mereka yang tegar

Monday, March 07, 2011

saya bukan nak jadi cikgu

Kurang 2bulan lagi saya akan melangkah kaki ke sekolah sebagai Teacher Nurul guru pelatih. cik guru. kadang rasa macam tak percaya, saya yang agak nakai di sekolah dulu, akan jadi guru, insyaAllah.

Dulu masa zaman sekolah, saya kerap juga berharap 'cepat la cepat la habis sekolah. tak larat nak duduk sekolah dah'. Sekarang ni, hah, saya akan terus bersekolah selama lebih kurang 30tahun lagi. Cuma bukan lagi sebagai pelajar, tapi sebagai cikgu.

Seingat saya, dalam kad 001 yang warna biru dulu tu, saya tak pernah mengisi 'Guru' sebagai cita-cita saya. antara cita-cita yang pernah saya tuliskan adalah ;

1.peguam syariah
2.peguam sivik
3.pensyarah (eleh, guru la ni kan)
4.penganalisis politik.

Yang nombor 4 tu sangat takboleh blah. Hoho. Rasanya itu cita-cita semasa tingkatan 4. Masa tu, saya agak gila membaca buku-buku analisis politik Malaysia. Tak tahu kenapa.

Selain itu, saya juga pernah bercita-cita mau jadi penulis. Tapi bukan nak tulis novel cinta, sebab saya kurang gemar baca novel cinta. Masa tu saya nak jadi penulis, tapi belum tahu apa yang saya mahu tulis. Ehehe.

Selepas PMR, saya perlu memilih aliran di tingkatan 4. Mulanya, ada juga saya merengek pada Baba, supaya dapat bertukar sekolah. Sebab saya nak masuk aliran sastera. Kebetulan pula sekolah saya cuma menawarkan aliran perakaunan dan aliran sains.

Disebabkan keputusan PMR yang boleh dikatakan baik, cikgu masukkan saya ke aliran sains. Hurm, mula-mula rasa tak kena dengan jiwa langsung.

Masa berlalu dan minat saya terhadap subjek-subjek sains berjaya dipupuk oleh cikgu-cikgu di sekolah. Yang paling melekat di hati, Biologi. Saya sangat suka subjek ni masa di sekolah.

Habis SPM, saya jejak kaki ke matrikulasi.. Sejak tingkatan lima dan sepanjang matrikulasi, saya adalah pelajar yang takda cita-cita. Bila masuk matrik, semua orang nak jadi doktor, saya pun nak jadi doktor. tapi bukan nak jadi doktor pada orang hidup. Nak jadi doktor mayat, ahli forensik.

Tapi disebabkan keputusan matrikulasi saya di semester satu dan dua tidak empat rata (4.0) dan tidak melayakkan saya memilih jurusan yang hebat-hebat di IPTA, Baba dan Mama mencadangkan (sebenarnya sedikit memaksa, tapi tak baiklah tulis kat sini kan, kih3) saya memilih bidang pendidikan.

Sebagai anak yang baik walaupun kerapkali juga saya mempersoalkan kenapa dan mengapa sebelum bersetuju, saya turutkan cadangan mereka. Masa ni puaslah pujuk seorang rakan, Cik Amal supaya ikut saya pilih bidang pendidikan. Tak mahu, katanya. Bukan minat dia.

'weh tak aci lah. aku kena paksa tau. sebab tu aku nak paksa hang ikut aku nih'

'takmau jugak'

Saya berjaya melepasi ujian bertulis MEdSI. Semasa sesi temuduga, bila disoal penemuduga mengapa saya mau jadi cikgu, dengan muka yakinnya saya jawab,

'encik, saya takmau jadi cikgu. Tapi suku-sakat saya, ayah, datuk, moyang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu-sepupu dan keturunan saya, ramai yang jadi cikgu. Ayah saya paksa saya ikut jejak dia. Berkat katanya. Berdasarkan teori genetik, saya percaya yang saya memang berkelayakan dan dilahirkan untuk jadi cikgu. Saya yakin saya berkemampuan secara semula jadi untuk mendidik anak orang. tapi, saya takmau jadi cikgu.'

muahaha! masa tu jawab ikut sedap mulut saja sebab saya tak kisah kalaupun temuduga saya gagal.

Setelah saya berada di UPSI, alhamdulillah. Minat dipupuk, bakat diasah dan kesedaran dibentuk secara berperingkat. Terima kasih.

8 komen tak puas hati:

HEROICzero said...

best of luck! =)

f_aRa_aINa989 said...

hebat ckp macam tu!

jAuh hAti said...

hahaha

ain tak puas hati ak xamek cikgu
pejah pun hg paksa gak kan sph amik education

btw, suku sakat aku pon darah pendidik la

cikgu isza said...

semoga ain akan terus mencintai bidang ni..
banyak cabaran yang bakal menanti..
kena kuat tau..
akak dapat sambung belajar kat UPSI..
boleh kita jumpa?
contact akak di chekguisza@gmail.com yer..
:)

umi kalsom said...

selamba gila cakap mcm tu time interview...hehe

aku pun mohon utk cikgu juga(kaunseling), intake sept ni. Tapi tak tau la... ada ke tidak rezeki aku utk jadi cikgu :)

hiro said...

nak jadi jurulatih bola sepak budak sekolah--kalau gua jadi ckgu..keh2

Hamba Ilahi said...

wah ain memang cayalah... mesti org yang interview tu yakin yang cikgu ain ni akan jadi cikgu yang baik dan berkarliber. moga masa mendatang akan lebih bahagia buat insan yang kiut mayut ni.... he3

nieha niezzeissha said...

doktor bedah forensik??wah..best kan..gila CSI, mmg terigin nk bedah2 mayat, tp takut pon de..

btw, dh takdir tertulis Ain ditaksirkan jd cikgu..xpe, cikgu kecik..ok la 2..muda ja..hehe..

best of luck k..Ain boleh!