Showing posts with label orators. Show all posts
Showing posts with label orators. Show all posts

Thursday, June 04, 2009

kak bibah memang seorang yang yakin diri!

disebabkan saya tak mahu dikatakan membuat sebarang spekulasi.
..
maka disertakan sekali dengan bukti yang jelas, terang dan nyata
.
.


kalau tak jelas juga, silalah kalian suluh dengan lampu picit, lampu kalimantang atau lampu stadium (ikut keselesaan batin kalian ye!)
...................................

Haa, Kak Bibah kesayangan (bodek je ni) saya ni memang seorang yang maha yakin dengan dirinya.
hehe..
okey..
di sini ada satu pengumuman
wahai sekalian rakyat jelata
wahai sekalian pembaca blog
wahai sekalian perayau internet
wahai sekalian manusia yang gemar membuang masa di hadapan komputer

..

di UPSI ada seorang kakak yang yakin cantik
nama diberi Siti Habibah
dia masih solo (diragui kesahihannya)
siap siaga untuk di'ngorat' oleh sesiapa yang perkenan

harap orang semenanjung ye, senang saya dan famili debat mahu menyerbu kenduri kahwin Kak Bibah nanti...
..
..
ngeh..ngeh..ngeh! (gelak jahat)

Sunday, May 24, 2009

Abu (bukan nama sebenar)


Aku rasa kan..

budak yang terpapar di atas ni

cemburu dengan kecomelan dan ke'kiut'an aku

sampaikan

dia tak henti-henti mengaku

yang dia ni...

hensem

dan comel

dan menawan (yang ni aku tambah sendiri)

kamu semua tengok la...

dan nilaikan sendiri

.

.

betul ke dia ni comel dan hensem??

Monday, March 30, 2009

rindu keluarga debat

huhuhu...aku rasa agak resah...disebabkan agak sibuk dengan hal seBio, masa membataskan aku meluangkan masa dengan keluarga debat.

Aku rindukan mereka semua. Aku rindu akak-akak debat dan abang-abang debat aku.

rindu!

terasa aku punya adik-beradik yang ramai dengan keluarga debat ni.

terima kasih semua.

semalam terserempak dengan abg din dan abg kaza di kedai makan. sempat aku duduk berbual dengan mereka berdua. terasa terubat rindu pada keluarga debat bila mendengar celoteh abg kaza. terasa terubat rindu pada keluarga debat bila melihat senyuman bergula abg din. malam semasa latihan kebakaran KUO, rinduku juga terubat bila melihat kak sheera. Ahhh, bila lama tidak meluangkan masa dengan keluarga debat, terasa aku memang sangat menyayangi kalian. 

Tuesday, March 03, 2009

hormon kak sheera

Melepasi jam dua belas tengah malam semalam, saya teringat hari lahir kak senior debat saya, kak sheera. Apalah salahnya kalau saya menghantar SMS tanda ingatan kan. Kebetulan tidak berjumpa dia malam itu. SMS saya,

"dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis. peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-22, MOGA DIPERMUDAHKAN JALAN OLEHNYA."

tak sampai lima minit, SMS balasan menyusul..berbunyi,

"TQ, jangan lupa doakan aku cepat kawen tau..huhu"

erkkk? saya cuma tersenyum sendiri. Isk...isk...isk...gatal jugak rupanya akak debat aku ni..hehe

