mereka yang tegar

Thursday, February 24, 2011

satu mesej diterima


5 tahun lepas :


Masa ni baru-baru nak mengorat. Formal. Santun dan berlapik.

Salam. Apa kabar?
Wslm. Kabar baik. Abang?
Sihat juga, alhamdulillah. Dah makan?
Dah, pukul 2 tadi. Abang?
Abang pun dah makan. Macam mana belajar hari ni? Ok?

Bla..Bla..Bla...sampai lenguh jari menaip mesej di HP.

Kemudian :

Oit sayang, duk buat apa tu?

Salam. Apa oit-oit? tak reti bagi salam ka?

Wslm. Muahaha, oit tu panggilan manja tau. selain 'pakcik', 'oit' tu pun manja gak. Haha.

Isk. Ain kan perempuan. tak elok la oit-oit orang. Duk buat apa tu?

Duk bernafas. Abang?

Habis tu selama ni ain tak bernafas ke? Abang duk format laptop kawan ni.

Ooo, format free lagi ke? Apa la, amik la duit sikit. Nak berak pun kena bayaq 2kupang tau la ni.

Huh, apa berak-berak. Tak sopan. Sekarang ni duk promote servis abang dulu. Nak bagi orang tau abang boleh tolong format laptop. Nanti baru nak bisnes betul-betul. Strategi ni tau. Orang perempuan mana tau. Haa, ain apa habaq (khabar) hari ni?

Kabaq baik. Tapi ain tak habaq kat sapa-sapa pun. Habaq kat abang ja. Haha.

Isk, budak kecik ni loyar buruk noh!


Kemudian lagi :


Salam Pakcik!

Wslm budak kecik.

Abang apa kabaq? Busy?

Abang kabaq baik, tapi jangan habaq kat orang tau.

Haha, yela. Tiruuuu! Sihat ka?

Sihat, alhamdulillah. Selain bernafas & mesej abang, ain duk buat apa ni?

Duk golek-golek atas katil. Rehat. Penat la kelas hari ni. Huhu.


Akhir-akhir ini :

Salam. Abang apa kabaq hari ni?. Ain busy sikit hari ni. Penatnyaa.

Wslm. Sihat ja. Abang pun busy jugak. Takdan nak tegur ain.

.
.
.
.
(dah tertidur)

Semalam :

Salam. 'Selamat Pagi' untuk pagi tadi. 'Jom makan' untuk lunch & dinner tadi. 'Selamat malam' untuk sekarang sebab ain dah nak tidur. Wslm.
.
.
.
(sebelum dapat mesej balasan, saya dah berjaya tidur dengan cepatnya)


p/s ; Kepada Pakcik Padil, kamu sebahagian impian masa depan saya. Moga kita sama-sama berjaya menempuh tahun akhir pengajian dengan jayanya. Kamu juga dinasihatkan cepat-cepat dapat kerja, kumpul duit dan masuk meminang saya. Muahaha

9 komen tak puas hati:

Queen M said...

COMEL AIH! :))

Cik Mus said...

comel :)

MuhD NoR AzyM said...

Hehe. I like!=D

ana said...

hehehehe....takpe, dh kawen nnti cover balik mhuhahahahaha

Anonymous said...

ASHIK2 KWEN HUAHUA

Luth Textile said...

galak dah ni.. cepat kawenn kaihhhh

Anonymous said...

kawan sya kata khwn je la..hahaa.sya pun se gitu

Anonymous said...

Sebenarnya sebagai blogger, anda tidak patut berkata seperti itu. Org yang memberi komen bukan mencarut tetapi sekadar memberi pendapat cik Ain. Itu bermakna anda amat disukai.

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

hahahaha
dats y aku n kucai x suka mesej.
lbh suka call.
klu mesej nnt mesti ada slh sorg ttdoq. haha