mereka yang tegar

Friday, July 29, 2011

hari berbaki

awal bulan mei, rasa semak perut memikirkan macam mana nak habiskan tempoh empat belas minggu berpraktikum di SMK Ibrahim.

Sekarang ni, cuma berbaki empat minggu lagi di sini. uishh, cepatnya sepuluh minggu dah berlalu.
saya sedang menikmati hari-hari terakhir di SMK Ibrahim dan di Sungai Petani ni. juga sedang berusaha mencipta kenangan sebanyak mungkin.

kepada 4SN4, 4SN1 dan 4SN2.. terima kasih. saya sayang kalian.

Thursday, July 28, 2011

dram dum dum dum vs eardrums.

acara : persembahan pentas sempena fiesta kokurikulum smk ibrahim

ada pertandingan karaoke
ada pertandingan instrumental
ada pertandingan tarian berkumpulan
ada pertandingan kugiran (band)

saya jenis tak pernah pi konsert, tak selalu dengar musik apatah lagi musik berdentam dentum kuat maha amat. tak pernah pergi gig apatah lagi jamming. juga tak pernah melangut tengok pakwe dalam band main dram dari jarak dekat.

resmi cikgu praktikum, selagi ada ruang untuk belajar, maka terima saja bila diarahkan untuk lakukan apa pun. alhamdulillah. pengalaman yang menarik untuk saya.

tiga empat hari sebelum hari kejadian, saya buat poster dan edarkan ke kelas-kelas. 'mai mai mai! siapa berminat nak masuk, sila bagi nama pada saya, cik nurul ain'

petang selasa

saya mai sekolah pulak pukul tiga, tunggu pelajar-pelajar lelaki berlatih band. sampai lima petang.

masuk ja dewan, tergamam. separuh dewan syed jan cuma penuh pelajar lelaki. aik saya ja ka perempuan yang ada kat sini? namun atas kapasiti cikgu, malu dan segan tolak tepi. saya masuk dewan dengan muka serius. *sebab dah tau pelajar macam mana yang suka join aktiviti-aktiviti macam ni, jadi takmau bermanis muka awal-awal. kalau tak, mampuih esoknya saya tak mampu handle depa.

dengar tujuh kumpulan main. dung dang dung dang. pum pang pum pang. entah apa lagunya dan lirik lagunya, haram langsung saya tak dapat tangkap.

degup jantung meningkat deras. laju dan makin laju. bukan sebab berdebar tengok pelajar-pelajar lelaki tu kacak lagi macho. bukan juga sebab terlalu teruja pertama kali tengok band.

tapi sebab rentak lagu band tu. terlalu kuat musiknya. terlalu rancak lagunya. namun sekali lagi atas kapasiti cikgu, saya tahan saja la. tunggu semua habis. perambat depa balik dan saya kunci pintu dewan syed jan.

malamnya, kepala saya sakit berdenyut-denyut. telinga berdengung dari petang sampai malam. haha. mujur bila dah tidur, bangun pagi rasa okey.


rabu, hari kejadian

dari pagi, dah ada pelajar lelaki jumpa saya minta buka dewan syed jan.

'tak boleh. sekarang acara perasmian. saya tak mahu kamu masuk dewan dan testing dram. nanti mengganggu VIP. selepas acara perasmian saya akan bukak dewan'

jam 10. saya buka dewan. set up meja kerusi segala bagai. bukak suiz kipas dewan. pasang mikrofon untuk pertama kali. on amplifier. pertama kali juga. haha.

pukul 11 acara mula. sementara nak himpun dan panggil peserta-peserta karaoke, menari, akustik, instrumental segala bagai tu, payah juga. jenuh pi umum kat padang.

err..saya jadi emcee. haha. orang skema dan pembosan jadi emcee untuk acara sebegini, amat la tak sesuai. saya pernah jadi emcee untuk acara rasmi dan formal. apa salahnya mencuba pula untuk acara santai sebegini. rasanya dewan jadi hambar sebab saya tak pandai menceriakan majlis, oh maafkan cikgu, anak-anak adik-adik.

sayalah emcee. sayalah panggil peserta. sayalah jaga teknikal. sayalah jaga laptop untuk lagu peserta karaoke. sayalah cucuk speaker kat gitar pelajar. wow. hahaha.

habis fiesta kokurikulum, jam lima petang saya balik rumah. membawa bersama dengung di kepala. kali kedua, entah kenapa ada rasa sakit telinga. bahagian dalam. dan juga rasa berdenyut-denyut di bahagian pangkal leher.

saya tidur awal sebab sakit kepala dan sakit telinga. huhu. ini bukan gedik mahupun mengada-ngada. sungguh saya rasa berdenyut dalam telinga. rasa macam miung pun ada. taktau nak buat macam mana untuk hilangkan rasa sakit dalam telinga ni.

isk iskkk... eardrums saya terkoyak ke?

dan sepanjang malam tidur tak lena. sakitnyaaa!

nota tumit : AnwarHadi sepanjang hari ada kat sekolah. habis persembahan pelajar, saya tengok dia perfom pula. AnwarHadi menyanyi dengan iringan gitar ayahnya, Sir Azman. petang dia main ragbi kat padang. hurm. sakan la budak-budak sekolah ni bergambar lagi dengan AnwarHadi.

saya? haha. kali kedua jumpa dan tengok AnwarHadi ni, dah hilang teruja. walaupun jalan selisih bahu, buat tak tahu saja. mungkin sebab saya bukan peminat.

