mereka yang tegar

Wednesday, September 29, 2010

novel cinta punca gadis lari dari rumah?

Lelaki : Saya pekenan la kat Nurul. Jadi buah hati saya ya?

Gadis : Takmau

Lelaki : ala..tanam pinang rapat-rapat..puyuh lari-lari..err macam mana ek pantun tu? lupa pulak.

Gadis : Tanam pinang rapat-rapat
Biar puyuh senang berlari,
Ku pinang-pinang tak dapat,
Ku pujuk-pujuk ku bawa lari.

Lelaki : haa, betul la tu. tapi, ahh. Kalau saya pujuk Nurul, bukan Nurul mahu pun. Nurul memang takmau kat saya. Nak mudah, takdaknya saya nak pujuk dah, saya bawa lari terus ja.

Gadis : Ceh...

Tersenyum saya seorang diri bila teringat perbualan kami ni. hehe. Tapi senyum cepat saja hilang bila teringat akhir-akhir ni makin menjadi-jadi pula kes gadis lari dari rumah.

Gadis lari dari rumah.

Kenapa ya?

Adakah kerana cinta gadis melarikan diri dari rumah? Tergamak melukakan hati ibu bapa dengan mengikut kekasih dan meninggalkan keluarga tersayang. Adakah kerana didikan mereka sanggup melakukan perkara begitu.

Ada pihak yang menyalahkan ibubapa yang tak beri perhatian pada anak-anak. Ada pihak yang salahkan ibubapa yang terlalu manjakan anak-anak sampaikan anak berani pijak kepala begitu. Ada menteri yang salahkan ustaz ustazah di sekolah yang tak beri didikan agama yang cukup, sampaikan gadis di usia mentah (mentah = hanyir lagi tuu) berani lari dari rumah.

Saya katakan, remaja perempuan masa kini lari dari rumah sebab banyak sangat baca novel cinta.

hah, novel cinta?

ya. novel cinta yang ada di lambakan pasaran Malaysia membuatkan remaja perempuan lari dari rumah.

biasa kan, dalam novel melayu bertema cinta, tidak boleh tidak, pengakhirnya mesti (wajibal ghunnah) si hero dan heroin dapat bersama.

baca novel cinta memang layannn..terbuai-buai dibuatnya. bila kisah gembira, boleh tergelak-gelak seorang diri, bila kisah sedih, boleh menangis sampai basah bantal.

(gaya lazim baca novel ; baring tergolek-golek atas katil sambil membaca)

macam mana gembira, lucu, sedih dan tragis pun perjalanan sesebuah novel cinta, hujungnya mesti watak utama tu dapat bersama juga..

Sebab dan Akibat

sebab terlalu banyak menyerap cerita fantasi cinta yang tak berpijak pada realiti ini, gadis-gadis naif seperti saya ini seakan menganggap, khatimah cinta itu harus happy ending. sebelum happy ending harus berkorban jiwa raga bersusah payah demi mendapat cinta yang tulus ikhlas. sebelum dapat cinta yang tulus ikhlas itu harus bersama dulu. dan untuk bersama tanpa sebarang halangan pula...

harus lari dari rumah bersama chenta hati masing-masing, kemudian saling buka baju tanggal pakaian dalam, dan...oh, mari kita bersenam. itu bukti sayang.

Hurm..iyakah?

16 komen tak puas hati:

amirah said...

jawapan stended..didikan agama rapuh

jawapan kelas EDU..kurang thinking skill

nizamsani said...

saya suka bersenam.

Dils said...

hahahaha.. kan kan kan. Atau mentaliti, mesti kahwin untuk support diri sendri.

Satu lagi too much Disney fairy tale watching. Terasa macam nak ban Disney fairy tale or buat retelling kalau ade anak perempuan.

Nizam Limited said...

ni la pompuan..cepat sgt tacing2 ngn novel.ahaks..=p

manna_salwa said...

memang jadi masalh kalau dah tatau mane betul, mane salah ni..

Ann said...

dh lame xbaca novel2 ni...

RUBY said...

kurang didikan agama...

bila dah abis bersenam, lepas 9 bulan 10 hari sepakat marathon buang baby pula..

Ibn Mustakim said...

Assalam...

Bila cinta kepada Allah dipinggirkan, maka manusia mengejar cinta sesama makhluk.

Pelik bukan... manusia masih lagi mengejar dan memuja suatu yang tidak kekal.

Natijahnya, kehendak dan tuntutan syariah dipinggir. Lebih rela bergelumang dengan noda dan dosa.

'Ya Allah, jauhilah kami dari perbuatan dosa dan maksiat. Jadikan hati kami cinta dan rindu hanya kepadaMU'

Isyraq said...

huhuhu.... ada kebenarannya dan jugak ada keburukkannya tp izinkan saya meminjam cerita ini karna saya ingin masukkan dalam asingment saya... ehehehe....

f_aRa_aINa989 said...

room8 saya suka gelak sorang2 masa baca novel..ergh..sangat x suka!

Along Tapa said...

huh??kalo cenggitu, kita galakkan penulis buat novel cinta versi ganas lak...ending hero mati ngeri ke...rupa2nya sang gadis tu raksaksa bermata satu ke...hero terpaksa pulang ke planet asal sebab dah tamat misi menakluki bumi ke...amcam??

Gorengbaek - Cerita seram di hari selasa

MuhD NoR AzyM said...

Hmm..tak terfikir pulak aku novel ni boleh bawak bahana. Aku cadangkan jugak, agar baca buku karya Ustaz Hasrizal. Banyak info yg aku rasa kita semua perlukan.

a kl citizen said...

baca buku teks je lain kali ain...
selamat dunia akhirat

ana said...

biasa la manusia...tak ada yg nak mengaku salah sendiri. tanggungjawab jgn diletakkan 100% kat guru...

iqbalsyarie said...

mcm tak setuju 100 peratus je dengan penyataan tentang novel cinta tu,hehe..sbb ia kembali kpd didikan ibubapa ;)

Entry Baru:
-Sibuknya dunia!
-Is it really a matter if a women can't pregnant?

umi kalsom said...

ni entry tahun lepas...
aku pun terlepas nak baca...

novel cinta punca gadis lari dr rumah... oh, sudah semestinya xbleh nak bersetuju...SEBABNYA, aku penggemar novel cinta.hehe...

Sebenarnya kan, penulis yg buat novel2 cinta terikat dgn kehendak pembaca yg selalu demand nak happy ending. Kalau tak happy ending, org xsuka. Sedangkan yg tu la realiti hidup ni... bukan semuanya berakhir dgn happy ending.

Apa pun berbalik pada rasional thinking dan pegangan kukuh pada agama kita, barulah gejala sosial dkat negara kita dpt dibanteras. :)