Sunday, March 06, 2011

adakah saya sedang memohon yang tidak-tidak?

Nama saya Ain Fathihah. Saya punya enam orang adik di bawah saya. Afnan, Amirah, Adeebah dan Atikah (14-20tahun). Saya juga punya dua adik kecil, Adilah dan Adnin, yang umur mereka selang berbelas tahun dari saya.

Gambar-gambar yang saya lampirkan bersama entri ini, merupakan gambar keluarga saya. Ya, keluarga saya. Bahasa Inggerisnya My Family dan bahasa arabnya, Usrati. Syukur ya amat, Tuhan. Saya dilahirkan dalam keluarga yang bahagia. dan saya sangat berbangga dengan keluarga saya.

atas sebab-sebab yang jiwa pucuk saya masih tidak dapat memahami, Baba dan Mama saya, telah berpisah sejak Ogos tahun lepas. Berpisah tempat tinggal. Bermakna tidak sebumbung.

Setengah tahun berlalu, hubungan ibubapa saya ada perkembangan. Mungkin secara negatif. Mungkin juga secara positif.

17Mac ini adalah sebutan kes (saya tidak pasti secara jelas istilahnya) tuntutan cerai dari Mama kepada Baba, di mahkamah. Ya, untuk memudahkan pemahaman, ibubapa saya sedang dalam proses bercerai. Proses akan bermula setelah Mama menfailkan tuntutan cerai mengikut prosedur sepatutnya.

Saya menaip entri ini dengan tangan terketar-ketar dan minda serabut menyusun ayat.

Keterlaluankah saya, jika saya katakan begini pada mereka,

Kepada Baba dan Mama.
tidakkah kalian merasakan
pandangan mata anak-anak ini
bermaksud kami memohon jangan.

Entri ini memohon ehsan kalian berdua pada kami.
Kalaupun tiada, mohon difikirkan semula.
untuk Tata, Angah, Kak Uda, Kak Teh, Kak Chik, Kakak dan Adik.

Ah, mungkin saya yang melebih-lebih untuk hal yang sebegini. Tapi, adakah saya sedang memohon yang tidak-tidak?

Baba memangku Adik, di kedai makan Mutiara Ombak, Tanjung Tokong. Kedai feberet saya sekeluarga.
Karnival Makan Durian di Teluk Bayu.
ketika kami sekeluarga pergi menyaksikan dan memberi sokongan kepada pasukan bahas sekolah Kak Uda, yang mara ke pusingan akhir pertandingan bahas peringkat Negeri, ASAT
Saya dan Adeebah bergambar di kenduri kahwin di Grik. Kami saja yang berseluar jeans pergi kenduri. Orang lain semua pakai baju kurung. Muahaha!
Mama dan Adik Adnin, dalam feri. Saya tak ingat masa ni kami nak ke mana.
Kak Teh bersama adik kesayangannya. Heh, untung jadi adik bongsu. Kesayangan semua orang.
Masih dalam feri
Saya tak berapa ingat. Masa ni mungkin dua budak kecik ni tengah main raksasa kot? tak pasti apa motif Adnin serkup raga atas kepala dia.
Kepala Baba banyak kelemumur. Tak payah pergi salun untuk cuci rambut. Suruh anak-anak saja.
Ada majlis di Masjid Tuan Guru, Tanjung Tokong.
Angah menyakat Adnin yang sedang berpura-pura tidur setelah merajuk. Hiyarhh, penyek sama dia! mungkin itu kata Angah ketika ini.
Keluarga saya memang suka makan-makan. Masaklah apa saja. Pasti licin. Masa ni kami bakar sate bawah rumah. Kami sekeluarga saja pun sudah cukup meriah.
Saya dan Amirah curik-curik berbaring di kenduri kahwin sepupu. Penatlah konon.

Ini BBQ semasa raya. Yang kecil itu menyibuk saja mau menolong. Kacau lagi ada.
Budak sebesar-besar ini dibedung-bedung? hehe. Bukan Kakak kecil punya angkara. Rasanya ini Kak Uda yang balut Adnin dengan selimut. Lepas tu letak atas meja makan. Main baby-baby.
Buas!
Ini ketika kami sekeluarga meraikan ulangtahun kelahiran Angah, Kak Chik, Kak Uda dan Kakak di Pizza Hut berdekatan rumah. Ada kek, potong ramai-ramai ya. Makan pun ramai-ramai jugak.
Birthday kids!