Wednesday, July 27, 2011

makhluk berkromosom 44+ XX

siapa yang rasa makhluk berkromosom 44+XX bernama perempuan sukar difahami dan kehendaknya serba tak kena? siapa rasa begitu, sila angguk dan senyum senget seorang diri di depan laptop..

suka saya ingatkan, ini bukan entri soal gender. jauh sekali emansipasi wanita. ini cerita ringkas saya dan pakcik padil. hal saya dan dia. mungkin cuma kami begini. atau mungkin juga kalian seperti in.

Situasi satu :

Ain : huhu. pakcik sayang... sedihnyaa. hari ni ain bangun lambat. lepas tu pergi kelas kena marah pulak dengan pensyarah. kerja kursus kena buat semua. tambah-tambah dengan serabut fikir hal family ni. sedihnya ain.. tak suka la jadi macam ni... bla bla bla (sambil sebak di telefon)

Padil : laa kesiannya kat ain. abang pun sedih jugak bila ain sedih-sedih macam ni. ain sabar la ye. abang lagi la tak boleh terima dengan apa yang jadi ni. abang tak sanggup nak fikir macam mana masa depan.

Ain : laa isk! yang abang emo-emo lebih ni kenapa? mengalahkan ain yang tengah ada masalah pulak ni. benci la abang ni! patutnya ain tengah sedih-sedih ni abang kena la hiburkan hati ain sikit. apahal pulak abang yang sedih? bukan abang rasa apa ain rasa pun! (nada suara dah lain, intro kepada gaduh dan rajuk seminggu dua)


Situasi dua :

Ain : hai pakcik sayang. tau tak hari ni, ain blur la masa mengajar. haha. kesian budak-budak yang jadi pelajar ain. mesti depa rasa malang sebab dapat ain jadi cikgu depa kan. aihh, rasa menyesal gak kadang-kadang mai jadi cikgu. rasa tak layak ja ain ni.

Padil : haha. ala rilek la. ain mesti boleh punya. hal kecik ja kan. ain mesti boleh atasi punya. bukan handle satu negara pun kan. baru satu kelas. abang sokong ain dari jauh ye?

Ain : huh. abang ni kan. suka perlekeh ain tau. yela ain tau la ain ni cikgu ja. abang bakal engineer kan. sapa la ain ni. benci la macam ni. meluat! (nada suara dah lain, intro kepada gaduh dan rajuk seminggu dua)


dua situasi di atas adalah perbualan telefon kami berdua yang sudah saya murnikan bahasanya.


di satu masa, saya katakan saya mau dia hiburkan hati saya di saat saya dalam sendu. di satu masa lain, saya marah pula pada dia yang sedang hiburkan hati saya bila saya rasa tersungkur jatuh dalam perjalanan hidup.

apapun, terima kasih pada pakcik padil sebab kamu dah teman saya dari jauh sejak lima tahun ini.
mula kenal : awal 2007.
sekarang : 2011.

sob sob sob !!!

nota tumit : waa, bila nak boleh kawen ni. Baba, sila ambil tindakan segera.

Friday, July 22, 2011

itu pakman

Ini entri bergambar yang super-annoying. Sesiapa yang blur, boleh rujuk entri ini. Entri hari pertama saya menjejak ke sekolah sebagai guru praktikum.





nota tumit ; saja nak 'perangat' member-member.

Wednesday, July 20, 2011

mengimbau kenakalan

Setelah berada dalam persekitaran sekolah untuk dua bulan lebih, banyak memori lama yang menerpa masuk di fikiran saya. Indah untuk dikenang. Buat saya tersenyum sendiri.

Jujurnya saya bukanlah pelajar yang terlalu menurut peraturan. Seringkali juga didenda. Sekolah perempuan. Spesis homo sapien jenis XY lelaki yang ada cumalah dua tiga kerat cikgu lelaki dan ustaz, tukang kebun, pak guard, pakcik kantin dan pembantu pejabat. Jadi bila didenda, kurang rasa malu, malah bangga pulak sebab agak jarang ada pelajar didenda.
1. Cikgu Baharom

banyak kali kena halau keluar kelas sebab tak siapkan kerja sekolah matematik. pernah juga kena bersila di koridor sekolah di luar kelas untuk siapkan kerja sekolah. siap sengih-sengih bila ada cikgu lain yang lalu-lalang. dah la masa ni dah tingkatan lima. bajet otai pulak.


