Monday, October 01, 2012

DIY : tukar getah pinggang pada seluar

oleh sebab sekarang saya hampir bergelar suri rumah sepenuh masa yang belum jadi suri hati, maka kebanyakkan masa saya adalah berada di rumah. maka mengikut sifir rasmi masyarakat kita, tugas suri rumah adalah memasak, sidai baju, lipat baju, kemas rumah dan bla bla bla kerja yang harus diselesaikan berulang-ulang selama berhari-hari tiada henti. orang kampung kata, kerja rutin.

selepas magrib tadi, sambil saya melipat baju yang telah dikutip dari ampaian, saya sempat tergelak bila membelek satu seluar tidur kesayangan saya di UPSI. oleh sebab sekarang dah berada di rumah dan adik-adik (termasuk saya) mengamalkan polisi 'baju boleh kongsi, tidak pada suami', maka banyaklah pakaian saya dipakai oleh adik-adik. *semestinya juga sebaliknya.

seluar tidur yang diulang pakai oleh adik-adik saya ini sudah tahap darurat getah pinggangnya. longgar habis. bila pakai mungkin boleh terlondeh. adik saya yang tidak senonoh masih setia memakai seluar ini sebab sedap pakai, kata depa. entah macam mana depa pakai, mungkin pin dengan kerongsang. heh.

tiba-tiba datang mood rajin dan rindu mau menjahit. genap sebulan saya tidak hadir ke kelas di giatmara walaupun sepatutnya saya perlu menghadirkan diri. maka terus saya ambil penetas, dan menetas getah pinggang yang sudah nazak itu. terus jadikan beliau arwah.


saya ambil getah pinggang lebar satu inci sebagai ganti. eh tak guna sebanyak ini. sikit saja.


"kak teh, mai sat!!", saya melaung.

"meh nak ukur pinggang kamu sat", sambil ukur pinggang, sambil meraba dia. haha.

"tata! iskk apa ni pegang-pegang macam tu!"


siap dapatkan panjang getah yang sesuai, maka terus dijahit pada seluar tidur tadi. lupa pulak nak ambil gambar untuk tunjukkan cara menjahit getah pinggang ni pada seluar.

harap cikgu jahitan saya tak sesat masuk dalam blog ni. kalau dia nampah sahih kena ketuk tangan sebab saya gunakan benang hitam. kes malas nak tukar benang dan mau cepat. hehe. tapi yang sebenarnya, saya belum ada benang warna sepadan dengan seluar ni.

okay siap dah.

"adik, adik! nak guna laptop sat. tata nak update blog. hehe"

"kacau la tata ni. nin nak main game pun tak senang".

Monday, September 24, 2012

satu daripada enam

orang islam percaya pada enam. satu daripada enam tu adalah perkara qada' dan qadar. alhamdulillah tuhan beri kekuatan. siapa cakap hidup ni tak adil? Dia beri ujian, juga beri ketabahan yg sepadan.




Saturday, September 22, 2012

hikayat padil-ain 15september2012

pada suatu hari, pakcik padil cakap, 'eh rasa macam duit gaji bulan ni ada lebih pulak. bulan lepas dah beli handphone. sebelum tu beli tilam. bulan ni dah taktau nak buat apa.'

pakcik padil jalan-jalan. tiba-tiba lalu satu kedai,
'eh sejak bila ada kedai emas kat sini. fuiyo awek jaga kedai cun pulak. nak masuk lah boleh usha-usha.'

awek kedai emas : ya encik, mai la beli. nanti boleh dapat nombor telefon saya (sambil senyum-senyum)

pakcik padil cakap, 'saya nak beli cincin satu. yang mana-mana pun takpa, asalkan dapat nombor adik manis ni'.
(gambar ehsan google)

pakcik padil : mak, cheq beli barang ni. lawa dak?

makcik : hang ni nama ja sekolah agama. tak belajaq ka? lelaki kan tak boleh pakai cincin emas. mai sini kat mak cincin tu, mak pi bagi kat nurul la. kesian jari dia kosong ja.

pakcik : kami mai ni nak bagi cincin kat anak hangpa. boleh dak? kalau tak boleh pun bagi boleh jugak. kami takdak anak perempuan, taktau nak bagi cincin ni kat sapa. mak depa jari lebaq. tak muat.

baba : haa boleh, boleh. cincin ja ka? rantai tangan ka rantai leher ka, takdak? kalau cincin macam rosmah mansor pun baguih jugak.

pakcik : amboi.

 makcik : nurul, mai sini. makcik nak bagi hadiah. simpan elok-elok naa jangan buang merata. lepas ni jangan gedik-gedik pi mengorat merata.

ain : terima kasih la naa mai jalan-jalan kat rumah kami. lepas ni boleh kita gosip-gosip panjang sikit. la ni takdan.

sekian.

Friday, September 21, 2012

adnin dan cita-cita

a'dnin : tata! nin dah tau apa cita-cita nin.
ain : erm? (sambil angkat kening). cita-cita tu apa?
a'dnin : cikgu cakap, cita-cita tu apa yg kita nak buat bila dah besar nanti.
ain : oh macam tu (mood malas nak layan). dah tu, cita-cita nin apa?
a'dnin : cita-cita nin kan, nin nak kawen dengan tata! hehe.
ain : waa! haha! bestnya. nanti tata kawen dengan nin yg hensem ni la (bodek)


perbualan ringkas antara saya dan adnin masa teman dia buat kerja sekolah (kerja tadika). selalu saya kena tahan gelak bila berbual dengan dia. kalau saya terlepas gelak, nanti dia merajuk.

alhamdulillah. ada hikmah juga saya belum kerja dan belum di-posting-kan. saya dapat luang masa lebih di rumah dengan adik-adik & tolong baba sedikit sebanyak. walaupun kerap juga rasa seksa sebab sengkek tak berduit, tak apa lah.

ramai yang tanya, kenapa tak minta cikgu ganti? kenapa tak pi kerja part time? tesco ada. gurney plaza ada. banyak peluang kerja selagi saya tak kisah peramkan dulu skrol ijazah dalam almari.

saya senyum.

lain orang lain komitmen dan tanggungjawab.

saya suka menunggu adnin balik dari sekolah. masuk rumah serupa kambing terlepas kandang. entah apa yang disukakan dia. ceria. macam-macam yang dicelotehkan. saya juga membiasakan diri bertanya adnin,

'hari ni belajar apa?'

'makan apa kat sekolah hari ni?'

'cikgu suruh nin buat apa tadi?'

mungkin genetik, mungkin sah dia adik saya, mungkin guru tadikanya jenis kerap memuji, adnin selalu buat saya tergamam dengan jawapan dia.

'tata tau tak. tadi kat sekolah, semua orang taktau empat tambah empat berapa. nin sorang ja tau. nin kan yang terhebat', sambil buat muka bangga dia.

eleh padahal dia pergi pra-sekolah tu dua tahun. ulang dua kali la segala macam silibus. memang patut pun pandai daripada orang lain. hehe.

untuk adnin, moga jadi anak soleh. jangan la kerap sangat merajuk, penat hoi nak pujuk kamu.

Thursday, September 20, 2012

adnin dan sekolah

ini adalah beberapa dialog saya dan adik setelah saya murnikan pelat yang ada.


kes 1

adik : tata, tata tau tak kawan nin suka main tipu.
kakak : iya? awat nin cakap macam tu?
adik : betoooiiii....! kawan nin selalu main tipu masa tulis nama.
kakak : erm. dia tipu macam mana?
adik : dia tipu masa tulis nama. nin tulis nama dua minit. kawan nin tulis nama, seminit dah siap.
kakak : nama dia apa?
adik : nama dia asmawi bin hassan.
kakak : haihh! memang la. nama nin kan panjang.  mohammad a'dnin firdaus bin mohd roshidan. sebab tu la nin tulis nama nin lama.
adik : tapi tak aci la!

kes 2

adik : hari tu kan tata, cikgu bagi kertas suruh jawab matematik. lepas tu kan ada tiga empat kertas nama nin. cikgu pun pelik awat ada banyak kertas nin.
kakak : hah? awat jadi macam tu. nin jawab banyak kali ka?
adik : dak pun.
kakak : habis tu?
adik : kawan nin ramai yang taktau tulis nama sendiri. lepas tu depa mintak tolong nin. nin tolong la tulis nama kat kertas depa.
kakak : aiyoo. awat nin tulis nama sendiri? tulis la nama kawan nin tu.
adik : tapi nin tak reti eja nama depa. nin reti eja nama nin sorang ja.

Monday, September 17, 2012

baju tukang kapit

kata Kak Uda, "Tata, nanti Ira kawen kak uda jadi pengapit. Tata jahitkan baju kak uda eh? kak uda nak macam ni macam tu macam ni macam tu bla3..."

