mereka yang tegar

Monday, October 18, 2010

bertengkar

Seingat saya, sejak saya tinggal di rumah nombor tujuh jalan lima taman bahtera ni, saya tak pernah bertengkar atau berperang mulut atau bergaduh atau bertumbuk mahupun berkapak-kapak dengan rakan serumah.

Yang biasa, cuma bergomol mesra bersenda gurau sesama gadis M dan gadis F. Adapun, cuma sesekali berasa tidak selesa ketika ramai-ramai berada di dapur. Pernah dengar orang perempuan (selalunya dikaitkan dengan ibu mertua dan menantu perempuan) tak boleh berkongsi dapur? hehe. yang itulah..

Ada dua gadis dalam rumah saya, yang kegemaran mereka adalah menjerit-jerit. Bukanlah jeritan histeria, tapi bercakap dengan nada terlalu kuat walaupun berdekatan.

Contohnya, gadis 1 berada di biliknya, dan gadis 2 berada di biliknya yang bersebelahan.

"WEIIII! PINJAM GARAM. SATGI AKU NAK MASAKKK!!"

gadis 2 membalas,

"HAAA! AMBIK LAAA!! ADA KAT ATAIH MEJA BAWAH!!"

jangan kata berada di bilik bersebelahan, kalau seorang di katil, seorang di pintu bilik pun, mereka akan menjerit-jerit semasa bercakap..

hairan juga saya. ada masalah auditori kah? ada masalah jiwa kah? atau saja mau bagitau satu rumah apa yang dibualkan?

hairan berlalu tanpa ada jawapan.

satu lagi kegemaran mereka berdua adalah, membanting pintu bilik dengan kuat. Baik pintu bilik air, mahupun pintu bilik. Juga pintu dapur ketika keluar rumah. Walaupun tidak la setiap masa menghempas pintu, tapi boleh dikatakan kerap.

BAMMM!! BUMMMM!!! BAMMM!!

nasib baik pintu tu takda mulut, kalau tak mungkin pintu tu dah maki balik,

"hoi sakitlah badan aku hang hentak kuat-kuat!"

saya, seperti biasa, tetap comel dan menawan, setiap kali pintu dihentak kuat, saya buat tak tahu. kadang terkejut, kadang merungut, kadang buat-buat hempas pintu juga. tapi selalunya memang dalam hati rasa nak terajang ja orang yang suka buat keja kasar-kasar ni. cuma nasib baik kaki saya pendek, nak terajang orang pun tak sampai agaknya

kemuncaknya, tiga malam lepas.

gadis 1 sedang bersiap mahu keluar melalui pintu belakang rumah. kebetulan saya ada di dapur, mahu menjerang air panas.

seperti biasa, ketika menutup pintu dapur setelah keluar dari rumah, gadis 1 membanting pintu dengan kuat.

"BAMMMM!!!!"

apa yang spontan saya rasakan ketika itu? dah la cuma saya seorang yang ada di dapur. gadis 1 ni menghempas pintu sebegitu kuat, marahkan saya kah? atau saya ada dosa dengan dia kah? saya menggoda pakwenya kah? apakah? kenapakah?? kah?

tak sempat berfikir pun, terpacul dari mulut saya dengan kuat,

"ni ada masalah apa?!"

tanpa disangka, gadis yang saya sangkakan sudah berlalu dari rumah, masih ada di belakang pintu. hehe. ingatkan dah blah. rupanya masih ada lagi, mungkin tengah sarung selipar.

Opss!

dan tanpa disangka (lagi), gadis 1 kembali membuka pintu, menjengul mukanya ke arah saya, dan bertanya

"awat ain?! hang cakap kat aku ka?" garang nadanya. dengan wajah berkerut seribu, tanda ketidakpuasan hati.

tercengang saya sebentar. alamak, ni boleh jadi gaduh ni. desis hati saya. tapi, alang-alang goreng pekasam, kena makan dengan nasi panas-panas!

belum pun dua saat, saya terus berpaling badan menghadap ke arah gadis tadi.

"hah, aku memang cakap dengan hang! awat hang tutup pintu macam tu? tak reti tutup elok-elok?"

dan bertengkarlah dua gadis sampaikan ahli rumah yang lain tercengang-cengang... mujur ada yang menyabarkan.

salah saya agaknya. patutnya saya buat seperti biasa, tiap kali pintu dibanting kasar begitu, saya perlu dan wajib (wajibal ghunnah) buat tak tahu saja. biarkan ya. biarkan saja kelakuan seperti itu. jangan menegur, jangan merungut.

patutnya saya sedia tahu, ada jenis manusia tak boleh ditegur dan dicabar.

