Sunday, October 17, 2010

ini semua jalur yang dah ditentukan tuhan.

Ingat lagu L.Ramlee yang ini?

Ayah kahwin lagi,
Dengan si dara jelita,
Riang rasa hatinya,
Mendapat isteri yang muda.

Dulu saya cuma tersenyum simpul bila mendengar lagu evergreen ini. (oh, saya memang suka dengan lagu lama).

Tapi sebenarnya ada sesuatu yang mahu saya katakan dalam entri ini. Dah tiga empat kali tulis dan padam semula pendahuluan entri. Taktahu bagaimana mahu bermula.

Saya gagahkan juga jari menaip berikutan adanya entri ini. Sejak itu, bertalu-talu pertanyaan timbul dari kenalan saya. Juga dari kawan-kawan UPSI saya yang ada hubungan dengan akaun facebook ini. Tahun 2010 ini memang saya sesak nafas dengan pertanyaan demi pertanyaan dek kenyataan terbuka pemilik akaun facebook di atas.

Ya. betullah tu. Mahu saya katakan apa lagi.

Sejak awal, saya memang mengambil langkah berdiam diri. Entri ini saya mulakan dengan rasa serba salah.

Semester lepas (ketika saya di semester 4. sekarang saya di semester 5), menghampiri peperiksaan akhir semester (sekitar April 2010), saya dikejutkan dengan sebaris ayat di YM

'kami akan berpisah (bercerai). tiada lagi cinta antara kami. setelah semua urusan selesai, Baba akan bernikah dengan wanita pilihannya'

dan selang dua tiga hari kemudian,

'Baba dah bertahan lama demi anak-anak. izinkan Baba mencari bahagia Baba pula'.

Sayangnya, baris-baris ayat di atas bukan nukilan cerpen atau novel mahupun skrip drama. Ini dialog dalam jalur hidup saya.

Entah dari mana saya mendapat kebiadapan untuk mempersoalkan tindakan mereka.


'Selama ini tidak bahagia? habis yang kami tujuh orang ni apa?'

'Baba & Mama tipu Tata & Adik-adik. Selama ni kalian berikan kebahagian palsu untuk kami!'

Pendekkan cerita, ibu bapa saya tidak jadi bercerai, dan Baba berkahwin juga dengan wanita itu. dan kehidupan saya sekeluarga berubah banyak. Baba dan Mama walaupun tidak bercerai, tapi mereka berpisah sementara. Mama membawa diri menuntut ketenangan mencari maruah diri, katanya.

Sejak awal, saya lebih banyak menyalahkan Mama. Pada fikiran saya, disebabkan beberapa kesilapan Mama dalam perkahwinannyalah, menyebabkan cinta Baba tawar dan beralih arah.

Ini saya akui, memang kesilapan yang tidak saya sedari sehinggalah seseorang yang rapat dengan saya mengingatkan,

"Ain sayang, apa pun juga salah Mama kat Baba, dan silap Baba kat Mama di mata Ain, itu antara mereka berdua dan antara mereka dengan Allah. Ain sebagai anak tetap wajib berbuat baik kat ibu bapa. Kita siapa untuk menghukum? "

Ya, saya sedar kemudiannya. Terima kasih pada yang mengingatkan.

Pada Baba juga, saya mempersoalkan kemampuannya. Fikir saya, kalau mengendalikan satu kapal pun sudah bermasalah, mana mungkin mahu jadi nahkoda pada dua kapal.

Dalam pada itu, kehendak Baba untuk berpoligami saya terima sebaik mungkin. Saya tak membantah. Juga adik-adik. yelah, takkan saya nak pergi bertarik rambut dengan mak tiri pula kan? haha. drama!

Bersikap rasional, saya cuba memahami tindakan Baba berlandaskan sebab-sebab yang difikirkannya wajar. Wajar itu relatif, bukan? wajar pada saya, mungkin tidak wajar bagi kamu. Sila tentukan kayu ukur 'kewajaran' itu sendiri.

Tindakan saya bekerja sambilan semasa cuti semester lepas juga, sebenarnya lebih sebagai 'pelarian' saya daripada keributan yang berlaku di rumah. Ya, bila rumah dirasakan bukan lagi syurga.