"boleh. tak pernah jahit lagi macam tu. nanti tata cuba. rosak kain kamu, padan muka! haha"

1. ini kain net untuk pengantin. semeter hampir rm30. beli di Nagoya. cabaran masa nak menanda, guna kapur tak lekat. terpaksa cilok pen cikgu maiza untuk lukis pola atas kain net ni. guna pen (larut air) pun, samar-samar saja. serupa macam tak tanda pun. cabaran masa nak jahit? saya tak pernah jahit kebaya kelepet (dalam buku namanya kebaya kota bharu) begini. mujur kak Leha banyak bagi tunjuk ajar. saya buat sampel dahulu untuk praktis jahit bahagian bahu dan leher. kata kak Leha, "kain macam ni tak boleh jahit salah. kena jahit sekali saja terus jadi. kalau tak, rosak. takleh tetas dah". gulp!


2. banyak kali saya acukan kebaya ni pada patung. jahit satu bahagian, pi letak kat patung. puas hati baru pi sambung jahit kemudian pi letak kat patung lagi. mungkin saya orang paling jakun patung yang pernah ada di giatmara tu. hehe. paling seronok masa saya tinggal nak kemaskan bahagian kelepet pada leher dan dada. makcik nori suruh saya gunakan jahitan tangan sikit untuk pastikan lipatan kelepet depan pada kebaya tu tak lari dan tak berubah bentuknya.

masa duk kemaskan kebaya ni, saya feeling-feeling macam hatta dolmat sebab duk menjahit sambil kebaya ni masih berada di patung, dan saya duduk menghadap patung. haha. gembira tak terkata.

3. untuk inner, mira minta buatkan jubah ala-ala dress atau dress ala-ala jubah. sengaja saya buat bukaan leher bentuk kubah masjid (terbalik). konon mau seksi tapi bila dah pakai, ala biasa ja. tak seksi langsung. gambar ni bawah ni, saya belum cantumkan bahagian tangan.

4.  bergabung! masa ni rasa macam panggil tv3 suruh umumkan kejayaan terhebat ku ini. keh keh keh!

5. tukang kapit di hari kejadian.


nota tumit : kagum tak? kagum tak? haha. cepat la puji. muahahaha.

Thursday, September 13, 2012

dah reti memandu baru rasa macam dah jadi orang dewasa

sejak saya menghabiskan masa senggang di rumah, kerap kali jugak Baba merungut perihal saya yang tak tahu memandu. lesen kereta pun tiada, haruslah saya tak reti memandu. lesen motor pun masih tergantung setakat lesen L (dah setahun lebih dah niii) haha.

kata Baba,
"lesen belakang kira. janji boleh bawak kereta. kalau ada lesen pun tak reti memandu, nak buat apa. tu namanya bawak lesen (dalam dompet), bukan bawak kereta"

balas saya,
"eh tak mau, tak mau. takut. tata patuh undang-undang. takmau la memandu kalau tak berlesen. tapi takmau pi amik lesen sekarang. belum cukup tinggi nanti kaki tak sampai nak pijak minyak", kata saya beralasan.

Baba menggunakan kuasa veto yang ada pada beliau. Diheretnya saya ke sekolah memandu. Saya dipaksa mendaftar dan belajar memandu.

Bulan Jun, semasa hari pertama kelas memandu, saya balik rumah dengan muka monyok sebab badan sakit-sakit. 'over acting', kata Baba. belajar memandu ja pun sampai sakit-sakit badan dan kejang tangan kaki.

5 Julai 2012, dengan jayanya saya telah menggagalkan diri dalam ujian JPJ. kantoi kat bahagian parking. bahagian jalanraya pun lulus cukup-cukup makan. 

19 Julai 2012, alhamdulillah lulus dah ujian JPJ. sengih tak sudah.

apapun, sekadar lulus ujian JPJ masih mengundang rasa tak puas hati dari Baba. lepas saya lulus ujian, maka bermulalah detik betul-betul sengsara belajar memandu.

dalam keadaan saya masih memandu sambil kereta terhenjut-henjut dan enjin mati lima enam kali tiap kali trafik, Baba paksa saya memandu dalam bandar. Dia bawa saya (sebenarnya sayalah yang bawa dia kan sebab saya yang drive kan) pusing-pusing redah pasar keliling Chowrasta, jalan masjid kapitan keling, pusing-pusing sekitar KOMTAR dan jugak Ropewalk di sekitar stadium Penang dan Jalan P.Ramlee. Praktis memandu di jalan lengang? heh, tinggal mimpi saja.

jenuh sakit kaki duk tahan klac. gila apa disuruhnya saya memandu meredah pasar, celah-celah orang ramai. menjeling-jeling si nyonya dan apek yang sedang membeli sayur bila tengok saya terkedek-kedek memandu di celah kesibukan pasar Chowrasta.

"eh Ba, market ni. boleh ka kereta lalu sini?"

"alah, lalu ja lah. ni memang jalan pun. depa yang salah sebab menega (berniaga) kat jalan ni".

bila dapat parking setelah tiga empat kali pusing, lutut saya rasa nak tercabut. lenguh duk main klac & sikit-sikit tekan minyak. macam biasa, sebab saya drama queen, bila keluar kereta terus saya terduduk (bertinggung) sambil menangis.

"awat kamu teghiyak (menangis)?"

"huhu. sakit kaki"

"hahahaha. padan muka. saja Baba suruh kamu drive ikut sini. best tak?"

geram hati saya. itu belum dicampur dengan Baba yang suka sergah-sergah marahkan saya bila saya terkial-kial kawal tangan dan kaki semasa memandu. bengkak saja hati ni bila kena jerkah sebab saya selalu tertengok gear bila nak tukar kelajuan. dalam hati, dah berbakul kata-kata kejian dari saya untuk Baba. tapi sekadar dalam hati.

'cis, ajaq anak bawak keta serupa nak buat musuh? sahih dah aku ni anak angkat ni'

'heh, tau la nak bagi signal. takyah jegil-jegil mata macam tu. cucuk dengan pen baru tau. benci!'

mungkin kerana saya terer dan jelita, atau mungkin kerana Baba pandai ajar, atau mungkin jugak kerana kepercayaan dari Baba dan adik-adik, semasa baru sebulan saya berlesen, rekod memandu saya adalah ini :

1. tiap-tiap minggu pergi ambil dan hantar kak chik di asrama, sekolah Kadiaq di Kepala Batas. (eleh tanjung tokong pi kepala batas saja pun dah kecoh. eh mesti la kena kecoh sebab saya pemandu baru berlesen dan baru sangat pegang stereng)

2. tiap-tiap minggu pergi jenguk mama di sungai petani

3. memandu bertemankan adik-adik pergi beraya. balik kampung di Pendang. ziarah rumah tok Dida di Sungai Tiang. Kenduri kawen Ira di Tanjung Piandang. Beraya di Kulim. beraya rumah noraini ahmad di Tasek Cempedak, Simpang Ampat.

4. entah mana lagi, malas dah nak tulis. Telok Bahang patut ditulis sebab jalannya melampau berkona-kona. saya bawak slow, jenuh kena hon dengan kereta belakang. apa kisah, saya hon balik. keh keh keh.

terima kasih adik-adik, Kak Uda & Kak Teh yang percayakan saya sambil depa rajin jugak pot-pet macam Baba  menegur cara pemanduan saya.


dulu saya ingatkan kalau saya dah berlesen, kaki makin panjang. mesti tak lekat rumah. tapi rupanya tidak pun. memandu sendiri terasa penat, jadi saya terasa malas. haha. setakat ni banyak keluar dengan adik-adik saja, itupun untuk urusan munasabah.

nota tumit : saya update blog setelah sekian lama berhabuk sebab Wan Masturah tulis begini, 'n case ko lupe, ko pernah ade blog... huhu..'

dan di-like oleh Athirah Hanafiah. haha. oh yeah rasa macam artis pulak. maka saya rajinkan diri untuk menulis perkembangan terkini saya.

Wednesday, August 08, 2012

dia bikin hati ku haru biru

tiga tahun lepas, saya mula serumah dengan amirah. kerap juga saya lepak-lepak bilik dia sambil golek-golek atas katil.

"wehh, syoknya bintang (bantal) merah hang ni. gebuuu! nak peluk!".

"ni munirah sultan bagi. weh hang jangan peluk, nanti busuk ketiak hang! haha".

"munirah budak sekolah kita tu ka? waa awat aku tak dapat pun?", sambil peluk bantal bintang warna merah di celah ketiak pula. saja cari pasal.

"mana la aku tau".

entah bila saya tak pasti, tiba-tiba si farah aina budak bilik nombor satu pun ada bantal bintang segebu tu. cuma lebih kecik. dah lupa warnanya, mungkin merah jambu. atau hijau.

"eh? awat aina pun ada? kecik pulak tu. anak bintang mira ka?"

"haah, aku gomoi-gomoi bantal aku, lepas tu kuaq (keluar) anak kecik, aku bagi kat aina. haha".

"wehh! gomoi lagi. aku mau jugak. kalau bintang hang beranak lagi, bagi kat aku pulak", kata saya sambil menonyoh-nonyoh bantal merah itu ke muka mira.

"aih, merepek aih hang ni ain!"

"eh, hang yang mula dulu".

setahun lepas, semasa mula menyewa di Sungai Petani, saya tertengok syadida pun ada bantal yang serupa. warna lain pulak.