Ini ketika kami meraikan Mama di KFC.
Ada bunga siap. hehe. Dua budak kecik tu tak mempedulikan keromantisan di belakang. Cuma tumpu makan kek.
Baba memerhatikan Angah mencuci water filter di rumah. Haa, hangpa dah besaq panjang. Hangpa buat la. Baba dah pencen urusan panjat memanjat ni.
Si adik sedang merayu merengek pada Kak Uda supaya dikeluarkan dari troli. Mau lari-lari di pasar raya Tesco yang luas tu. Hey budak. Kalau hilang, sapa susah. dah la lari laju. Penat kejar tau tak.
Ini ketika kami sedang menunggu Kak Uda balik dari asrama di jeti Penang. Puas saya cuba mengingat kenapa Baba dan Adik bersila di ruang pejalan kaki tu. Rasanya masa tu depa tu main pengemis ka, duk main kena penjara ntah. err.
Mana Kak Uda tak sampai-sampai lagi ni? Tayar feri pancit ka.
Cakk! kata Adik.
Tempat kegemaran nak lepak-lepak di petang hari. Gurney Drive. Biasalah orang bandar, rumah takda laman. Nak amik angin kena pergi tempat rekreasi.

Nyanyi jom!

i love you
you love me
were a happy family
with a great big hug
and a kiss from me 2 you
wont you say you love me 2
i love you

20 komen tak puas hati:

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

seriously??
kenapa boleh jadi cmtu???
sayu aku baca :'(

umi kalsom said...

ain!!!
aku rasa nak nangis pla. :'(

doakan yang terbaik. InsyaAllah, HE knows the BEST!

Azym Azizi said...

Ya Allah..knp jadi macamni? Mungkin Baba & Mama Ain lebih mengetahui..

Untuk Baba & Mama Ain,
Kalau boleh, jauhkanlah perkara yg paling tidak disukai Allah ni. Mmg boleh diteruskan niat utk berpisah tu, tapi Allah benci..

Kalau boleh, fikirkan balik ttg masa dpn anak2..tidakkah pakcik & makcik terfikir bahawa anak2 yg sedang membesar di dpn mata adalah hasil cinta pakcik & makcik sejak dari dulu? ='(

Mmg sy belum berkahwin, tapi sy dah rasa sendiri derita sbg seorang anak yg bercerai ibubapanya..

Utk Ain,
Sbg kakak, ajak adik2 yg lain berdoa kpd Allah agar kemelut ni diselesaikn cara baik..ak tau perasaan ko skrang. Ak pernah alami dulu. Cuma masa tu aku still bdk darjah 6 yg tak tau nak buat apa2..be strong my dear friend!

Anonymous said...

entri yg lahir dari hati
sedih bila baca
kepada ayah dan ibu ain
kalau baca
tolong la bersatu
kesian anak-anak
mereka sedih dengan keadaan sekarang ni
teramat sedih

mizz_aainaa said...

terasa kehibaannya..
semoga tabah dengan apa yang akan berlaku..
dan ALLAH sentiasa tahu apa yang terbaik untuk umatnya..
chill my fren..
we will pray for it..

Anonymous said...

Bertabahlah

HEROICzero said...

aku pernah melalui nya.

hanya senyum.

kamu lebih tahu, bukan?

=)

Anonymous said...

xsuka btol baca komen2 kat sini..
-angah-

amirah said...

baru baca entri ni.smlm tenet slow sgt tdo awal.patutla hg x ok smlm.nak p tanya hg duk terperap dalam bilik.mungkin hg perlukan ruang.

ckLah @xiiinam said...

Anakanda Ain...
ckLah doakan Ain kuat.
cklah tahu, bukan senang untuk Ain sebagai anak sulung menghadapi keadaan ini. Kalau ujian itu ditimpakan ke atas ckLah, cklah pun belum tentu dapat menghadapinya. Bertabah, dan berkuat ya Ain....