Kalau tidak, masakan saya gadis manja yang lebih suka bersenang-lenang di rumah mahu kuatkan hati bersusah di dunia luar.

Walang bagaimanapun hati saya, Alhamdulillah tidak pernah pula saya membuat tindakan bodoh yang akan menyusahkan diri dan memalukan keluarga. Mujur juga tiada adik-adik saya yang lari dari rumah atas sebab tekanan dan juga sebab-sebab lain yang difikirkan logik.

Dengan keadaan ibu bapa berantakan, kami adik-beradik cuba berlagak normal. Seboleh mungkin cuba merasakan tiada apa-apa yang berlaku. Kalau dulu bergelak ketawa dan bergurau nakal bersama, sekarang juga berbual hal serius dan menangis bersama-sama.

Dan adik-adik saya (yang dah besar) rupanya mempamerkan tingkah-laku dan penerimaan yang jauh lebih matang dari saya. Syukur.

Saya juga, mampu meneruskan hidup seperti biasa di Tanjung Malim. Seakan tiada apa berlaku. Saya masih Ain Fathihah si Kecik yang sama. Periang, mulut bising, penyakat dan comel (oh comel harus dituliskan juga)

Pernah ada seseorang yang bertanya,

"tidak terkesankah dengan apa yang berlaku?"

Saya cuma katakan

"takkanlah sebab apa yang jadi kat famili aku, aku nak bersedih dan muram sepanjang masa. apa yang dah jadi tak boleh ubah dah pun. aku kena jaga pelajaran aku. kena jadi contoh pada adik-adik."

Bukan mudah nak terima semua ni. Tapi taklah payah sangat sebenarnya. Apapun, semua dari hati juga.

Sekalipun saya tidak menulis hal keributan keluarga di Blog Ain Fathihah sebelum ini, tidaklah pula saya pendamkan segala rasa hati saya sendirian. Saya tahu, memendam rasa boleh memakan diri sendiri.

Berbual dengan gadis bakal kaunselor, Noraini, banyak menenangkan. Juga beberapa sesi pertemuan dengan Cikgu Azlan, banyak membantu saya mewajarkan fikiran dan meleraikan simpulan masalah kehidupan yang tidak dapat saya fahami sebelumnya. terima kasih.

22 komen tak puas hati:

~fais~ said...

pada awak sy bace blog nie..
sy amat tertarik ngan ain fatihah.
die pndai mnulis...
tipa kali sy bce enty awk..syn akn tersenyum..
mgkin jgk akn tergelak kah kah kah..
tp kali nie...ain fatihah buat sy mngalirkan airmata....
sy xtahu knape..bce blog mama awk...bertambah sayu ati saya...
sya xtahu nape sy jd cmnie...
ati sy begitu tersentuh....
sabar ain fatihah.....
mgkin ini dgaan buat awk...
wlpon sakit....perit..pedih..
sabar..la.. hidup di dnia yg serba kekurangan....
kuat kan semangat....
:))

faINa989 said...

la tahzan...

Unknown said...

SALAM,
N3 INI DIBACA SETIAP PERKATAAN. LF DAPAT MERASAKAN APA YANG RS RASAKAN. AYAH TETAP AYAH, EMAK TETAP EMAK DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN. CARA RS MENANGANI KEMELUTAN YANG BERLAKU ADALAH TEPAT SEKALI. TERUSKAN DAN BERTENANG. LF DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK RS

Anonymous said...

memndam itu memakan diri, cuma kadangkala kita rasa lebih selesa begitu, cari yg kamu selesa ya?

ain,
kalau berlaku pada macy, entah lah. jujurnya, walaupun berat, hati macy sendiri menghalalkan poligami. tapi tipulah kalau kata mahu, atau tidak sedih juka berlaku. tapi tak terjangka akal pula jika berlaku kepada seorang bapa, suami kepada ibu kita, hero yang sentiasa menjadi hero selamanya..

bersabarlah sayang, semuanya pasti ada hikmah. cuma harus diingat bukan mudah untuk memimpin sebuah keluarga, hakikatnya berpoligami itu adalah seakan menempah dosa, jika tidak mampu dijaga dengan baik. tapi itu bukan tugas ain utk difikirkan. ain cuma perlu menjadi model utk adik2, juga sahabat dan 'besi kuat' untuk turut sama memimpin ibu utk sama kuat juga..

senyum... :)

ana said...

tuhan x akan menguji hambaNya jika hambaNya tak mampu mengharunginya...