Saturday, January 31, 2009

pasca-Astar

Salam'alaik. Debat Terbuka Astar 2009 berakhir. Langkah pasukan debat UPSI jeda seketika di sini. Mengumpul kekuatan untuk perjuangan seterusnya. InsyaAllah.
Kedudukan pasukan :
Ranking 5. Pasukan UPSI (B) Hafiz, Baehaqi, Shahirah dan Rasmini
pengiring pasukan ini, Abu dan Kamaruddin
Ranking 10. Pasukan UPSI (A) Shahida, Nadia, Kaza dan Suhaimi
pengiring pasukan, Aini, Fawis dan Ain Fathihah (eh nama aku)
Tak lupa juga kepada senior-senior debat UPSI yang sudi datang menjengah kami adik-adik junior walaupun sedang sibuk berpraktikal. Seronok bila ada Kak Matun, Kak Bieb, Kak Nadiah, Abg Datu, Abg Indra dan Abg Faiezi. Okey, segan nak membebel panjang-panjang. Jom kita tengok gambar lagi. La la la...
Pasukan UPSI (B) masa octo-final. Kak Nadia Fitriyana dapat best debater masa perlawanan ni. Bagus! Abg Kaza pula sangat lahar masa ni. Opss! Kalah dengan UITM (E), huhu. Tak apa lah, belum ada rezeki. Tahniah untuk pasukan UPSI (A), yang mara ke suku akhir. Maaf tiada gambar, saya tidak ikut UPSI (A).
Kembar tiga (mak asing-asing, pak lain-lain), sentiasa bersama. Hehehe. Amat terharu mendapat penghargaan daripada Kak Nadia, Kak Shahida dan Abg Kaza. Yeahhh!! Kami memang berusaha menjadi pom-pom girls terbaik.
Muka serius Kak Nadia. Dia sangat bagus masa ini. Penyampaian yang baik. Bersemangat betul!
Masa kuarantin setengah jam. Kuarantin? hehe. Memang saat-saat getir masa ni. Persediaan terakhir sebelum masuk ke sidang debat.
Seperti biasalah, kami gadis pom-pom setia (tak termasuk Fawiz dan Suhaimi tau!) Tengok gadis bertudung krim tu, bajet comel. Hehe.

Friday, January 30, 2009

'mama' team UPSI A

Salam'alaik. Yang pertama, saya rindukan rumah. Yang kedua, saya agak risau tugasan-tugasan yang langsung tidak disentuh sepanjang cuti pertengahan semester ini. Yang ketiga, saya melupakan perkara pertama dan kedua apabila berada di Astar ini. Hwaaa3x!

Pengalaman saya menjadi pengiring......sangat best!!! hehe..Menjadi pengiring memang seronok. Walaupun orang lain nampak 'elehhh, pengiring saja...apa yang seronok? Low class!!' Ciss, berani ya orang itu. Jaga kau Ali!! (bukan nama sebenar)Seperti kebiasaan, setiap pasukan debat akan mendapat seorang Usher@Runner yang akan menjaga pasukan tersebut. Kali ini, pasukan UPSI (A) mendapat seorang usher yang sangat ceria. Sporting + Selamba. Kak Yaya ( saya tak pasti Yaya @ Yana). Pasukan UPSI (B), dapat usher lelaki. Akmal Azam ke Azam Akmal entah. Pun saya tidak pasti. Hohoho!

Sepanjang menjadi pengiring, saya memang agak bising. Potpet...3x. Owhh, mulutku taknak berhenti mengomel. Tambah-tambah menjadi pengiring bersama Abu dan Fawiz. Aini juga. Boleh pula kami ketawa terkekeh-kekeh semasa perdebatan berlangsung (sebenarnya cuma saya yang suka ketawa).

Debat terbuka ASTAR ini agak tidak formal. Sidang-sidang perdebatan diadakan di gelanggang badminton, tempat-tempat letak kereta, foyer-foyer bangunan dan lain-lain tempat yang bersepah-sepah. Memang santai (cuma santai kepada pengiring, bukan pendebat ya!) Lihat gambar--->saya dan fawiz memang tidak berpisah. Ada Aini juga di situ...
Menjadi pengiring bukan sekadar datang menyibuk-nyibuk dan menjengah-jengah sidang perdebatan. Bagi saya, pengiring memainkan peranan yang agak penting bagi membantu pasukan. Sokongan moral dan jadi gadis pom-pom adalah bantuan yang penting, kan?