2. Cikgu Hafiza

saya, amal, faiezah dan sheri. selalu tak siap kerja cikgu fiza secara berjemaah. maka secara berjemaahlah juga kena berdiri di belakang kelas. entah kenapa masa tu, hampir tiada rasa malu di hati saya. merenyih saja bila kena denda. ini semasa tingkatan empat dan lima.



dah empat tahun tinggalkan SMKA (P) AlMashoor, dia masih kenal saya sebagai pelajar yang datang lambat ke sekolah!


4. Ustaz Nik Rafik Sani

masa tingkatan dua saya selalu ponteng kelas bahasa arab. hua hua hua. pergi melepak di kelas lain, atau pergi tidur di bilik sakit sekolah. tapi, tapi..Bahasa Arab saya masa PMR boleh dapat A sebab masa tingkatan tiga baru terasa ustaz Nik hensem. jadi semangat mau belajar mai lebih.


5. Ustaz Shuib

warden asrama. masa tingkatan satu dan dua saya tinggal di asrama. (masa tingkatan tiga dah jadi outsider sebab kena tendang dari asrama lebih suka tinggal di rumah. cover line, cover line. ada pelajar saya yang baca blog ni. haha)

ada sekali tu, masa saya tingkatan dua, ustaz Shuib buat spotcheck di bangunan asrama pelajar tingkatan dua dan empat.

Ustaz : kamar anak-anak dara bersepah! macam sarang tikuih!
senior : kami orang ustaz, bukan tikuih.
Ustaz : kamu faham dak saya kata 'macam'! macam!
junior : hihihihihihi....(senak perut tahan gelak.)



err..saya selalu melawan cakap (mempersoalkan isi pelajaran dan kait dengan hal sekeliling) dengan Ustaz ni. sampai Ustaz pernah marah dan cakap pada saya,

"pelajar macam kamu ni, takdak dalam kelas saya pun takpa!"

ngee. sentap hati mak, nak. lepas-lepas tu terus baik dan jadi pelajar taat. hehe.


7. Teacher Harlina & Sir Ali Azizan

dulu saya tak suka belajar English. dan tak banyak kenangan yang ada dalam minda ni. huhu.


8. Cikgu Zaharah

saya suka Biologi sebab terinspirasi dek cikgu zaharah.


9. Roshan

ini bukan cikgu. ini pembantu makmal. saya selalu mengacau encik roshan ni. haha. sampaikan saya pernah menyakat roshan begini,

"roshan tak kawen lagi sebab tunggu saya besaq ka?" hehe.


.............................................................................

dalam banyak-banyak cikgu yang saya pernah ada, antara yang paling memberi kesan pada saya adalah Cikgu Sakinah Bte Salleh, guru kelas saya semasa darjah tiga. dah terputus hubungan. mungkin sekarang cikgu Sakinah mengajar di Kedah.

Sesiapa yang kenal cikgu Sakinah ni, tolong bagitau dia, saya sangat rindu !

Saturday, July 16, 2011

kuda padi : SP - Tg.Tokong

salam. siapa setuju saya kecik comel kiut miut orangnya? okay tak perlu angguk atau angkat tangan. orang kecik biasanya berkaki pendek. sob-sob-sob.. bila kaki pendek dan kurang ketinggian, antara masalah yang saya hadapi adalah ;

1. kena berjingkit untuk tekan loceng bas

2. beli seluar kena potong berinchi-inchi bahagian bawah seluar baru boleh dipakai.

3. bila beli kain pasang siap potong, kain 4meter tu ada lebih banyak bila dah dibuat baju kurung. lebihan kain tu boleh buat baju kurung budak 3tahun.

4. bila bawa motor dan berhenti di simpang atau lampu isyarat, orang belakang akan nampak motor tu senget 75 darjah sebab kaki pendek diguna untuk menongkat motor.

*senyum bangga*

pertengahan bulan mei lepas, saya memberanikan diri minta motor dari Baba & Ibu. payah menumpang Ruby, sebab aktiviti sekolah lain-lain. dan saya dah tak larat nak bayar caj teksi lagi dah.

ayat mau manis, 'ibu, pinjamkan tata duit pendahuluan beli motor. bulan-bulan nanti tata bayar sendiri. duit ibu dah kerja nanti tata bayar balik'.

ibu tak bagi beli hutang, rugi katanya. dan juga baba cadangkan saya beli skuter. kecil, rendah dan senang dikendalikan.

atas cadangan, saya beli Honda Icon second hand tangan kedua. RM3400. tiga ribu ibu beri, tiga ratus pinjam duit adik, saya tambah satu ratus saja. haha.
Honda Icon warna putih. tambah dengan box belakang skuter untuk letak barang. dan juga stiker L (n_n). penting ni stiker L ni, kena bagitau jugak. sebab ada yang sebut.

beli di penang. kedai motor di pulau tikus. untuk bawa 'kuda padi' (saya panggil kuda padi sebab skuter ni rendah) ni ke Sungai Petani, Baba benarkan saya bawa sendiri. Baba dan Ibu bermotoran juga untuk hantar saya ke SP.

bila dah sampai rumah sewa di SP, malam tu saya lembik amat. sakit tangan woo woo woo. dah la tak biasa. baru dapat skuter, tiba-tiba terus kena bawak dari Tanjung Tokong ke Sungai Petani. Rasa nak tercabut tangan. sempat juga menangis diam-diam sebab tak tahan sakit. keh keh keh.

