2007

bla bla bla...

Salam Sayang,

beban rasanya hampir 5minggu lebih aku di sini... di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang..

beban yg makin menyesakkan dada..

huhuhu..

thx pd semua yg tak putus2 bg sokongan kt aku.

to Fadzil Hilmi, terima kasih atas segalanya..

Doa Seorang Kekasih

Artist: In-Team
Song Category: Nasyid

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Friday, May 25, 2007

aku yg tewas ! ! !

wah..wah..wah!
akhirnya aku tewas jua akhirnya..azam utk tidak menjejak kaki ke CC kmpp tggl kenangan cuma..
erm, dah dua minggu aku ada kt bumi kmpp ni.kehidupan yg amat2 meletihkan dan membuatkan aku semput.
huhuhu, ntah npa tanpa sedar aku telah masuk ke cc dan terus duduk di komputer yg kosong dan online!jari2 ni dah lama gatal nk menekan2 keyboard..huhuhu..baru je balik dr library ni...pening je kepala kt cni!
tension pun ada...letih+panas+semput...hidup sebagai pelajar kolej mg tak berapa byk masa lapang.dah la di kmpp ni, suma org duk pulun gila babeng!
hari pertama kuliah, malamnya tu library dah penuh! aisehh...bila dah semua org duk study, xkan la aku nk main2 plak kan, so kena la pulun jgak..tgk latar belakang student kt sni pun semuanya mantap2 belaka! sbp, mrsm berlambak2.tp walau di mana pun aku berada, aku cuma nk diri sniri je la..
dah jumpa dua tiga org member fs aku kt cni..auni aziz, ct nurzulaikha...al-islam ngn custodian sama kuliah ngn aku rupanya! heh...baru je petang td encik custodian tu tegur aku di pentad(pentadbiran)..malangnya aku tak kenal muka dia, cuma kenal nama fs & ym je..jgn kecik hati noh custodian..
pd insan yg byk bg aku dorongan dan sokongan utk aku, tima kasih...
ok la, bila2 masa aku ada masa, aku update lg blog aku yg makin sunyi nih..
salam sayang...

Tuesday, May 08, 2007

asam garam hidupku

wahh, sakitnya badan!kenapa??huhuhu...sengal habis badan aku.
semalam aku ngn kwn2 sek,AIGS wat perjumpaan. Sj la nk jumpa sblm masing2 mula sambung belajar balik. Ntah siapa yg plan, pertemuan kami diadakan di Kompleks Bukit Jambul(BJ)...adeii, jauh la plak..dah la aku baru sekali jejak kaki ke sana, masa form1 dlu. Mmg jarang la aku p area sana.
Memandangkan member aku, Nad dah dpt lesen, kami pakat2 nk tumpang dia. Masalahnya, Nad x tahu jalan la plak..kui3, klu kwsn pulau tikus ke hospital tu mmg dia cekap ar,dah jadi jalan dia pun.
Erm, dgn bantuan ibunda tersayang, hehehe..akhirnya kami sampai gak kt BJ..

Pertemuan Yg Menggembirakan
Sampai je sana, tak ramai lg yg ada...2,3org ja..dan kami diberitahu plak yg pelan asal ditukar! Bkn pkul 11pagi mcm yg diberitahu sblm ni, tp pas zohor..tp xpela, kami sampai pun dah pkul 12...So, makan time!
wah3, tak sangka dpt jumpa kwn2...rindu gler kt depa suma..member2 kelas...member2 kelas sebelah...
dan yg paling aku tak sangkakan, berlaku perubahan yg amat2 ketara pd kwn2 aku! ohoo, yg dlu masa sek, jenis kasar gler, ckup anti dgn baju2 feminin... xnak pakai kasut stail girl...agak2 tomboy skit, dan bila aku jumpa dia masa kt BJ, wah!!! Ayu gila ahhh...dia pakai blaus ada bunga2 pink, skirt labuh, handbag, dan bermekap! Cun rupanya kwn aku tuh...hahaha
Sementara tggu zohor, kami mkn dlu kt mcD sambil sembang2..tak ramai org hari tu, jd mmg kami la yg paling riuh sekali.. kepoh betul..hehehe
oleh sbb aku, Nad, Amal & Che Pah x tahu surau kt mana, terpaksa la kami naik tnya kwn2 yg dah ada kt tempat bowling..bila dah naik plak, depa ckp nk men sampai 3setengah je, so..main dlu la..surau BJ kt tempat parking.
Huh, mg kami je yg penuh kt situ. Riuh betui, dah lama aku tak riuh cmtu... Bknnya main sgt pun, suma duk best gelakkan bola org yg masuk longkang, padahal sniri main pun hancusss! hehehe.
Aku tak kisah sgt psl main bowling tu, duk sonok dpt jumpa kwn2 je. Ahaks, byk yg dah berubah psl kwn2 aku..Gaya ckp, penampilan, dll..
Lebih byk yg bergambar dari men bowling sebenarnya! cehh. . dan lebih byk bola yg meleret ke longkang dr mengenai pin.hahaha

Queensbay Yg Tidak Pernah Ku Jejak
Tetiba sorg member aku ajak p Queensbay, main ice skating. Erk??? Queensbay ada tempat main ice skating ke? ahh, mls nk persoal, bknnya aku penah p situ pun. Dan sekali lagi, dgn tak tahu jalan, Nad redah je drive dgn bantuan member lain.. Selamat je sampai Queensbay..hehehe..
First, cari surau dlu. Alamak! xde signboard surau, susah la nk cari. Nak tnya org2 kt situ pun, bknnya depa tau surau kt mana. Perghh! Pusing punya pusing, jumpa gak surau. fuhh, nsib baik jumpa.
Kemudian, dgn bersemangatnya kami p tempat yg nk dituju. [inilah barisan kita, yg ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, utk ibu pertiwi]. Ceh, bkn ice skating la! rupanya Roller Blade. hah?aku bkn penah main pun.. Nak cuba ke tak? nak ke tak nak..nak ke tak nak...

