mereka yang tegar

Wednesday, April 27, 2011

rupa

Saya dah ada rupa cikgu ke belum?

Tuesday, April 26, 2011

mari kita saling berbagi dan menjaga.

Hooyeh hooyeh Alhamdulillah peperiksaan akhir semester enam dah berakhir. Boleh jawab tak boleh jawab, err itu belakang kira dulu. Bagi saya sempat tarik nafas lega,

phiuu.

Tak sempat saya nak lepas nafas lega habis-habis, dah terfikir pasal latihan mengajar pula. Saya akan pakai tag nama cik guru Nurul bermula 9 Mei hingga 25 Ogos. Entri ini saya buat khas untuk kawan-kawan seBio yang akan tengok hidung saya sepanjang 4bulan akan datang.

memperkenalkan, bakal cikgu-cikgu Biologi paling comel seantero rumah sewa.

1. Robiah Romli, dari Taiping. tu nama kampung dia, nama glamour kat sini, Ruby. Kelas gituu. Saya dah kenal dengan Ruby ni dari zaman matrikulasi lagi, tapi kenal biasa-biasa ja lah. Bila dah masuk UPSI dan sama-sama seBio pun, saya masih kenal gitu-gitu aja dengan Ruby. Kenal cuma sebagai coursemate. Belum ada talian hati mu ke hati ku.

2. Amirah Shamsudin dari Penang. Rumah dia depan tapak pesta Penang, betoi ka Mira. hehe. Mira ni sekolah di SMKA (P) Almashoor. pra-u di KMPP. kemudian UPSI. eh perasan tak, perasan tak tempat dia belajar dari sekolah sampai ke U sama dengan saya. Tapi saya baru saja rapat dengan Mira ni sejak semester 5.

Zaman sekolah selalu sekelas, tapi tak berapa rapat dan kenal mesra sebab Mira geng budak baik, mana ada nakai-nakai dan bising macam saya ni. Hoho.

3. Syadida Zakaria. Tiada alamat blog Dida disertakan dengan nama. Haha. Tak payah klik. Ini orang kampung saya, tokyo Tokai mari. Sebulan lepas baru perasan IC kami poskod sama (IC saya guna alamat kampung Baba). Ini pun muka KMPP. Masa kat matrikulasi, bila saya nampak dia, dia dari surau Annur. Bila dia dari surau Annur ja, saya nampak dia. Tapi masa tu cuma senyum-senyum. Tak tegur dan tak kenal nama. Siapalah saya nak berhooyeh-hooyeh dengan gadis tudung besar. Terasa kecit diri ini.

Dida ni, dari semester satu saya dah biasa buat kerja dengan dia. Bukan kerja amal mahupun kerja haram, tapi semata-mata projek mini subjek-subjek, assignment itu ini dan kelas amali. Kenal setakat kerja-kerja rasmi itu saja lah. Semester ini baru rapat dengan Dida, itupun sebab kelas dia banyak sama dengan kelas saya. Rimas dah asyik tengok muka dia ni. Haha.

4. Sarah Sazliana dari Jitra. Sebaya saya. Kami sama-sama pernah lompat katak kelas masa darjah tiga dulu. Adik beradik ramai macam saya jugak. Anak sulung macam saya jugak. Yang tak sama, dia ni pandai. tapi saya lagi pandai. Muahaha.

Saya tak pernah buat kerja atau assigment dengan Chaah sebelum ni. Cuma semester lepas baru ada peluang kenal lebih dekat dengan Chaah. Itupun sebab dalam kelas EDU yang 6jam kredit tu, pensyarah buat kelas secara santai dan kami boleh selalu sembang-sembang dan makan-makan dalam kelas.

5. Nurul Ain dari Penang. Saya letak link blog beliau. blog Nurul ni best, saya suka baca. Nurul sebaya dengan Chaah. Agak keanakan, dalam kelas suka menyakat orang. Mungkin agak ramai orang tak suka si Nurul ni sebab mulut dia terlalu jujur, senang cakap kuat menyentap lah.