Khamis baru-baru ini, saya bercadang nak balik Penang. Rindu kat adik-adik. Plan awal, saya nak balik penang naik skuter, tapi Syadida aka mak tiri angkat tak benarkan. Bahaya katanya. Telefon Baba, cakap nak balik naik bas. 'ambil di jeti ya, Baba'.

Petang Khamis tu, entah macam mana di saat akhir saya tukar fikiran. Apa kata try naik skuter sorang-sorang balik Penang? dah la tak tau jalan. langkah pertama, google map dulu..
ini print screen dari SP ke Jeti Sultan Abdul Halim. saya zoom in dari susur keluar tol seberang jaya ke Jeti. siap print lagi.. muahaha. tak tau kenapa, tak tau jalan pun, tapi tak risau sangat. papan tanda jalan kan banyakkk. antara reti tafsir dengan tidak aja. (dan saya sebenarnya tak reti baca signboard. pakcik padil mesti akan angguk-angguk masa baca ayat ni)

Tapi, sebelum lepas tol sungai dua, saya telefon baba juga tanya patut ikut susur keluar mana. dan setiap kali simpang, saya telefon baba tanya nak amik kiri ka kanan ka terus ka. ahaha.

naik feri dengan bangganya sebab tak sesat. best best.
Malangnya, dari Jeti Penang balik rumah, saya lupa nak google jalan. dan saya memang taktau dan tak ingat jalan. haha. Baba mai ambil di Jeti dengan motor. terima kasih. kali kedua bawa jauh ni, tangan tak sakit dah macam pertama kali hari tu. lenguh-lenguh sikit ja.

jumlah perjalanan keseluruhan (termasuk sesat sebab tak jumpa jalan nak masuk highway di SP) lebih kurang 60km kot.

sebagai gadis manja, saya bangga dengan diri sendiri! hehehe.

Friday, July 15, 2011

untuk pembaca senyap

selama ni, saya memang tahu blog saya ada silent reader, SR. shhhh. dah nama pun silent, makanya saya tak tahu siapa.

cumanya bila sesekali silent reader tu membuat pengakuan yang dia pembaca setia blog saya, akan timbul bibit keterharuan di hati.

saya : weh hang tau tak.. hari tu kan.. bla bla bla.. (muka teruja nak mula bercerita sebab dah lama tak berhubung)

SR : (senyum) haa tau. hang dah tulis dalam blog. aku dah baca.

saya : eh? hang baca blog aku? tak tau pun?

SR : aku baca diam-diam ja. tak pernah tinggal komen pun.

saya : hehehehe. ye ka.. dah berapa entri hang baca?

SR : tak tau lah. tak kira. aku dah baca blog hang sejak hang kat matrik lagi dah.

saya : ............... (terharu beb!)



juga pada silent reader yang saya tak pernah kenal kalian, tetapi kalian mengenali saya melalui blog, terima kasih saya ucapkan.

pada yang pernah tersenyum, tergelak, terkentut terasa hati, termarah, tersentap, ternangis, tersedak, tersedu, tersengih dan 1001 rasa yang kalian rasakan ketika membaca entri-entri dalam blog saya, tahniah saya ucapkan pada diri sendiri kerana berjaya membawa emosi pembaca menyelami penulisan saya.

muahahaha!

akhir sekali, kepada (kelompok baru) pembaca entri saya dan juga pengunjung Blog Ain Fathihah yang berjahitkan lencana SMK Ibrahim di tudung dan baju sekolah, salam perkenalan saya ucapkan. bila selisih kat sekolah tu, tegur la 'hai cikgu blogger'. hahaha.

saya syak ada antara kamu yang jadi stalker pengintip blog Cikgu Nurul Ain. dan bualkan pasal blog saya dalam kelas. isk isk isk. kan bagus kalau sembang pasal clone ke, periodic table ke, force ke, atau perjanjian hubaidiyah ke dalam kelas.

haha. bercikgu-cikgu pulak dalam blog.

kalian, sama ada pelajar saya (4SN1, 4SN2 dan 4SN4) ataupun pelajar kelas lain yang saya tak sempat nak kenal lebih dekat, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog picisan tapi best saya.

kalian boleh tinggalkan jejak di ruangan komen. kalau ada blog, boleh tinggalkan link blog untuk saya berkunjung balas.