Jatuh Bangun Mengajar Erti Kehidupan disebabkan aku ingin merasai mcm mana perasaan main roller blade, aku pun wat percubaan berani mati. Cuba benda baru. tu pun sbb Nad nk main, & boleh la aku suruh dia ajar kan. Pujuk punya pujuk Amal ngn Che Pah, depa dua x nak main..huhuhu..erm, kena byar rm16 utk main tanpa had.[tempat tu bknnya baba aku ada share, so takleh la nak main free]... err, klu student price, cuma rm8. Jeng jeng jeng...dgn tak malunya kami mengaku masih pelajar sekolah! so, dpt la separuh harga..hik3.. Lepas uruskan apa2 yg patut, buat pertama kalinya aku menyarung kasut roda yg nmpak pelik tu ke kaki ku [sebenarnya aku yg jakun, sbb tu pelik]...dan aku cuba bangun berdiri.. wah! xleh langsung.. Cm na nk bangun nih...huhuhu.. Melihat seorang demi seorang kwn2 ku bangun dan terus meluncur, aku jadi resah. Mcm nk nangis pun ada. Aku tak berani nak berdiri, takut jatuh plak.. Dgn tunjuk ajar Nad, dia pimpin aku masuk ke tempat meluncur.. terketar2 sebenarnya kaki aku masa tu..erm, belum apa2 lg... kedebuk! aku dah tersungkur..adesss, sakitnya mak oi buntut aku.. datang sorang jurulatih di situ mengajarkan aku teknik2 yg betul utk bangun...dia suruh aku pegang tepi sambil berjalan. Masalahnya, aku mmg tak tahu mcm mana nk kawal kasut yg beroda tu! isk isk isk...penyesalan datang bertandang...susah gler aku rasa... Jurulatih tu tunjukkan cara nk berjalan, bentuk kaki dlm 'V'.. bila gerakkan kaki kanan, kaki diri angkat skit, pastu sebaliknya.. aku dgr dia ckp, tp sebenarnya tak berapa faham apa yg jurulatih tu maksudkan. Aku pun dgn cuaknya cuba buka langkah.. satu langkah, dua langkah... BUKK!! jatuh lgi.. alahai...sebenarnya dah byk kali aku jatuh sebelum tu.. dah naik kebas buntut! huawawa

Usaha Tangga Kejayaan dlm sejarah hidup aku, belum penah aku buat sesuatu begitu bersungguh2 seperti aku nak belajar main roller blade tu.. Erm, tanpa hirau sengal2 yg ku rasai, aku cuba juga utk belajar berjalan dgn kasut beroda pelik di kaki ku. Wah, sayang sgt2 kwn2 aku yg bersemangatnya memimpin aku berjalan[Nad, Kinah, Dayah & semua yg main sekali ngn aku masa tu].. Thx my frens!erm, akhirnya...walaupun tak la bgus cara aku berjalan, boleh la jugak skit, kadar jatuh pun kurang..walaupun masih ada... yg buat aku seronok, rupanya ada sorang Apek di kawasan luar memerhatikan betapa sedapnya aku tersembam, tersungkur, terguling dan terbalik dlm tu. Semasa aku melintasi meja yg dia duduk, dia menggenggam erat jarinya lalu angkat tgn pada aku. Sambil tunjuk bagus pada aku.. wahaha, malunyer!

Cari Jalan Pulang Pkul 6, Nad dah ajak aku balik. erm, baru nak boleh skit, dah kena berhenti plak. Ahaks! Bila dah dlm kereta yg dipandu Nad, barulah aku sedar yg badan aku sakit sgt! huhuhu, wat bodo je la.. ini la hari yg paling gembira buat aku.. Best betul dapat jumpa kwn2 yg dah lama aku tak jumpa..rindu pada Amira, Munirah, Along, Farahain, Ziela si gadis Ayu [hahahaha], Syark, Kinah, Dayah, Aainaa[ini bkn kesilapan aku menaip, tp mmg nama dia byk huruf A], budak2 kelas Melati, Mawar..kelas aku, Melur tak berapa ramai yg hadir...besala dak skema bkn mau sgt kuar2 cmtu.hik3.Dlm keta, dgn riang gembiranya kami 4 org..aku, Nad, Amal dan Che Pah menyanyi lagu2 yg berkumandang di radio Era.fm.

Kalau benar cinta itu buta

Siapakah jadi mangsanya

Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama, ha ha ha
Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya

Alangkah indah bila dicinta

Kerana hidup kita lebih bahagia.. AH HAA

Sahabat, aku Mencintai Kalian
Betapa dadaku sebak semasa kami menyanyi dgn kuat lagu tu.. Entah bila lagi aku dan kwn2 dpt berseronok mcm td.. Sahabat plg baik yg aku temui di bumi Almashoor, yg bersama2 berpenat lelah dan memerah otak semasa sesi belajar berkumpulan.. Sahabat yg mengajar erti manisnya bila bersahabat.. Sahabat yg tak jemu2 menasihati aku bila aku yg mmg nakal ni melakukan perkara2 yg tak sepatutnya.. Sahabat yg tak jemu menerangkan subtopik2 yg aku tak paham [aku pernah menangis dlm kelas sbb tak dpt memahami topik pertama Addmath form4, Fungsi...lalu member yg duduk berdekatan meja aku menenangkan aku dan cuba mengajar aku perlahan2..padahal aku masih tak dpt memahami apa2, Thx Faiezah, Nad & Amal]..
Entah aku akan jumpa lg atau tidak sahabat2 seperti mereka.. Kadang2 bila aku bersendirian, boleh jd monyet yg tersengih sorang2 bila aku teringat gelagat kwn2 aku masa sekolah.. Dan itu semua cuma tinggal memori yg amat manis utk aku kenang..
Telah lama kita bersama Berjuang tegakkan agama Kita rungi bersama suka
Duka perjuangan Karena takdir dari Illahi Kini semua tinggallah kenangan Engkau telah jauh disana Berjuang dirantau seberang
Oh Tuhan...Satukanlah Hati kami Walau dimanapun kami berada
Oh Tuhan...Kuatkanlah jiwa iniDalam meneruskan perjuangan
Tetap kenanglah aku disanaDalam do'a dikeheningan malam Kan kurengkuh engkau disanaDalam do'a-do'a malamku
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan Detik yang indah bersamamu temanku
Melangkah Ke Alam Kampus
Tinggal tak berapa hari lagi aku akan berada di rumah, bersenang lenang mengadap pc, menyakat adik2 kecil aku, mengacau mama masak, dan ironkan baju baba...erm...& selepas ini aku akan kembali memerah otak, bergelut dgn buku2, terpaksa menyesuaikan diri dgn suasana baru, menghadapi kembali detik menyesakkan dada bila musim exam.. Paling penting, aku akan menimba pengalaman2 baru, di tempat baru, bersama kwn2 baru dan semuanya baru bagi aku... Kolej Matrikulasi Pulau Pinang menanti kehadiran aku utk melakar detik2 indah di buminya...

Selamat Tinggal Dunia Mayaku
hehehe, berat juga nk berpisah dgn pc ni... dah jadi boyfren kesayangan pun pc ni...luv u computer! ahaks

[a]ku d[a]mb[a] seseg[a]r n[a]ilof[a]r
mencari pengertian hidup

Saturday, April 21, 2007

allah sayang kita

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Monday, April 09, 2007

...:::sahabat seperjuanganku, SAYANG KAMU SEMUA:::...

cehhh, tajuk post yg teramat2 skema.gembira benar aku hari ni, setelah meninggalkan alam persekolahan 4bulan lalu,baru td aku berpeluang bertemu kwn2 rapat aku.wlaupun ada sorang yg takda(amal kena keja, sibok je la manager metrojaya tuh,time aku nk kuar ngan amal,baru la dia sibok2 suh amal keja full)

che pah plak baru balik dari labuan, baru ni je la td dpt jumpa dia.pejah susah skit nk dpt permission nk kuar.huhuhu...nad plak, mmg bila2 masa je aku bleh jumpa dia.

kami 4 org p sek dlu, che pah nk bagi barang kat cikgu kesayangan dia(kan dia baru balik dr Labuan, aku pun beriya2la igtkan dia nk bg barang2 dr Sabah, cam ikan terubuk masin ke, tikar Sarawak ke, barang2 kraf ke, rupanya dia nk bg biskut Tiger setin ngan buah epal!) hehehe..

segan gak nk jejak kaki ke sekolah td.alahai,byknyer perubahan pada Almashoor tercinta.Tahniah pada puan pengetua, Ustazah Zainab...kami jumpa ckgu Fieza(kimia), ckgu zaharah(biologi), ckgu rosmaizar(fizik), cikgu harlina(english), ckgu faridah(addmath), ckgu hani(sejarah), ustaz adnan(sunnah) & guru paling popular AIGS, ckgu Nasar..
dan paling penting, aku begitu rindu akan nasihat2 dan amanat2 daripada guru2 tersayang aku nih.akan ku titip satu persatu pesanan tak jemu2 dr depa, buat pedoman aku menempuh alam baru.
Pejah plak, dpt duit dr pihak sek, dia antara pelajar cemerlang sek tahun nih...huhuhu, maka aku dgn tak segan silu membodek Pejah utk belanja makan.dan dgn tidak disangka2, Pejah ckp, ''ha, jom..kita p lunch kat pizza hut''
ahaks...tp sebelum tuh, kena p jumpa jiddah(nenek) Che Pah dlu, nk mintak kebenaran bawak cucunya p kuar makan...
hek3, dgn bersemangat kami pun p pizza hut yg terdekat...dekat je..
ni la muka kwn aku sebelum order sampai.


hak3, akan kukenang wajah kanak2 ribena ini sampai bila2..


ceria gila ahh!
ni plak masa ngah tggu bas !
lepas mkn, aku ajak depa p tgk wayang.alamak, lupa plak kwn aku sorg ni(Pejah) takleh p masuk panggung..
erm, takpa la kan. Nad ajak p main boling? BOLING? hahaha, depa suma pakai baju kurung..
arrghh, belasah je la..

mmg lawak gler ah tgk kwn2 aku men boling pakai baju kurung...

erm..aku plak, baru nk belajar baca novel..NOVEL? ah ha...novel..erm, sj nk cuba2 baca..td beli novel Habiburrahman, Ayat2 Cinta..
bila la nk habis baca ehh..(thx buat seseorang yg secara tak sedar, dia dah bagi galakan kat aku utk menghabiskan novel tuh)
nt bila2 aku ada masa, aku bagi sinopsis novel tuh yerk!

Thursday, April 05, 2007

hidup ini indah bila segalanya kerana Allah


With the name of Allah,The Most Merciful....

Assalamualaikum...sahabat2 aku skalian...apa khabar iman hari ni???
kali ni aku nk berkongsi dgn antum suma ttg hidup..
banyak perihal hidup kita ungkapkan dlm kata-kata.....sebenarnya hidup ni perlukan apa erkk..??

aku selalu mendengar mereka berkata,berkata ttg harta,pangkat,wanita.....sgalanya lucu bila diperkatakan....tapi.....itulah yg diperkatakan...pelik...tapi itulah kebenarannya....jelik...tapi itulah yg dilakukan oleh manusia....alahai~

Aku slalu gak dengar...ramai penghuni dunia yg bergelar manusia ni melaungkan...