Ariff Budiman said...

Semoga Ain tabah mennghadapi dugaan ini dan menjadi contoh kepada adik-adik. Semua ibubapa tidak suka melihat anak-anak mereka dilanda masalah namun mereka juga merupakan insan yang tetap diuji oleh Allah.Insyaallah mungkin suatu hari kita dapat mengerti akan tindakan mereka. Ingatlah ketika kita masih lagi kecil kita dibelai dengan penuh kasih sayang. Kini keluarga Ain telah diuji. Bantulah mama agar dapat meneruskan kehidupan ini. Bayangkanlah kasih sayang yang mereka berikan. Tolong doakan mereka agar dapat menyelesaikan masalah kita insyaallah Allah pula akan menyelesaikan masalah kita.

Pandangan sekupang saja

athirah hanafiah said...

alhamdulillah.. =)

budak kecik! jaga diri leklok!
sampaikan salam aku kat semua yang selalu ada untuk hg.. :)

hamba Allah said...

salam ain..
saya adalh silent reader ain sejak sekian lama
saya tak sangka rupanya ain yang ceria ni ade masalah sndiri
ain memang tabah sehingga mmpu menyimpan rahsia..
Allah sayangkan Ain, Ain manusia pilihanNya untuk diuji
Perancangan Allah itu akan terlihat indah bila kita mencari hikmahnya..
dan hikmahnya itu memang tak terjangkau dek akal manusia yang pendek ini.. Ain kuat, sbb itu Allah pilih Ain
Dekatkan diri dengan Allah.
Allah tak pernah lupa mencintai kita dan takkan pernah melukai kita..

azahrohaizah said...

Ain sayang...
setelah sekian lama bertamu secara senyap,baru hari ini mau membuka bicara..

Sayang,
berat mata memandang ,berat lagi bahu mama yang memikul..tata dan adik2 harus memberi sokongan tanpa prejudis pada mama..sekarang hanya anak2 saja yang menjadi tunjang kekuatan nya...
janji ye..

ain fathihah fhm said...

aku dan hidupku ;
terima kasih dr ain fathihah sebab sudi ikut blog comel (macam tuannya) ni...

saya akan sabar selagi mampu..kalau tak mampu pun, kena mampukan jugak2 kan. ahaks

ain fathihah fhm said...

faina, ya..jangan bersedih, nurani.

ain fathihah fhm said...

luahfikiran, sebelum ni tak baca setiap perkataan, baca lompat2 ayat ke? hehe. terima kasih atas saranan ya. saya sangat terharu bila ada pembaca berpengalaman singgah di sini.. nasihat yang berguna juga dititipkan untuk saya.

ain fathihah fhm said...

macy, memang tak terbayang bagaimana situasinya jika berlaku pada diri sendiri..ain pun fikir begitu sebelum ni.. sekarang bila dah jadi, rasa macam....aku ke yg paling lemah?

ain fathihah fhm said...

ana, terima kasih.. keluarga saya terpilih, alhamdulillah.

ain fathihah fhm said...

encik arif, terima kasih. saya akan jalankan peranan saya sebaik mungkin

ain fathihah fhm said...

tira..xtau nk kirim salam kt sapa..hehe..aku jaga diri elok2 dah ni..tgk, makin comel

ain fathihah fhm said...

hamba allah,

terima kasih atas ingatan..dan terima kasih juga masih tak jemu bertandang di blog saya ni...

saya tertarik dgn frasa ni,

'Perancangan Allah itu akan terlihat indah bila kita mencari hikmahnya..
dan hikmahnya itu memang tak terjangkau dek akal manusia yang pendek ini.'

terima kasih

ain fathihah fhm said...

azah_rohaizah,

terima kasih..saya dan adik-adik akan terus memberi sokongan pada keduanya...rasa saya, tak siapa bersalah...dan, masing2 pun ada salahnya tersendiri...