Selamat Maju Jaya kepada pendebat UPSI dan juga semua pendebat-pendebat seluruh Universiti di Malaysia

Saya? Bila lagi? Kata Hafiz, saya masih perlu belajar. Baik Cikguuu! (siaran ulangan)

UM Astar

mesej daripada seseorang

" haa, ain kat sana (maksudnya di UM), jaga diri tau! Jangan asyik duk senyum-senyum kt lelaki plak"
warna merah, berbuai cinta.

hehe, mana ada..sungguh saya tak senyum-senyum kat orang. Orang yang senyum kat saya dulu. Jadi, kena la membalas senyuman kan? Tak mahu dikatakan sombong.

Saya berada di UM...Asrama Pertama UM..Pertandingan Debat Astar..seronok di sini, banyak belajar perkara baru. Bak kata Kak Shida, kemenangan bukanlah matlamat utama, yang penting nilai persahabatan yang dapat dipupuk. YUP!! Tepat sekali.

Sesi mendengar taklimat ringkas daripada senior Kak Matun dan Kak Bieb..Masing-masing muka lesu dan mata kuyu..Demi perjuangan pasukan, ku gagahkan jua..
kami, pengiring-pengiring tegar...mahu sentiasa bersama....Ain Fawiz Aini.. Go Go Go!! Abu sudah geng sama Abg Din...hOhOhO!

Aini dan Fawiz memang berusaha membantu pasukan. Team UPSI (A). Kami juga tukang sorak merangkap pom-pom girls team A.....hehe...(tapak tangan pedih ni...tepuk kuat-kuat)

Semoga pasukan-pasukan UPSI sentiasa mempamerkan seni perdebatan yang mengkagumkan.

Aku? Bila lagi? Owhh, kata Hafiz, aku masih perlu belajar. Baik, Cikgu!

Thursday, January 22, 2009

debat ASTAR

Kini sudah masuk dua semester saya mengenali dunia debat. Baru nak merangkak-rangkak kata orang. Keseronokan yang takkan difahami oleh orang lain. Ramai yang pelik mengapa saya sanggup menghadiri latihan debat sehingga jam 2pagi setiap hari dan tidak balik @ lewat balik ke rumah apabila cuti panjang..

Sungguh, tak kenal maka tidak cinta (n_n)

Ini merupakan suatu kegilaan baru saya. Keasyikkan yang saya tidak dapat gambarkan.
Asyik menghayati seni perdebatan dan melihat kawan-kawan yang lain berdebat.

Sejak menyertai Kelab Debat UPSI juga, jaringan sosial saya bertambah luas. Berpeluang mengenali kawan-kawan lain-lain jurusan. Pergaulan saya tidaklah jadi terbatas cuma kepada kawan-kawan sekelas Biologi (yang majoritinya perempuan! dalam kelas 59 orang, cuma empat kumbang yang tersesat di jambangan bunga)

Saya memang sentiasa berusaha memperbaiki skil debat saya. Sungguh. Tapi entah mengapa, saya masih tidak berpuas hati. Sentiasa merasakan yang saya mampu buat yang lebih baik. Tetapi, tidak mengapalah. Saya akan terus berusaha.

Setakat ini, dua kali saya mencuba semasa pemilihan pendebat untuk ke pertandingan debat antara Universiti. Dua kali juga terkandas. Hahaha. Pertama, semasa pemilihan Pasukan Muda untuk ke Pertandingan Debat Diraja di UIA tahun lalu. Gagal. Saya tidak kecewa. Saya tahu pencapaian saya masih teruk. Kedua, untuk ke Debat ASTAR di UM minggu hadapan. Gagal. Kecewa. Amat! bukan sebab saya tidak terpilih. Tetapi kecewa kerana merasakan tidak berlaku apa-apa peningkatan di dalam diri. Kecewa cuma untuk seketika. **senyum** Kemudian saya kembali bersemangat untuk membantu kawan-kawan yang akan bertanding.