"miraaa! hang tipu aku! hang kata kalau bintang hang beranak, nak bagi kat aku! awat bagi dida dulu?".

"dida baik, sebab tu aku bagi kat dia."

bertahun-bertahun saya menginginkan bantal bintang comel sebegitu. tapi teringin sekadar teringin saja. tak beli pun sebab katil dah penuh dengan bantal-bantal comel yang lain.

entah macam mana, secara tiba-tiba semasa saya di semester lapan (sekitar bulan januari tahun ini), si noraini ahmad menghadiahkan saya bantal seperti yang saya inginkan.


dek terharu atau entah kenapa, saya menjerit kegembiraan. hadiah selamba yang tak disangka-sangka dari aini. angin tak ada. ribut jauh sekali. birthday pun bukan. lebih lima minit saya ketawa gembira, tiba-tiba ketawa menjadi esakan tangis yang berlarutan. terharu sangat. seperti biasa, saya memang drama queen. itu yang ketawa ria berlanjut-lanjut menjadi tangisan terharu. over!

itu kisah lama. cuma saya baru tergerak hati mau mencoret sesuatu di sini. dek kiriman pos semalam.

dua minggu lepas, aini meminta alamat saya. saya berikan alamat giatmara. kata dia, mau pos barang kelab debat. entah apa, saya tidak fikirkan dalam-dalam.

semalam pos dari aini sampai. kotak lebih kurang 2" x 15" x 5" (nombor inci dihentam saja supaya nampak terer, haha). tertulis di luar, barangan pos merupakan alat tulis.

setelah saya hampir berputus asa membuka lapis demi lapis kertas balut, baru saya jumpa kotak. dalamnya berisi kain pasang.

berkali-kali saya cuba telefon aini untuk meminta ukuran badannya. mungkin dia terlupa nak sertakan baju contoh, teka saya. tak berjawab.

sms dari aini kemudiannya,

"tu hadiah untuk hang."

"eh tipu la. mana ukuran badan hang? kata nak suruh aku buat baju"

"dak la. aku bagi hadiah atas kecemerlangan hang."

"wah! terharu gila. satgi tidoq aku nak peluk kain ni la"

"saja nak bagi hadiah, atas usaha hang meningkatkan kemahiran diri dan dapat jadi pelajar terbaik. toksah dok bawak lena la, sat pi lap ayaq lioq basi"


sejarah berulang. saya kegembiraan sehingga senyuman bertukar menjadi esak tangis. masih atas sebab yang saya tak pasti kenapa perlu saya terharu sampai menangis. biasa la, drama queen yang over.

nota tumit : aini, kalau hang baca entri ni, aku tau.. terima kasih tak cukup untuk hang.


Friday, July 20, 2012

eh dah ramadan lagi

salam. masih ada pembaca kah di sini? lama saya tak menulis. kononnya sibuk menjahit. haha. saya dah tamat kursus enam bulan di giatmara pada 29 Jun lepas. siap dapat anugerah prestasi cemerlang lagi.
kelakar rasanya bila tengok sijil ni. mungkin antara yang cikai-cikai dalam kelas jahitan ni, saya lah yang paling kurang cikai. apapun, alhamdulillah. saya bermula dari kosong.

oleh sebab muhyidin yasin masih belum melamar saya untuk mengisi tempat cikgu-cikgi, maka saya masih datang giatmara hari-hari. perabih subsidi kerajaan yang disalur ke sini. sekarang saya sambung Program Latihan Usahawan di giatmara bukit bendera. disebut inkubator.

baru-baru ini, 7 hingga 19 julai, saya dan yang terpilih berkampung di D'Feringghi Hotel selama 10 hari untuk Kursus Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK).
alhamdulillah. pengalaman baru, pengisian baru dan pendekatan baru untuk saya yang berlainan latarbelakang. 

moga apa yang saya lakukan (asalnya) untuk mengisi masa senggang selepas tamat pengajian di UPSI dan menunggu petempatan guru ini bermanfaat untuk saya.


sekarang, sole proprietor la pulak. haha


salam ramadan.

Friday, June 15, 2012

lelaki melayu dan jam murah

awal tahun ini, semasa saya membaca novel andrea hirata (saya beli menggunakan baucer buku 1malaysia), saya tersenyum sendiri bila andrea hirata ada menjustifikasikan lelaki melayu tipikal,adalah lelaki melayu yang memakai jam murah.

"eh, macam bapak aku ja".

ya, baba saya rasanya tepat seperti yang digambarkan oleh andrea, lelaki melayu yang memakai jam tangan murah. murah pada penilaian saya adalah berharga RM30 ke bawah. eh ada pula jam tangan lelaki berharga RM30 ke bawah?

ya. ada.

Baba saya memakai jam tangan yang dia beli di Ropewalk. kalau Mail (upin ipin) jual barang dua, seringgit, baba membeli jam tangan tiga, sepuluh ringgit. jam tangan terpakai. kalau nasib baik akan dapat yang elok. kerapkali juga pakai sekejab dah rosak.

Baba pula kelihatannya sangat seronok setiap kali balik dari Ropewalk dan membeli jam tangan baru.

"tengok ni, baba beli jam baru. jenama Omega tau," dengan bangganya.

"mana? mana? berapa harga ni, Ba?"

"alah. tiga sepuluh (RM10). nah yang ni untuk Kakak. dia nak exam kesian pulak takdak jam. yang lagi satu ni spare kot-kot yang ni rosak ka pecah ka"

bukan setakat jam tangan, banyak juga barangan harian Baba yang lain dia berjaya beli dengan harga cincai.

pernah saya menegur,

"Ba, beli la kasut yang mahai sikit. nanti tahan lama"

"huishh, nak buat apa. pakai hat yang dua puluh ringgit ni pun elok ja"

kadang-kadang saya mengusik beliau,

"Baba ni kan, bila beli barang untuk diri sendiri kan, terus jadi macam takdak duit langsung".

dia menjawab tenang,

"memang Baba takdak duit pun. dari muda Baba perabih duit kat anak-anak Baba ja."

saya mengetap bibir. terasa disindir sekaligus terharu. eh anak tu, aku la!

sejak bulan januari tahun ni, selepas membaca novel Padang Bulan dan Cinta Di Dalam Gelas, saya terus menyimpan niat yang dalam masa terdekat, saya akan membelikan jam tangan yang berharga lebih dari seratus ringgit untuk baba. oleh sebab dia biasa pakai jam tangan tiga sepuluh ringgit, maka sahih-sahih la baba akan merasakan jam berharga RM100 adalah mahal. mesti dia seronok tak terkira =P

kiranya enam bulan boleh dikatakan 'dalam masa terdekat' untuk penganggur seperti saya kan. haha.


alhamdulillah. dah lepas hajat saya yang ditaram berbulan-bulan. jam tangan berharga hampir RM300 untuk Baba saya, mohd roshidan b. hassan. kongsi duit saya dan pakcik padil.

masa terima jam ni dari saya, baba cakap

"ni kali kedua baba dapat jam."

"bila kali pertama, Ba?"

"kali pertama, tokwan hassan (ayah Baba) bagi jam tangan kat baba. masa tu baba sekolah lagi. ni la kali kedua, anak baba pulak bagi jam tangan kat baba"

saya senyum. bahagia.

indah rasanya bila saya serba sedikit memahami bagaimana maksudnya frasa 'erti hidup pada memberi'.

untuk Baba,

selamat hari guru (16 mei)
selamat hari bapa (16 jun)
selamat hari lahir (23 julai)



Saturday, June 09, 2012

tertinggal teknologi

hari jumaat, dek mahu bergegas balik dari giatmara, entah macam mana saya tertinggal telefon di bawah meja. maka saya pinjam telefon adik, untuk maklumkan pada cikgu yang tolong simpankan telefon saya yang saya akan pergi ambil telefon pada sekian sekian jam.

tata : kak teh, mai pinjam telefon sat. nak call telefon tata.
adeeb : nah.
tata : erm, terima kasih (sambil menelek-nelek telefon adeebah). dekat 3minit, saya masih membelek.
adeeb : kata nak call?
tata : nak call macam mana? telefon kamu takdak nombor pun?!
adeeb : keh keh keh! kamu yang tak reti.
tata : ya la, ya la. tata la pakai telefon buruk kannn!

adoi la. rasanya saya ni sangat-sangat tertinggal teknologi. adeebah guna telefon samsung galaxy Y dan saya masih setia dengan nokia 6630 yang saya guna sejak tingkatan 5.

Wednesday, May 30, 2012

kasut aku. kasut hang.

satu petang di tesco, saya terserempak dengan kenalan lama. dia bersama suami, mengelek dua anak kecil. seorang masih bayi, seorang lagi sekitar usia dua tahun.

setelah berbual lima minit kurang lebih, saya mengusik dia.