*fariza, saya tau kamu baca blog saya. muahaha. betul ke dah khatam?

pancung

jadi cikgu ni, risau juga bila terlepas cakap. hal content PnP satu hal. hal luar PnP pun satu hal juga.

cikgu : haa kamu tiga orang ni. kenapa gaduh? sila mula sekarang. kamu jangan main-main eh. saya pancung kamu sepuluh kali, baru tau.

hahahahaha. (sekelas ketawa)

pelajar : cikguuuu....! pancung satu kali pun dah mati dah cikgu. takyah la pancung sampai sepuluh kali.

erk. betul jugak kan.

Wednesday, July 13, 2011

tilam aku, tilam aku. tilam hang, tilam aku.

Rasanya ramai (yang baca Blog Ain Fathihah) tahu, saya sebilik dengan Cikgu Syadida di rumah sewa di Sungai Petani ini. dah nama pun sebilik, macam-macam cerita boleh buat pasal teman sebilik ni. dan ini cerita mengenai keperitan kesusahan dan kesengsaraan pengalaman Syadida menjadi roommate aka mak tiri aka reminder teragung Ain Fathihah.

Tiga minggu pertama, kami tidur tidak bertilam. cuma berlantaikan simen dan berbumbungkan siling rumah. rasa miskin ja tidur atas simen. haha. isk isk. mana ada. kami berdua tidur berlapikkan tilam toto tu. bukan selapis toto, malah tiga lapis toto. tapi saya yang badan manja ni, berasa sakit-sakit badan bila tidur atas tempat keras. huhu.

Masuk minggu keempat, saya dan Dida usung tilam dari rumah masing-masing. Tilam bujang yang biasa tu.
dan ini adalah anatomi kedudukan tilam kami berdua. susun rapat-rapat sebab Dida takut tidur seorang. Dida di tilam Dida dan saya di tilam saya. Kipas kaki letak di kedudukan atas kepala.

Masa awal-awal nak lelapkan mata dan bersedia untuk tidur, kedudukan kami berdua adalah seperti di atas ni. sebab masing-masing kaki pendek, jadi tilam ada lebihan yang tidak diisi oleh anggota badan
Ini kedudukan setelah 10minit baring-baring sambil bersembang. sementara menunggu mata terlelap, memang kami berdua biasa bersembang dulu.
dan ini adalah kedudukan saya bila cuma saya seorang saya yang berbaring di tilam. memang biasanya saya akan baring secara melintang.
setelah masing-masing terlena dan minda berada di separa sedar... perhatikan saya telah menceroboh masuk ke kawasan tilam dida.
kadang-kadang juga saya tidur begini. perhatikan betapa istiqamahnya tidur Syadida. baik dan sopan.
malah kerapkali juga badan terpusing begini. tak tahu macam mana boleh teralih sampai macam n. Dida, hang angkat aku bagi jadi terbalik macam ni ka??
Bila dah tidur serong, acapkali juga cuma kaki saya yang masuk ke zon dida.
dan sebelah kaki saya entah macam mana boleh landing baekk punya atas kaki dida. kes mencari kehangatan bila tidur malam sejuk la ni...
bila dah sedap sangat tidur, maka Syadida Zakaria dengan tidak semena-mena akan berevolusi dengan pantas menjadi bantal dakap Ain Fathihah.

sekian

nota tumit ; bakal suami, sila hati-hati. simpan duit untuk beli katil besar ye. sebab saya tidur buas. hehehehe.

Saturday, July 09, 2011

saya dah mula rasakan manisnya memberi

Ahad ini, masuk minggu ke lapan saya dan rakan-rakan sesemester berpraktikum. ouchh, pejam celik rupanya dah lapan minggu. sekejabnya masa berlalu. saat kaki teragak-agak mau melangkah ke sekolah dulu, saya resah memikirnya macam mana nak habiskan tempoh 14 minggu di persekitaran sekolah.

tiga minggu pertama saya di SMK Ibrahim, saya rasa nak pengsan dengan persekitaran sekolah. janggal rasanya. mujur juga elok saya masuk ke sekolah, peperiksaan pertengahan penggal sedang berlangsung. jadinya, saya cuma masuk kelas ganti, edar kertas soalan peperiksaan, kutip soalan peperiksaan, pergi makan di kantin dan mencilok makanan yang cikgu-cikgu senior rajin bawa.

alangkah indahnya dunia sebagai cikgu praktikum yang pergi sekolah untuk makan dan sembang-sembang saja.

dua minggu cuti sekolah, saya meraikan cuti sesungguh hati. tapi rupanya itu racun paling bisa untuk saya, saya menganggap mudah.

hari pertama saya mengajar dengan persediaan yang secukupnya pada fikiran saya. akal cangkat menganggap, bila saya sudah belajar topik yang akan diajar, saya mampu menyampaikannya dengan baik.

malah sebaliknya berlaku. saya merasakan sayalah guru paling tak bertanggungjawab atas kegagalan saya dalam PnP.

