mereka yang tegar

Friday, October 15, 2010

mood makan-makan dah habis.

Semester ini, cuma ada dua jamuan raya yang saya hadir di UPSI.

Pertama, Jamuan Raya PMS (bukan pre-menstruation syndrome, tapi Persatuan Mahasiswa Sains) UPSI. tak ingat tarikh, di dewan Kolej Ungku Omar.

Apapun, sebelum majlis bermula, kena daftar dulu. Mungkin untuk mengelakkan penyeludupan makanan keluar dari dewan. Gadis-gadis memang suka tapau makanan.
update ni tak selari dengan tajuk. takkan ada gambar makanan mahupun tukang makan. cuma penuh dengan gadis-gadis seBio yang sakan di depan kamera saja.

Melaram? mesti lah kan. dah tahu akan bergambar banyak, jadi harus melawa sikit. Sebab cuma mahu melawa sikit, saya pakai jubah raya tahun lepas. Kali kedua dipakai masa majlis ini, hoho. Masih bau kedai agaknya. Saya padankan dengan selendang hitam putih (atau putih hitam ya?)

Semua tengok bawah! mungkin ada katak. mungkin juga ada jejaka kacak.
perhatikan graf ketinggian yang makin memendek dari kiri ke kanan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jamuan raya kedua, Majlis Mesra Aidilfitri bersama rakan-rakan seBio. Mulanya agak bermasalah dengan tempat, tapi diputuskan majlis raya Bi0 08/12 diadakan di rumah sewa rakan seBio juga.

Jadi, konsep majlis raya agak serupa dengan majlis rumah terbuka.. sangat meriah! Alhamdulillah.
Ini semua rakan seBio saya di UPSI. Besarkan mata kamu lebih sedikit kalau mahu mencari kelibat lelaki. Nampak? haa, itulah saja 4 ketul orang pelajar lelaki dalam course saya.

55 orang yang lain semua gadis-gadis dan masih bujang. eh terbesar pula font ni.

Saya pakai baju kurung moden (yang ada belah tepi tu). tapi pakai baju sahaja. kainnya rimas mau pakai. jadi pakai baju kurung dengan jeans. hehe. selendang terang merah hitam tu (atau hitam merah ya?) pinjam dari kakak housemate.

gadis-gadis merah. yang mana paling merah makngah ya? (sampai sekarang saya masih tak tahu kenapa merah dikaitkan dengan makngah. dari mana datangkan ungkapan 'merah sangatlah makngah!' tu?)

yang pasti, tenggelam merah saya bila bergambar sebelah cik Hasni ni. ceh.

menu majlis sangat memuaskan hati! sementelah ramai yang fobia akibat keracunan makanan secara berjemaah ketika Jamuan Raya HEPA UPSI. mujur sejarah tak berulang. (dah tak boleh nak sebut pisang berbuah dua kali sebab sekarang dah ada pisang yang banyak kali berbuah dek kemajuan Bioteknologi Tumbuhan)

Soto, nasi beriyani (ke nasi minyak entah) &, sate, lemang, cocktail & makanan sampingan lain..yum3!
(maaf lagi, takda gambar makanan)
Balik rumah dengan kenyang & penat..tapi seronok!

nota tumit : ini raya terakhir di UPSI. tahun depan punya raya, saya dan rakan seangkatan sedang berpraktikum di sekolah-sekolah terpilih. mungkin tahun depan akan update gambar raya bersama anak-anak murid pula. mungkin kamu kena celik-celikkan mata besar-besar untuk cari mana saya di celah-celah pelajar sekolah. mungkin juga saya kena besarkan badan supaya nanti kalian tak keliru, mana cik guru, mana anak murid.

berapa banyak mungkin daa!

14 komen tak puas hati:

ana said...

wah merah betul kawan tuuu....makan banyak supaya badan cepat besar ye. hehehehe

aku dan hidupku.. said...

so??
raye taun nie kt upsi lbih bermakne la kan???
msti sedih an nk berpisah ngan mmbr..
sabar ye ain...

Along Tapa said...

yang komen ni pun masih bujang gak...eh??apsal aku terbold lak ayat tu...haha..

yang pasal merah sangatla makngah tu, dari iklan adabi kot zaman dolu2...masa aku skola rendah lagik..kalo ko sezaman dgn aku, msti ko igt kot...

p/s: ko nak bagi nampak beza dgn anak murid. pakai heel 3kaki la...kompem nampak perbezaan...haha

Gorengbaek - Proses-proses Along update blog

Insan Marhaen said...

Mak IM suka la kaler merah-merah ni...

nabihah zulhemay said...

ain kechikkk!!
eh..ade x lecturer atau tutor hang kat sane nama WONG CHEE FAH ??

Luth Textile said...

ain hot!

f_aRa_aINa989 said...

kalau mak ngah merah..
mak lang purple...
sebab?
saya suka kaler purple..
hahahahahaha...

xde motif..saja kacau hang

ain fathihah said...

ana, saya dah makannnn bykkkk tapi tak besar2 pun. cinonet kemetot jugak

ain fathihah said...

aku dan hidupku...arr, xla sedih sangat pun. setakat ni tak berapa ada 'ikatan' sangat dgn coursemates kecuali beberapa orang

ain fathihah said...

Along Tapa..ooo aku tak tau pun pasal iklan tu..masa tu kecik lagi kot..hehe

ain fathihah said...

IM, merah itu menggoda..haha

ain fathihah said...

mae, tak perasan la tutor nama camtu..

ain fathihah said...

faina, pepel tak best punnn

ain fathihah said...

Luth, yeah! tanjung malim ni selalu hujan..tak hot mana pun. hehe