"waa, seronoknya hang. muda lagi dah anak dua. anak-anak pun sihat comei ja. jeles aku tengok hang tau. bahagia ja", ujar saya sambil mencubit-cubit pipi bayi kecilnya.

teman lama saya tersenyum. dia membalas,

"bahagia apanya. aku yang jeles tengok hang. senang ja jalan sorang-sorang. nak pi mana, nak buat apa pun senang sebab bujang lagi. aku ni, kalut dengan anak-anak la. dengan suami lagi."

saya tersenyum. dia tersenyum.

scott's emulsion

"Tata nak pi beli barang dapur tu, tolong beli scot (scott's emulsion) untuk Kakak & Adik. yang Tata beli hari tu, dah habis"

"Ok, nak beli apa lagi?"

"sabun basuh, sabun mandi, ubat gigi, axion...lepas tu adik nin dah dua hari dah bagitau nak makan mentega kacang. beli sekali. kat dapur tu....."

"eh sat sat. banyaknya. sat nak tulis. nanti lupa"

dipendekkan cerita, lepas saya habis membeli belah di tesco, barang-barang setroli itu terpaksa digigihkan untuk dimuat atas skuter Icon saya. mujur muat semua termasuk dengan sabun basuh 5kilo.

bila sampai rumah, saya mengemas beg beli barang dan mula menyimpan apa yang dibeli di laci.

"eh, alamak!". saya menepuk dahi.

"awat, Tata?"

"ni haa Tata salah beli. patut amik scott perisa oren. ni terambik yang original pulak. kotak sama warna oren dengan oren cair sikit. tak perasan tadi. dah bukak ni baru duk pelik awat scott dalam botol ni warna putih pulak. sori sori."

"haa takpa lah dah salah. nak buat macam mana. okey ja kot yang tak oren pun".

keesokan harinya, semasa saya di giatmara, Baba telefon. (baca : walaupun takdak urusan & hal penting, Baba memang selalu telefon saya masa saya di kelas jahitan).

"Tata, kamu tau tak. pagi tadi Kakak muntah."

"hah? muntah? awat?"

"habis keluaq balik semua benda yang dia sarapan. dah la sarapan banyak. lima keping roti dia makan dengan mentega kacang tu".

"dah tu macam mana boleh muntah?"

"lepas dia habis sarapan, Baba suap la scott putih tu. mula-mula Baba makan dulu. rasa okey ja. lepas tu suap kat adik Nin. dia telan okay ja cuma dia cakap tak sedap. bila Baba suap kat Kakak, terus dia termuntah!"

'hahahahahaha! kesiannya Kakak! sori la Tata yang tersalah beli. keh keh keh. lawak la Kakak ni."

"isk kamu ni gelak pulak. kesian kat dia"

bila saya balik rumah, si kecik adnin tak habis-habis duk membebel kat saya. katanya, saya tak sayang depa sebab tu saya beli scott busuk. haha.


Monday, May 28, 2012

FnD :bulan ke lima

sebelum :
kain cotton dua meter


selepas :
baju punjab.


alhamdulillah. rasa berbaloi luang masa seharian 8pagi hingga 5petang setiap isnin hingga ahad di kelas jahitan. rasa macam nak pi tayang kat bakal mak mertua tau. keh keh keh.

Sunday, May 20, 2012

pijak

satu petang,

Baba : Adoihh penatnya keja hari ni. pi merata. Tata mai tolong picit kaki baba sat.

Tata : Alamak. Tata ka? suruh la Kakak.

Baba : Amboi. tak sayang Baba.

Tata : hehe sayang aih. sat.

Baba : auu auu adoi adoi. turun! turun!

Tata : awat Ba?

Baba : Baba suruh picit kaki ja. awat Tata pijak kaki Baba?

Tata : eh dulu-dulu kan Baba selalu suruh Tata pijak Baba bila Ba sakit badan. ni Tata pijak la ni. sedap sikit.

Baba : Bertuah! dulu Baba muda. sekarang dah tua. sakit lah.

Tata : eh, tak aci. Kakak boleh?

Baba : masalahnya Kakak tu besaq mana. Kamu tu besaq mana.

Tata : hehehehe. melawak pun tak boleh.

Wednesday, May 09, 2012

kombobesen II

Selamat Hari Mama, Junaidah Kassim.


terima kasih.

Saturday, May 05, 2012

kombo besen

Istiadat Konvokesyen Keempat Belas 2012
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sesi 2
8 Mei 2012
8.15 pagi hingga 12.30 pagi.

Save the date!

Alhamdulillah.

Wednesday, April 25, 2012

anugerah sabar

serasa saya, anugerah cikgu paling sabar patut diberi pada cikgu jahitan saya di giatmara, cikgu shidi dan cikgu maiza. kagum saya dengan ketabahan dan kegigihan dua orang cikgu itu menjawab soalan yang ditanya berulang-ulang dalam sela minit yang kurang lima.


Situasi 1
Cikgu, ni nak potong banyak mana?
- ambil 10 inci.
Ooo 10 inci. Cikgu, kat tali ukur ni nak guna yang inci ka yang cm (sentimeter)?
- guna inci.

cikgu menjawab dengan muka tanpa riak.


Situasi 2
Cikgu, basi jahitan ni banyak mana?
- setengah inci
Cikgu, setengah inci tu satu per dua ka?
- ya. satu per dua inci.
Cikgu, pening. satu per dua inci ka 0.5 inci?
- dua-dua pun sama.


masih. cikgu menjawab dengan muka tanpa riak.

Tuesday, April 24, 2012

perempuan mabuk pujian

satu petang, lepas mandi saya membelek-belek almari baju. mau ambil baju.

'isk, seluar tidoq dah habis pulak. nak pakai tracksuit ni panas plak malam-malam ni. pakai kain batik ja lah. ni ja yang selesa'.

siap berpakaian, kain batik (terasa gadis melayu, muahaha) dan tshirt. bubuh bedak baby sikit kat muka. sikat-sikat rambut. kemudian saya keluar ke ruang tamu. mau pergi dapur.

tiba-tiba Baba menegur,

"amboi, anggunnya".

"hah? anggun. awat baba?"

"dak aih. tak penah-penah kamu pakai kain batik kat rumah. lawa"

"hehehehehe. tata memang lawa la", balas saya sambil gelak terkekeh-kekeh. gedik pun ada. maka terus hilang ayu.

makanya selepas itu, seminggu saya hari-hari berkain batik dalam rumah. baru lepas kena puji kannn. haha.


sebulan lepas, masa saya keluar makan dengan pakcik padil,

"ain, mana tudung ain yang selalu kemek-kemek tu?"

"tudung apa yang kemek-kemek?"

"ntah. taktau nama. dulu ain selalu pakai tudung tu. ain nanti selalu buat macam ni,"
(sambil menggayakan perempuan membetulkan lipatan tudung bawal di tepi pipi).

"oh. tudung bawal ka? lama dah tak pakai. malas nak iron. awat?"

"nanti pakai la balik tudung macam tu."

"awat?", soal saya sambil mengangkat-ngangkat kening.

pakcik padil cuma tersenyum.

sambil ketawa, saya menyambung,

"ala cakap ja la ain comei pakai tudung bawal kan? cepat puji"

senyum. sekadar senyum.

sebagai perempuan mabuk pujian, rasanya pembaca boleh agak apa tindakan saya seterusnya.

oh yeahh! tudung baru. haha.

https://www.facebook.com/HunnyBunnyScaftshop
https://www.facebook.com/boutiquechanteq

Saturday, April 21, 2012

(bukan) tutorial leher baju kurung lis

eceh. baru kenal mesin jahit sikit-sikit, dah berani buat tutorial pasal jahitan. haha. okay, ini bukan tutorial. cuma nak kongsi sikit ilmu baru yang saya dapat.

"kak ain, esok (sabtu) ada kelas komputer pasal pengurusan fail pejabat. jom pi".

"haa boleh ja. esok takdak buat apa. jom"

sayangnya, bila dah sampai giatmara jam 9.15pagi, kelas komputer yang saya nak sertai tu dibatalkan. oleh sebab dah malas nak patah balik rumah, saya terus naik ke bengkel jahitan di aras tiga.

lepak-lepak. sembang-sembang. gosip-gosip. sambil meneman cikgu praktikal duk menyiapkan tempahan baju raya.

"isk. kak maiza. daripada ain duk duduk saja, baik jahit apa-apa kan. tapi taktau nak buat apa. baju melayu dah siap dah. ain ada kain. nak belajar buat baju kurung riau, boleh dak?"