" dlm hidup sgala-galanya memerlukan wang.." so,bertebaranlah mereka menyingkap isi alam utk meneruskan khidupan krn hidup mereka harus dipenuhi dgn wang...hingga yg halal dibayangi sgala yg terlarang...yg terlarang dibaluti kekejian....

ermm......bila kita tgk sekeliling kita...mcm2 manusia ada...ada yg berkata " apalah erti hidup tanpa darjat dan pangkat.."
sbb...bagi mereka..hidup akan terasa lebih hebat perkasa dgn pangkat dan darjat yg dimiliki..dgn darjat dan pangkat yg ada...nafsu,emosi,tangan akan bergabung utk menunding membentak mmberi arahan...Lantaran,mereka yg berdarjat itu smakin meninggi,maka tertindaslah kaki dan tangan yg menjunjungi dan mengagungkan manusia spt itu....lalu...jatuh,tersungkur,tersembam.....

Jadi,apa gunanya hidup lagi? kalo hidup ni tiada pangkat...tiada darjat??....baik mati jaa...adeehh...tu jawapan bg org yg ketandusan iman...kehausan ilmu....
teringat ana pd sabda junjungan besar Rasulullah..

" tidak beriman seseorang sehingga hawanya (hawa nafsu) mengikut apa yg aku bawa dengannya (Al-Quran n As-Sunnah)..."
Bagi org yg hatinya sentiasa hidup...dgn tenang,dia menjwab....

" sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah.."

...dan dia akan sentiasa ingat bhw stp derap khidupnnya hanyalah utk Allah....

wanita....wanita.....wanita.....ada yg berkata wanita adalah pelengkap hidup..huhu~
tapi,suara hati memekik berkata..

" hidup harus dilengkapi wanita-wanita slagi muda remaja.."

..huh..dahsyat btul kuasa penarik yg ada pd manusia yg bergelar wanita...krn wanita...si lelaki mungkin akan berjaya mencapai kcemerlangan dlm hidup...dan krn wanita gak la hidup si lelaki akan hancuss musnah...
Rasulullah pernah bersabda..
"Aku risau dua perkara iaitu hawa (wanita) dan angan-angan.."

Dalam benak tiada yg terlintas melainkn nafsu nafsi pd wanita...maka ghairahlah mereka mencari cinta,kasih,rindu,dan sayang...huhu~...hingga ada yg terbuai mimpi-mimpi indah lalu membelakangi tembok larangan yg telah dicipta olehNya demi wanita idaman....mmg fitrah la perasaan cinta wujud dlm diri stp insani....ttp sbg mausia yg telah dibekalkan oleh Allah aqal dan iman...kita suma mampu mengawal nafsu tersebut yg tak putus-putus menyuruh kita ingkar kpd perintah Al-Khaliq...

Hidup utk makan....Makan utk hidup...mana satu erkk..??

...Ada yg berkata makan itu utk hidup tapi sebaliknya ada gak yg berkata hidup adalah utk makan dan makan selagi terdaya...Maka lahaplah golongan itu mnikmati kelazatan dunia dan membelakangkan mereka yg terkais-kais,mencari sesuap nasi..." itu rezeki mereka.."..kononnya...

Ramai yg berkata itu...ini...begitu dan begini....napa erk..??
inilah hakikat hidup dlm stp kata-kata yg terucap tersusun rapi dlm bait-bait ayat buat renungan bersama...Hidup ni cukup indah bila sgala tujuan utama dan matlamat akhir,kita sandarkan pd Pencipta Teragung....

....aku berkata,hidup perlukan suma nya..

biarlah sederhana,biarlah biasa..asal selesa....
bagi aku,mungkin juga bg antum suma...hidup perlukan hati yg diisi dgn iman...

...Dengannya...kita suma bisa berkata...

" HIDUP UNTUK ALLAH "

...:::ApA yg AdA dgn nAmA:::....


menyingkap tirai kehidupan,
merasakan hari2 indah berlalu..
betapa aku yg kerdil di dunia fana ini..

[woit ain, hg duk buat jiwang apa?boleh blah la dgn jiwang ferum oksida(II) hg tuh]

ahaks,tak jadi nk berpuitis plak...
hari ni apa ek?
terpikir nk cakap psl nama plak..NAMA?huhuhu, npa nk ckp psl nama?sj jerk...

sejak aku guna nick ' rAsA SayAnG ' nih, ntah berapa ramai manusia yg tnya aku(xda la ramai sgt, sj nk meng'hiperbola'kan ayat)

"kenapa guna nama ' rAsA SayAnG ' ? "

huh?apa aku nk jwb nih...mcm takda soalan lain yg nak ditanya..tnya psl nick aku jgak...tnya la dah makan ke belum ke, dah mandi ke, dah kwen ke, dah berapa anak ke..ahaks...

kenapa eh aku guna nick ' rAsA SayAnG ' ?

rasa sayang hey
rasa sayang, sayang hey
hey lihat nona jauh
rasa sayang, sayang hey


[sila nyanyi sambil bertepuk2 tgn, ala kanak2 ribena yerk]

atau,

kat penang ada hotel nama Rasa Sayang Beach Resort?

eh eh eh, tak pasal2 aku nk amik nama hotel...

ringkasnya, aku guna nick ' rAsA SayAnG ' sbb takda sbb (cissss)
sj jerk, nk bagi org rasa sayang kat aku [eleh ain perasan la tuh]

serasi ja aku dgn nick nih..
cambest!

dlu zaman muda2 ( sepatutnya sebut zaman kanak2, masa tu aku form1 @ form2),
aku guna nama ''ugly duckling"
hah? anak itek yg hodoh???hei ain, takda nama lain ke nk guna...
aku pun tak ingat sbb apa, kwn2 sekelas pgl aku itek dlu...
cis, muka kiut miut mcm aku nih, depa pgl itek !

masa form3, nama tu hilang skit demi skit...

pastu, masa form4...aku guna nama srikandiputri plak.
ceh, mcm nama org dlu2 plak.
harapan dlm nick tu, moga aku jd mujahidah islam
berjuang demi agamanya.
[sampai skrg aku guna lg nama srikandiputri]

pastu, baru la timbul idea nk guna nick ' rAsA SayAnG '

p/s: sila nyanyi lg sekali yah.