Tahniah kepada Abg Kaza, Abg Bae, Kak Shera, Kak Rasmini, Kak Syahida, Kak Nadia, Hafiz, dan Suhaimi.. **senyum**

Seketika, saya teringat perbualan bersama Suhaimi. Sedang berjalan pulang ke KUO dari kedai makan..Bukan cuma kami berdua ya! Juga bersama kami, Kak Bieb dan Abg Kaza.

Suhaimi : Ain, kau kena tolong aku tau debat ASTAR nanti. Aku suka kau. Cara kau berfikir dan buat konsep bagus la. Cuma penyampaian kau lemah ja. Nanti kau usaha lagi ya!
Ain : Haha, yela. Kan aku ikut jugak nanti, yang penting kau kena la cuba sesuaikan diri dengan team kau.
Suhaimi : Ain, aku suka la berkawan dengan kau. Rasa ngam sangat. Walaupun mulut kau jahat, tapi kau memang best! (dia buat muka serius)
Ain : ..........(terdiam dan berfikir)
Suhaimi " Bla bla bla....
Ain : Ehh Saemy!! Kau kutuk aku tadi ya! Kau kata aku mulut jahat!! Waaa, jahatnya! Kutuk terus-terang sangat! Hahaha (ketawa)
Suhaimi : Hahaha..

ciss!

Saturday, January 17, 2009

hari ini hari sabtu

salam'alaik. Hari ini hari sabtu. Ada apa dengan hari sabtu? Hari sabtu adalah hari hujung minggu yang sepatutnya digunakan untuk merehat-rehatkan diri dan berpoya-poya setelah penat (penat la sangatt pun!!) belajar isnin-jumaat. Huhuhu.. Malangnya aku adalah antara manusia-manusia yang tidak dapat menggunakan sabtuku dengan bersenang-lenang di atas katil.

Seawal pagi sabtu yang mencengkam ke tulang sum-sum (bukan tulang osteoporosis ya! aku masih muda jelita), aku terpaksa memandikan diri sendiri untuk ke kelas Pengurusan Ko-Kurikulum. Bergelut pula dengan uniform BSMM yang merimaskan (dah la mahal). Warna putih suci, sesuci hatiku, hehehe. Berpakaian serba putih (mcm Misi klinik), terpaksalah pula aku berjaga-jaga untuk mengelakkan pakaian aku kotor. Aku makan comot! tertekannya kena jaga baju taknak bagi kotor. huhu...

Pukul 11.00pagi-1tgh hari kelas BSMM berjalan lancar (aku pula tertidur sampai tersengguk-sengguk, sedar-sedar je kelas dah habis dahhhh). Sayup-sayup saja suara Tuan Hayadi, instruktor BSMMku di gegendang telinga. Sempat pula aku bermimpi dapat makan ikan terubuk bakar cicah sambal kicap, air tangan mama.. Mujur tak meleleh-leleh air liur!

Balik daripada kampus, aku bergegas pula mandi, solat dan bersiap untuk menyertai Debat Piala Pengetua KHAR.
Debat yang pada awalnya cuma terbuka pada penghuni KHAR, akhirnya dapatku tembusi dengan jayanya..ngeh3..Terima kasih pada Kak Bieb dan Abg Kaza yang bersungguh mahukan adik-adik junior kesayangan mereka (perasan je ni!) menyertai juga debat ini.

