mereka yang tegar

Saturday, April 18, 2009

mengapa anda berblog?

salam'alaik.. Ada soalan saya mahu tanya.. Boleh? Alaa, boleh laa..nak tanya jugak.

Mengapa anda berblog?

Saja ikut-ikut orang yang ada blog ke

Mengapa anda mahu berblog?

nak ikut perkembangan semasa ke

Mengapa anda suka menulis berblog?

nak tunjuk hebat pada orang lain yang anda tahu menulis ke

Mengapa anda menyibuk-nyibuk nak ada blog?

owhh....setiap kita ada sebab tersendiri kan.

Blog, memang dah jadi satu trend. Kan? Budak kecik pun ada blog. Makcik-makcik ada blog. Peniaga pun ada blog. Cikgu-cikgu ada blog. Rakyat marhaen........ada blog. Pemimpin politik pun ada blog. Nak berniaga klip video panas yang ehemm3 pun, melalui blog juga.

Mengapa anda berblog?

Seorang kenalan di YM sering bertanyakan entri terbaru saya jika saya lama tidak mengemaskini blog. Seronok katanya membaca tulisan saya (huhu, maaf, ini bukan pernyataan masuk bakul angkat sendiri, tapi pernyataan masuk lif tekan sendiri ya! hehe) Ada pula kenalan saya yang bertanya bagaimana cara menulis supaya seronok dibaca. Tulisan yang dekat di hati pembaca.

Uhh? Menulis pun ada cara ke? Saya tak tahu bagaimana nak jawab soalan ni. Saya cuma menulis dengan hati. Luahkan apa yang difikirkan di minda ke dalam bentuk tulisan. Cuma tekan-tekan saja papan kekunci di laptop, maka terhasillah perenggan-perenggan cerita saya.

Sedikit mahu berkongsi tips menulis. Cuma tiga S. Selesa, Seronok, Selektif.

1. Selesa
Dari segi susunan ayat, teratur. Tulisan besar dan gelap (dengan background cerah). Tulisan selalu berperenggan. Kalau satu perenggan masih panjang2, maknanya saya mesti buang perkataan yang dirasakan membazir, dan mengganggu emosi. Saya cuba untuk kurangkan pengulangan perkataan yang melewah, dan datangkan 'perasaan' dalam tulisan.

2. Seronok
Pembaca rasa seronok, gembira, tertawa dengan cerita berbau positif. Kalau bernada negatif, pastikan benar-benar sedih, menginsafkan, dan menyentuh. Kalau kisah seram, pastikan pembaca pulang dengan berselimut tebal dan menggigil-gigil. Entahlah saya tak tahu bagaimana caranya. Cuma sebelum menulis, saya biasanya set di kepala, apakah perasaan pembaca yang saya sasarkan. Itu cuma target. Tercapai atau tak, belakang kira.

3. Selektif.
Kalau cerita yang kita sampaikan, sama dengan blog lain, maka pembaca akan bosan. Sebab saya sendiri pernah rasa macam tu. Saya sendiri bosan dengan RS, kalau aku kebetulan terjumpa blog lain yang tulis cerita yang agak sama. Akhirnya, adalah nanti aku edit mana-mana, tokok tambah di RS. Tapi, kebanyakan cerita saya di RS berkenaan cerita ceriti hidup saya. Tak tahu la pula kalau ada cerita orang lain yang sebijik-sejibik sama dengan saya. Ehemm3!


Perlu diingatkan, sebelum anda membaca isi kandungan blog saya yang merapu meraban dan merepek, sila belek dulu deskripsi blog saya...yang mana? ni haaa..payah betul la!

Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan ada sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu membaca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.

Jadi, jangan kecoh-kecoh kalau anda mendapati blog saya tidak ada isi. Jika 'isi' yang anda mahu tidak terdapat di blog saya, tidak mengapa. Silakan beredar dengan segera ke blog lain. Shuhh..shuhh..shuhh!

Saya bercerita kisah saya. Pengisian hidup saya, mungkin tidak bermakna bagi kamu, dia, beliau atau mereka. Ada saya kisah? ahh, lantak lah. Hehe..

7 komen tak puas hati:

Adi Muslim (I LOVE ISLAM) said...

sape cakap blog ko best ain???? bute ke org tu??? erm, blog jauh di mata dekat di hati lg best...

dengan pembohongan dan cerite yg penuh fantasi huhuhuhu.....

p/s: jgan mara ain... blog ko memang best pon tapi tahap lulus jer ar 40% hihihihi

neem said...

suka..
sbb:
1. boleh luah perasaan.
2. boleh tgk pemikiran org2 termasuklah remaja, budak kecik, mak cik, pak cik.
3. blh tgk gmbr2. suka tgk gmbr.

p/s: cukup tiga je ek..hehe

ain fathihah said...

haha..mana aku tahu..dh dia seronok baca blog aku..layannn

HaImi SuHAiMI said...

oleh kerna aku xprnh mengomen blog ko...So, sudi ari nieh aku nak komen.

memang blog ko lawak kan???

memang blog ko tentang ko kan???

memang blog ko tentang hidup kan???

haahahahahahaha.......sebab ape aku komen ari nieh sbb aku terasa weiiii...............

ain fathihah said...

laa, suhaimi terasa kenapa..
aku takda niat nk buat kau terasa pun

sori la weh

ampun maaf dipinta...

aRe-NEen!~ said...

saye berblog sebab...suke ati saye larr!!!~

olddream said...

hum..x paham, x mau baca, and x mau baca..nak men ngn che am jer..huhu..