mereka yang tegar

Wednesday, March 16, 2011

membidas abang prebet

ada kenalan yang komen, kelainan blog saya (maksudnya cara penulisan saya) adalah cara saya menceritakan apa yang berlaku, dan cara saya memerikan situasi. saya tak begitu pasti apa maksud dia.

Mungkin kalau saya menulis mengenai sesuatu perkara begini, blog saya tiada pembaca.

bodoh punya driver prebet. ada ka patut satu kepala caj RM3? tiga orang naik, ko caj sampai RM9. bodoh cekik darah betul. biasa satu perjalanan caj RM5 ja. tak kira berapa orang yang naik, RM5 jugak. Eiyy bengangnya aku. ko pegi mampus la driver prebet. jangan harap aku nak naik prebet ko lagi. Geram, geram!


dan berbeza pula kesan moodnya jika saya menulis begini,

pulang dari perjalanan ini dan menonton ini, saya dan Man memilih untuk naik komuter balik Tanjung Malim. pergi pun dengan komuter sebab saya agak penakut nak naik bas. ngeri perut rasanya bila pemandu pecut laju sangat. naik komuter lagi selesa dan tenang hati, walaupun perjalanan 1jam 45minit baru sampai MidValley. Naik bas 1jam saja.

Sampai Tanjung Malim, kami bertiga (ada seorang lagi kawan Man tiba-tiba jumpa dalam komuter) naik kereta sapu/prebet/teksi haram untuk saya balik ke rumah sewa.

Tiba di tempat tujuan, saya menghulurkan not merah untuk abang prebet tu.

"erm, nah bang. lima ringgit kan"

(sambil senyum. sedekah kan. sedekah)

"saya kira satu kepala tiga ringgit"

"eh, berapa?"

"satu kepala tiga ringgit. jadi korang tiga, sembilan ringgit la"

"eh kenapa pulak macam ni. kan biasa prebet lima ringgit saja, tak kira berapa orang naik pun"

(senyuman dah hilang)

"memang macam ni la dik. minyak mahal. semua mahal"

(muka abang tu selamba tiada rasa)

"masalahnya kenapa tadi abang tak cakap abang caj mahal dari prebet lain? prebet lain semua lima ringgit satu perjalanan. teksi ada permit pun lima ringgit ja"

(bermaksud saya perli dia punya prebet, teksi haram, haha)

"tiga ringgit satu kepala, dik"

(dia mengulang cakap. dah bosan melayan saya agaknya)


"abang ni kira dah tipu kami ni. tadi kenapa tak bagitau awal-awal abang caj mahal dari orang lain?"


"sori lah tadi abang terlupa nak bagitau"



"hah memang la kalau abang bagitau, confirm saya cari prebet lain!"


saya masih berminat untuk berlawan cakap dengan driver prebet tu supaya dia tak jadi caj mahal. saya maukan dia ambil caj biasa saja, lima ringgit. ketika saya nak buka mulut untuk minta dia kurangkan harga, tiba-tiba terjulur tangan Man dari belakang, menghulur not-not seringgit.

ceh, wujud lagi si Man ni dalam kereta rupanya. Senyap saja depa dua. saya terlupa ada lagi penumpang di belakang. saya duduk depan. semangat nak gaduh dengan abang prebet tu. tak puas hati. haha.

bila Man dah hulur duit, saya kembalikan duit dia, dan bayar prebet guna not merah saya tadi. dapat la baki sekeping not seringgit saja.

Man : weh aku dah takut tengok hang tadi. tu yang aku hulur duit aku tu.

nota tumit
cerita di atas adalah kisah benar.

7 komen tak puas hati:

Anonymous said...

better ambil no kereta orang tersebut dan report kepada pihak berkuasa..

HEROICzero said...

respek. -)

pertahan saja mana yang rasa hak.

HeRWaNa HeRMan said...

huhuhu..
pk ck prebet skrg mmg naik minyak...
mntg2 minyak naik..

Anonymous said...

betul 2 ain, prebet dah la xde permit, lebih2 pulak.. kete jenis ape weh? sebarkan kt grup fb supaya jgn sape2 naik lg..huhu

a kl citizen said...

ingatkan askar prebet.

moral of the story? bolelah buat bisnes prebet ni, kalau terdesak nanti

shahjiehan said...

hahahha... mmg dasar prebet.. nk buat camna... jadikan tu pembakar semangat!! hahaha.. ckp dalam hati, xpa2, aku keje nnt, aku beli kete mahal2. p blk kl naik kete je 45 min dah smpai..hati senang.!! ahahhaha

kapten said...

Kadang ada yang selalu mengambil kesempatan kepada pelajar...x dinafikan ada juga yang baik hati...dah banyak kali dah kena mende2 macam nie....kadang2 nak kena bertegas juga..