6. Hasinah Nasihah. kecuali Sinah, lima orang di atas menyewa bersama di Sungai Petani nanti. Sinah orang Sg.Petani juga, jadi apa kejadahnya dia nak menyewa rumah kan. Bahagiaanyaaa duduk rumah sendiri masa praktikum.

Si Sinah ini pun, saya tak begitu kenal rapat juga. Baru semester lepas kerap berbual-bual dengan dia. Makin naik semester, makin melawa ini budak. Lembut orangnya. Dia suka cakap macam ni, "amboi ain! nakai ek!" kat saya. dan...dan...dan...saya ada nombor telefon pakwe Sinah! haha. eh macam tak perlu bagitau ja kan.

sekian. ini sajalah enam orang rakan seBio yang akan selalu tengok hidung saya semasa praktikum nanti. moga kita saling berbagi dan menjaga.

nota tumit kaki : gambar yang digunakan adalah gambar yang diambil semasa hari pertama pendaftaran di UPSI tiga tahun lepas. Saya cari dalam portal UPSI. gambar ini lah yang digunakan dalam kad matrik kami. sengaja saya gunakan gambar suci dan naif ini.

nota tumit kasut : semua dah ada yang punya. tak payah susah-susah minta nombor telefon kawan-kawan saya ek. Haha.

peperiksaan akhir semester

Industrial and Current Issues in Chemistry
20/04/2011
02:30 PM

Analytical Chemistry
21/04/2011
02:30 PM

Principles in Biochemistry
26/04/2011
02:30 PM



alhamdulillah, selesai untuk semester ini.
hooyehhh!

nota tumit ; kemas-kemas nota dan buku. simpan nota kimia industri, simpan nota biochemistry, nota kimia analisis tak berani nak buang dulu...rasa-rasa macam nak kena repeat paper ja. hehe.

Monday, April 25, 2011

rekod tak pecah

cerita hampir basi, saya masih mau tulis. sudah lama nak keluarkan entri ini, tapi menunggu beberapa keping gambar sampai ke laptop. hehe.

Ulangtahun kelahiran saya yang lepas ni, saya cuba untuk tidak memecahkan rekod saya sejak sekolah rendah. Rekod sentiasa ada kek birthday walaupun cuma sepotong kecil kek. Jadi, petang tiga haribulan april tu, saya ajak seorang teman, menemani saya ke kedai kek Resepi Rahsia.

Belikan diri sendiri sepotong cis kek. dan juga sepotong lagi untuk cik peneman yang baik hati.
Beli sendiri. Makan sendiri. Syok sendiri. Jadilah kan, lepaskan hajat nak makan kek juga masa hari jadi sendiri.

Syadida. Pertama kali makan di Resepi Rahsia, katanya.

Sama lah kita Dida, saya pun baru kali ke dua atau ke tiga. Tempat macam ni, orang-orang poket sengkek macam saya ni, harapkan hari yang betul-betul terasa istimewa lah baru nak jejak.


Seminggu kemudian, sebelas haribulan empat, saya keluar makan dengan Noraini Ahmad, kakak angkat saya yang tak berapa nak terangkat. Hehe.

ahli-ahli kelab debat yang lain pun ada.
Sebelah kanan ni Aqwa. Saya suka usik-usik dia di FB. Tapi bila dah jumpa, rupanya saya malu alah dengan dia. Nak cakap apa pun tak reti. Itu lah, dalam FB gedik sangat. Huh, hilang macho saya bila malu-malu pulak dengan kenalan lelaki.
Ini yang lain....ramai juga. Suhaimi makin kurus. Amir makin kacak. Mus tembam macam tu juga. Nora makin lawa paseipa ntah. Fawiz sudah kurang kacak tanpa misai ala pakcik.

Gambar kandid oleh Erni ka Aina ka Musfirah entah. Tapi saya suka gambar ni. Buat saya nampak misteri dalam kecomelan. Muahaha.

Makan kek batik Mus. johor mari. orang kampung saya kot ni, Segamat.

Tadaaa! Aini dan yang lain buat kejutan hari lahir untuk saya. Ada kek! Yeay! ada kek birthday sebenar. Haha. Terharu.