"tau takpa. haa takpayah lukis pola. terus lukis dengan kapur atas kain".

dipendekkan cerita, lepas dah siap potong kain (haruslahhh dengan bantuan cikgu maiza menunjuk ajar pada bahagian pesak atas dan pesak bawah) dan jahit tepi, saya buat keputusan untuk buat leher baju kurung lis. memandangkan saya malas nak jahit sulam tangan jahitan mata lalat kat leher baju, maka leher lis ini lebih mudah (terasa mudah) untuk orang tangan kayu macam saya. haha.
sulam mata lalat yang huduh. haha.


kain yang dah siap dipotong. masa ni belum jahit tepi. atas sekali, bahagian tangan. bawah tu, pesak atas dan yang panjang kembang tu, pesak bawah. kain di kanan gambar adalah bahagian badan baju.

cubaan pertama menjahit leher lis. menangis tailor sejati kalau tengok jahitan saya ni. haha. teraboq taugeh.


ini adalah kali kedua saya cuba jahit leher lis. kali pertama hari tu, buat pada sampel saja (gambar atas). huduh piang. nasib baik orang yang jahit ni comel.


mula-mula, tebuk lubang leher baju kurung.

gunting tisu bergam ikut ira menyerong. ambil panjang-panjang macam ni. lebar kurang lebih suku inci hingga setengah inci.

guna seterika, lekatkan tisu bergam ni pada keliling lubang leher baju.

benda macam reben tapi bukan reben ni, namanya lis. lipat dua lis ini, dan jahit rapat di tepi.

kemudian jahitkan lis yang dah dilipat (dah dijahit pada tepi) tadi pada bahagian luar baju. kemudian terbalikkan lis.

akan dapat rupa macam ni (gambar bawah).

lis ni, kalau nak nampak lebar, jahit besar-besar. kalau nak nampak sedikit saja pada bahagian luar baju (sepatutnya memang kena nampak sikit-sikit ja pun), jahit rapat pada tepi lis. tapi oleh sebab saya ni jenis yang berfikiran 'isk dah la jahit susah. kena la bagi nampak banyak. rugi la kalau nampak sikit-sikit ja', maka saya jahit dengan lebih lebar (ayat konon. padahal jari keras nak kawal bagi lebar kecik, keh-keh).

takpayah kerut-kerut dahi. saya tau orang tak faham pun perenggan atas ni. haha. saya pun tak berapa faham macam mana nak terangkan dalam bentuk ayat.
tadaa! siap leher baju kurung lis.

perkara dalam kurungan, sila abaikan kehuduhan jahitan.

oktengsbai!


Friday, April 20, 2012

lencana sekolah

satu malam,

"Tata, tolong pi jahit lencana sekolah kat baju adik nin sat. Baba malas nak jahit tangan. ni dah ada tailor ni, tata buat la".

"hehe. okay. esok tata bawa pi giat (giatmara). lapan ringgit ya, pakcik."

"haa baik. nanti baba bank in lapan kupang"


keesokkan petangnya, saya bawa balik baju sekolah (pra-sekolah) adik nin yang dah siap dijahit lencana. dengan nada girang, saya menunjukkan baju sekolahnya pada dia.

"adik! tengok ni tata dah jahit lencana adik nin".

"teyima kasih. pasaipa tata jahit lencana adnin?". soal adnin. tulis. wajah tanpa riak.

"baba suruh. tata jahit la."

yala. tapi pasaipa tata yang jahit?". soalnya lagi. mungkin jawapan saya tak memenuhi apa yang dia mahukan.

"yala. dah baba suruh, tata jahit la". jawab saya. mula hairan kenapa dia mengulang-ulang soalan yang sama.

"tata tak payah jahit pun takpa. cikgu nin pesan kan, lencana ni balik suruh mak jahit. pasaipa tata yang jahit? tata kan kakak nin."

saya mengetap bibir. mula memahami ke arah mana soalan adnin. saya lepaskan keluhan nafas. terasa berat di dada.

untuk mengelakkan panas kian panas, saya cuba berseloroh.

"haha. ooo takmau tata jahit ya? takpa la. nak merajuk. nanti tata bukak balik lencana ni. biar adnin jahit sendiri. takmau tolong dah".

"hehehe. jangan la. teyima kasih. nin kan kecik lagi, mana reti jahit sendiri."

"tau takpa!. nin kan kecik lagi".

untuk adnin, mungkin lima enam tahun lagi kamu akan mampu baca cerita-cerita di blog tata dan memahaminya, tata minta maaf untuk soalan-soalan kamu yang tak mampu tata jawab selama ni. maaf.

Tuesday, April 03, 2012

22!

22

patut sudah jadi wanita, tapi saya rasa saya masih di alam awal remaja.

Tuesday, March 27, 2012

tanam pisang dapat pisang, takkan keluar durian dari tandan pisang

hampir tiga bulan saya berada di rumah, aktiviti harian saya memang banyak ditemani si kecil adnin dan kakak. Baba menguruskan mereka berdua sepenuhnya, dan saya cuma bertindak di belakang tabir saja. itupun bila disuruh.

saya perhatikan, adnin memang banyak bercakap. banyak amat. kadang-kadang saya naik geram sebab mati akal nak menjawab soalan-soalan dia. setiap hari lepas balik tadika, ada sahaja cerita-cerita mengenai cikgu dan kawan-kawannya yang akan dikongsi.

"tata, tata tau tak. tadi ada kawan adnin nama danish kan, dia berak tak basuh. busuk."

pernah dia bercerita begini semasa di meja makan. lantas saya mencelah cepat,

"erm, adnin. sat lagi cerita. makan dulu".


"tata, masa main kena main betul-betul kan. masa belajar kena belajar rajin-rajin kan."

"ya, betul"

"tata, adnin kadang-kadang rajin. kadang-kadang malas. tapi sekarang adnin nak jadi rajin ja. nanti cikgu cakap adnin rajin"

"bagus, bagus. kena rajin selalu"

"tata.. koh koh koh"

adnin tersedak lantaran banyak sangat bercakap semasa makan. adnin kerap bercerita semasa di meja makan, dan juga kerap dia tersedak makanan dek mulut yang buat dua kerja dalam satu masa.

maka, setiap kali dia membuka mulut mau mengoceh itu ini, saya atau Baba akan mencelah,

"adnin, makan dulu. makan dulu. sat lagi habaq"

satu hari, semasa di meja makan.

"Baba. minggu ni tata mula buat baju melayu. tak jahit lagi, baru duk lukis pola. esok..."

adnin mencelah,

"tata, tata!"

"ya adik? awat?" saya berhenti bercakap, dan memandang muka adnin. hajat saya mau menyambung cerita baju melayu saya lepas adnin minta apa yang dia mau. biasa la dia, masa makan nak kicap la, nak sudu la.

adnin bercakap dengan muka serius, sambil jari telunjuknya digodek-godekkan.

"tata, makan dulu"

jarinya menunjuk ke pinggan saya.

erk. sentap hati mak. haha.

dalam ego dewasa yang tercalar dek ditegur anak kecil dan rasa bangga sebab apa yang ditegur itu adalah benda betul, saya membalas.

"eh yala. masa makan tak boleh cakap. sorry sorry. okey tata makan dulu. shuhhh"

baba sakan mengetawakan saya.

Friday, March 23, 2012

giatmara ; matlamat penambahbaikkan

'okay anak-anak. minggu ni kita buat baju melayu moden. amik nota ni. lepas tu lukis pola', cikgu shidi, dengan suara mendatar memberi arahan.

'cikgu apa beza baju melayu moden dengan baju melayu purba?'

'baju melayu tradisional ada pesak ya kakak'

oh yeah. saya kurang rajin nak tulis langkah demi langkah membuat baju melayu moden dalam blog ini. maka saya tampilkan terus hasil akhir berserta model muka berminyak dan gelap gulita sebab hari-hari main panas bawa moto pi mai pi mai.

 
tadaaa! baju melayu moden saiz M. terpaksa saya memaksa diri sendiri jadi model sebab patung tak free masa ni, cikgu duk guna.

komen cikgu shidi,

'kak ain, ni jahit pemati awat huduh sangat ni? jahit macam ni, saya boleh bagi 65 per 100 saja'

'ala cikgu ni. kedekut. saya buat dengan penuh kasih sayang tau'

'ya saya tau. tapi ni ja la markah saya boleh bagi'


komen cikgu Lan,

'hang ni buat keja laju, tapi haram jahit tak kemas pun. ni kalau aku nak amik hang keja dengan aku, jangan harap la. jauh lagi (maksudnya mungkin jahitan saya sangat jauh untuk memenuhi piawai yang dikehendaki cikgu Lan)


haha. betoi. saya perasan juga saya buat kerja agak cepat berbanding yang lain. tapi saya kalah dalam bab kekemasan. jahit nak cepat saja. tangan pulak pengkar mungkin masa kecik tak dibedung agaknya, jahitan lurus boleh jadi kona tang tu, kona tang ni.


maka dengan ini, saya ain fathihah mengisytiharkan, dalam masa 3 minggu akan datang, saya akan berusaha perbaiki kekemasan hasil kerja saya. no cincai-cincai. no halai-balai lagi. haha.



Friday, March 16, 2012

ainfath's collection

AinFath collections la kononnya kan. hehe. alhamdulillah, walaupun orang tak puji, saya tetap rasa bangga dengan diri sendiri.

saya sendiri pun tak sangka saya mampu buat perkara macam ni. menjahit dan membuat pakaian adalah satu perkara yang tak termasuk dalam senarai perkara-perkara yang dicita-citakan.

berdasarkan gambar, dua baju di kanan adalah kemeja. warna putih saiz S, warna biru saiz XS (saiz ni saya tukar sendiri. takpernah jumpa pulak kan baju lelaki saiz XS).

baju warna maroon dan pic adalah blaus (kemeja perempuan). selama ni tak pernah ambil tahu, tapi rupanya cara menjahit baju lelaki dan perempuan adalah berlainan. ada etika pakaian dan peraturan yang perlu diikut.

usah tanya mana baju kurung mahupun baju melayu. belum belajar. saya baru belajar blaus dan kemeja.