sedang mencari hikmah

Nurul Amal said...

ummp

baru terbaca

be strong dear..

hikmah yg sgt manis bakal menanti..

ain fathihah fhm said...

ya, TQ Amal..sedang meneliti hikmah...hehe

Anonymous said...

salam
saya dulu anak ayah. tak pernah rapat dgn mak sbb abah pandai cover.. kalau masa umur 4 tahun nampak bapak saya romen maid, saya nangis, lepas tu dia pujuk cepat cepat. saya menangis sebab saya lihat ayah saya dgn maid. Lepas tu dia selalu tatang saya.kalau dia bergaduhmalam raya dia angkat saya dgn kakak diatas , balik rumah adik beradik nya.tinggal ibu dan yg lain. kami balik hari raya 3 .. boleh nampak di pisahkan kami. sehingga lah darjah 3 saya maja sgt. bila saya meningkat dewasa, saya terserempak bapa ber mesra- macam bercinta dgn maksedara saya. balik hj dia macam hilang waras, dia ajak makngah saya romen, langsung org tua takmo datang. bila umur lewat 70an baru diketahui dia macam penyu.. kemudianbila dah 8oan dia pergi melayan balu paklong saya. sehinggalah dia terjatuh 2thn lepas dibilik air tiba 2 kaki lemah. dia sendiri tau sampai sbt apa bala. baik buat balik. pstu jatuh lagi.. sembahyg tak tinggal, ngaji tiap tiap hari.. lepass tu buat anak anak pilih antara dia dan ibu.. anak anak semua tepikan ibu.. isteri itulah yg bantu keluarga.
anyway saya tidak dapat terima perbuatan dia buat ibu saya. ibu terima dan mahukan fasakh. banyak perngorbanan ibu pada kluarga dan ayah juga. tapi skrg dia di buat teruk sklai. ibu seorg.. dah takde pencen dan nak makan tanam sayur dsbnya. sakrg mata tak nampak.
in as much you are yr daddy's girl, please spend more time with yr mak as you only hv 1 mak. mak muda is not yr mak..
once u kawin jaga mak juga.. mak mungkin ada kelemahan nya dulu, tapi syrga pada tapak kaki ibu.. selalunya ibu banyak menaikkan dan menjaga suami lebih dari diri sendiri.. tapi biasanya dah habis macam kain basahan, campak ketepi..
macam ni lah kalau tiada cinta dan tidak bahagia selamaini kalau 7 anak bukan kah ada unsur bahagia untukmengikat kasih?
jangan keliru antara nafsu dan cinta. nafsu buatorg hilang arah dan balance in thinking.think again... think deeper.. live in reality... look after yr mother too...

Anonymous said...

salam,
mula saya tidak rapat dan tidak clique dgn mak, lama lama saya mula dapat melihat secara bebas dan fakta fakta mula bersatu..

Sebagai anak ayah, banyak dugaan yg tidak elok kena pada saya dan yg lain juga.. bak kata org kalau takkena pd bapa kena pd anak anak etc.
Tapi itu takpe lagi, dia indulged benda yg sumbang dan haram dan mendekati maksiat dimana dia sembahyg tidak tinggal.
Bila dulu ditegur, aku anak imam aku tahu hukum hakam.
Tapi bila terjadi semua ini, mak confront dia main kayu tiga selama ini dia, mulanya pandai sorok dan mengaku..
tapi usia mengambil mental danwaras. Maka perlakuan ini tidak dpt disembunyikan.
mak sentiasa berkorban segala menhjaga dan mencari rezeki utk keluarga. bapa wlpn smbhyg dia tetap makan hasilisteri. Apatah lagi pakai hak isteri.duit epf masa kerjanya etc.
ingatlah mak selalu menjaga dan menyanjung danmenaikkan nama dan martabat suami, sampaikan diri sendiri di cincai saja. Selalunya begitu bini nampak tua laki nampak muda sebab all the worrying issue and problem handled by wife.. a lot more..
you will see and understand this perspective when you are out of this world as individual entity and experience it. Unless one intent to continue to live in the bubble, than don't observe and analyse.

take care and jaga lah ibu anda..