mereka yang tegar

Saturday, October 02, 2010

atas nama rindu

tiba-tiba saya berasa rindu pada gadis-gadis dalam gambar di atas. rindu yang amat. walaupun belum dua minggu cuti raya berakhir, saya merasakan dah terlalu lama saya tak berjumpa dengan gadis-gadis cantik di atas.

ya, cantik. comel. menawan. menarik. tertarik. kalian memang daaboomm. saya selalu merasakan kami adik-beradik (mesti la termasuk juga saya) sebagai suatu ciptaan yang indah.

atas nama rindu pada kalian...

pada gadis bertag 3 :

Kak Uda, belajar rajin-rajin.. SPM dah dekat. jangan gabra tak tentu hala. mana-mana topik yang rasa blur tu, pergi tanya cikgu. himpit cikgu-cikgu kamu sampai dia lemas. tapi kalau cikgu laki, jangan himpit betul-betul pulak.

Kak Uda, dah habis SPM nanti pergi amik kursus jahitan. boleh tata beli kain pasang banyak-banyak, bagi kamu jahitkan. hehe. belajar masak betul-betul. kamu punya sambal tumis sedap wohh. Baba sendiri dah cakap kamu lagi pandai masak dari tata.

kamu memang punya ciri isteri idaman. lemah-lembut, pandai ngorat budak-budak kecik, pandai masak, gadis santun.. tapi jangan gatai nak kawen dulu sebelum tata kawen tau!

jangan gedik-gedik sangat. kadang-kadang tata rasa kamu lagi gedik dari tata. ahh, kamu dari kecik lagi dah gedik. sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. sampaikan masa kecik-kecik dulu, tata tak suka kamu sebab kamu manja sangat, ngada-ngada, anak mama, suka kacau barang-barang tata bla bla bla.. hehe.

tata sayang kamu, amirah fatin!


pada gadis bertag 4 :

gadis buas, kurang-kurangkanlah buas tu. buas sampai orang panggil kamu Abang Teh (patutnya Kak Teh). teringat-ingat lagi masa kamu kecik, kamu suka orang panggil kamu Abang Teh. lagipun dulu kamu suka ambil pakai baju melayu Angah yang dah kecik-kecik tu. dengan rambut pendek macam boy, memang padan sungguh nama Abang Teh tu.

sekarang Abang Teh dah jadi anak dara, mujur tak jadi tomboy. Muka ayu dengan kening terbentuk cantik. tata cemburu betul dengan kening kamu tau. dah la kamu yang buat kening tata calar. tapi kan, ayu-ayu kamu pun, cara kamu jalan kasar lah. haha macam gengster ja.

tata tahu kamu gadis cerdas. cuma kamu malas. jangan la malas-malas sangat. nanti menyesal kemudian hari. baru tingkatan dua, belajar betul-betul. dah la kamu masuk sekolah tata dulu, jangan bikin malu kakak, tau! hehe.

tata sayang kamu, adeebah farzana!


pada gadis bertag 5 :

dulu kamu kecik, kurus kering. sejak baligh, amboi naik mendadak tinggi kamu ya. badan pun dah berisi. sekarang kamu kuat makan. patut pun 'gemok'. hehe. ala, umur-umur macam kamu sekarang (tingkatan 1) memang kuat makan. haa, makan la banyak-banyak. chabi sikit takpa, comel. jangan gedik-gedik takmau makan sebab nak diet.

dulu masa kecik-kecik, kamu suka hisap jari. sampai sekolah rendah pun masih hisap jari. tengok sekarang, sebelah ibu jari kamu rupanya penyek berbanding ibu jari satu lagi. haha. masa kamu dah darjah berapa entah (agak besar), mama suruh tata kerat sikit akar seruntun kat rumah makjang, sapu getahnya pada ibu jari yang kamu hisap.

sungguh-sungguh la tata sapu banyak-banyak getah akar seruntun tu kat jari kamu masa kamu tidur. bila kamu bangun tidur, kelat betul muka kamu bila tiba-tiba hisap jari rasa pahit. sampai lima enam kali kamu basuh tangan, tapi bila dihisap, jari masih pahit. haha. kesian betul. tapi sejak tu kamu tak hisap jari lagi kan, dik?

tata sayang kamu, atiqah farhani!


pada gadis bertag 6 :

Kakak, masa kamu lahir, tata dah tingkatan dua. kira dah agak berakal untuk jaga adik kecil. sekarang kamu dah darjah satu. rasa macam baru lagi pergi tengok kamu di hospital, dalam 'tupperware' baby tu.

kamu memang DJ radio dalam rumah. kalau takda kamu, sunyi sangat rasa. tapi bila kamu ada, kamu bercot-cet-cot-cet tak berhenti-henti sampaikan tata cakap macam ni,

"kakak, boleh tolong tak?"

"ya boleh-b0leh. tolong apa?"

"tolong diam sat 5 minit"

taktahu kenapa tata (termasuk Kak Uda, Kak Teh, Kak Chik) suka sangat menyakat kamu. sampai menangis-nangis dibuatnya. biasalahkan, falsafah kami kan, 'alang-alang menyakat adik, biar sampai menangis. selagi tak nangis jangan berhenti'.. haha. tak senonoh punya kakak-kakak.

tata suka ejek kamu hidung kemek kan. tapi sungguh la, hidung kamu kemek, batang hidung pun takda. masa kamu 'kosong hari' dulu, muka kamu macam takda hidung. hidung sama paras dengan pipi.

apapun, kamu memang adik yang manis.

tata sayang kamu, adilah farihah!

RINDU!!!

15 komen tak puas hati:

Cahaya Mataku said...

seronoknya ain ada adik beradik perempuan.... cemburu tau ni....
nak jugak, nak jugak :)

apa pun, masih bersyukur menjadi kakak kepada 2 adik lelaki :")

ana said...

semua pompuan ker? bestnyer...leh tukar2 cete pakwe hahahaha

ain fathihah said...

ada lagi, dua lelaki..semua tujuh beradik, 5perempuan 2lelaki

ain fathihah said...

nora, memang best.. dah besar baru rasa best..dlu kecik2 asyik gaduh ja

f_aRa_aINa989 said...

saya xde adik perempuan..huhu

nu'0wn tyQa Hanie said...

huwaaaa ,
awt yg kmu cita psl tu kat sni .
bikin malu saja .
hehehe .
rindu kamu gak !

Anonymous said...

haha! kakteh pon rindu kat kamu jugak! sangat2! tunggu cuti hjung tahun nnti smua dpt bkmpul (:
-adeebahfarzana-

Cik Mus said...

adek beradek ramai mmg syok...mase kecik mmg rasa geram jeles dsb. Tapi bile besar rasa indah sgt. :)

MISS NUR HIDAYAH said...

alahai..sweetnya tata

Insan Marhaen said...

hik! hik!

MuhD NoR AzyM said...

Aku ada sorang je adik perempuan..nasib baik la tak ikut jadi lelaki mcm abg2 dia! :p

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. ada plak kisah sapu getah akar seruntun utk hilangkan habit hisap jari ea.. kelakar lak. buat kisah penyeri bila dah tua nti.. =P

selamat berbahagia bersama insan tersayang.. lalalala~

Pencacai Alim said...

aku pon rindu gak..kehkeh

aku dan hidupku.. said...

hahahahaha
best law ramai adik2.
umah xde la snyi..
mmg xde adk laki ea???
sbb 2 la..kaktih 2 jadi cm laki..
hehehe....leh jage kakak n adik die..

Kuman Chaos said...

melawat dari blog rakan serumah
kuman "Keabadian..." Entry