Tuesday, March 13, 2012

yasin dan doa.

1 Mac lepas adalah ulangtahun penubuhan MARA. jadi semua Giatmara, kolej-kolej Mara dan mungkin pejabat Mara juga, diarahkan membuat bacaan yasin sempena tarikh itu.

sekitar jam 9 pagi, semua pelatih FND (fashion&dressmaking) dan pelatih kursus komputer diminta turun ke bengkel bakery. pelatih kursus bakery dah siap susun kerusi untuk mereka duduk. eh untuk mereka saja. jadi kena naik semula ambil kerusi. majlis bacaan yasin diadakan di situ (bengkel bakery). jumlah kesemua pelatih ketiga-tiga kursus kurang lebih 50 orang.

sempat saya mengusik rafidah,

"hah rafidah, hang mai duduk sebelah aku. boleh hang ajar aku baca yasin"

rafidah membalas,

"hala boleh. baca yasin senang ja. aku tau"

cikgu komputer (perempuan sekitar usia 30an) membuka majlis dan memberitahu kenapa bacaan yasin itu diadakan. seorang pelajar lelaki mengambil tempat sebagai imam untuk bacaan yasin pada pagi itu.

selesai yasin, cikgu meminta seorang pelajar lelaki membaca doa yasin.

"takmau cikgu. saya tak reti baca"

"takboleh takboleh. tok guru mengaji saya ajar baca yasin ja. dia tak ajar baca doa pun"

"haii, takmau cikgu. saya taktau baca bahasa jawi"


hampir 5 minit. masih belum ada sesiapa pelatih lelaki yang sukarela mau membaca doa. dipaksa pun takmau, sukarela apatah lagi.

cikgu masih kelihatan memaksa mana-mana pelatih lelaki untuk mengetuai bacaan doa. sungguh-sungguh depa takmau. mungkin bosan dengan penolakan mereka, cikgu cakap pada semua,

"haa yang perempuan. sapa volunteer nak baca doa?"

entah apa yang berlaku, saya kira psikomotor saya bertindak tidak seiring. sedar-sedar ja tangan saya dah diangkat ke atas.

sedar satu kesilapan. saya tak pernah mengetuai baca doa yasin pun. selama ni biasa duk aminkan orang lain duk baca doa yasin saja.

gulp.

"hah kamu. terima kasih. kamu baca ya"

"eh cikgu, tak apa ka perempuan yang baca? lelaki ada". halus, saya cuba menolak. padahal tadi tangan saya yang diangkat tinggi.

belum sempat cikgu menjawab, pelatih lelaki ramai-ramai menjawab,

"tak apa aih kak. takpa, takpa. kami suka akak nak baca"

dalam gugup, saya membaca doa tu. ada bahagian yang lancar. pasti juga banyak bahagian yang tergagap-gagap dan sangkut-sangkut bacaan doanya.

entah badi apa, suara saya automatik jadi kuat. rasanya satu bengkel boleh dengar suara saya dengan jelas, termasuk bahagian-bahagian yang salah dan gagap baca.

semasa membaca, telinga saya dapat menangkap suara pelatih lelaki yang terkekeh-kekeh mengetawakan saya.

ciss!!!

cakap mak

satu petang, saya meluangkan masa menziarahi rumah seorang kawan di giatmara. saya kebosanan di rumah. dalam masa sama juga berhajat nak kenal kawan itu lebih rapat.

petangnya, saya cuma melepak di depan pintu rumahnya, sambil berbual dengan ibu kawan itu dan jiran-jiran sebelah rumah.

masa magrib, saya tumpang solat di tingkat atas rumahnya. lepas solat ibunya suruh makan. oh, bab makan, usah dirisaukan. saya melaju saya mencedok sendiri mee goreng yang dihidangkan.

sambil makan, saya melayan ibunya berbual. topik utama dah tentu lah mengenai kelas jahitan kami di giatmara.

ibu : kelas menjahit macam mana? susah tak?

saya : boleh tahan susah la. asyik salah jahit ja. hehe.

anak : susah. cikgu garang. ala kak ain ni, cakap ja susah, tapi kak ain punya keja lagi cepat siap dari kami (kami=saya)
ibu : awatnya?

anak : yala. kami baru jahit badan, kak ain boleh siap dua helai blaus dah.

ibu : awat dia siap, hang tak siap?

anak : ala kak ain cepat tangkap cikgu ajar. tu yang akak siap cepat.

saya : kena rajin pi tanya cikgu, nanti cikgu ajar la bagi reti, kan.

ibu : hang memang bodo. dari dulu hang memang bodo. satu apa pun hang tak reti. anak tak guna. (menjeling)

gulp. saya terkedu. dah tak tahu nak membalas apa. cuma senyum dalam kesal. seingat saya, tak pernah mama saya cakap anak macam tu. kalau mama terlepas menggunakan perkataan-perkataan tak elok semasa marah, baba akan tegur mama. saya tak tahu nak bayangkan apa yang kawan tu rasa dalam hati. atau mungkin dah terbiasa barangkali.

kata-kata mak tu doa.


*kisah di atas ini, benar-benar terjadi cuma saya ubah sikit supaya tak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. mana la tau orang yang terlibat tu terjumpa blog saya.

Thursday, March 08, 2012

adnin dan matematik

si kecil Adnin mula pergi tadika semasanya umurnya lima tahun. sekarang Adnin sudah enam tahun. saya dan famili menyedari kecenderungan Adnin lebih kepada matematik. kalau bab mewarna-warna lukisan mahupun melukis dan membaca, itu bukan kegemaran dia.

walaupun sekarang si Adilah @ Kakak sudah darjah tiga manakala adiknya baru enam tahun, mereka boleh berlumba mencongak bersama. kadang Kakak dapat jawapan dulu, dan kadang Adnin dapat jawapan dulu. Pernah beberapa kali juga semasa Baba atau Kak Teh sedang membantu Kakak menyiapkan kerja sekolah matematik, si Adnin yang sibuk menyampuk.

"Okay kakak. kira ni, 19 tambah 15 sama dengan berapa? buat bentuk lazim macam ni..."

"kira dulu, 9 tambah 5 berapa?"

lima saat, Kakak masih diam. belum mendapat jawapan.

"kakak, 9 tambah 5 berapa?"

"empat beyas!" sahut adnin yang berada berdekatan. Dia sedang main video game, seakan tidak mengendahkan kakak membuat kerja sekolah, tapi rupanya dalam duk main, dia sempat mencongak kiraan matematik itu.

Kakak, lebih suka membaca daripada mengira. habis semua buku yang mampu dibacanya, akan dibaca. Seringkali juga Kakak akan membaca buku cerita yang ada kuat-kuat, lengkap dengan intonasi dan suara yang diubah-ubah mengikut watak. Tergelak juga saya melihat Kakak semangat membaca buku cerita untuk Adnin.

Satu petang, balik daripada kelas jahitan, saya baring-baring di katil melepaskan lelah. Adnin datang kepada saya, lalu berbaring di sebelah sebelah. sambil saya mencubit-cubit pipi adnin, saya bertanya,

"adik belajar apa hari ni?"

"tata, tata tau tak.. hari ni kan, cikgu tanya empat tambah empat berapa. semua orang taktau. Nin sorang ja tau. lepas tu cikgu bagi bintang. tiga bintang cikgu bagi..!" ujarnya bangga.

*harus lahh, orang lain baru masuk tadika saja. pra-sekolah untuk enam tahun. si adnin dah setahun ada di tadika tu, kemudian mengulang lagi tahun yang sama.

"wahh yaka. bagusnya. empat tambah empat berapa?"

"lapan laa, tata ni. tu pun taktau". kata adnin yang kehairanan sebab saya seakan taktahu. jujur mukanya. cis.

"erm, yala. adnin kan pandai. sebab tu tata tanya"

mata saya berat. mengantuk dan penat. tapi saya tahan mata sebab menunggu mau mandi dan waktu magrib. untuk elak tertidur, maka saya berbual dengan adnin.

lama saya diam. melayan mata.

"Tata, tata umur berapa?" tiba-tiba dia bertanya.

"tata umur dua puluh dua. adnin umur berapa?"

"enam"

"kakak umur berapa?", saya menyoal.

"kakak sembilan tahun".

"kak teh?"

"aaa..kak teh..taktau", dia menjawab.

"kak teh umur enam belas tahun."

"oooo". panjang O dia.

"tata, kak chik umur berapa?"

"kak chik umur lima belas"

"kak uda umur berapa?"

"kak uda, umur dia.. erm, dua puluh dua tolak tiga. kira berapa?" saya menjawab dalam soalan sambil memejam mata dan memeluk adnin.

"erm.. dua puluh dua.. tolak tiga.. erm.. sembilan belas! kak uda umur sembilan belas"

"betul. umur angah pulak, dua puluh dua tolak satu"

"angah umur dua puluh satu! senang ja nak kira", ujarnya dalam lagak. sah adik saya. haha.

mata saya makin lali. mengantuk. saya diam.

