mereka yang tegar

Saturday, October 23, 2010

aku 'ptuihh! ptuihh!' kau

Jam 9.00 malam :

jari comel menaip SMS, pada gadis F yang jaraknya 11 jubin dari bilik saya.

'weh aina, tolong kejut pukul 11.30'

badan letih, mata berat, otak serabut. Seharian di kampus menjayakan simposium biologi, kali ni untuk kursus Biotechnology. maka saya ambil keputusan untuk tidur awal dan bangun di tengah malam untuk siapkan tugasan apa yang patut disiapkan.

baring.
golek kiri, golek kanan.
peluk bantal.
tindih bantal.
tebar selimut.
golek kanan, golek kiri.
mata terkebil-kebil, tak boleh lelap.
ohh, ada kerumitan yang rumit kah di benakku?
mata, cepat tidur.
masih tidak. hoih.

terus saya bangun, pergi bilik gadis F. suruh dia kosongkan katil dia untuk saya baring.
letak kepala, terus zZzzzZZ (tak tahu kenapa aksi tidur diwakilkan dengan abjad Z)

jam 12.00 tengah malam :

bangun dengan muka comel. tidur lena, lega. menapak pergi bilik air. basuh muka. mata lip-pop-lip-pop, masih kantuk. ambil berus gigi. letak ubat gigi saiz 3 kacang soya untuk elak keracunan florida (patut saiz sebiji kacang soya saja ok!). sebab masih mamai, terletak ubat gigi lebih.

gosok gigi, dan..
ptuihhh! ptuihh!

ar! kenapa tersalah letak pencuci muka Clean & Clear atas berus gigi ni?

nota tumit : pencuci muka ni rasa payau (rupanya). saya baru tahu.

21 komen tak puas hati:

-hazen said...

kah3!

pernah kena yang sama sek men dulu2!

memang kelat rasanya.

norzyah_zacksabri said...

haih..budak kecik, len kali tgk btol2 dlu..nseb bek p'cucui muke je..kalo gam uhu ke, krim buang selulit ke, x ke naye tu yang oiii!! ekekekekek..mcm2 la dia nih tau! awal2 pgi dh wat org ktawe sorg2! ngeh3...

ain fathihah said...

hazen, saya 1st time kena macam ni. yuks!

ain fathihah said...

kak zack..haha tak sengaja lor. dah nama pun mamai

f_aRa_aINa989 said...

mesti hang cekang giler lepastu..haha

SDS said...

kah3...mse mamai ape pon boleh jadi...

:: anne_aNzaNar :: said...

hee~~sgt comel kemamaian tersebut..hahahahaa~~

Insan Marhaen said...

IM pun kekadang hantar sms kat angah dari dalam kamar tidur supaya tutup lampu kat bilik air.

malas nak bangun dah...

kecuali kalau satu sms tu harganya rm1...

maCy said...

tak senonoh btl ain ni. hahaha

ain fathihah said...

faina, hah memang pun. terus segar mata. huhu. kelat lidah aku

ain fathihah said...

SDS, itu la...masa mamai, macam2 jadi

ain fathihah said...

anne, ar! mamai pun saya maintain comel ya. haha perasan

ain fathihah said...

IM, tu la..kadang2 dengan orang 1rumah pun duk SMS, sebab malas nak keluar bilik cari kawan

ain fathihah said...

maCy, tak senonoh ke? ala, saya tak sengaja la

nizamsani said...

lepas ni boleh cuba dengan pencuci-pencuci yang lain.mana tau ada yang sedap.hehe.

jAuh hAti said...

hahahah

selekeh!!

ber_u_wang said...

he he he...masih bernasib baik..

Along Tapa said...

peh...sure lepas ni gigi ko clean&clear...takde bintik-bintik hitam dah putih...ahaha


Gorengbaek - Aku nak tengok benda lain gak wei...+Announcement

Hangit habis dah - Hidup balik!!

Encik Luthfi said...

nasib baik tak letak clorox!

HEROICzero said...

hahahahahaha! sure gigi lepas tu clean and clear!

PinQib said...

sy pun bnyk jugk parut.. arggg.. x kish nak kawen gak