Sambil peluk saya, Aini cakap,

"adik, aku takmau pecahkan rekod hang."

Fawiz cakap,
"kawan-kawan ko sambut birthday ko ada air durian kan. tapi kek takdak."

dalam keharuan, saya membalas,

"huhu, ingatkan aku takdak kek tahun ini. tau tak aku pi beli & makan sendiri-sendiri kek kat kedai"Saya tak begitu kental dalam kerja potong memotong kek. serahkan pada yang pakar. nora memang terserlah keperempuanannya dalam hal ehwal memegang pisau, sekalipun pisau kek.

Pandai ya Aini. Dalam FB takdak upload gambar yang ada muka hang ya. Jadi saya merajinkan diri cari gambar Aini dalam portal UPSI.
Ambil ini sebagai pengajaran ya. hehe.

Terima kasih semua.

Friday, April 22, 2011

lompat ke sini

Sejak lahir, kita dah lompat-lompat ke pelbagai hentian. rumah, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pra-U, universiti, tempat kerja, alam kawen, dan hentian terakhir pastilah kuburan.

Kuburan itu pasti, dan perjalanan atas dunia ni juga haruslah dikejar dan dijalani dengan sebaik mungkin. Saya agak sinis memandang orang-orang yang berfikiran 'buat apa lah nak kejar dunia, last-last nanti mati jugak'. Heh, ini kata-kata orang yang kalah sebelum berjuang.

Saya berpegang pada ini,
Bekerjalah seperti anda akan hidup selamanya,
Beribadatlah seperti anda akan mati esok hari
.

Jadi, hentian saya seterusnya untuk empat bulan latihan mengajar adalah di sini
SMK Ibrahim, Jalan Kolam Air, 08000, Sungai Petani, Kedah

Disebabkan cikgu-cikgu termasuk cikgu praktikum tak perlu jahit lencana sekolah di tudung, maka mari kita tengok bapak kepala sekolah pula.

Nampak garang. wooo.

Saya akan mula berpraktikum pada 9 Mei 2011 dan berakhir pada 25 Ogos 2011. InsyaAllah. Pembaca sekalian, doakan Cikgu Nurul yang kecil molek dan muka naif ni dapat menjalani latihan mengajar dengan jayanya.

Tag nama dah buat, tulis nama NURUL AIN. Muahaha. Rasa macam bukan saya lah, nurul ain ni. Kenapa saya nak guna nama Nurul semasa mengajar nanti? Sebab saya takmau kenalan baru di sekolah ni kenal saya dengan nama Ain Fathihah. err..ok, sebenarnya sebab saya takmau pelajar saya jumpa blog ni. Haha.

Pstt..kalau ada cikgu-cikgu di SMK Ibrahim yang jadi pembaca bisu blog ni, silalah tinggalkan komen tanda perkenalan di blog ni ya.

Harap-harap tak ada dialog seperti ini dari bakal pelajar nanti,

"Cikgu Nurul, saya silent reader blog Ain Fathihah. hihihi"
mau saya pengsan kerana malu...dummm!

Ada enam pelajar UPSI yang akan berpraktikum di sekolah yang sama. saya seorang pelajar sains. lima lagi cikgu praktikum adalah dari program matematik pendidikan sejarah, dan pengajian malaysia.

Kalau tengok dari jurusan ni, rasanya sayalah yang paling muda antara mereka semua. Hehe, apapun, usia sekadar angka kan.

Kalian, doakan Cikgu Nurul ya!

Thursday, April 21, 2011

sekuat badang.

