mereka yang tegar

Tuesday, October 12, 2010

andai roboh kota Melaka

Andai roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Andai sungguh bagai di kata,
Nyawa dan badan saya berikan..

menelusuri MELAKA - Bandar Bersejarah (9/10/10)

tempat yang saya sempat pergi :

A Famosa,
Replika Istana Kesultanan Melaka,
Dataran Pahlawan,
Bangunan Stadthuys,
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan,
Muzium Kapal,
Kubur Belanda,
Menara Taming Sari..

sempat bergambar dengan kuda dan tuannya.. teringin nak naik kuda tu, tapi sayangnyaa...tak dipelawa!
tempat wajib bergambar..sisa runtuhan A Famosa.

betapa sayunya hati saya, Zety dan Gadis M berbual tentang A Famosa. Berbual sambil mengenang dan menghayati yang A Famosa dibina daripada batu-batuan masjid-masjid dan batu nisan ulama islam yang ada di Melaka ketika itu.

Sempat juga saya tertanya-tanya, kenapa yang di'sejarah'kan di Melaka adalah tinggalan-tinggalan penjajah..mana peninggalan keagungan Kesultanan Melayu Melaka?
ini yang ada..replika istana Melayu Melaka..yang santun menadah sembah setia pada sultan melaka ni, gadis marhain dari Batu Pahat. Pastinya bukan calon gundik terbaru ya!
takkan gadis Melayu hilang di dunia.. jangan perhatikan senyum senget saya yang tampak tak ikhlas tu. Letih berjalan tengah panas.

di Muzium Kapal.. replika kapal di Batu Feringghi tu pun saya tak pernah masuk, tiba-tiba bergambar dengan replika kapal di Melaka..

Kipas berbateri tu bukan saya yang punya ya!

tadaa! mujur ada topi. Melaka memang panas!
srikandi-srikandi lanun Jarjit yang nak menawan jejaka dunia!

Semasa di muzium istana dan muzium kapal ni, banyak juga berselisih dengan rombongan sekolah.

tips untuk cikgu-cikgu yang nak bawa murid sekolah rendah ke lawatan sambil belajar ;

1.minta cikgu pengiring sediakan tugasan untuk diselesaikan murid-murid dalam tempoh lawatan. kalau tak, budak-budak ni jangan harap nak baca penerangan-penerangan yang ada pada lukisan, diorama dan patung-patung yang ada di muzium.

supaya objektif lawatan sambil belajar tercapai, kan?

saya perhatikan, budak-budak sekolah seronok berlari-lari saja dalam muzium.
(heh, rasanya saya dulu pun begitu)

di kubur belanda.. batu nisan depa besaq-besaq noo!
oh, bangunan lama ni sangat cantik!
nak ambil gambar kawen (outdoor) kat sini lah nanti!
nanti yaaa...

Alhamdulillah. perjalanan yang menarik. RM yang mengalir pun menarik juga la. itu pun kos sudah dikurangkan semaksima mungkin.

Gambar terakhir, dengan soalan..!
Apa beza beca Penang dengan beca Melaka?

abang beca, abang beca di tengah jalan,

cari muatan untuk mencari makan,

putar putar, putar putar kaki mengayuh,

pergi jauh keringat pun lalu jatuh.



dari pagi hingga matahari terbenam,

barat timur selatan serta utara,

hujan panas tiada menentanginya,

abang beca, abang beca, abang beca-ca-ca-ca-ca!


p/s : di Melaka memang banyak gambar Ketua Menteri ya?

10 komen tak puas hati:

Along Tapa said...

dah bosan dah jalan kat melaka...apsal tak panggil aku jadik tour guide...haha...

kota melaka dah takde...dia dah jadik bandar pahlawan...haha~~~

Gorengbaek - Aku rasa sangat...

RUBY said...

amboih sakan berjalan noh!
[jeles]

ain fathihah said...

along tapa, lepas ni kalau saya ke melaka lagi, saya roger2 kamu ya. pastikan bersedia jadi tourist guide terbaik! hehe

ain fathihah said...

ruby, sakan la jugak. silakan jeles. ngeh3

aku dan hidupku.. said...

hehehehehe
lawa gmbar2 awk..
termasuik owg2 nyer....

ana said...

bezanya, beca penang org yg melawat penang naik, beca melaka org yg melawat melaka naik...mhuhahahaha

HEROICzero said...

woaaah nampak best. lama tak datang sana. =)

Melaka, hanya tinggal nama.

bukan penggoda said...

dtg mlake xgtau!!!!!!!!!!!!!

f_aRa_aINa989 said...

jom g jalan2!!

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN GAMBAR2. CUKUP MENARIK !