mereka yang tegar

Saturday, July 02, 2011

Lelaki berusia & gadis muda belia

Kes 1.

Lelaki dah berkeluarga mengaku single. Walau beza umur ketara, gadis muda belia dapat juga dingorat dan diayat. Ah bukan bermula dari seorang saja. Dua-dua sama naik dan berpoya. Aku suka kau. Kau suka aku. Umur kan hanya angka. Bila tembelang pecah, gadis muda marah-marah. Dipermainkan, katanya. Masa berlalu, gadis muda belia pasrah pada takdir. Bila dah sayang, susah nak lupa. Ini soal hati. Lautan api dan gunung ganang sanggup kuredahi. Katanya ‘sudah jodoh aku untuk menjadi isteri kedua pada lelaki sebaya bapa’.


Kes 2.

Lelaki dah berkeluarga berkenalan dengan gadis muda belia. Selalu dicerita pada gadis, hal keluarga, isteri dan anak-anak permata hati. Masa berlalu, gadis muda belia jatuh hati pada lelaki berusia. Dia bertanggungjawab. Matang dan stabil, puji gadis muda. Gayung bersambut. Lelaki berusia jiwanya kembali muda. Mari kita saling sayang dan menjaga, katanya. Kata gadis muda, ‘sudah jodoh aku untuk menjadi isteri kedua pada lelaki sebaya bapa’.


nota tumit : lelaki macam isi kelapa. makin tua makin pekat santannya. muahaha

12 komen tak puas hati:

ieda said...

org lelaki yg dah kawen dah tau selok belok nak lembutkan hati perempuan...lagi lama kawen lagi banyak pengalaman depa.

Hagakure Kira said...

mujur abg x camtu kn? ;P

HEROICzero said...

hahaha ! lelaki . makin tua makin laris .


#orangkata.

zarazueyin said...

setuju dgn nota tumit tu...hehe

Fyqa said...

stengah laki ni cpt miang.
muahaha

Solihin Zubir said...

patut lelaki muda cam sy ni blum jumpa calon bini.. ;-(

Rashid said...

hahaha!! gelak je saya bacanya.
Senyum baca bahagian nota tumit. Macam tau tau jer ain ni ..

Ain soal hati sukar nak perkatanya. Hanya mereka yang alaminya akan dapat luahkan rasa.

maCy said...

kes 2 cm kes poligami plg hot skrg. hehe

ubi said...

aku lelaki muda..rase x pueh ati ni..grr

ViLLa QaSeH said...

erm...betul...my friend...situasi dia mcm kes 2...sudah diberi nasihat...tp bila hati dah dipagut rasa sayang...semua indah...yang mampu..semoga jalan yang dipilih berkekalan hingga akhir hayat....

Nieza Anne said...

My bf berusia 54 thn n me 29..lelaki berusia is lbh mtg n cool..give n take jee

Nieza Anne said...

My bf berusia 54 thn n me 29..lelaki berusia is lbh mtg n cool..give n take jee