lima minit sebelum kelas pertama berakhir, saya minta pelajar tulis surat cinta untuk saya. mulakan dengan 'Dear Teacher Nurul..' dan saya minta mereka memberi komen PnP hari tu, dan juga cadangan penambahbaikkan.

tiga kelas bersamaan dengan enam masa pada hari ahad itu, semuanya saya lakukan yang sama. surat maklum balas. saya pernah paparkan komen maklumbalas pelajar, tapi kemudiannya saya tarik semula.

jujur cakap, saya memang sentap dengan surat-surat komen tu. rasa nak menangis pun ada. rasa down. rasa jatuh kedebuk dari tingkat 13 lalu dahi ditimpa pasu bunga dan baju basah sebab makcik cleaner sekolah tengah siram bunga lalu menyimbah saya.

jujurnya, terus saya rasa saya salah pilih opsyen. saya tidak dilahirkan untuk menjadi cikgu mahupun guru, apatah lagi pendidik.

hampir seminggu saya gundah gulana. bagaimanapun, surat komen itu semuanya saya baca berulang kali. juga saya catitkan apa kelemahan saya (yang panjang berjela) dan juga apa cadangan penambahbaikkan daripada pelajar-pelajar.

bukan mudah. tapi tidak mustahil bila diusahakan. komen pelajar saya semuanya membantu. malah sangat membantu sebenarnya. alhamdulillah mereka matang. apa yang perlu dikatakan, sejujurnya mereka katakan. malah terlebih jujur pulak. hehe. mujur mereka tidak bersikap terlalu menjaga hati sampaikan tiada satu pun kelemahan saya yang dikomen.

hari demi hari dan dah berminggu berlalu, saya mula rasakan kemanisannya.

saya teringat komen balas Sir Ali Azizan, cikgu English saya masa sekolah dulu bila saya tuliskan status begini di FB,

"am I born to be a teacher?", dia membalas,

"teacher was not born. they are made"

rasionalnya bila difikirkan kembali, siapalah yang baru bermula dan terus mahir. bak kata Ustazah Hawa, "Haa ni cikgu nurul ain, baru nak ke garisan mula. kami-kami ni dah separuh jalan (dalam dunia pendidikan) dah"

juga kata-kata nasihat daripada guru Biologi sekolah itu merangkap super duper senior UPSI, cikgu rafidah.

"biasalah tu cikgu praktikal. kamu baru belajaq. mana ada cikgu yang terus expert. semua cikgu-cikgu yang pandai mengajar tu, semua pun pernah praktikal macam nurul ain jugak. sabaq la, dalam kita duk mengajaq, kita lebih banyak belajaq sebenaqnya"

saya ucapkan terima kasih pada pelajar-pelajar pertama saya, 4SN1, 4SN2 dan 4SN4 SMK Ibrahim tahun 2011 yang dah banyak membantu saya belajar.

Friday, July 08, 2011

teknologi siput

salam semua pembaca Blog Ain Fathihah. (salam khas untuk pelajar SMK Ibrahim yang dah jumpa blog cikgu kecit ni)

masa saya masih pucuk di bangku sekolah menengah, boleh dikatakan belum ramai rakan sebaya yang ada handphone sendiri. yang ada handphone pun, kebanyakannya guna nokia 3310.
itupun dah seronok sangat dah sebab ada handphone. masa tu jugak, simkad baru untuk telefon bimbit, agak mahal. tidaklah semurah sekarang ni.

handphone pertama saya dapat adalah nokia 2300.
hadiah dari Mama dan Baba untuk keputusan PMR saya. 7A 2B, muahaha. B untuk English dan KH (erkk, KH pun dapat B). masa tu awal tahun saya tingkatan empat. rasa macam bulan jatuh ke riba. iyalah, nak harap kumpul duit sendiri untuk beli handphone, jangan haraplah kan.

awal tahun tingkatan 5 (atau hujung tahun tingkatan empat), Baba berikan saya Nokia 6630.
masa tu model ni baru keluar di pasaran. agak mahal jugaklah. percaya atau tidak, handphone inilah yang saya guna pakai sampai sekarang. tak rosak-rosak pun setakat ni. pecah casing tu, biasalah. dah banyak kali tukar casing. nokia 6630 inilah yang saya guna sebelum SPM, masa di matrikulasi dan sepanjang di UPSI (dah nak habis dah pun pengajian di UPSI). tahan lasak lagi berwibawa handphone ku ini, kan.

sedar tak sedar, dalam perasan saya terhadap pengetahuan teknologi saya, rupanya saya dah tertinggal jauh berbanding pelajar sekolah masa kini. wishlish mereka (saya usha blog pelajar, ngeh3) adalah nokia E series, DSLR, laptop, i-pad dan entah apa-apa lagi gajet terkini yang saya tak sempat nak ambil tahu.