Bergandingan dengan Suhaimi dan Fawis, aku muncul sebagai bunga di celahan 2ekor(orang?) kumbang. Memandang ketiga-tiga kami sering berlatih sebagai pendebat pertama dan kedua, maka kami tidak ada pendebat ketiga! Ketiga-tiga kami tidak pernah bangun berdebat sebagai pembidas. Huhuhu. Tanpa kompromi dan sedikit paksaan, Suhaimi usulkan aku menjadi pendebat ketiga. Waaa! Waaa! Tak reti...isk macam mana ni...huhuhu

Makanya aku yang selalu bercita-cita menjadi pendebat yang baik, bersetuju dengan cadangan Suhaimi dan Fawis, padahal dalam hatiku debarnya macam nak meletop!
3pusingan saringan dengan usul yang berlainan. Bangun aku dengan gaya bodoh dna selamba membidas hujah-hujah lawan dan dalam masa sama menguatkan hujah kami. Ada perlawanan yang memang aku terasa bodoh sangat, ada perlawanan yang agak sengit (bak kata juri lerr). Tapi, setakat pengalamanku yang cetek ini....ku kira perdebatan 3pusingan pada petang sabtu ini banyak membantu aku membuang debar dan ketar. Berdebat ni gelanggang badminton! Dah la ramai jejaka-jejaka (sempat mataku melirik nakal) sedang berpoya-poya bermain bola sepak. Huhuhu. Terasa banyak mata memandang. Malunyaaaa...berdebar bila hendak memulakan hujah. Mujur aku tak pitam di tengah-tengah gelanggang badminton tadi.


Ahad esok, aku hendak mensantaikan diri bermain sukan rakyat. Harap ahad ku menjadi lebih manis, semanis pengalaman hari ini..wassalam..

entah kenapa tak dapat muat naik gambar. mungkin lain kali.

Friday, January 16, 2009

hatiku mengecikkk!

Fawiz Aminurrashid: salam, g ikim bila?
ain fath mrh: depa dh p kot ni, pkul 6 td (hehe, aku xjawab salam pun)
Fawiz Aminurrashid: oih.. ko x g ka?
ain fath mrh: tak

Fawiz Aminurrashid: oic.. pasal x g?
ain fath mrh: sbb xnk p
Fawiz Aminurrashid: ooo~ smalam ko marah kat aku ek?
ain fath mrh: marah? sbb apa nk marah? (buat2 tak faham)
Fawiz Aminurrashid: jelingan awak tu?
ain fath mrh: jeling? (alamak, dia ni perasan rupanya mataku yang menjeling tajam!)
ain fath mrh: hurm, hr tu..hg ckp...xsuka budak sains (terus-terang, mudah kan?)
ain fath mrh: so, i'm a science student..
ain fath mrh: ptt kn aku terasa hati
ain fath mrh: itu ja
Fawiz Aminurrashid: owhhhh~ ko budak sains yg beza..
Fawiz Aminurrashid: 4 ur info aku dlu budak sains jugak..
Fawiz Aminurrashid: aku ckp bg yang berhak kena jer.. ko bukan mcm tu..
Fawiz Aminurrashid: tp kalau ko terasa, aku minta maaf..(haa, mujur reti minta maaf, xpayah aku merajuk lama-lama)
ain fath mrh: tak la..hg ckp secara umum...'aku xsuka budak sains'
ain fath mrh: ayt yg mudah je, tp aku stdnt sains kt cni..
ain fath mrh: mg aku terasa
ain fath mrh: so, smlm mls la nk tegur hg..
ain fath mrh: kecik ht lg
Fawiz Aminurrashid: yela.. yela.. aku salah.. laen kali aku xckap da..
Fawiz Aminurrashid: nak coklat la tuuu.. (hahaha, aku dah mula senyum. yum3, coklat!)
ain fath mrh: yala..yala..aku x amik ht dah...lain X ckp tu bertapis la...dh la kutuk scra umum
ain fath mrh: ceh
Fawiz Aminurrashid: ak igt la janji aku.. aku duk KUO skunk..
Fawiz Aminurrashid: cuz tenet khar probs jerr
Fawiz Aminurrashid: so x dpat balas testi ko ari tu..
Fawiz Aminurrashid: huhuhu
ain fath mrh: bkn psl jnji sgt pn..aku xkisah sgt psl coklat tu..sbb nt mesti aku tuntut jgak...cumanya aku mmg terasa ht dgn ayt hg hr tu ja...(cewahh, buat2 taknak coklat tuuu