Sejak saya mengambil langkah berani menyelitkan beberapa entri mengenai hal keluarga saya di blog ini, saya mendapat respon yang agak banyak dari kawan-kawan sekeliling. Ada yang komen mengharukan, ada yang reaksi yang nak buat saya tergelak.

entri 1
entri 2
entri 3
(rupanya ada tiga entri saja yang saya tulis pasal hal ni)

'Ain, betul ke apa yang ko tulis dalam blog tu? Tak sangka aku ko ada problem macam tu. Ko asyik gelak-gelak & kacau orang je dalam kelas. Nampak ko moody pun tak pernah'

'Ain, aku...aku...'
terus memeluk saya sambil teresak.
'aku sayang hang, ain. aku tau hang kuat. aku tau hang sabar. terus tabah ye'


'Wei Ain mu buat cerpen bersiri ke? Siyes aku tak percaya weh. Selama ni aku jeles baca blog mu. Baca pasal family mu, happy ja. Ma Pa aku tak bercakap sesama sendiri dah bertahun-tahun dah. Tapi sekarang aku rasa syukur Ma Pa aku masih serumah. Aku pun takmau gak kalau depa cerai. Biar la Ma Pa aku macam tu, asalkan masih bersama.'



'Ain, be tough ok. apa pun yang akan jadi, cuma yakin dengan Allah. Setiap apa yang Allah beri ada sebabnya. Maybe tak nampak hari ni, esok lusa kita taktau. Banyakkan doa & aku dapat nampak hang kakak yang kuat & boleh bagi kekuatan kat adik-adik. Aku tak lalu, aku cuma boleh cakap. sebab aku sayang hang, nangislah, walau nangis tu tak boleh setel masalah, tapi at least hang lega sikit'


'Sayang, walau apapun yang terjadi jangan lupa Allah ada perancangan yang terbaik untuk hang & family. Kuatkan semangat budak kecik!'


Syukur saya ada ramai orang sekeliling yang membantu saya (membantu ni tak semestinya kamu mai kat saya, dan beri nasihat @ bantuan secara langsung. berpura-pura tiada apa yang kamu tahu dan tidak menyibuk bertanya secara keterlaluan juga adalah sejenis bantuan). Alhamdulillah. Tapi, saya sedar juga, sejak saya tulis entri yang berterus terang dengan situasi yang berlaku, beberapa kawan seBio yang kelihatan kekok bila berhadapan dengan saya dalam kelas.

Saya rasakan mereka (yang sekelas dengan saya dan mereka ini baca blog ini) kekok berhadapan dengan saya apabila mereka ;

a. jeda perbualan apabila melihat saya. muka macam nampak rosmah mansur depan mata.
b. terlalu berhati-hati apabila berbual dengan saya.
c. pandang saya dengan muka kasihan.

Haha. Apapun, saya bangga juga bila saya dikatakan kuat. Tang mana yang kuat tu ya? badan sekeping muscle macam malek nor masa muda tiada juga. Agaknya mereka cakap begini bila nampak seakan saya berkelakuan seperti biasa. Maksud biasa ni, saya yang suka bising-bising, suka kacau orang (sakat Fida dan Chaah), cakap banyak, gelak banyak dan berperangai kebudakkan dalam kelas.

Syukur alhamdulillah.. setakat ini saya tidak mengalami tekanan perasaan melampau, depresi berpanjangan, sentiasa kemurungan, memberontak, ataupun makan racun tikus mahupun bunuh diri.

dalam keadaan macam ni, barulah saya dapat mencerna dan menyerap roh tazkirah Magrib oleh Aini Jaafar masa camping Ekologi di Sungkai semester 4. Isi tazkirahnya ;

'berlapang dada' (errr, ada panjang lagi, tapi dua perkataan ni ja yang melekat di minda)

nota tumit : sebenarnya orang-orang terdekat sajalah yang tahu bagaimana keadaan saya bila dalam tempoh-tempoh tertentu, saya akan meng-isolasi-kan diri, kemurungan dan depresi terkawal. saya akan kongsikan nanti. tak janji bila. ceh ceh, macam la ada orang tertunggu-tunggu entri saya kan.

Wednesday, April 20, 2011

kertas pertama

Kertas Industrial & Current Issues In Chemistry
Soalan nombor 3 d )

Nyatakan empat kelas utama dakwat ;

erm..saya dah baca, tapi tak ingat jawapannya semasa menjawab. jenuh diperah-perah minda, jawapan tak terkeluar juga.

saya cuma ingat tiga. lithographic, fleksographic, rotogravure... lagi satu, ingat macam ada perkataan press kat belakang (dua perkataan)

akhirnya saya tulis begini,

1.litographic
2.fleksographic
3.rotogravure
4. ______press

muahaha! Prof, sila isi tempat kosong ya.
.
.

muka fotokopi siri dua

Ini entri muka fotokopi tak bersiri.

