mereka yang tegar

Friday, July 08, 2011

teknologi siput

salam semua pembaca Blog Ain Fathihah. (salam khas untuk pelajar SMK Ibrahim yang dah jumpa blog cikgu kecit ni)

masa saya masih pucuk di bangku sekolah menengah, boleh dikatakan belum ramai rakan sebaya yang ada handphone sendiri. yang ada handphone pun, kebanyakannya guna nokia 3310.
itupun dah seronok sangat dah sebab ada handphone. masa tu jugak, simkad baru untuk telefon bimbit, agak mahal. tidaklah semurah sekarang ni.

handphone pertama saya dapat adalah nokia 2300.
hadiah dari Mama dan Baba untuk keputusan PMR saya. 7A 2B, muahaha. B untuk English dan KH (erkk, KH pun dapat B). masa tu awal tahun saya tingkatan empat. rasa macam bulan jatuh ke riba. iyalah, nak harap kumpul duit sendiri untuk beli handphone, jangan haraplah kan.

awal tahun tingkatan 5 (atau hujung tahun tingkatan empat), Baba berikan saya Nokia 6630.
masa tu model ni baru keluar di pasaran. agak mahal jugaklah. percaya atau tidak, handphone inilah yang saya guna pakai sampai sekarang. tak rosak-rosak pun setakat ni. pecah casing tu, biasalah. dah banyak kali tukar casing. nokia 6630 inilah yang saya guna sebelum SPM, masa di matrikulasi dan sepanjang di UPSI (dah nak habis dah pun pengajian di UPSI). tahan lasak lagi berwibawa handphone ku ini, kan.

sedar tak sedar, dalam perasan saya terhadap pengetahuan teknologi saya, rupanya saya dah tertinggal jauh berbanding pelajar sekolah masa kini. wishlish mereka (saya usha blog pelajar, ngeh3) adalah nokia E series, DSLR, laptop, i-pad dan entah apa-apa lagi gajet terkini yang saya tak sempat nak ambil tahu.

bayangkan, senggang umur 5 tahun pun dah menjadikan saya dan mereka (pelajar tingkatan empat contohnya) serupa generasi yang terpisah. apatah lagi dengan cikgu-cikgu senior yang nak buat Table di MS Word pun masih belum cekap.

rasanya nokia 3310 tu mereka dah tak kenal gamaknya, dah layak jadi bahan api fosil. handphone yang saya pakai inipun dah dikira ketinggalan zaman. nak trade in pun dah tak ada harga.

dua minggu lepas, selepas habis kelas Biologi saya (saya dah tak ingat kelas yang mana satu), beberapa pelajar perempuan menghampiri meja tinggi di hadapan makmal. kebetulan pula saya meletakkan handphone saya secara terbalik di meja tu.

seorang pelajar mengambil handphone saya, dan membelek-belek depan belakang handphone saya tu. saya sempat kerling riak muka hairannya.

kemudian, selamba dia berkata,

"eh cikgu. handphone cikgu ke ni. sorry lah cikgu. saya ingatkan ni remote LCD (LCD projector)."

hoho. saya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. kasihan telefon buruk saya. jangan merajuk ye telefon.

1 komen tak puas hati:

siskahaidan said...

ok best...... tergelak2 aku bace..