mereka yang tegar

Tuesday, March 08, 2011

tag nama

Siapa rasa nama saya panjang? Ditambah nama ayah, jadinya enam perkataan termasuk binti. Masa sekolah rendah saya pernah takpuas hati bila didenda cikgu. Dendanya, kena tulis nama sendiri sebanyak 1mukasurat penuh.

Awal-awal diberitahu denda, saya dah membantah. Tak aci la, ustazah. Denda ni tak adil, rungut saya. Tapi kata ustazah, adil lah tu. sama-sama buat salah, sama-sama kena denda. Denda pun sama, tulis nama sendiri sebanyak 20kali (contoh).

Kawan sedenda saya siapkan dendanya dahulu. Memang tak aci lah. Sampai sekarang saya masih tak puas hati. haha.

Nama saya ;
Nurul Ain Fathihah Bt Mohd Roshidan

Nama kawan ;
Saleha Bt Salman

Nama panjang saya juga mungkin menyukarkan bakal suami ketika akad nikah nanti.

'aku terima nikahnya nurul lain patehah eh eh'

ulang

'aku terima nikahnya nurul ain al-faatihah bt mohd padil dengan maskahwinnya..'

'ehem. sejak bila nama anak aku binti nama hang?'


kata wali mujbir dengan muka tak puas hati sambil tahan gelak.

Berkenaan tag nama, disebabkan saya akan pergi berpraktikum kurang dua bulan lagi, semalam saya pergi tempah tag nama. Magnet punyaa, nak jaga tudung. Tag jenis pin saya dah ada.

Memikirkan soal nama, mustahillah saya dapat menulis nama penuh di tag. NURUL AIN FATHIHAH. had huruf cuma 10 saja.

AIN FATHIHAH, tak muat.

NURUL, saya rasa pendek sangat, rugi bayar tapi huruf sikit.

FATHIHAH, payah. nanti orang panggil saya tak kalih.

NURUL AIN, mira cakap macam bukan nama saya ja nurul ain tu, sebab saya jarang guna nama nurul. cuma glemer dengan nama ain fathihah.

aishh, susah-susah sangat saya buat beberapa tag begini lah,

1. NURUL

2. AIN


3. FATHIHAH


4. N.A. FATHIHAH


5. NAF


6. NURUL AIN


jadi, masa praktikum nanti, hari-hari pergi sekolah dengan tag nama lain-lain. biar pelajar saya pening dan terteka-teka, apa nama cikgu kecik ni sebenarnya ya?

muahaha!

9 komen tak puas hati:

Mas said...

hehe..igtkan name aku da pnjg rupenye ko pnjg ag.. aku ade 25 huruf, ko 30 huruf..

itupun bapak aku da diskaun nama aku taw sbb kesian kt bakal menantu die nt..

kalau xdiskaun xtaw la bpe ratus huruf..

Anonymous said...

haha~
una lg pendek
ckop2 je 10
nurul husna
hihi~
(:

umi kalsom said...

saya suka kalau cikgu AIN...hehe...

MaMa MoDeN said...

salam sayang,
dah lama tak komen kat blog ain fathihah ni..

mama pun suka cikgu ain...:)
memang sweet, manis comel macam orangnya...
jadi cikgu yg baik yer sayang..
tahniah tata sudah hampir sampai kepenghujung perjuangan, lepas ni akan ada cabaran lain pula yg menanti...

ana said...

ain fathihah sedap...

anak kak ana pun name tag dia muhammad jadi M. jer.

MaMa MoDeN said...

ain fathihah pun sedap, tapi xder dlm list dia tu ana..

cikgu ain laa.... macam best je bila nanti student panggil,
cikgu ain..cikgu ain... :)

fiziesss said...

Itu la..hehe..buat short form jer..tak pun buat nama pendek sendiri.. hehe

Hamba Ilahi said...

salam. tertiba tergelak sendiri bila fikir bagaimanalah agaknya mimik muka adik kecil comel ni time tulis blog dengan entri ni. terbayang plak time debat ngan budak kecik ni.

papun setuju2 sangat guna nama ain jak.

1. sedap bunyinya
2. memudahkan pelajar n guru lain sebut n panggil nanti
3. ain dah sebati ngan diri
4. nama yang pendek mungkin menggambarkan orang..huhu ( gurau jakla)

papun godluck u praktikum nanti. saya pun letak nama panjang juga
KAMARUDDIN tapi studen tetap panggil DIN. hehe.

HEROICzero said...

same here! nama aku juga panjang, seperti kamu. here this, disebabkan panjang sangat, dalam ic, tiada nama bapa tertera. tapi dalam chip ic tu, ade lah.

sebab terlalu panjang.

*keliru bila nak isi borang, nak letak bin, atau tidak. kalau rajin, letak. kalau tak, tak letak. dengan alasan, eh ic memang saya xde nama bapa pun yang tertera. keh3x