Dua hari lepas, elok saja saya sign in facebook, saya terkujat sebentar. Eh bila masa saya ada snap gambar-gambar gedik dan berusaha untuk kelihatan comel begini? Lup dup lup dup juga lah dada ni. Ni mungkin gambar zaman sekolah dulu yang saya dah tak ingat.

Tiga kali tengok, dengan sungguh-sungguh punya pemerhatian, rupanya ini gambar adik kelima saya, Atiqah Farhani. Dia sekarang 14 tahun.

Aishhh!! Awat sama sangat? Kak Chik, kamu fotostat muka Tata ka?

Kalaupun dia taknak mengaku, saya memang syak habis-habisan yang dia fotostat muka saya. Huh!

Tuesday, April 19, 2011

birthday Sultan

Mira : Wei Ain. aku demam. nak pi klinik la satgi.

Ain : Nak pi ka? hari ni birthday sultan perak lah.

Mira : Habis tu? macam la aku sambut.

Ain : cuti la woi. klinik tutup!

Wednesday, April 13, 2011

pencetus hormon nikahtrone

Menjejak dewasa semester 6 ni, topik yang paling hangat diperkatakan sesama kami (saya dan kawan-kawan) adalah mengenai praktikum. Topik di tangga kedua yang tak kurang hangatnya adalah pasal kahwin.

Memang saya perasan sungguh, masuk sem 6 baru masing-masing bercakap pasal kawen. Bukan lelucon lagi, tapi secara serius. Rasanya ini semua Sara Tomeng Bininya Eyo punya angkara. Semua orang pun (mesti la termasuk saya kan) semacam teruja ya amat bila tengok gambar kahwin Sara. Bila buka FB dan tengok album kahwin Sara, haruslah masing-masing buat bunyi macam ni,

'arrrr!!!'

'Weiiiii!'


'Comey-nya comey-nya comey-nya!'


'tskkkk....'


'nak kawen gak, nak kawen gak'


sambil pegang kedua belah pipi masing-masing.

Mula-mula terasa aneh, tapi lama-lama rasa ini fenomena biasa. Bila berbual dengan kenalan yang lain jurusan, dapat pula berita si anu nikahnya sebelum praktikum, si polan kawen bulan 11, si fulanah dan kawan-kawan bertunang feb tahun depan.

ahh, ini semua berita yang mendatangkan keresahan jiwa, tahu. sampaikan status FB saya bernada tidak puas hati seperti ini,

Aku cuma nak tanya ini aja.
Kenapa umur kita kahwin makin lambat?

Dulu 16 tahun, dah kawin.
Sekarang 16 tahun nak kawin? Gatal.


Haha. Sibuk ja cakap nak kahwin, tapi bila saya masuk butik pengantin (ya, baca lagi sekali butik pengantin. saya masuk butik pengantin!) untuk tengok-tengok anggaran kos nak kahwin ni, gulppp! err, tak apa lah. baik sambung Master dan pHD terus lepas habis degree ni.

nota tumit : psttt!!... kalau sapa-sapa tahu mana NGO atau ada program yang anjurkan majlis kahwin beramai-ramai tu, roger-roger saya tau! ahaha.

Monday, April 11, 2011

tulisan

zaman sekolah (dan juga sampai sekarang) ;

1. Tulisan saya besar-besar.

Seorang teman pernah merungut begini pada saya

'Wei Ain. awat tulisan hang besaq gabak sangat ni? banyak makan ruang lah.'

selamba saya menjawab

'biaq lah. aku berjiwa besaq tau. lagipun cikgu kita tua-tua, kesian mata tak berapa nampak kalau aku tulih kecik'

2. Tulisan saya buruk

Kadang-kadang saya pun tak boleh nak baca tulisan saya sendiri. Tambah-tambah nota yang ditulis dalam kelas.

