Saturday, June 09, 2012

tertinggal teknologi

hari jumaat, dek mahu bergegas balik dari giatmara, entah macam mana saya tertinggal telefon di bawah meja. maka saya pinjam telefon adik, untuk maklumkan pada cikgu yang tolong simpankan telefon saya yang saya akan pergi ambil telefon pada sekian sekian jam.

tata : kak teh, mai pinjam telefon sat. nak call telefon tata.
adeeb : nah.
tata : erm, terima kasih (sambil menelek-nelek telefon adeebah). dekat 3minit, saya masih membelek.
adeeb : kata nak call?
tata : nak call macam mana? telefon kamu takdak nombor pun?!
adeeb : keh keh keh! kamu yang tak reti.
tata : ya la, ya la. tata la pakai telefon buruk kannn!

adoi la. rasanya saya ni sangat-sangat tertinggal teknologi. adeebah guna telefon samsung galaxy Y dan saya masih setia dengan nokia 6630 yang saya guna sejak tingkatan 5.

3 komen tak puas hati:

UniMeOw said...

alolo xpe kak...t kat akhirat xdak sp tanya pon pakai fon jenis apa...hik3..

Unknown said...

salam..

suami sy belikan hp baru, utk sy dan dia...

insiden pertama : saya tak tau mcm mn nak pick up call..

insiden kedua : kami dua2 pening nak cr keypad

hahaha... sgt tertinggal keretapi

Abdul Hamid eL Husaini said...

http://elhusaini-honey.blogspot.com/2012/05/majlis-pembinaan-masjid-el-husaini.html