mereka yang tegar

Tuesday, September 21, 2010

tudung saya mandul

Kawan itu ada pelbagai jenis. Ada kawan ketawa saat bergembira. Ada kawan saling membantu dalam proses meniru membuat tugasan. Ada kawan yang setahun sekali baru bertanya khabar dan hantar SMS raya. Ada juga kawan yang bila dia nak minta tolong kita, baru nampak muka.


Tak kisahlah kawan bagaimana yang saya ada, tapi saya sentiasa cuba menjadi kawan yang baik.

Baca : kawan yang baik. Belum lagi ada cita-cita mau jadi kawan terbaik. Sendiri tahu, saya tak mampu.


Kawan yang baik dari sudut pandang Ain Fathihah adalah ; kawan yang memenuhi keperluan dan kehendak. Kalau orang itu tidak memenuhi keperluan dan kehendak kita, sudah. Usah berkawan.


Sebab? Kalau kehendak saya adalah mahu menuju jalan yang baik, maka saya perlu mencari kawan yang boleh memenuhi keperluan saya untuk menjadi orang yang baik. Dan kawan itu juga perlu seseorang yang baik.


Maka saya tidak akan mencari masalah dengan berkawan dengan orang-orang yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak saya.


Pilih kasih? Opss..mestilah. Hidup ini sendiri suatu proses membuat pilihan. Kalau tidak, takkanlah ada poem The Road Not Taken dalam English Literature zaman sekolah dulu kan.


Dalam banyak-banyak kawan yang saya ada dan pernah ada, ada beberapa orang yang akan kekal di hati saya sampai bila-bila. Selagi kepala belum terhantuk dinding/pasu/bucu meja (klise drama Melayu) dan hilang ingatan, rasanya kawan ini akan kekal di hati saya sampai bila-bila.

Cik Amal dan Cik Nadiah.
Penting : Ini bukan wajah terkini. Ini muka zaman sekolah dulu. Suci dan naif.

Nurul Amal. Maaf Amal, tiba-tiba rindu lalu buat entri pasal hang. Jangan marah.


Banyak kenangan saya bersama gadis ini yang masih kuat di memori saya. Pernah suatu petang di tingkatan tiga atau empat, kami berdua minum-minum di restoran mamak Jamal Tariq.


Sambil berbual, tiba-tiba gadis ini memerhatikan saya dengan tekun (saja guna perkataan ini, sempena nama Kolej Kediaman Tekun di USM, asrama gadis ini)


Jeda sesaat perbualan kami. Tanpa disangka-sangka, terpacul dari mulut dia,


“Cantik telinga hang. Capang.”


Kata dia. Selamba. Tanpa riak wajah. Pasti juga tanpa senyum simpul mahupun rona marah.


Tak sampai lima saat saya tercengang hairan, terus saya dapat menangkap maksud kata-kata Amal tadi. Sinis. Tepat menuju ke hati. Tak perlu mukadimah mahupun basa-basi sebagai tempelan teguran.


Nurul Amal menegur saya yang bertudung tanpa anak tudung! Tudung bawal warna krim atau putih (tak ingat), yang agak nipis lalu dapat menembusi pandangan ke kepala saya. Pasti juga anak rambut di dahi tidak dapat dilitupi dengan baik. Dan juga bayangan telinga di sebalik tudung yang saya pakai. Termasuklah juga sanggulan rambut.


Sungguh tak sempurna tudung saya ketika itu, kan (=_=')


Sungguh, sejak itu…saya tak pernah lagi meninggalkan anak tudung bila bertudung. Sebelum itu, bukanlah tak pernah Baba menegur, malah ustazah di sekolah sering mengingatkan. Mungkin hati legap lalu teguran tak tembus dengan jayanya. Mungkin juga teguran-teguran sebelum itu dah masuk ke otak, tapi belum turun ke hati. Ah, dasar manusia beralasan.


Tanpa fikir, ayat seringkas, ‘cantik telinga hang. capang’ mungkin tiada apa-apa makna. Ketika itu, saya boleh saja menganggap Amal bergurau memuji telinga saya, mahupun mengutuk telinga saya. Mana-mana satu.


Tapi, itulah…entah bagaimana saya mengambil berat tegurannya. Sedangkan saya memang jenis tak berapa endahkan sangat kata-kata orang. Teguran seringkas dan semudah itu pula yang melekat di hati.


Sehingga hari ini, saya sangat rimas melihat rakan-rakan perempuan bertudung/ berselendang/ berArianni tanpa anak tudung. Boleh nampak bentuk sanggul rambut, rambut panjang atau pendek, warna getah dan sepit rambut, darjah kecapangan telinga dan juga anting-anting di sebalik tudung yang dipakai. Sungguh, rimas! Umur bukan seusia pucuk jagung lagi. Dah boleh jadi mak budak dah pun.


Anak tudung di sini bermaksud anak tudung yang melitupi penuh kepala ya. Bukan yang jenis sekerat tu. Jom lah, bertudung dengan anak tudung. Lebih kemas dan manis dipandang (n_n) Usah biarkan tudung kita mandul, tanpa anaknya. hehe.

14 komen tak puas hati:

Ann said...

erm kan..dh mcm2 fesyen tudung skng ni...tp hnye lbih kpd fesyen, bukan tujuan utk tutup aurat..

tak cntik pun tudung yg sanggul tinggi tu..ngn yg cerut tengkuk tu...

luahfikiran said...

SALAM,
BAGUS SANGAT NASIHAT SDRI NI. LF SETUJU ! TETAPI JANGAN PULAK, KEMAS BERTUDUNG TETAPI TINGKALAKU SEMACAM ! KITA MAHU DUA2NYA BAIK .

ana said...

"jgn biar tudung mandul tanpa anaknya"...hahahaha kelakar ayat tu tp cukup bermakna!

Nizam Limited said...

owh..tu ke maksudnya mandul..
tudung yg takde anak..haha..bijak2..=p

aku seorang Temah said...

tulah.. yg nampak earing tuh xbleh blah..
tang sanggul tuh mmg lah bendul.. siap ade jual sanggul palsu just untuk menmpakkan tang bulat kat kepala tuh

Anonymous said...

ain! smart bro blog anda ini..nurul memang...bagi seketui dgn hint2 bunga n daun ...hahahaa....

jAuh hAti said...

haha

yka ak ckp cmtu?

xbpa ingat la haha

tapi ada

tego ngan hg,mmg aku ckp direct teross

mcm agak kasar ya

sorry mory

missing dat moment lepak2 ~.~

rindu sherry jga

ain fathihah said...

Ann, betul tu..yang fesyen cerut tengkuk tu nampak macam tercekik je..saya memang tak pekenan yg jenis sanggul tinggi tu...tambah2 lagi kalau sanggul palsu

ain fathihah said...

luahfikiran, ya terima kasih. moga semuanya baik internal & external ya

ain fathihah said...

Ana, hehe. ye tak baik mandulkan tudung sendiri kan. kesian tudung kita

ain fathihah said...

nizam limited..haaa..tajuk mesti catchy

ain fathihah said...

temah, hang perasan gak ek kat UPSI ada sorg girl yang pakai tudung stail nampak earing tu.. haha. yakin diri betul dia tu.

ain fathihah said...

Anon, ni ummu aiman ek? kan kan. tak pun syibrah. hehe. nurul memang qosot. tapi saya sayang dia sangat2.

ain fathihah said...

Amal, hang memang tak ingat..aku ingat tau. haha. ayat tajam gila. weh hang memang dari dulu bila tegur aku, memang macam kasar kot...takpa aku dah besa.

rindu hg!