......................................................................................

apa yg ada pada nama?

huh, mcm2 ada [tiru pakcik astro plak]

Rasulullah pesan, kita kena bg nama yg baik pada anak.
sbb apa?
sbb nama yg baik itu merupakan doa pada seseorang tu jgak.

nama aku?
hee..
Nurul Ain Fathihah bt Mohd Roshidan
best kan nama aku..[ain perasan lg]

nurul=cahaya, ain=mata, fathihah=pembukaan/yg membuka...
cahaya mata=anak, pembukaan= pertama..
yah!!
aku anak sulung...

hehehe...
boleh kata aku dgn bangganya gtau nama aku kat org, berserta yg tersirat sekali.

nama adik2 aku plak,

Mohd Afnan Fathurrahman
Nurul Amirah Fatin
Nurul Adeebah Fauzana
Nurul Atiqah Farhani
Nurul A'dilah Farihah
Muhammad A'dnin Firdaus
(ramainya rakyat!)


dan nama juga memainkan peranan dlm diri seseorang. contohnya, jika namanya bermaksud "yang terpuji budi pekertiku", mesti la tuan empunya nama akan berusaha utk menjadikan sifat2 dirinya sepadan, sedondon sekaligus secocok dgn nama sendiri.


iklan dr penaja : kpd tuan punya nama yg aku menggunakan namanya sebagai contoh seperti di atas, mohon dihalalkan penggunaannya.


bercakap soal nama,
mcm2 kisah yg boleh kita tgk dari nama2 manusia nih...

ada saudara jauh aku di Kedah(aku panggil MakLong Saadiah),
namanya yg tertulis di IC ada Sat Taruk

hah?sat taruk??
hehehe, mcm nih, dlu2 kan..bila anak lahir, kena p gtau kat balai polis...dan ada pegawai polis yg akan catit nama anak yg baru lahir tuh...

lebih kurang mcm ni ar dialognya

ayah : encik, bini sy dah bersalin, anak pmpuan
polis : tahniah2...hah, nak letak nama apa kat anak tuh?
ayah : nama apa ya? sat nak taruk

[taruk= letak..loghat kedah maa]

maka, incik polis itu terus menulis di buku pendaftaran,
Sat Taruk...

lagi pula, ada org kampung tu jgak, namanya bila disebut, Ahmad Nor tp bila ditulis, ejanya begini: Ah Mad Nor...
teka kenapa dieja jarak?
ha, polis yg tulis namanya dlu, org cina...sebab tu eja jarak cmtuh..

hahaha...

tu kisah di Kedah.

kisah di Johor plak,

masa mama aku muda2 dlu, (ni baba yg cerita)
ada mamat sekampung ngn mama aku, duk ngorat2 dia...[mama tak layan pun kot]
Nama dia Kutip..aku tak ingat bin apa...

sampai sekarang, baba aku masih mengusik

"kalau mama hgpa nk kat Kutip tuh, mesti nama hgpa suma mcm ni,
Pungut bte Kutip .. atau Angkut bin Kutip... hahaha"
[ni suma gurauan semata2, kami tak berniat nk perli nama org tuh, cuma nk menceriakan suasana rumah]

dan kami semua akan ketawa serentak.

hal sepupu aku plak, namanya Mohd Fairus bin Susah.
susah?isk isk isk...

org dlu2 nih, kat mana anak dia lahir, ikut dan(sempat) ja nk letak nama...

klu bini dia terberanak kat tepi pokok tebu, pasti nama anak dia Tebu...


.....................................................................................
tips letak nama anak

1.letak nama yg ringkas, mudah disebut dan tak terlalu berpuitis...cntohnya, jgn la letak nama anak Puteri Semangkuk Sireh Sepinggan Kapur Bayu diPuput ..huhu..penat nk menyebut..

2.jgn letak nama anak terlalu panjang,
cntohnya Tengku Siti Nor Aisyah Batrisyah Alya Mayangsari Delima Sukma..huh?sian kat bakal suami anak tu nt, dah la gabra nk akad nikah, pastu nk menyebut nama bakal isteri dia plak...

3.jgn letak nama anak mengikut tempat2 bersejarah ibu bapanya..
katakan mak bapanya dlu ada tempat2 kenangan, tp tak perlu la letak nama anak ikut tempat kenangan depa..
cntohnya, Nur MidValley...Siti Prangin Mall atau Mohd Queensbay amat2lah tidak digalakkan.

4.jgn letak nama anak berdasarkan singkatan. cntohnya Akucomdai disingkatkan dr 'anak aku comel dan pandai'..sian anak tu nk explainkan maksud nama dia bila dah besar nt...

.......................................................................................

Tuesday, April 03, 2007

hAppY biRthdAy to mE ! ! !

(suka tgk pic ni, sahabat friendster buat...ucapan dia pun best)

happy birthday to me,

happy birthday to me,

happy birthday,

happy birthday...

HAPPY BIRTHDAY TO ME!



ahaks, nyanyi utk diri sniri.


wah, hari ni 3hb April 2007, aku genap 17tahun.

apa yg ada pada angka kan, cuma nombor semata2 (ye ke?)


soalan yg byk ditanya pd ulangtahun kelahiran aku ke-17 ni(ramai menyangka 18)


''apa rasa bila dah meningkat umur nih?"


ha, bleh rasa pa2 ke?aku rasa sama ja..mcm semalam jgak..


ada yg pesan, jadi lebih matang..huh?kematangan itu boleh nk 'jadi2' (taktahu nk guna istilah apa) ke?bagi aku, kematangan tu lahir secara semulajadi..

tak perlu pura2 menjadi seorang yg matang...JADILAH DIRI SENDIRI...

wah, maknanya aku boleh bermanja2 dgn family selama2nya..


heh, dlu aku pernah soalkan pada mama..