'Weh, ni aku tulis apa ni? takleh baca'

'Mana nak tau kat hang. Tuan punya tulisan pun takleh baca, tambah la orang lain'


Demi menyedapkan hati, selalu juga saya berkata begini,

Tulisan saya buruk sebab saya doktor-tak-jadi.

Tapi sekarang, sudah mula risau. Tak apa ke cikgu tulisan buruk? hehehe.

Tuesday, April 05, 2011

21 - freedom is good but principle is must.

terima kasih pada semua yang ucap selamat sempena ulangtahun kelahiran saya. Usia 21 tahun, ramai yang cakap usia untuk dapat kunci kebebasan. bebas setakat mana tu ya. Apapun saya yang konvensional ini masih percaya yang freedom is good but principle is must. Bebas sehingga lari dari fitrah, itu bebas yang memusnahkan diri.

SMS hari lahir pertama saya terima dari Baba, jam 11.57pm 2/4/2011.

Salam anak Baba selamat menyambut ulangtahun. Banyak cabaran yang akan Tata tempuhi... ... Moga dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Hidup yang akan diharungi pasti penuh dengan dugaan. Oleh itu hadapi dengan pertimbangan yang sehalusnya ...
Ucapan pertama yang menyeramkan. Hihi.

Noriswana rakan seBio orang pertama yang ucap selamat kat saya dalam Facebook.

Hasmalina, orang yang paling banyak kali wish birthday kat saya tahun ni.
Jabat salam masa parti durian, SMS, YM dan emel. Nak tahu kenapa dia wish saya banyak kali? hehe. Saya rasa mungkin dia terharu sebab masa birthday dia, saya jadi orang pertama yang SMS dia untuk ucap selamat ulangtahun. Baca : SMS, bukan facebook.

SMS saya pada dia lebih kurang begini,

'Salam Has. Reminder HP aku tulis esok birthday hang. So, selamat ulangtahun kelahiran ke 22'

haha.

Saya, Ain Fathihah mengucapkan

terima kasih pada semua yang SMS,

Siti, Amal, Mama, Faina, Amirul Izuan, Amirah Fatin, Athirah, Adeebah Farzana, Mak Nanie, Hasni, dan Faiezah.

terima kasih pada semua yang ucap selamat hari lahir di Facebook. Err, ramai sangat tak mampu nak tulis semua. Maaf ya. huhu.

Dan terima kasih juga pada pemanggil misteri yang telefon, 0174488325 sekitar jam 12.15 am. Suara garau, saya syak lelaki. Hehe. Dia ucap happy birthday nurul ain n bla bla bla tu. Bila saya tanya ni sapa, dia cakap 'suka hati aku lah aku ni sapa pun. ko poyo ape hal. sebok ja nk tau aku sapa'. terus dia matikan perbualan. lima saat jeda. okay, saya terkesima sebentar. lima saat kemudian baru tergelak.

Buat Pakcik Padil, saya dah 21 (sambil senyum-senyum dan angkat-angkat kening).

Kenapa dengan 21?

Heloo cik abang. Saya dah rasa tua ni. Sila siapkan thesis kamu, pergi latihan industri, cepat kerja dan kumpul duit dan masuk meminang saya! Haha.

nota tumit : saya dah semangat nak daftar undi dengan SPR.

Monday, April 04, 2011

petua kecomelan di usia 21 - mandi air durian

Malam parti durian tu, tarikhnya 2 April. Tengah-tengah sibuk makan pulut durian + durian tu, tiba-tiba saya dengan muka tak malu dan tangan berlemoih durian, bangun berdiri dan buat ucapan,

berbasa-basi lebih kurang begini,

'salam semua. ni mungkin kali ketiga atau keempat terakhir kita dapat berkumpul macam ni, walaupun tak semua yang hadir untuk parti durian ni. sem lapan nanti kita cipta lagi banyak kenangan bersama. bla bla bla'

hampir semua memandang saya yang tengah berdiri dan memberi perhatian pada ucapan saya. mengakhiri ucapan, saya cakap dengan muka yakin,

'hah, esok birthday aku. jangan lupa wish tau. sekian, terima kasih'

dan mereka secara sepakat serentak mengembu saya (macam jenama kacang pulak)

"BOOOOOO!"

yang paling semangat Boo saya sambil buat isyarat ibu jari terbalik mestilah Zety Liyana. Kalau saya kanak-kanak, Zety ni adalah kanak-kanak-kanak-kanak. Saya memang tak boleh lawan kekanakkan dia. hehe. Yang lain pakat ketawa, normal.