19 komen tak puas hati:

aku seorang Temah said...

aku pun, sperti yg ang sedia maklum..mmg ada mslah sikit la dgn rakan serumah.. ahahha..
kalau depa dok hempas pintu time aku ada, nescaya bila mereka ada, aku juga akan menghempas pintu malah lebih kuat.. saja ja.. bagi dia rasa..
then, bila time depa duty kemas umah tapi depa buat xtau, aku juga akan buat xtau juga bila time aku duty.. hahah

dulu dpt la aku nak bertoleransi..bila dorang xkemas, aku kemaskan.. abeh dah kalau asyik aku je jadik makcik cleaner, hati pun hangit la..
ahaha

Insan Marhaen said...

lain kali hati-hati yer... tingkatkan prestasi. elakkan kontroversi...

::HaZiRaH:: said...

ish3..ranap abeh la pintu tuh! mampuih~ haih,sabo jekla...

Along Tapa said...

lepas ni ko kena pasang sound proof kat rumah ko tu la...myb lepas tu takde prob bunyi2 yg mengejutkan tu...

Gorengbaek - Taktik-taktik mengorat yang hampeh

f_aRa_aINa989 said...

give me 5!!!
i like!!
hehehehe....

syakila said...

hee. kalau aku lama2 x tahan gak kot. tapi sbb serumah, nak kena hadap tiap2 hari kena gak tahan. huhu. terpaksa ~

aku dan hidupku.. said...

hahahahahahaha

ana said...

manusia mcm2 perangai...kdg2 perangai tu dia rasa ok, tapi bagi kita tak ok...manusia dibentuk oleh budaya dan persekitaran dia. mungkin family dia jenis cakap kuat ngan tutup pintu kuat...bagi diaorg tu perkara biasa.

Ezairy said...

haish...ada lg ye manusia mcm tu..bunyi je mcm pompuan..[mmg pompuan pun kan]..hihi...tp xmcm pompuan...kalo kat rmh sewa dgn kwn2 dh mcm tu..mcmnla sikap dia dgn org kat luar tu..jgn kat luar tu bnyk blakon dah dahla..hihi..kat rumah dia agkny mcmnla perangai dia tu ea..slalunya sikap someone tu akan tserlah dkalangan kwn2 dia..apa lg yg tinggal satu rumah kan..satu bilik ke..based dgn pglmn sndiri jgla kan..bila duk serumah sewa dgn kwn2 ni..mcm2 hal jd..mcm2 pkara yg bleh kita fhm..pnjg pl komen ni tau..hihi..ttarik dgn cite ni..ttiba rindu zmn2 blaja pl..duk rmh sewa rmai2..tu yg xcited nk komen...hihi

ain fathihah said...

temah, hang memang selalu ada masalah dengan housemates. hehe. aku bukan jenis penyabar sangat..itupun dah sabar 3sem..bru bertengkar sikit..lama mengumpul kekuatan..heh, ingat senang ke nak marah2...

ain fathihah said...

IM, yep lepas ni akan lebih berhati2

ain fathihah said...

hazirah, pintu rumah la yg menderita gamaknya..cian dia

ain fathihah said...

Along Tapa, kalau bilik ku boleh pasang dinding kalis bunyi, alangkah indahnya dunia

ain fathihah said...

faina, amboi2 suka ek!

ain fathihah said...

syakila, nak taknak kena la tahan...takmau la pindah rumah..payah nk angkut2 barang

ain fathihah said...

ana, mungkin juga ya. di rumah biasa berkasar begitu..

ain fathihah said...

ezairy, semangat komen noh..haha. rasanya semua ni akan jadi kenangan manis 5tahun lagi..sekarang ni, bengang je!

Anonymous said...

entahlah...kadang2 kita pun ada wat salah gak..paling penting muhasabah diri sendiri dulu ye...=)

ain fathihah said...

ya terima kasih anon. cik anon pun lebih elok komen dengan nama sebenar ya. selalunya orang tak bersembunyi di sebalik anonymous ni tak dilayan ni..hik3