''mama rasa mcm mana ada dua org anak2 dara & sorg anak bujang dah?''

(aku,adik laki aku& adik pmpuan dah sekolah menengah..kira dah besar skit la kan, dah boleh urus diri sniri)


tersentak aku dgr jawapan mama


''huh, tak rasa apa pun..walau kamu ngn adik2 dah berkeluarga & dah ada anak sniri, mama tetap pandang hangpa suma mcm anak2 mama yg kecik2 tuh..takda apa berubah pun''


erm...kenapa ek?mama kata, aku belum ada anak, belum jadi ibu...so, mmg aku takkan paham apa yg dia rasa...huhuhu...

wah, excited pulak bila dgr mama ckp mcm tu

(tambah2 bila aku dgr pengalaman melahirkan anak dr mama @ makcik2 aku @ cikgu2 pmpuan masa sekolah dlu)


eh, apa la yg aku melalut nih...tp suka hati la kan, ni blog aku,

suka hati aku la nk syok sniri ke, nk perasan ke..nk apa ke..


......................................................................


bila nk kawin?


uik?wah, gatalnya ain..umur baru 17 dah ckp psl kwen...

hahaha, biar la..


bila aku nk kwen ek? erm...lambat lg kot..

byk lagi yg aku kena lalui..

(eleh, mama aku dlu kwen muda jgak, npa aku takleh plak)

isk isk isk, tu zaman mama..mana sama dgn zaman aku kan, kan...


apa ek yg nk kena buat, baru bleh kwen (n_n)

erm, belajar bg habis, keja dlu..agak2 la kumpul duit, bg baba ngn mama rasa duit aku dlu..

heh, belajar?klu belajar tinggi2, cntohnya amik pHD ke, baru nk kwen, alamat jd andalusia(anak dara lanjut usia,kui3) la aku nt...


baba kata org pmpuan takleh kwen lewat sgt, nanti tak subur! wakakaka..

maka dgn selambanya aku tnya dia(masa tu aku form3@ form4 kot),

bila aku boleh kwen!(hehe, gatal dah anak dara dia nih)


"erm, agak2 la..klu anak pmpuan, baba lepas nk kwen dlm umur 22..anak laki, umur 25..."


wah , awal jgak tuh...

mulut aku ringan je bertanya lg..


"nanti baba aturkan kami kwen ke, baba nk kami cari sniri?"

(kami tu merujuk pada aku dan adik2)


"huh, cari sniri la...nt klu baba ngn mama carikan, tak perkenan plak..tp klu nk baba carikan, boleh aja''


sonoknya dpt parent sporting...boleh la aku nk gatal2 tnya pasal nih...


....................................................................


ucapan selamat hari lahir...


mlm 3/4, pkul 10lebih aku dah masuk tido...ngantuk maa...igt kan nk tido awal...

dlm pkul 12 lebih skit je, aku terjaga...huh, ada org call...

alamak, lupa nk silentkan hp(mg kebiasaan aku silent hp sblm tido)


& ada la jgak skit sms wish birthday kat aku...

dan yg agak malas aku nk kira ada berapa, testi2 yg wish kat aku..

tima kasih yer semua yg ucap kat aku tuh...muahhh


40% ucapkan ''selamat hari lahir ke18''

wawawa...


naik pangkat aku nih...


hehehe...


aku dah taktau nk merepek apa lg..

ok la ek,


salam kasih,

nurul ain fathihah

Friday, March 30, 2007

...:::AkU & pUisi kAnAk-kAnAk:::...

Isnin lepas, sorang teman maya ku mengirimkan sms.

"ain, boleh tolong abg tak?''

"tolong apa?insyaallah klu ain mampu, ain tolong la.."

"buatkan abg puisi kanak2, minggu depan pensyarah nak...abg tak reti nk buat...tension la ain''

''hehehe..ha, apa yg nk kena buat tuh?''

''hasilkan 4 pantun kanak2, setiap pantun berlainan tema....2 syair kanak2, setiap syair lain tema, & 4 sajak kanak2 pelbagai tema''

huh?terkedu aku...banyak jgak..dah la aku dah lama tinggalkan dunia puisi nih...erm,tp dah kwn mintak tolong, takkan nk hampakan...sedangkan aku rasa aku mampu hasilkan apa yg dia mintak..

jeng..jeng..jeng...

''abg, hari jumaat ain bagi k..ain cuba buat la..''

''ok, thx ain''

malam berganti siang, siang dah jadi malam balik..ulang lagi..& so on...

khamis,

''ain, dah siap ke apa yg abg mintak tolong tuh?''

alamak, aku tak buat apa pun lagi...huh, ala..cm na ni..hehehe...

''herm, ain ngah buat ni.esok @ lusa ain bagi bleh?''

hehehe, padahal, aku tak mula buat serangkap pantun@ syair pun lagi..apatah lagi sajak..

langkah pertama,
aku selongkar balik almari buku yg lama tak berjenguk..huhuhu, cari writing pad + pen...

erm...alamak! mood belum ada..cm na nih...dah pukul 10.30 mlm...

lalalala...

perah otak..gler2 punya(takla sgt sebenarnya)...hehehe...

aku dgn adik aku, sambil mengekek2 ketawa, cuba hasilkan 1 rangkap pantun, tema tolong-menolong...huh, siap kot..bila baca balik...

alamak! jadi pantun cinta...ekeekeke...

maka kertas itu pun dikoyak dan dicampakkan ke tong sampah..

''huwarghhh, ngantuk la, nk tidoq arr''

''erm, p la tidoq, mira bkn tolong sgt pun, btw, thx temankan...''

huhuhu..tinggal aku seorang...

cam na ntah, otak aku tetiba jd mcm jimmy neutron, mencurah idea..

dan, sebelum pkul 12, aku dah siapkan 4pantun dgn 4 tema & 1 syair...

nah!! ini la hasil yg tak berseni nih...hehehe...