Habis makan, saya pergi basuh tangan di sinki cafe. Err, basuh tangan kali ketiga sebab sebelum tu saya dah dua kali basuh tangan dengan niat nak berhenti makan. Apakan daya, iman tak kuat. Selagi durian tak habis, saya tak tahan godaan. Makan, makan dan makan.

Masa basuh tangan tu, Noriswana minta nombor telefon Amira. Saya pun tanpa banyak soal beri HP saya pada Noris, sambil terdetik juga dalam hati, 'takkan la noris takdak no.hp mira?. tapi mungkin juga takda, depa dua tak sekelas pun. mungkin tak pernah buat kerja sama-sama.'

Kemudian saya kalut buat-buat rajin nak ambil tong sampah untuk pungut pangsa-pangsa durian yang bersepahan atas gelanggang. Sekilas pandang, dari pandangan tepi saya nampak Marena bawak baldi. Tak sempat nak fikir, tiba-tiba saya rasa saya dah basah kuyup.

Terkejut. Sungguh saya rasa nak marah. Saya menjerit kuat. Saya tak pernah rai birthday sesiapa begini, dan saya juga tak pernah diraikan begini. Tapi tak sempat nak marah kawan tu, seorang lagi kawan dah kejar saya untuk simbahan air seterusnya. Perut penuh ditambah diri saya dah mengah makan durian dan pulut banyak, saya tak dapat berlari jauh pun. terduduk tengah padang, dan Datin Sri Anen simbah saya lagi dengan air. terkejut saya sebab Anen boleh lari laju. Muahaha.

Masa ni baru saya terasa siap ada biji durian yang menimpa badan. ada bau telor jugak. dan santan jugak. hanyir. busuk. pening kepala gua!

Lepas tu saya pergi peluk Azlina. Peluk dia sampai dia terguling atas rumput. Drama betul. Azlina sempat jerit,

'ain!! Na tak bersalah! Na tak tahu gapo-gapo pon!' (haha teka orang negeri mana)

Kemudian saya sempat bertenang. dan berbual-bual dengan kawan-kawan lain siapa punya rancangan buat macam ni. Semua mata yang berhadapan saya, cuma kusyuk memandang saya sambil senyum-senyum. ceh, galak.

dan tiba-tiba rasa sejuk atas kepala. okay, Noris sekali lagi siram saya dengan air biasa pula. Bilas lah kononnya kan. Tadi dengan air durian+telor+santan. dan siapa pun tak bagitau saya noris ada kat belakang tengah nak standby siram air!

Masa ni saya dah rasa nak nangis. Saya nak marah sebenarnya. Tapi saya pelik kenapa saya takda rasa nak marah. Saya terharu. Tersebak. dan taktahu ada rasa emo-emo apa lagi. Pergi kejar Syadida dan pelok dia pulak. Dah nama pun kawan, biarlah sama-sama busuk. Kan dida kan. Hehe.

Sesi bergambar kemudiannya, semua orang takmau duduk sebelah saya! Busuk dan hanyir.

nota tumit : terima kasih semua. nanti bila Hasni dah upload gambar semua orang dalam FB, saya tampal kat sini juga, dan tulis nama semua orang yang bersekongkol, okey.Hangpa memang senget ahh!! haha. Semua pakat takmau duduk sebelah saya masa bergambar. Sapa-sapa yang kena peluk tu pun, pakat dijauhi jugak.