"tata, masa adnin umur sembilan tahun, tata umur berapa?"

"tata dua puluh lima"

"tata, masa adnin dua puluh, tata umur berapa?"

"tata...erm.. tiga puluh enam."

"tata, masa adnin umur tujuh puluh dua, tata umur berapa?"

haizz, mai mana pulak dah umur 72 ni. desis saya dalam hati. malas mau mencongak, saya cuma menjawab malas,

"masa adnin umur 72, tata dah mati dah". saya jawab sambil memejam mata.

jeda. adnin tidak menyoal apa-apa lagi. dua minit. saya hairan. lalu saya buka mata.

mata adnin basah.

"eh, laa! awat nanges?"

"wuu wuuu. tata jangan la mati lagi."

adnin menangis sambil memeluk leher saya.

tiba-tiba hati saya penuh rasa terharu campur sebak. senyum saja yang mampu.

dua orang kesayangan

Tuesday, March 06, 2012

mimpi ngeri

masa sekolah rendah :

Baba, nak kawen.
Aik, baligh pun belum macam mana kawen.


masa sekolah menengah :

Baba, nak kawen.
Isk bagi habis sekolah dulu la. habis sekolah Baba bagi kawen kalau SPM teruk.


masa matrikulasi :

Baba, nak kawen.
Sabaq sat. matrik setahun ja. kat U takpa la nak kawen, kat U tak padat sangat waktu belajar macam kat matrik.


masa tahun 1 UPSI :

Baba, nak kawen.
Laa baru masuk U dah nak kawen. tunggu la tahun dua nanti.


masa tahun 2 UPSI:

Baba, nak kawen.
Tak sibuk ka dengan belajar? tunggu masa praktikal atau masa tahun akhir nanti la. masa tu dah tak sibuk sangat dah.


masa tahun 4 UPSI :

Baba, nak kawen.
Kan sibuk tesis ni? siapkan tesis dulu la.


bila dah habis UPSI :

Baba, nak kawen.
Keja dulu la. rasa pegang duit sendiri dulu sebelum kawen.


bila dah kerja :

Baba, nak kawen.
Kerja la lama sikit baru kawen. tak puas lagi rasa duit anak keja.


Satu hari :

Salam. Encik dikehendaki hadir ke pejabat agama sekarang. Anak encik didapati berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan dengan lelaki bukan muhrim.

Pangg! macam ni ka anak? memalukan keluarga! pangg! dushh debuk debukk!


huh. terjaga dari tidur. mimpi ngeri.

apapun, kadang-kadang hidup ini memang menakutkan, ya.

Monday, March 05, 2012

kemaluan besar jatuh

saya rasa macam memang jarang saya update blog sekarang ni. taktahu kenapa. mungkin sibuk. mungkin letih. sibuk dengan kelas menjahit. juga letih dengan kelas menjahit. seharian di kelas, balik pukul 6 petang. saya kemengahan. rasa seperti bayi pula bila hari-hari masuk tidur pukul 9. hehe.

ada banyak perkara mau dikongsikan. tapi dek kekangan masa dan penyakit mim alif las, malas..saya kurang mood nak update blog sekerap dulu. ada siapa rindu? (senyum)

hari khamis dua minggu lepas.. ya, khamis dua minggu lepas. hal lama. cuma saya menunggu kemaluan malu hilang, baru saya berani menulis di sini.

pagi khamis pada hari kejadian, saya terlebih rajin bersiap awal pergi ke kelas giatmara. malas mau iron seluar slek, saya capai saja skirt labuh warna hitam berbunga putih, saya padankan dengan blaus putih kosong, paras pinggul. siap berbaju, saya kemalasan juga mau seterika tudung, maka saya capai saja selendang hitam putih yang juga. pasti sama, tak perlu seterika. haha. jadi tema saya hari itu adalah hitam putih, ataupun tema taik cicak. pagi-pagi tengok cermin, saya senyum. eh comei jugak aku ni.

seperti biasa di giatmara bukit bendera, pagi-pagi jam 8 ada perhimpunan pagi. rutin : panggil nama seorang demi seorang, semak kehadiran, nyanyi lagu Negaraku, bacaan doa, dan bacaan tafsir quran. habis perhimpunan, saya terus ambil kunci skuter, mau pergi sarapan.

(rutin saya juga setiap pagi, lepas perhimpunan pagi saya akan terus pergi sarapan di gerai makan berdekatan, kedai roti canai berhadapan dengan apartmen azuria, tanjung bungah. hari-hari sarapan yang sama : roti canai sekeping, kuah banjir. roti bakar satu set + telur separuh masak dua biji = roti dangdut. nasi lemak sebungkus. dan teh tarik.)

semasa saya melangkah mau turun ke skuter, seorang rakan sekelas giatmara menyapa,

"kak ain. nak pi mana?"

"macam biasa. nak pi sarapan."

"lapaq. nak ikut boleh?"

"jom"

biasanya saya seorang. hari itu berteman. sayangnya bila menuju ke gerai biasa saya kunjungi, gerai tu tutup. disebabkan sederet di jalan itu banyak kedai makan, saya terus saja menuju ke kedai makan seterusnya.

"jom azfa. kita makan"

selesai mengambil makanan dan memesan minuman, saya dan azfa duduk di meja dan makan. hampir setengah pinggan mee goreng saya habiskan, seorang wanita sekitar usia 40an datang menyapa di meja makan kami.

"assalamuaikum. adik ni keja mana?"

saya memandang azfa. azfa memandang saya. senyum.

"ya, salam. kami duk belajaq lagi. giatmara depan ni"

"ooo. ambil kelas apa? bakery ka?"

"dak. kami dua orang amik jahitan"

"oh haa laa.. baguih la muda-muda mau belajaq menjahit"

kurang lebih 5minit berbual, makcik tadi meminta diri dari meja kami. semasa menghabiskan makanan, saya perasan, makcik tu banyak memandang ke arah kami sambil melemparkan senyuman.

azfa seakan berbisik pada saya,

"kak ain, makcik ni asyik senyum ja. saya dah tak larat nak senyum balik."

"tu la. pelik makcik ni kan."

"dia pekenan kat kak ain kot"

"iskk, merepek. tapi kalau anak laki dia hensem, boleh jugak. haha"

"entah-entah dia nak bagi kak ain kat laki dia.

"iskk, merepek. tapi kalau laki dia tauke balak, boleh jugak. haha"

"awat dengan makcik ni hah, kak ain. pelik la cara dia tengok kita. dia senyum pelik. macam nak habaq sesuatu ja"

"makcik ni ada butik kot. dia nak ambik kita keja kot. kita kan belajar menjahit"

selesai sarapan, kami balik ke giatmara. saya meneruskan kerja-kerja semalam. kononnya tekun membuat blaus. dalam sibuk duk siapkan ujian amali membuat blaus, sempat lagi saya menyakat rafidah. dalam sakat, saya tolong rafidah jahit tepi. masa tu jam kurang lebih pukul 11pagi.

semasa saya duduk menjahit kain blaus rafidah di meja jahit tepi di sudut hadapan bengkel, tiba-tiba syarifah menegur saya,

"eh kak ain. awat dengan kain kak ain tu?"

"sat sat. nak habiskan ni sikit lagi"

siap jahit, saya memanggung kepala.

"awat syarifah?"

"tu kain kak ain kat betis. koyak"

pantas saya bangun dari bangku bulat itu, saya berdiri. saya menunduk memandang bawah.

"alamak, kain ni koyak masa bila? haha, sat nak jahit balik la."

dalam terkejut, saya masih ketawa. sambil memusing-musingkan badan dan membiarkan skirt labuh yang saya pakai jadi kembang-kembang. tiba-tiba jari saya terasa sesuatu.

"weii! syarifah! ada lagi satu koyak! kat bontot wei!!", spontan. saya menjerit. kali ini betul-betul panik. saya periksa lubang yang koyak  sebesar silin 20sen itu. betul-betul di bahagian bawah punggung. pasti, tidak nampak seluar dalam, tapi nampak paha dari bahagian yang koyak.

pucat muka saya. gulp. tiba-tiba azfa menjerit,

"kak ain!! patut la tadi makcik tu tengok kita semacam! dia tengok kak ain!!!"

"arghhh, wei maluuuu!"

dalam ketawa campur terkejut campur malu campur rasa kemaluan jatuh, saya cepat-cepat meminjam seluar aida, tukar kain dengan seluar. dan terus jahit bahagian kain yang koyak tu.

habis ketawa, saya pergi menceritakan apa yang berlaku pada cikgu Lan.

"hahahaha. teruk hang ni, no'en (nama panggilan saya oleh cikgu Lan. Nurul Ain --> Nor Ain --> No'en). amik kelas jahitan, tapi kain sendiri carik. buat malu aku ja!"

"mana nak tau, cikgu. bukan saya sengaja nak pi tunjuk paha kat orang."

"takpala, rezeki dia la ni. hang tau tak apa moral of the story, no'en?"