PANTUN KANAK-KANAK

Tema : Tolong- menolong

Mari makan buah pulasan,
Buat santapan di pagi hari, [mampos sakit perut mkn pulasan pagi2]
Tolong menolong sesama insan,
Mencapai sepakat kemudian nanti.

Anak berudu di balik batu,
Mengelak diri dinampak helang, [adik aku tnya balik,helang makan berudu ke?]
Ibu bapa perlu dibantu,
Rajin-rajin ringankan tulang.

Masak ubi di dapur arang,
Suapkan pada si anak kecil,
Sikap gemar menolong orang,
Perlu dipupuk sedari kecil.

Jangan selalu berduka nestapa,
Kelak hati gundah gulana,
Bersifat belas pada sesiapa,
Bila dilihat dalam bencana.

Jangan bermain telur tembelang,
Nanti pecah di tangan saya, [busuk gler ahh]
Bila rajin ringankan tulang,
Kelak dipandang disanjung mulia.


Tema : Budi Bahasa

Burung serindit terbang melayang,
Singgah hinggap di ranting mati,
Duit ringgit dipandang orang,
Jarang dipandang bahasa budi.

Burung serindit terbang melayang,
Singgah hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit dipandang orang,
Pandangan di atas bahasa budi.

Anak itik matinya lemas,
Makan cempedak di Jalan Larkin,
Hilanglah bahasa kerana emas,
Tak nampak budi kerana miskin.

Anak merak di kampung Cina,
Cari makan di kepala titi,
Emas perak perhiasan dunia,
Budi yang baik membawa mati.

Sarat perahu diletak pinang,
Singgah sebentar Kuala Daik,
Buat jahat akan dikenang,
Inikan pula berbuat baik.

Anak Cina bertimbang madat,
Dari Melaka terus ke Jeli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tiodak terjual beli.


Tema : Kasih Sayang

Mudik ke laut pergi bertiga,
Bawa bersama raga nyonya,
Kasih sayang sesama keluarga,
Membawa bahagia selamanya.

Bunga cempaka mawar berduri,
Bawah rendangan pohon meranti,
Sayangi diri hargai diri,
Supaya tak susah kemudian nanti.

Menenun songket kain cindai,
Bermotif bunga ros berduri,
Cintai guru dan sahabat handai,
Agar tak hidup seorang diri.

Bersiar-siar di kota Samarahan,
Sambil makan buah kuini,
Kasihkan alam persekitaran,
Hidup akan tenang harmoni.

Adik manis dipanggil mari,
Saya hendak meminjam baldi,
Sayangi haiwan jangan dikasari,
Baru menjadi manusia berbudi.

Tema : Patriotik

Air selasih buah bidara,
Kiriman dari nyonya Melaka,
Semangat cinta akan Negara,
Tanda diri berjiwa merdeka.

Ke Pahang singgah Melaka,
Lihat Datu menunggang gajah,
Tanda diri berjiwa merdeka,
Pertahankan tanahair dari penjajah.

Tinggi sayup pohon meranti,
Mari mengutip buah berangan,
Nilai merdeka harus dihayati,
Mengenangkan pahit getir perjuangan.

Sarung di jari cincin suasa,
Jangan celup ke dalam ragi,
Usah dicemar maruah bangsa,
Betapa payah dipandang tinggi.

Ambil hunus keris pusaka,
Pegang elok jangan dihina,
Harapan pertiwi kekalkan merdeka,
Jangan dikalah musuh durjana.



& syair ni plak, aku buat dlm masa 5minit...bila pandang muka mak(sebenarnya ibu saudara aku, kami panggil mak) rasa lancar ja nk siapkan...

SYAIR KANAK-KANAK

Tema : Sayangi Ibu

Ibumu sakit berbagai-bagai,
Lahirkan engkau,bidan pun capai,
Dibagi mandi terkuai kapai,
Diambil bedung dibagi pakai.

Perit letih tak pernah sudah,
Besarkan kamu amatlah payah,
Jangan lupa penat dan lelah,
Ibu mengasuh tak pernah sudah.

Jasa ibu harus dikenang,
Bukan ringgit yang nak dicanang,
Tapi kasih anak dipandang,
Tanda pengorbanan ibu menatang.

Bila pangkat sudah di tangan,
Bila berada di puncak awan,
Ibu dulu pernah berangan,
Anak dididik tak lupa daratan.

Bonda mengasuh tak pernah jemu,
Erti penat tak pernah bertamu,
Jangan derhaka pada bonda mu,
Kelak menyesal di pusara ibu.



wakaka, ada lagi 1 syair & 4 sajak...hehehe..nanti la pulak sambung...
ni aku on pc pun sbb nk send kan pantun2&syair ni..
kwn aku tu, tak onl9 plak...ada kuliah kot..

k, nk p england...bkn England, England Optical, my sis nak buat spek..

ok, salam...

p/s : kwn aku tuh, ngah stadi kat UPSI kot..bakal cikgu...huh...


Wednesday, March 28, 2007

>akukah permatanya<

lewat malam dinihari, aku memikirkan bait madah ringkas kiriman seorg teman.

