mereka yang tegar

Monday, March 14, 2011

ulasan Hikayat Merong Mahawangsa

saya tulis review ini untuk Fiza, Asilah dan kawan seBio yang gigih mau pergi menonton Hikayat Merong Mahawangsa esok. hehe.

budak-budak cikgu-to-be seBio agak cemburu sebab saya dah tonton Hikayat Merong Mahawangsa sabtu lepas. dah la pergi senyap-senyap, pergi sendiri-sendiri tak ajak depa pulak tu. haha.
terima kasih Man sebab bagi aku ikut hang.
terima kasih Tira sebab sanggup tak balik kampung & luang masa date dengan aku! muah!


jom, ini review filem dari saya yang amatur.

‎1. Bagi saya, ada sedikit kelemahan kat skrip. saya agak kecewa sebab bahasa melayu yg Amir Hafizi & Yusri guna, bahasa melayu biasa yg cuma beritma saja. sepatutnya ketengahkan lebih banyak bahasa melayu klasik. kita ada banyak perkataan melayu klasik yang indah tapi dah dilupakan. mungkin skrip tak dirujuk pada sasterawan dulu kot.

tapi kalau perkataan
sahaya, waima dan masyghul pun kamu tak tahu maksudnya, apatah lagi tak pernah dengar nama Demang Lebar Daun atau Tun Sri Lanang...err, lupakan saja ulasan pertama ini. hehe. Ada kenalan lelaki yang cakap, bahasa melayu yang digunakan dalam filem ni terlalu sastera sampai dia tak mampu nak faham. Mujur ada sarikata bahasa inggeris.

2. watak Lang (umi aida) walaupn seco'et, bagi impak pada keseluruhan jalan cerita. kiranya sepanjang cerita, Merong tercari-cari maksud pantun ibu dia. masa dah nak habis cerita baru terjawab. best. saya suka cara filem ni menjawab maksud tersirat pantun ni pada babak akhir.

sampai masa tibanya waktu
redup hati kaum berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama


3. shoot masa babak perang nampak bersepah dan terabur taugeh. cara pelakon tambahan yang cikeding yang kat belakang-belakang buat naya kat Yusri adalah mereka berlawan pedang macam budak-budak main ninja. Haha. nampak macam pelakon di barisan utama saja yang bersungguh nak berlawan. apapun, babak perang memang menarik.

4. watak Embok (umi nazeera) berkesan. saya boleh rasa la dendam kesumat, kemarahan dan emosi dia. Masa berlakon cerita ni, umi nazeera umur 16. sungguh gadis sunti.

5. watak Merong mungkin terlalu berat untuk dilakonkn Stephen Rahman. tapi dah sebab malaysia tidak ada pelakon yang badan sasa seperti dia kan, kena la ambil jugak. haha. ni jangkaan saya saja. jangan marah.

6. puteri china, putera rom n panglima cina tu, macam tak beri kesan pada perjalanan cerita ja. tapi dah sebab filem ini milik Merong Mahasuasawangsa, watak lain jadi minor. ada satu babak yang kelakar, puteri cina dengan gediknya pi tayang tangkal yang dia berjaya rampas dari orang jahat tu.

7. haa lg satu. saya rasa dah jatuh cinta dengan Khir Rahman Kamawas! watak dan perwatakan Kamawas lebih menonjol dari Merong. suka Khir Rahman. (lagi) suka Kamawas. saya jatuh cinta sebab Kamawas ucap 'Selamat Malam Sayang' kat puteri cina dengan nada suara yang ganas. grr!

Tahniah KRU dan Yusri. Ini kali kedua saya menonton filem malaysia di panggung, dan saya rasa berbaloi.

6 komen tak puas hati:

ana said...

wah...dah tgk ye, mesti best kan? tgk preview mcm best jer.

shahjiehan said...

waaaa..nk tgk!!! xaci x ajak..


jom baca dan komen Jom katakan tidak pada "Legging"

athirah hanafiah said...

aku dpat jwpan dah kenapa dia tak guna bahasa melayu yang lagi klasik. sbb sasaran penonton dia yg utama adlh rakyat malaysia.. dah kebnykn rkyat malaysia sekrg xberapa faham dah bm klasik ni.. harulah weh nnt org masuk pnggung xfaham mende pun yg dia ckp. mcm kita2 yg rajin selak karya melayu klasik mmglah boleh faham..

HEROICzero said...

aku rasa, cerita ni baik2 saja. kemas. x slow. ada lah flaw sini dan sana, tapi bisa pejam mata.

kalau 10 tahun lagi, filem malaysia sudah maju, aku yakin filem ini lah titik tolak nya.

khir rahman hebat. tapi dialog nya terlalu 'rempit', kan?

=)

Nordin said...

belum tengok lagi filem ni.. nanti nak tengok dalam dvd je :P

adeebahfarzana said...

Tata. Best cerita ni. KakTeh tengok smpai dua kali! HAHA ,
Kamawas memang best ! Warghh ~
Macam kucing jate ;D