Huhuhu, aku ni tak la mudah sangat terkecik hati dengan kawan-kawan. Selalunya dengan member kelab debat, memang buat hati kering ja. Tapi tak tahu la kenapa malam masa ada
latihan debat tu, secara tidak sengaja terasa hati dengan Fawiz ni. Cehh!
Apa-apa pun, memang best berkawan dengan budak2 debat ni... Hafiz yang mulut laser(hatinya baik...aku memang kagum dengan gaya hafiz berdebat..dia ada karisma tersendiri, insyaAllah, aku doakan dia boleh pergi jauh dalam dunia debat), Aini yang chabi+comel (aku geram tengok pipi montel dia), Abu Handhalah yang selalunya tenang+baik dengan aku, Fawiz orang kelantan yang dah hilang loghat kelantannya + selalu cakap 'ko ni sengal la ain', Suhaimi yang suaranya jantan dan yang lain-lain lagi....senior-senior...akak2 dan abang2.....

Tuesday, November 25, 2008

pra debat

Pengalaman saya menyertai pasukan pendebat Universiti Pendidikan Sultan Idris memang merupakan antara perkara paling menarik yang telah saya lalui setakat ini. Sebagai pendebat??
owhh, tentu sekali bukan. Saya masih berada di tahap teruk untuk menjadi seorang pendebat universiti. Saya masih bersemangat untuk berusaha dan belajar untuk menguasai seni berdebat. Bak kata abg Hairi, debat adalah seni yang pelbagai. Ya, sungguh. Saya akui. Seni yang pelbagai. Seni kehidupan. Saya mendapat peluang mengikuti rombongan debat UPSI ketika Pertandingan Debat Kepenggunaan (FOMCA) yang berlangsung di MMU Melaka. Cinta pertama saya pada pertandingan debat. Ohh, sungguh saya jatuh cinta pada dunia debat. Pertama kali diberi peluang merasai suasana pertandingan sebenar memang mengujakan saya.
Pengalaman kedua saya apabila sekali lagi diberi peluang mengikuti skuad debat UPSI ke Pertandingan Debat Diraja AntaraUniversiti yang berlangsung di UIAM Gombak. Kali ini saya pergi bukan dengan otak kosong. Sebagai pengiring sekalipun, senior-senior tidak membiarkan kami (pengiring : Saya, kak Nad, Aini, Abu dan abg Kadir) pergi dengan dada kosong. Kami dikerahkan sama-sama membantu pendebat-pendebat mencari bahan-bahan dan fakta-fakta yang akan digunakan semasa pertandingan nanti.
Owhh, saya sangat takut ketika itu. Adakah bahan-bahan yang kami cari bakal membantu pasukan debat UPSI yang bertanding? Adakah bahan-bahan yang kami cari akan berguna? huhuhu...

Terima kasih pada teman-teman Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI.. Kalian telah memberikan saya pengalaman yang berharga pada saya. Pengalaman yang tidak dapat saya kutip di dewan-dewan kuliah mahupun di dalam makmal. Pengalaman yang sedikit sebanyak telah mengajar saya erti tolak ansur, erti pengorbanan, erti persahabatan, erti tolong-menolong...ERTI KEHIDUPAN..
pada Kak Bieb, Kak Matun, Kak Nadiah, Abg Faiz, Kak Ami, Abg Hairi, Abg Kamarudin, Suhaimi, Kak Sheera, Abg Baehaqi, Abg Radzhi, Hafiz.. Kak Nad, Abg Kadir, Aini, Abu Handhalah...Syukran Jazilan...Jazakallahu Khairan Kathiran!!