Permataku,
Kuingin kau sedari,
Lembut bicaramu,
Halusnya sentuhan katamu,
Layanan pesonamu senantiasa,
Menghiasi impian pemuda,
Yang mencari erti teman setia diri..

akukah permata yg dicarinya?
layak ke aku...

kala dulu, seseorg teman lain pernah bicara padaku

hamba Allah : ain kenal tak permata & kaca?
ain : mestilah kenal
hamba Allah : bg ain, apa beza nilai pertama & kaca?
ain : permata cantik, mahal.... tp kaca biasa ja,murah jgak
hamba Allah : kilauan pertama & kaca, yg mana lebih menarik?
ain : lebih menarik kilauan permata, kaca pun ada sinar..tp tak secantik kilaunya permata
hamba Allah : org letak permata & kaca kat mana?
ain : permata org letak kt tempat elok2, jaga baik2...org sayang, sbb nilai permata tu tinggi. tp klu kaca, kat tepi jalan pun ada..hehe.. eh, kenapa tnya psl permata dgn kaca nih?
hamba Allah : ain tak dapat tangkap ke apa yg sy nk sampaikan...
ain : erm..mungkin ya..mungkin tidak (",)
hamba Allah : ain nk jd permata atau kaca?
ain : mestilah ain nk jadi permata, nilai dia tinggi
hamba Allah : mcm tu la jgak perempuan, bila nilai dia tinggi...pemiliknya akan jaga & simpan elok2..akan dihargai.. tp ada syarat utk jd permata..heh, ain kena siapkan diri ain utk jd permata yer
ain : insyaallah (sebenarnya aku masih terpinga2 psl kiasan permata& kaca nih..

ya, aku akan jd permata..permata yg dicarinya... tak kira siapa bakal pemilik permata itu, dia akan dpt kilau permata yg plg bernilai..insyaAllah


bagaikan permata di celahan kaca

Thursday, March 22, 2007

tentang hati

HATI : Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati, Hati sy.
Hati awk?
Hmm..
kenapa awk sudi bg kat sy?
Sebab awk dah jadi sebahagian dari sy.Awk kawan sy.
Terima kasih.... ianya bererti.Sy terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab hati tu sy tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...
Maksud awk?
Sy pernah beri hati sy kat orang lain juga.
Dan sy tak pernah beri kesemuanya.
Sy takut sy tiada hati untuk diri sy sendiri.
Mungkin sy takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit,permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.Ia juga berubah mengikut rentak hidup awk.
Rentak perasaan orang yang sy beri.Jika dia betul-betul ikhlas,hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya,hati ini akan malap.Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan awk adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri sy terlalu percayakan awk.
Sy insan terpilih?
Ya, awk yang terpilih.Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh sy.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk sy memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberipada orang yang istimewa.
Hati sy hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,walaupun sy hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika awk nak tahu,setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang awk tak mengerti.
Sekali hati itu terluka,kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya,mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.Ianya lahir atas satu kepercayaan.Dari situ, wujudlah kasih sayang.Jika hilang rasa percaya itu,maka sukarlah untuk hati itu kembali indah..


huh, bila hati ini berbisik

...:::nEw usEr:::...

erm...masih baru dlm dunia blog...
masih mencari cara terbaik dan selesa buatku meluahkan apa yg terbuku di dada dlm bentuk tulisan.rumit juga ya.

testing 1,2,3...
cubaan 1,2,3...heeeee(jakun)

di mlm yg sepi ni(hujan, fuh..sejuk), aku terfikir, betapa hati ini merindui
rindu pada siapa ya?
pada dia?
pada mereka?
aku jua tak pasti...

baru saja dapat result spm, alhmdlh...boleh la...mungkin usaha aku takat itu sj.
6A, 6B...heh(adil&saksama konon)

tinggal di rumah melayan perasaan[melayan adik2 sama]

alangkah bestnyer masa zaman skola dlu(arghhh,rindunya)
-tak fikir apa2 sgt..cuma pasal belajar& SPM(ye ke?)
-stadi reramai, terutama dgn rakan2 stadi group aku {amal, che pah, nad, faiezah}miss my frens...
-selesaikan latihan2 addmath, fizik, kimia, biologi (aku simpan lg semua buku2 latihan aku dulu)
-tggu bas(dahla takda bus stand, kena berdiri, lenguh gila kaki!)..then jalan kat laluan sunyi masa matahari tegak atas kepala..fuh...jihad aku tuh...jihad cari ilmu
masa sek, tiap2 hr pk..alangkah seronok bila dah habis spm nt..rest sepuas2nya..heh, yg dimimpi tak seindah realiti!BETAPA AKU KEBOSANAN kini...

mcm nk masuk balik sek [form6, sanggup ke aku?]
skrg, tggu je la panggilan mana2 kampus yg sudi terima aku...

p/s : bila baca post ni, nyata tak tersusun apa yg nak aku sampaikan...maaf ya(ala, aku sorg je tau aku buat blog, bkn org lain baca pun)

k, nk tgk tv3...kyle XY

salam'alaik

dunia oh dunia

Apa yg ada jarang disyukuri,
apa yg tiada sering dirisaukan,
nikmat yg dikecap,
barukan terasa,
bila hilang didlm genggaman...

Dunia ibarat air laut,
Diminum hanya menambah haus,
Nafsu bagaikan fatamorgana,
Dipadang pasir...
Panas yg membahang,
Disangka air,
Dunia & nafsu,
Bagai bayang2,
Dilihat ada, ditangkap hilang...

Tuhan leraikanlah dunia...
yg mendiam di dlm hatiku...
kerana disitu tidak ku mampu...
mengumpul dua cinta...
hanya cintaMu Kuharap subur
Dibajaibangkai dunia yg kubunuh...

...:::hari pertama menulis blog:::...

salam sayang buat semua,
hari ni, secara tiba2 tergerak hati nk wujudkan blog aku.
tanggal 22mac2007(mcm la bersejarah sgt)...
dlm keadaaan tergesa2 dan tak sedia, aku terus taip eBlooger dan klik kat start ur own blog....
harap blog ni boleh jd tempat aku menukilan@meluahkan sesuatu...

rasanya, tak semua post kat sini nt, betul2 nukilan aku...klu ada artikel2 best, aku post kat sini je la..

k, nurul ain...selamat melayan dunia blog anda..

p/s : aku boleh buat blog kat friendster ja, tp segan la...senang sgt org lain nk tgk blog aku...eBlogger ni tak semua org tau...hehehe...