mereka yang tegar

Wednesday, April 08, 2009

warnatinggi guna Softlan

Salam'alaik. Hari ini hari Rabu. Ya, selamat hari rabu buat semuaa... la la la! Sebelum kelas English for Communication (EC) yang ditangguh ke jam 9 pagi, saya ke Malim Sarjana (Fakulti Bahasa) dan Cansellori (Fakulti Sains & Teknologi) untuk melihat markah Penilaian Berterusan (carry marks la!) EC dan markah penilaian pertengahan semester (midtest la weii) Histology.


Tiba di hadapan bilik Sir Ridhuan yang ‘ganteng’, terus saya dan mare+yuni+noris mencari-cari nombor matrik kami dan nilaian markahnya.

D20081032381

Individual task (Public Speaking) 17/20

Listening test (Quiz) 17/20

Group task (Forum) 24/30

Total 58/70


Fuhh, memuaskan hati. Ngehh3x! Saya tak pernah dapat markah yang baik pun untuk mana-mana subjek Bahasa Inggeris. Legaaa! 


Terus kami ke Cansellori pula. Menuju dengan jayanya ke bilik Dr. Haniza. Dengan teruja melihat kertas yang tertampal di cermin biliknya. Markah penilaian Animal Histology.

D20081032381 16/40

eh? kenapa nombor matrik saya di'warnatinggi'kan (highlight) dengan warna kuning? erkk? Cuma ada tiga orang yang nombor matriknya diwarnatinggikan. Saya antara yang bertuah. Bertuah laa konon. Serta-merta terngiang-ngiang di telinga saya pesanan Dr. Haniza dalam kelas semalam

"Nama siapa yang berwarna kuning, sila jumpa saya" (in english okayy!)

Sedang saya tergedik-gedik kerisauan di depan bilik Dr. Haniza, tiba-tiba dia memunculkan diri dari dalam bilik.

"err, Dr. free ke sekarang? Saya kena jumpa Dr. ni.. Saya kuning" huhu, pelik sungguh ayat tu.

"Saya ada mesyuarat sekarang. Jumpa saya selepas ini" (in english okayy!)

"Dr., kenapa saya yang kuning ni kena jumpa Dr.? Dr. nak apa?" Heh, dalam keadaan gabra, memang tak sempat nak atur ayat yang sopan kan....ngeh3x..

"Saya nak 'basuh' kamu" dengan muka ala-ala garang dan serius. Terserlah ketegasannya.

"Hah? nak kena basuh? Dr, boleh tak saya nak bawa Softlan, biar lembut sikit.."

Dr. Haniza Hanim terus berlalu pergi. Sempat saya melihat senyuman di bibirnya. Fuhh! Mujur tak kena marah lepas saya tanya soalan macam tu. Softlan? Hahaha....Ain, sebelum bercakap sila fikir dulu ya!


11 komen tak puas hati:

Adi Muslim (I LOVE ISLAM) said...

ayoyo ain....

lacture pon ko nak SENTAP gak ke!!!!!

x patot x patot....

Eyeda Eton said...

haha. ain.
sempat lagik wat lwk dy.
=D

mama moden said...

salam
tata...tata
ngan lacture pun sempat lagi nak buat loyar buruk?

F.Aminurrashidd said...

tahniaahh 58/70 tuu.. aku ketinggalan 1 mark ngan ko untuk EC 1.. sem lepas punya citer.. hahaha peluang cerah dpt A tuh

::zety:: said...

hahaha..

ain..kau mmg outspoken~

handhalah ibnu kamil said...

huk.

kan betul teori aku sal ain ne.
sungguh lepas.

lecturer pun kena sentap.
hahaha.

ain fathihah said...

fawez..ahaha..harap2 aku boleh dpt A utk EC...wuuu....doakan

Hamba Ilahi said...

bagi aku ain tak lah jenis yang sentap orang cuma gurauan yang tak kena pada tempat..he betulkah?????
papun ain jangan buat lagi nanti abg pukul!!!!!!!!!!!!!haha

Rantong said...

Sertai rancangan terbaru berjudul: "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" 24 jam sehari, 7 hari seminggu, hanya di kaca screen komputer anda...

ain fathihah said...

huhuhu

yunie la.. said...

aku ade skali la..
tahniah! pasal dpt tgi EC..
apa-apa pun,
usaha lebih gigih utk final ni..
semoga berjaya!!