mereka yang tegar

Saturday, January 17, 2009

hari ini hari sabtu

salam'alaik. Hari ini hari sabtu. Ada apa dengan hari sabtu? Hari sabtu adalah hari hujung minggu yang sepatutnya digunakan untuk merehat-rehatkan diri dan berpoya-poya setelah penat (penat la sangatt pun!!) belajar isnin-jumaat. Huhuhu.. Malangnya aku adalah antara manusia-manusia yang tidak dapat menggunakan sabtuku dengan bersenang-lenang di atas katil.

Seawal pagi sabtu yang mencengkam ke tulang sum-sum (bukan tulang osteoporosis ya! aku masih muda jelita), aku terpaksa memandikan diri sendiri untuk ke kelas Pengurusan Ko-Kurikulum. Bergelut pula dengan uniform BSMM yang merimaskan (dah la mahal). Warna putih suci, sesuci hatiku, hehehe. Berpakaian serba putih (mcm Misi klinik), terpaksalah pula aku berjaga-jaga untuk mengelakkan pakaian aku kotor. Aku makan comot! tertekannya kena jaga baju taknak bagi kotor. huhu...

Pukul 11.00pagi-1tgh hari kelas BSMM berjalan lancar (aku pula tertidur sampai tersengguk-sengguk, sedar-sedar je kelas dah habis dahhhh). Sayup-sayup saja suara Tuan Hayadi, instruktor BSMMku di gegendang telinga. Sempat pula aku bermimpi dapat makan ikan terubuk bakar cicah sambal kicap, air tangan mama.. Mujur tak meleleh-leleh air liur!

Balik daripada kampus, aku bergegas pula mandi, solat dan bersiap untuk menyertai Debat Piala Pengetua KHAR.
Debat yang pada awalnya cuma terbuka pada penghuni KHAR, akhirnya dapatku tembusi dengan jayanya..ngeh3..Terima kasih pada Kak Bieb dan Abg Kaza yang bersungguh mahukan adik-adik junior kesayangan mereka (perasan je ni!) menyertai juga debat ini.

Bergandingan dengan Suhaimi dan Fawis, aku muncul sebagai bunga di celahan 2ekor(orang?) kumbang. Memandang ketiga-tiga kami sering berlatih sebagai pendebat pertama dan kedua, maka kami tidak ada pendebat ketiga! Ketiga-tiga kami tidak pernah bangun berdebat sebagai pembidas. Huhuhu. Tanpa kompromi dan sedikit paksaan, Suhaimi usulkan aku menjadi pendebat ketiga. Waaa! Waaa! Tak reti...isk macam mana ni...huhuhu

Makanya aku yang selalu bercita-cita menjadi pendebat yang baik, bersetuju dengan cadangan Suhaimi dan Fawis, padahal dalam hatiku debarnya macam nak meletop!
3pusingan saringan dengan usul yang berlainan. Bangun aku dengan gaya bodoh dna selamba membidas hujah-hujah lawan dan dalam masa sama menguatkan hujah kami. Ada perlawanan yang memang aku terasa bodoh sangat, ada perlawanan yang agak sengit (bak kata juri lerr). Tapi, setakat pengalamanku yang cetek ini....ku kira perdebatan 3pusingan pada petang sabtu ini banyak membantu aku membuang debar dan ketar. Berdebat ni gelanggang badminton! Dah la ramai jejaka-jejaka (sempat mataku melirik nakal) sedang berpoya-poya bermain bola sepak. Huhuhu. Terasa banyak mata memandang. Malunyaaaa...berdebar bila hendak memulakan hujah. Mujur aku tak pitam di tengah-tengah gelanggang badminton tadi.


Ahad esok, aku hendak mensantaikan diri bermain sukan rakyat. Harap ahad ku menjadi lebih manis, semanis pengalaman hari ini..wassalam..

entah kenapa tak dapat muat naik gambar. mungkin lain kali.

6 komen tak puas hati:

world of my own said...

no wonder la ayat2 ain sedap je, debater rupanya ;p ^^

rasasayang said...

testing 1 2 3

Bro knie said...

:) teruskan... ain boleh...!!!
:)

mama moden said...

salam, cantik rumah baru tapi rumah lama lebih menarik

rasasayang said...

hehe.terima kasih kak dila dan Bro.
to mama, hehe...dalam usaha nak tukar rumah ni. asyik tukar2 ja.cari yang mana perkenan

Ustazalong said...

"Bergelut pula dengan uniform BSMM yang merimaskan (dah la mahal)."

cuba carikan saya pakaian uniform yang murah kemudian bawakan pada saya ..........

*upah baju melyu pun RM80.00.... tu kain sendiri.......

kes kes kes kes