Jangan putus asa untuk memohon dariNya...kesudahan yang terbaik...


***ckLah juga terkejut sebenarnya kerana selama ini cklah melihat entri-entri mama Ain menggambarkan kebahagiaan yang sedang melingkari sebuah keluarga. Tak berani cklah mahu komen apa-apa tentang itu, kerana orang luar tak akan tahu hal yang sebenar. cklah doakan Ain dapat hadapinya...ya!

Budak kecik ni kuat! Kan!

Anonymous said...

asstaghfirullah,meskipun aku belum pernah mengalaminya tp aku bisa merasakan bagaimana rasanya,
semoga Allah berikan ketabahan padamu ain dan semua adik beradik km,,dan semoga dibukakan pintu hati baba dan mama km agar berfikir ulang dan syukur2 membatalkan sesuatu yg tidak disukai Allah itu..

Anonymous said...

buat ain, ikhlaskan hati utk tbh mengharungi dugaan hidup, sy pun penh mengalaminya, bukan mudah nak hadapi, tp tuhan sntiasa di cc,keluarga berantakan pasti ada sebbnya, sebb sebena mungkin kita x nmpk, hnya mereke berdua yg tau, pastikan kita x menyebelahi sesiap, sejahat mana pon mereka, mereka tetp ibu bpa kita, cuma kerana perasaan n nafsu, segalanya diketepikan tnp akal,ain sebagi ank sulung berusahalah utk terus berdoa, semyg jgn tgl, jg tgkh laku, pasti Tuhan tnjukkn hikmhnya, x skrag mungkin nanti, cpa tau? DOA MENGALAHKAN TAKDIR!!!!!!!!!

nieha niezzeissha said...

Ain, sabar byk2..bdoa byk2..Tuhan Maha Adil..Dia hanya menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya..Ain pasti lebih arif kan? Yg k.nieha blh katakan,sabarlah byk2..

Mungkin ada hikmah yg teramat manis di sebalik semua kemelut ni..Cuma, jgn smpai Ain tlalu tganggu dengan mslh ni..tabahkan hatimu dik..k.nieha juga salah seorang mangsa kemelut rumahtangga ibubapa..

Bersabarlah..hanya yg pernah mengalaminya akan lebih mengerti..

K.nieha doakan yg terbaik buat Ain serta keluarga..Tabahkan hatimu syg..

IMANSHAH said...

semoga tabah wahai puteri...

manusia mentadbir, allah jua mentaqdir

Sally said...

Salam,
kuatkan semangat ya Ain..utk mama dan adik2 juga utk diri Ain sendiri.. Allah knows best!!

luthfi said...

kaku, ain..

Guru said...

sahabat dan adik bloggerku ain...

merenung keyboard untuk mencari kata yang sesuai....

ain sekeluarga yang merasa, saya hanya membaca dan merenung satu-satu gambar yang tertera.

doa saya buat ain dan adik beradik agar punya hati yang kuat. juga doa buat mama dan ayah ain agar Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kalian sekeluarga.

seperti yang imanshah cakap, manusia hanya mentadbir tetapi Allah yang mentakdir.

kapten said...

Speechless...semoga kuat menghadapi dugaan....utk renungan semua leh tonton video diawah...semoga diberi kekuatan oleh NYA...ameen

http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM&feature=player_embedded

hentian said...

peristiwa itu rasa biasa saja semasa ianya peristiwa namurasa manis bila menjadi kenangan.

ada anak yang mahu bersama keluarga tapi ada juga sebaliknya.

Ain perlu banyak berdoa. selebihnya serah pada allah jua!

Anonymous said...

ain..maafla akak mcelah kt sini.akak ader mbaca luahan mama ain dlm blog dia.dia byk menderita, memendam perasaaan dan dia sememangnya kuat dan tabah menghadapi dugaan yg mendatang.

percayala ain..mama ain dh penat, penat menanggung senggara.akak tk berniat nk mcampuri urusan keluarga ain tp akak memahami serba sedikit ttg mama ain.kerna akak pernah alami, ain..