Thursday, March 22, 2007

tentang hati

HATI : Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati, Hati sy.
Hati awk?
Hmm..
kenapa awk sudi bg kat sy?
Sebab awk dah jadi sebahagian dari sy.Awk kawan sy.
Terima kasih.... ianya bererti.Sy terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab hati tu sy tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...
Maksud awk?
Sy pernah beri hati sy kat orang lain juga.
Dan sy tak pernah beri kesemuanya.
Sy takut sy tiada hati untuk diri sy sendiri.
Mungkin sy takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit,permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.Ia juga berubah mengikut rentak hidup awk.
Rentak perasaan orang yang sy beri.Jika dia betul-betul ikhlas,hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya,hati ini akan malap.Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan awk adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri sy terlalu percayakan awk.
Sy insan terpilih?
Ya, awk yang terpilih.Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh sy.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk sy memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberipada orang yang istimewa.
Hati sy hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,walaupun sy hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika awk nak tahu,setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang awk tak mengerti.
Sekali hati itu terluka,kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya,mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.Ianya lahir atas satu kepercayaan.Dari situ, wujudlah kasih sayang.Jika hilang rasa percaya itu,maka sukarlah untuk hati itu kembali indah..


huh, bila hati ini berbisik

0 komen tak puas hati: