mereka yang tegar

Saturday, July 09, 2011

saya dah mula rasakan manisnya memberi

Ahad ini, masuk minggu ke lapan saya dan rakan-rakan sesemester berpraktikum. ouchh, pejam celik rupanya dah lapan minggu. sekejabnya masa berlalu. saat kaki teragak-agak mau melangkah ke sekolah dulu, saya resah memikirnya macam mana nak habiskan tempoh 14 minggu di persekitaran sekolah.

tiga minggu pertama saya di SMK Ibrahim, saya rasa nak pengsan dengan persekitaran sekolah. janggal rasanya. mujur juga elok saya masuk ke sekolah, peperiksaan pertengahan penggal sedang berlangsung. jadinya, saya cuma masuk kelas ganti, edar kertas soalan peperiksaan, kutip soalan peperiksaan, pergi makan di kantin dan mencilok makanan yang cikgu-cikgu senior rajin bawa.

alangkah indahnya dunia sebagai cikgu praktikum yang pergi sekolah untuk makan dan sembang-sembang saja.

dua minggu cuti sekolah, saya meraikan cuti sesungguh hati. tapi rupanya itu racun paling bisa untuk saya, saya menganggap mudah.

hari pertama saya mengajar dengan persediaan yang secukupnya pada fikiran saya. akal cangkat menganggap, bila saya sudah belajar topik yang akan diajar, saya mampu menyampaikannya dengan baik.

malah sebaliknya berlaku. saya merasakan sayalah guru paling tak bertanggungjawab atas kegagalan saya dalam PnP.

lima minit sebelum kelas pertama berakhir, saya minta pelajar tulis surat cinta untuk saya. mulakan dengan 'Dear Teacher Nurul..' dan saya minta mereka memberi komen PnP hari tu, dan juga cadangan penambahbaikkan.

tiga kelas bersamaan dengan enam masa pada hari ahad itu, semuanya saya lakukan yang sama. surat maklum balas. saya pernah paparkan komen maklumbalas pelajar, tapi kemudiannya saya tarik semula.

jujur cakap, saya memang sentap dengan surat-surat komen tu. rasa nak menangis pun ada. rasa down. rasa jatuh kedebuk dari tingkat 13 lalu dahi ditimpa pasu bunga dan baju basah sebab makcik cleaner sekolah tengah siram bunga lalu menyimbah saya.

jujurnya, terus saya rasa saya salah pilih opsyen. saya tidak dilahirkan untuk menjadi cikgu mahupun guru, apatah lagi pendidik.

hampir seminggu saya gundah gulana. bagaimanapun, surat komen itu semuanya saya baca berulang kali. juga saya catitkan apa kelemahan saya (yang panjang berjela) dan juga apa cadangan penambahbaikkan daripada pelajar-pelajar.

bukan mudah. tapi tidak mustahil bila diusahakan. komen pelajar saya semuanya membantu. malah sangat membantu sebenarnya. alhamdulillah mereka matang. apa yang perlu dikatakan, sejujurnya mereka katakan. malah terlebih jujur pulak. hehe. mujur mereka tidak bersikap terlalu menjaga hati sampaikan tiada satu pun kelemahan saya yang dikomen.

hari demi hari dan dah berminggu berlalu, saya mula rasakan kemanisannya.

saya teringat komen balas Sir Ali Azizan, cikgu English saya masa sekolah dulu bila saya tuliskan status begini di FB,

"am I born to be a teacher?", dia membalas,

"teacher was not born. they are made"

rasionalnya bila difikirkan kembali, siapalah yang baru bermula dan terus mahir. bak kata Ustazah Hawa, "Haa ni cikgu nurul ain, baru nak ke garisan mula. kami-kami ni dah separuh jalan (dalam dunia pendidikan) dah"

juga kata-kata nasihat daripada guru Biologi sekolah itu merangkap super duper senior UPSI, cikgu rafidah.

"biasalah tu cikgu praktikal. kamu baru belajaq. mana ada cikgu yang terus expert. semua cikgu-cikgu yang pandai mengajar tu, semua pun pernah praktikal macam nurul ain jugak. sabaq la, dalam kita duk mengajaq, kita lebih banyak belajaq sebenaqnya"

saya ucapkan terima kasih pada pelajar-pelajar pertama saya, 4SN1, 4SN2 dan 4SN4 SMK Ibrahim tahun 2011 yang dah banyak membantu saya belajar.

5 komen tak puas hati:

delarocha said...

salam,

dalam hidup ini memang perlu banyak memberi dari menerima.

Light of Heedful said...

sekejab (x), sekejap (/).. :)

nub said...

nais. selamat sukses selalu.

Rashid said...

hmm hmm .. jangan risau. pasti akan hadir rasa kepuasan dan betapa seronoknya menjadi seorang guru .. percayalah ..

ana said...

biar kalah setelah mency=uba dr kalah tanpa mencuba...