Dua orang adik manis saya ini, bila disakat mereka punya muka fotokopi, masing-masing akan tarik muka masam. Takmau dikatakan sama.
Bila kami membelek album gambar lama, Adilah (Kakak) beriya-iya mengatakan gambar Amirah (Kak Uda) semasa kecil adalah dia. Bila dibandingkan gambar Kak Uda sekitar usia 3-6tahun, mereka memang sangat sama. Saya pun pernah menyangkakan gambar Kakak merupakan gambar Kak Uda.
Pernah dulu, semasa zaman anak-anak, saya pernah berfikir semasa Tuhan nak buat reka bentuk muka Kakak, Tuhan tekap muka Kak Uda kat mesin photostat untuk dapatkan salinan muka Kakak yang serupa. Hampir serupa. Err, mungkin juga sangat serupa.
Erk, beriya-iya saya membayangkan Kak Uda yang ditonyoh mukanya atas mesin photostat. Maka, hasilnya adalah serupa ini.
Mujur juga bila dah sekolah pandai sikit (perasan betul nih), saya dapat belajar genetik. dapat belajar trait (ciri-ciri) genetik yang diwarisi oleh anak-anak daripada induk.
Hehe. Sebenarnya, saya tengah rindu adik-adik. Saja godek-godek folder Youcam dalam laptop. Dan jumpa himpunan gambar adik-adik saya tengah bajet muka comey depan laptop, sambil snap gambar sendiri.
Tuesday, February 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen tak puas hati:
comelnye.. rindu my adek2 jugak.. walopon dorg tu lelaki n x secomel adek2 awak..
huhuk~
Comel..
A'ah samlah muka dorang..
Nama pun adik beradik kan..
Entry Terbaru 1 : "Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids"
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Ramai Followers Dari Blog Ben Ashaari"
Entry Terbaru 3 : "Saya Mahu Mengaplikasikan Ilmu Tutorial Dari Blog Maribinablog"
a'ah sama la...
hehe comel. kalau dah asal nya sama =)
*siap posing buat tangan macam tu. weee!
Post a Comment