bayangkan, senggang umur 5 tahun pun dah menjadikan saya dan mereka (pelajar tingkatan empat contohnya) serupa generasi yang terpisah. apatah lagi dengan cikgu-cikgu senior yang nak buat Table di MS Word pun masih belum cekap.

rasanya nokia 3310 tu mereka dah tak kenal gamaknya, dah layak jadi bahan api fosil. handphone yang saya pakai inipun dah dikira ketinggalan zaman. nak trade in pun dah tak ada harga.

dua minggu lepas, selepas habis kelas Biologi saya (saya dah tak ingat kelas yang mana satu), beberapa pelajar perempuan menghampiri meja tinggi di hadapan makmal. kebetulan pula saya meletakkan handphone saya secara terbalik di meja tu.

seorang pelajar mengambil handphone saya, dan membelek-belek depan belakang handphone saya tu. saya sempat kerling riak muka hairannya.

kemudian, selamba dia berkata,

"eh cikgu. handphone cikgu ke ni. sorry lah cikgu. saya ingatkan ni remote LCD (LCD projector)."

hoho. saya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. kasihan telefon buruk saya. jangan merajuk ye telefon.

Thursday, July 07, 2011

pelajar cium cikgu

budaya SMK Ibrahim, setiap pagi akan ada perhimpunan harian mengikut tingkatan. masa inilah pemberitahuan dan pengumuman akan dilakukan oleh guru, kelab dan persatuan.

seperti biasa, saya hadir ke perhimpunan tingkatan empat. habis perhimpunan, saya berhajat mau terus ke kantin.

tiba-tiba ada seorang pelajar saya (saya tak ingat nama dan kelasnya) datang tercongok depan saya.

"kamu ni kenapa?" soal saya.

"tak ada apa aih cikgu. cikgu, salam", ujarnya sambil menyalam dan mencium tangan saya.

saya cuma tersenyum. serta-merta rindu adik-adik di rumah.
update : haa saya dah jumpa orangnya. maaf ya syazana, gambar kamu cikgu cilok dari FB. hehe


"haa kamu mai cium pipi saya sikit. saya rindulah adik-adik saya kat penang"

selamba saya cakap macam tu pada pelajar tu. pelajar perempuan tentunya.

terus dia mencium kedua belah pipi saya, sambil saya memeluk dia.

herm. serta merta sebak. haha. tak tau kenapa saya sebak. emo kan.

kadang-kadang, ada rasa kasih yang tak perlu diucap. seawal saya mula mengajar pelajar-pelajar tingkatan empat ni, saya selalu merasakan saya sedang mengajar adik-adik sendiri.

nota tumit : dah mula sayang. terima kasih, kalian.

Wednesday, July 06, 2011

mungkin ini penamat yang sesuai

Rupanya blog saya ada cerita tergantung. Ada kisah yang tidak saya berikan penamatnya. Mungkin tidak wajar saya namakan ini adalah penamat, tapi setakat ini, ini sajalah hal yang boleh dikatakan demikian.

Entri paling akhir saya tuliskan hal paling peribadi saya adalah entri sekuat badang. Itu entri yang saya tulis setelah saya merasakan keadaan mulai stabil. Entri pertama yang saya tulis adalah entri ini semua jalur yang dah ditentukan tuhan. Itupun saya menulis setelah hampir setengah tahun bermacam-macam perkara berlaku.

Saya pernah menulis dalam deraian air mata, sambil mengeluh dan hampir menyalahkan tuhan. saya cuba terima apa yang berlaku. dan saya rekodkan apa yang saya rasa dalam entri tak mudah sebenarnya.

Saya juga pernah hampir pitam ketika menaip entri ini. entri bertajuk adakah saya sedang memohon yang tidak-tidak. bukan mudah menaip dalam emosi sedemikian rupa, dalam debar menunggu sebutan kes permohonan perceraian ibubapa sendiri. bukan mudah merayu pada mereka secara umum begitu.

tapi nyata, hidup ini realiti. bukan novel yang pengakhirannya pasti memuaskan hati. Baba dan Mama telahpun bercerai secara rasmi pada 31 Mac 2011. saya jangkakan Mama sudahpun habis i'ddahnya sekarang.

saya cuba memikir perkara yang berlaku dari sudut positif. perceraian mereka bermaksud pembubaran perkahwinan 22 tahun Baba dan Mama. tapi saya (juga adik-adik) masih punya jalan yang panjang untuk menerus hidup.

dalam kesibukan menjalani praktikum di Sungai Petani, saya berusaha melupakan kesedihan (sebenarnya lebih kepada kekecewaan dan kemarahan juga rasa tidak puas hati kepada 'mereka') saya. Alhamdulillah. dalam keseronokan menjalani fasa baru dalam hidup, cuma sesekali saya rasa kesedihan tu datang menjengah balik.

terima kasih juga Tuhan, sebab berikan saya roommate di Sungai Petani ni.