"erm, pakai baju labuh." saya menjawab sebab memang blaus yang saya pakai hari itu tidak labuh ke bawah punggung.

"salah."

"erm, pakai simeh (kain dalam)."

"salah."

"laa, habis tu?"

"hang toksah duk perasan lawa! haha"


Thursday, February 23, 2012

Ringgit Malaysia sana sini sinun

perempuan agaknya dilahirkan sekali dengan nafsu membeli-belah. membeli dan perempuan, dua perkataan yang sangat rasi dilihat bersama. dalam entri ini, saya bukan nak mengkritik tabiat perempuan yang suka membeli termasuk membeli barangan tak ketahuan hala. sudah tentu saya tidak akan kritik, sebab dah sah-sah saya pun suka membeli.

jenis saya, saya suka tunjukkan barang yang saya beli kepada orang terdekat. bukan menunjuk 'lihatlahhh donia, aku beli barang mahai nih. meh la tengok dan sila cemburu'.. bagi saya, itu satu cara berkongsi kegembiraan.

"wei tengok tudung ni? okay tak?"

"lawa. lawa! beli kat mana?"

"kat Open KHAR"

"berapa (ringgit)?"

"dua puluh ja. ok kan tudung ni"

"iskk mahainya. buang duit ja hang beli ni weiii! ni kalau kat tempat aku kat pasar tani Selama, sepuluh ringgit pun dah boleh dapat dah"


beberapa kali juga saya berhadapan dalam situasi ini.

"kak ain makan apa tu?"

"nasi lemak. meh la makan sekali. tapi akak ajak-ajak ayam ja ni. beli satu ja"

"haha. takpa. takmau pun. beli kat mana ni?"

"kat gerai depan tu"

"berapa satu?"

"seringgit setengah"

"laa mahai gila. kat tempat saya kat Parit Buntar tuuu, lima kupang pun boleh dapat nasi lemak. lagi besaq dari yang akak makan ni"

"hang ni pun. Penang dengan Parit Buntar, jauh beza la kalau hang nak banding."

"Penang ni mahai la kak. semua benda mahai. bla bla bla blaa mahai mahai bla bla bla Parit Buntar murah murah murah bla bla bla"

"..............."

" Penang bla bla bla blaa mahai mahai bla bla bla Parit Buntar murah murah murah bla bla bla"

"burppp.. Alhamdulillah. kenyang dah"


nota tumit : entri ni tergantung sebab masa saya menaip sampai burpp tu, encik Baba terlanggar charger laptop, terus laptop terpadam sebab saya tak bubuh bateri. bila on semula laptop, saya dah hilang idea nak menulis dan membuat kesimpulan entri. ok bye.

sobs.

Monday, February 20, 2012

manusia bernama rafidah

Masuk minggu ke empat di Giatmara, saya hampir dapat menyesuaikan diri. walaupun hampir hari-hari saya kebebalan sebab jahitan yang tidak menjadi. Setiap jam juga saya menjerit geram asyik kena tetas semula jahitan yang salah. Apapun, saya menikmati kelas kemahiran ini.

Dua minggu di kelas jahitan Giatmara, saya mula mengenali karakter rakan-rakan sekelas yang lain. Macam-macam pe'el ada.

Adapun, seorang pelatih Giatmara, Rafidah namanya, sering buat saya tersenyum dalam gelak dan ketawa dalam nak nangis. untuk diri sendiri, saya percaya tuhan menjadikan Rafidah untuk menguji kesabaran orang lain dan juga membina kekuatan mental orang-orang di sekelilingnya.

Rafidah, 18 (nama sebenar) tinggal di telok bahang. kampung mukim masjid, sekampung dengan saya semasa keluarga saya menetap di telok bahang dahulu. tapi, rafidah dan keluarganya tiada dalam memori saya. Cucu Pak Samad, katanya.

Rafidah kecik molek, muka tipikal anak mami. Dia tidak sesempurna saya, kamu dan kalian. Rafidah istimewa. Istimewanya Rafidah, pastinya tidak seperti kita-kita ini.

Mudah cakap, Rafidah ini termasuk dalam kategori anak yang lembam. Dia berkeperluan khas dalam menerima pelajaran.

Saya perhatikan, Rafidah bermasalah untuk memahami dan menerima arahan. Setiap langkah dalam jahitan perlu diterangkan dan ditunjukkan dengan jelas. Jika cikgu memberi arahan kepada Rafidah yang mengandungi lebih dari satu perkara dalam satu ayat, Rafidah terus terpinga-pinga.

"Pi ambil gunting"

"Pi ambil kain"

kalau cikgu jahitan mengarahkan,

"Pi ambi gunting dan kain",

Rafidah akan berlalu pergi dari cikgu, tetapi kemudiannya terpaku di sudut bengkel dengan muka blur.

Selain arahan, Rafidah sangat bermasalah dengan matematik. seolah-olah matematik dan rafidah adalah tayar basikal dan kek lapis, yang sekali lihat, sangat tidak serasi untuk dilihat bersama.

"rafidah, dua tambah dua berapa?"

dia akan terkumat kamit mulut, mata terpejam-pejam memandang atas, kelihatannya seperti mencongak. lima minit kemudian, dia masih begitu. tak tahu apa yang dicongakkan.

seringkali saya tidak dapat menahan geram ketika membantu rafidah dalam matematiknya.

"wei hang ni rafidah... ni, ni.. (sambil memegang jari-jemari rafidah), tuhan bagi jari kat hang, selain guna untuk korek hidung, ni jari ni boleh guna untuk kira-kira jugak tau! dah, cepat kira dua tambah dua guna jari"

lima saat, rafidah mengira jarinya untuk kiraan dua tambah dua.

"kak ain, empat"

untuk membuat ukuran baju dan melukis pola, tentulah bukan dua tambah dua yang diguna, tetapi nombor yang lebih besar, dan dengan pecahan dan perpuluhan. walaubagaimanapun, rafidah tidak dapat membahagi 29 inchi dengan dua.

"dua puluh sembilan bahagi dua berapa?"

spontan. rafidah melukis 29 biji gula-gula. 10minit berlalu, dia siap lukisan 29 biji gula-gula.

"haa, cepat bahagi dua puluh sembilan dengan dua"

rafidah memegang pensel. dengan yakin, dia melukis kembali satu persatu gula-gula atas kertas yang dibahagikan kepada dua bahagian.

"satu kak ain. satu rafidah. dua kak ain. dua rafidah. tiga kak ain. tiga rafidah. empat kak ain. empat rafidah........"

dan seterusnya sehingga.....

"empat belas kak ain. empat belas rafidah"

berbaki sebiji gula-gula.

rafidah memandang saya.

saya memandang rafidah. jeda. diam. saya mengangkat-ngangkat kening, sambil menunggu rafidah untuk menyelesaikan 29 bahagi dua. dia masih terpaku sambil memandang saya.

"hah, apa nak buat dengan sebiji gula-gula ni? macam mana nak bahagi?"

rafidah diam. tersengih-sengih tanpa bersalah. tidak sabar, saya memberikan jawapan.

"hah macam ni. gula-gula yang sebiji ni, kita kerat dua. dapat seorang setengah. faham?"

rafidah menggeleng-geleng.

"takmau kongsi. kak ain takpayah la ambil. mai kat rafidah ja yang sebiji"

erkkkk!

saya pun tak pasti nak gelak ka nak nangis. wuu wuu.

dalam lembam si rafidah ini, satu perkara yang mencabar orang sekeliling adalah mulut si rafidah. mulut capoi bak kata orang penang.

"kak aisyah, tolong rafidah jahit ni sat. cikgu suruh tetas."

"sat la rafidah. bagi kak aisyah habis jahit ni dulu. sat lagi akak tolong rafidah"

"bodo la akak ni. babi"

awalnya saya tercengang bila mendengar kata-kata rafidah itu. amboi budak ni. isk. lama-lama, saya sendiri terkena.

"kak ain, macam mana nak buat ni?"

saya memerhatikan kain jahitan rafidah yang hampir lunyai disebabkan banyak kali sangat jahit dan tetas. buntu mau menolong, saya membalas,

"laa apa rafidah buat ni? pi tanya cikgu la. akak taktau nak buat macam mana dengan kain rafidah ni. banyak sangat salah"

"akak pi la bawa kain ni pi tanya cikgu sat. rafidah takmau pi jumpa cikgu"

"ewahhh. takmau. rafidah kena pi jumpa cikgu sendiri."

"huh. puki mak hang aih", selamba rafidah memaki saya sambil berlalu pergi ke meja jahitan orang lain pula.

terkadang saya dapat sabar. terkadang marah saya meletus juga. bila difikirkan, dengan anak seistimewa itu, buat apa la saya bergaduh dengan dia. bikin malu saja. haha. tapi nak sabar banyak-banyak pun, boleh meletup marah sebab tak tahan dengan caci maki si rafidah ni. bila dia tak puas hati dengan sesiapa, memang laju saja perkataan-perkataan tidak enak yang keluar daripada mulutnya.

maka saya yakinkan hati, tuhan menghantar rafidah berada berdekatan saya untuk mengajar saya lebih sabar dan kuat diri.