mereka yang tegar

Friday, September 24, 2010

sahabat pena

Ingat dulu masa umur peralihan kanak-kanak ke remaja, sekitar darjah 6 sampai la ke tingkatan dua, ramai kawan sebaya saya sibuk nak ada sahabat pena. Mungkin adik-adik saya sekarang dah tak tahu apa sahabat pena, sebab mereka lebih tahu dan kenal apa itu facebook, twitter, tagged, myspace, friendster dan bermacam-macam lagi jaringan sosial yang ada.


Sahabat pena adalah satu cara untuk menjalinkan hubungan atau berkenalan dengan kawan baru melalui cara berutus surat. Cara ni sangatlah tidak relevan di zaman sekarang. Kad raya pun ramai yang dah culas nak pos-pos ni. Pakat tag di facebook saja. Habis raya jenuh saya remove tag kad-kad raya yang ada. Hehe.

Saya pernah juga berusaha nak ada sahabat pena. Caranya, belek-belek sisipan akhbar Berita Harian. Didik (UPSR), Minda (PMR) dan juga Skor (SPM). Kan ada ruangan untuk berkenalan tu. Siap ada gambar, nama, umur dan alamat. Pilih yang mana pekenan, tulis surat untuk berkenalan, pos dan tunggu surat balasan.


Ciri-ciri sahabat pena yang diingini ; mestilah lelaki kan. Apa ke halnya nak berutus-utus surat sesama perempuan. Haha, kecik-kecik dah gatai. Masa belek-belek ruangan jom berkenalan tu, cuma lihat lelaki-lelaki yang agak-agak sedap mata memandang.


Adalah juga dalam 10 surat yang diposkan kepada orang-orang pilihan ni. Tunggu punya tunggu, berbulan juga la..takda satu pun surat yang dibalas. Cis. Rasanya sebab surat yang ditulis menggunakan tulisan saya bermasalah. Apa masalahnya? Yeah, masa tu tulisan tangan saya buruk. Sampai sekarang pun, tulisan saya tak sedap mata memandang dan tak kemas. Nota sendiri pun kadang-kadang saya kena tanya orang, ‘weh, ni aku tulis apa ek. Takleh baca’.


Kalaulah masa tu saya kepilkan sekali gambar saya berserta surat, mesti dapat surat balasan. Mesti! Haha. Perasan lagi. Tak sedar diri comot dulu dan sekarang.


Lepas bertahun, tiba-tiba ada rasa teringin nak ada sahabat pena. Sapa mau jadi sahabat pena saya?


alamat ;

Ain Fathihah MRH

No 7 Jalan 5, Taman Bahtera

35900 Tanjung Malim,

Perak.


ceh, motif.....

10 komen tak puas hati:

nizamsani said...

dekat aje ni.
datang beraya boleh?
hehe.

luahfikiran said...

ASKM,
PH, ADA ALAMAT! TINGGAL DI TG MALIM RUPANYA. LF PERNAH BERTUGAS 2 TAHUN DI UPSI TU. MACAM MANA KITA TAK JUMPA ! MASA TU, LF BELUM ADA BLOG LAGI ! TUNGGU, NANTI ADA SURAT DARI BBB, SELANGOR. LF KIRIM GAMBAR MASA DULU2. BALAS JANGAN TAK BALAS.

naz said...

haha aik tak tahu baca tulisan sediri itu byk bahaya.wahh siap terbuka lagi untuk sahabat pena:)

amirah said...

t aku bagi surat layang kat hang....tp xdak setem la...xpa ka?..hak2

ana said...

teringat nostalgia lama...kak ana dulu suka amik alamat dr majalah sekolah...bukan sekolah biasa, paling lekeh pun sekolah teknik... (ceh x sedar diri...)

handhalah ibnu kamil said...

petang ni kita berkenalan dan "bermesra" di rumah kak nad eh..

hahaha. rindu kamu.. abis la si padzil baca. keh..keh..keh.. :)

HagakureKira said...

handhalah..ejaan nama salah tu..isk..

HagakureKira said...

ain..ejaan salah kat 'panpall'..ejaan sbnr pen pal/pen-pal/pen friend

** minta betulkan je..xyah approve psl ni k :)

ismiaisha said...

aku pemalu..reti usha je xreti nak main2 utus surat..
haha~
:D

♥cutebabygirl♥ said...

hahahahha
weiiii siyes teringat kenangan dulu2
lawak2. haha