dulu semasa saya di Tanjung Malim, saya tinggal seorang dalam bilik nombor 3 di rumah nombor 7 jalan 5 itu. dalam rasa bebas tiada teman sebilik, rupanya itulah candu kesedihan saya. saya bebas menangis berjam-jam malah semalaman dan pernah dua hari mata saya tidak kering. saya kerap melayan perasaan seorang diri tanpa perlu berbual dengan sesiapa.

dan boleh dikatakan setiap malam juga saya bersedu sedan seorang diri dalam bilik.


di sini, di Sungai Petani, mungkin sebab saya berteman sekarang, atau mungkin sebab saya lebih melayan kesibukan sebagai guru praktikum, saya amat jarang bersedih dan memikirkan perkara yang lepas-lepas.

terima kasih banyak-banyak Tuhan, sebab berikan roommate yang sesuai buat saya. setakat ini, bila sesekali saya menangis dan terkantoi dek dia, dia takkan terus menyerbu saya bertanyakan kenapa? kenapa? awat? awat?

roommate saya akan buat tak tahu saja. saya selesa begini. saya tak mampu bercerita dalam kesedihan..

moga, ini entri terakhir yang bertema begini. saya cuma menulis untuk memberi penamat. supaya tidak ada lagi yang bertanya dan tertanya-tanya.

nota tumit : sila semak kembali definisi sesuai kalian. sesuai untuk kami, mungkin kurang sesuai untuk kalian. sesuai untuk keadaan sekarang, mungkin sudah tidak sesuai untuk lima tahun akan datang.

Saturday, July 02, 2011

Lelaki berusia & gadis muda belia

Kes 1.

Lelaki dah berkeluarga mengaku single. Walau beza umur ketara, gadis muda belia dapat juga dingorat dan diayat. Ah bukan bermula dari seorang saja. Dua-dua sama naik dan berpoya. Aku suka kau. Kau suka aku. Umur kan hanya angka. Bila tembelang pecah, gadis muda marah-marah. Dipermainkan, katanya. Masa berlalu, gadis muda belia pasrah pada takdir. Bila dah sayang, susah nak lupa. Ini soal hati. Lautan api dan gunung ganang sanggup kuredahi. Katanya ‘sudah jodoh aku untuk menjadi isteri kedua pada lelaki sebaya bapa’.


Kes 2.

Lelaki dah berkeluarga berkenalan dengan gadis muda belia. Selalu dicerita pada gadis, hal keluarga, isteri dan anak-anak permata hati. Masa berlalu, gadis muda belia jatuh hati pada lelaki berusia. Dia bertanggungjawab. Matang dan stabil, puji gadis muda. Gayung bersambut. Lelaki berusia jiwanya kembali muda. Mari kita saling sayang dan menjaga, katanya. Kata gadis muda, ‘sudah jodoh aku untuk menjadi isteri kedua pada lelaki sebaya bapa’.


nota tumit : lelaki macam isi kelapa. makin tua makin pekat santannya. muahaha

Friday, July 01, 2011

Bintang Madu

Ini Honey Stars.
Saya kerap juga tersenyum seorang diri bila tengok susunan kotak Honey Stars di pasaraya.

Ini cerita saya dan pakcik padil. cerita biasa. tapi punya makna buat saya. ala biasalah. tengah angau dilamun rindu dan sayang. apa saja jadi cerita manis untuk dikenang.

nak kongsi? eh malu pula.

ngee.

lupakan cerita Honey Stars. saya sedang dalam mode rindu-rinduan ni. rindu bercampur geram. bukan geram sayang, tapi geram tak puas hati.

semasa saya di Tanjung Malim, saya akur bila agak jarang bersua muka dengan pakcik padil. dalam setahun, adalah empat hingga lima kali pertemuan. itupun bila saya balik cuti pertengahan semester atau cuti panjang.

"Tanjung Malim dengan Kulim ni jauh, ain sayang. sabarlah", katanya bila saya mengeluh rindu.

saya diam. melepas nafas panjang di telefon.

ya, perilaku semacam ni, rasa sudah jatuh hukum wajib berkahwin. hehe. (baca : Baba sila ambil perhatian)

awal semasa memilih tempat praktikum, saya merancang mahu ke Kulim. mahu dekat dengan pakcik padil, kononnya. lagi galak mau ke Kulim bila rubi mengajak ke sana. ada aral, kami tidak ke Kulim tapi beralih ke Sungai Petani.

Saya kira, jarak Sungai Petani ke Kulim boleh dikatakan dekat, berbanding jarak Tanjung Malim dan Kulim.

tapi, hampir dua bulan di sini, rasanya dah banyak kali saya bertanya pada pakcik padil,

"bila nak mai jenguk ain di sini?"

masih juga jawabnya,

"nanti dulu, sayang. sabarlah"

grrr grrr grrr.

nota tumit : sebenarnya tak berani langsung nak date di SP. muahaha. berani mati namanya. dah tentu-tentu akan selisih dengan pelajar saya. kaki mall semua tuuuu.