Berdiri dari kiri : Jasmawani, Hasni, Kery Khairiah, Liyana, Marena, Husna, Suziati, Hamizah, Syadida, Aziah, Adda

Melutut dari kiri : Tih Fatihah, Noris, Raja Nur Aimi, Zety Liyana, Aishah, Hidayah, Puan Sara Bininya Eyo.

Duduk dari kiri : Datin Sri Anen, Hasinah, Hasmalina, Amirah, Ain Fathihah, Azlina.

parti durian.

Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)

psttt ; dalam ramai-ramai anak dara dalam gambar yang saya tampal ni, cuma ada seorang Puan. Yang lain Cik. hehe. promote nih.

yeahh! musim durian dah mula. mari berparti!

Sabtu malam baru-baru ini, saya dan kawan seBio pakat nak makan durian ramai-ramai. Durian sebagai menu utama. Tak lengkap kalau dalam satu musim durian, tak makan pulut durian kan. Jadi ada yang merajinkan diri tanak pulut, perah nyoq dan bawa gula.

Ini muka-muka gadis teruja menunggu parti durian bermula. Masa ni tengah bincang nak makan kat mana. Di cafe KUO, agak penuh dengan manusia ber-meeting, diskusi dan juga dating. Agak kejam lah kalau makan kat tengah-tengah orang ramai.
Jadi kami (lebih kurang 24 gadis) angkut durian yang penuh satu bonet kereta, makan di gelanggang cafe. Apa kejadah nak makan durian atas meja kan. Harus kena bersila. (atau sapa-sapa yang reti bersimpuh).

Jenguk dalam bonet, saya dah cuak. alamak, cik gadis yang pi beli ni tak minta pakcik jual durian tu belah sikit siap-siap. Macam mana nak makan sebab saya rasa ramai gadis tak reti buka durian. Bila taktahu teknik yang betul untuk belah durian, rompak bank akan jadi lagi senang.
Saya tak pernah buka sendiri durian. Biasa beli, minta orang yang jual tu belah bontot durian tu siap-siap. Maka dengan yakinnya, saya ambil sebiji, tonggeng terbalikkan durian tu, belek-belek, renung duri-duri durian tu dengan penuh kasih sayang, sambil fikir-fikir macam mana nak makan ni.

Teringat orang pernah cakap, kena belah kat alur durian. Alur? Ah, bantai saja. Agak-agak nampak macam ada line duri yang pelik tu, saya tibai toreh kat situ. Masih dengan muka yakin sambil tergelak-gelak tengok gelagat kawan-kawan.

Lihat gambar bawah ni, saya (dua dari kanan) dah mula toreh alur durian. Yang hujung dari kiri, Una dah siap toreh dan tengah nak buka durian. Yang dua dari kiri, Kak Wani masih duk belek-belek durian tu. Pegang pisau pun belum. Gadis yang tak pegang durian, (Dida & Kak Yana) tengah menunggu dengan muka teruja.


Oh, Una dah berjaya bukak durian beliau. dengan serta merta, dua gadis yang berdiri tu, Hasmalina dan Sinah datang serbu Una. Saya dah buat muka tensi sebab dah lima minit, masih tak berjaya bukak durian tu. Perut dah bunyi. Hati tak sabar. Aww..

Yang lain pun masih terkial-kial juga nak bukak. Apapun, semangat kuat ya masing-masing. hehe.


Macam mana pun, saya berjaya bukak sendiri durian untuk kali pertama dalam hidup. Bangga tak habis lagi ni. Hehe. 26 biji durian juga selamat dipulun oleh 23 gadis-gadis secara berjemaah.

Malam ni kali ketiga sebenarnya saya makan durian untuk musim kali ni. Kali pertama dan kedua, baru rasa-rasa buat syarat. Sabtu malam ni memang makan sungguh. Siap dengan pulut dua tiga kali tambah. Alhamdulillah.

kemaskini ; tambahan gambar.

saya suka tengok gambar-gambar dengan kawan-kawan ni. kenangan yang pegun.
Nampak kat sebelah saya tu? terselit seorang lelaki. Haha. Kelas saya memang agak susah nak nampak lelaki. Sikit sangat, 4 daripad 59 orang.