mereka yang tegar

Monday, October 18, 2010

pakar motivasi menipu!

kata pakar motivasi terkenal, bila ada masalah yang timbul, kita kena hadapi dan selesaikan. tapi sebenarnya mereka menipu. Ya, tipu saja semata-mata.

Bila ada masalah, sepatutnya kita jangan hadapi masalah. Kita lari, lari laju-laju. Maka berlarilah kita sejauh mungkin jangan pandang kiri kanan. Walaupun kita betul, walaupun kita salah, jangan ambil peduli. Yang penting kita wajib lari dari masalah tu. Bila dah lari, masalah itu dah takda depan mata kita lagi.

Kemudian, bila kita dah jauh dari masalah yang membebankan kita tu, maka berdiam dan menetaplah kita di situ. Sebulan, dua bulan dan mungkin juga cuma beberapa hari, kita tiba-tiba berdepan dengan masalah lain pula.

Bila ada masalah, lagi sekali kita jangan hadapi masalah. Kita lari lagi, lari laju-laju. Maka berlarilah kita sejauh mungkin jangan pandang kiri kanan mahupun depan belakang. Walaupun kita betul, walaupun kita salah, walaupun kita mangsa mahupun pemangsa, jangan ambil peduli. Yang penting kita wajib lari dari masalah tu. Bila dah lari, masalah itu dah takda depan mata kita lagi.

Kemudian, bila kita dah jauh dari masalah kedua yang membebankan lagi kita tu, maka berdiam dan menetaplah kita di situ. Sebulan, dua bulan, setahun dan mungkin juga cuma beberapa hari, kita berdepan dengan masalah lain pula. Masalah yang lain dari kedua masalah sebelumnya. Mungkin juga masalah yang sama.

Sekali lagi kita berdepan dengan masalah. Bila ada masalah yang kesekian kalinya ini, lagi sekali kita jangan sesekali menghadapi masalah. Kita lari lagi, pecut lari laju-laju. Maka berlarilah kita sejauh mungkin jangan pandang kiri kanan mahupun depan belakang. Lampu isyarat merah pun jangan berhenti. Bas 5 biji terbalik pun jangan berhenti tengok. Kita mesti lari! Walaupun kita betul, walaupun kita salah, walaupun kita mangsa mahupun pemangsa, jangan ambil peduli. Yang penting kita wajib lari dari masalah tu. Bila dah lari, masalah itu dah takda depan mata kita lagi.

Seperti sebelumnya, bila kita dah jauh dari masalah ketiga, keempat, kelima dan keseratus yang membebankan hidup kita tu, maka berdiam dan menetaplah kita di situ. Sebulan, dua bulan, setahun dan mungkin juga cuma beberapa hari, kita berdepan dengan masalah lain pula. Mungkin juga masalah yang sama. Masalah yang berulang-ulang berlaku.

Dek kerana apa? kerana kita si pengecut yang tak mahu menyelesaikan masalah, tapi kita lari meninggalkan masalah. Maka habislah umur sepanjang usia dengan lari dan lari lagi, tanpa ada penghabisannya.

4 komen tak puas hati:

ana said...

harus depani masalah dgn fikiran yang waras...

anen said...

life is solving problems~

luahfikiran said...

SALAM,
HIDUP INI MESTI ADA CABARAN DAN MASALAH ! MAHU TAK MAHU, KITA MESTI BERDEPAN DENGAN MASALAH ! ISUNYA, BAGAIMANA KITA MENANGANINYA ? KALAU KITA LARI DRPD MASLAH, APAKAH ITU PENYELESAIAN SEBENARNYA ?

APA KATA AGAMA KITA? KITA PERLU REDHA, KITA PERLU BERUSAHA DAN TIDAK BOLEH HANYA BERSERAH, KITA PERLU GUNAKAN PENDEKATAN YANG BETUL YANG TIDAK MELANGGARI SYARIAT AGAMA KITA, DAN LAGI DAN LAGI ...... JADIKANLAH AGAMA KITA SEBAGAI SANDARAN DALAM MENANGANI MASALAH. INSYAALLAH, ALLAH SWT AKAN BERSAMA KITA

ASaDa RyutaRo said...

adakah lari daripada masalah boleh menyelesaikan masalah?

apabila sampah membusuk di dalam rumah, tak nak selesaikan masalah busuk, kita pindah rumah.. hahahaha