mereka yang tegar

Saturday, January 03, 2009

Butterworth - Tanjung Malim

Alhamdulillah..segala puji-pujian bagi Allah..
Saya sudah selamat sampai ke destinasi tercinta (errk tipu je,tak la begitu cinta). Perjalanan daripada Butterworth, Penang ke Tanjung Malim, Perak..
Pagi sebelum bertolak dari rumah, suasana di rumah memang agak kelam-kabut. Masing-masing punya urusan tersendiri. Kakak begitu bersemangat mahu menghadiri sesi orientasi pra-sekolahnya, ditemani mama. Kak Uda perlu mendaftarkan diri di asramanya Maahad Mahmud Bandar Baru sebelum jam 1100. Sudah tingkatan empat rupanya adik ketiga saya ini. Saya pula perlu menaiki kenderaan rasmi saya pergi dan balik daripada rumah ke UPSI.. keretapi kesayanganku, hehe. Cuma Baba yang menghantar saya ke stesen KTM kali ini. Kemudian terus dia akan menghantar Kak Uda ke Bandar Baru Serdang pula.
Sengaja saya memilih perjalanan siang pada kali ini. Tren jam 1000. Hajat di hati mahu mencuci mata melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Mujur juga tempat duduk saya di tepi tingkap (ehh, tren ada tingkap ke?) Sebelum memulakan perjalanan, memang sengaja saya tidak menjamah apa-apa. Bimbang. Saya mabuk kenderaan. Bimbang apa yang telah dijamah akan terkeluar balik dari perut, huhu (bahasa mudah, muntah. wekkk!!)
Tambah-tambah di dalam train yang bergoyang-goyang dan agak bergegar. Aduhh... memang pening. tapi ku tahan jua, keretapi kesayanganlah katakan..
Subhanallah.. pemandangan sepanjang perjalanan memang menakjubkan hati saya. Dunia Allah yang luas terbentang memang mendamaikan hati. Merentasi kawasan kampung-kampung yang sederhana, pekan dan bandar yang agak maju, kawasan setinggan yang nampak kotor, sempit dan menjelekkan. Tapi saya percaya, di setiap celah-celah bangunan dan rumah papan itu, terselit 1001 cerita-ceriti manusia. Di saat pemimpin kita bermegah-megah dan bangga dengan kemajuan dan kemakmuran Malaysiaku tercinta, masih ada rakyat di negara ini yang tinggal di rumah (sangat tidak layak dipanggil rumah pun) sebesar reban ayam. Amat daif. Memilukan hati. Huhu. PM kita tinggal di Seri Perdana yang kita sedia maklum, lebih besar dari Rumah Putih tempat tinggal Presiden AS.

Perjalanan saya dengan keretapi mahupun bas sebelum ini, semuanya perjalanan malam. Jadi, naik dan duduk saja di tempat duduk, saya terus melelapkan mata. Terus tidur sehinggalah sampai ke destinasi. Hendak memandang ke luar tingkap pun, gelap amat. Saya takkan nampak apa-apa kecuali kerlip lampu neon.

Asyik menikmati pemandangan dan menginsafi diri (berangan juga), perut saya kian berbunyi-bunyi. Lapar. Aduss.. Tapi segan pula mahu mengeluarkan bekal yang dikirim mama. Terima kasih mamaku sayang. Risau baunya semerbak ke serata ruang koc yang saya duduk. Bagaimana ya? Perut sudah lapar amat. Tapi sungguh saya berasa malu untuk mengeluarkan mangkuk tingkat itu.
Saya cuma biarkan dulu gendung perut tali kecapi yang berdendang. Mula-mula irama dondang sayang.. Saya boleh tahan lapar lagi. Kemudian ke rentak pop yeh-yeh. Adess, pedihnya perut. Namun apabila perut saya berbunyi rentak rock heavy metal, saya mengalah.

Perlahan-lahan saya ambil mangkuk tingkat yang belum saya tahu isinya itu. Kebetulan pula orang sebelah saya turut sama mengeluarkan bekalnya dari dalam beg. Turut sama orang selang beberapa kerusi dari saya. Masing-masing dengan bekal sendiri. Leher saya terjengah-jengah. Kebanyakan penumpang keretapi sedang makan tengah hari. Owhh, rupanya memang boleh makan dalam keretapi ya. Ingatkan tak boleh. Ciss, rugi aja saya menahan lapar.

Sebelum makan, sempat saya snap gambar hidangan orang di sebelah saya. Nampak sedap lauknya, sambal udang dan telur goreng.

Tadaaa! Ini pula bekal saya. Nasi putih dan ayam pencen masak ungkep. Yang dimasak dengan penuh kasih dan sayang. Aduhh, bergegar nafsu makan saya. Hehe. Memang urmmphhh!! Sedap sangat. Terima kasih lagi sekali pada mama tersayang, Puan Junaidah Kassim. Mama sangat memahami anakmu yang kelaparan dan makan banyak ini. Nasinya padat dan penuh pula dalam bekas. Alhamdulillah..
Habis licin nasinya saya bedal. Lauknya habis separuh. Simpan sedikit untuk dimakan di KUO nanti. Alamak, rugi pula saya tak ambil bekal 3mangkuk tingkat. Yang itu mesti lagi banyak. Tapi bekal itu kata mama untuk Kak Uda.. Isk, kenapa lah saya tak tukar bekal kami sebelum naik tren tadi.. (ketamakan menguasai diri) Ha Ha Ha!

Perasaan saya makan di dalam keretapi sedang bergerak?Pertama, amat sebak..huhu..bestnya bekal mama bagi untuk saya. Sedih lepas ni saya tak mengadap hidangan mama bersama adik-adik. Terpaksa makan sendirian di kampus. Ditemani kawan-kawan cuma. waa!! sedih. Kedua, bengang. Susah hendak makan dalam tren ni. Bergoyang-goyang. Tersasar suapan saya sedikit. Mujur juga suapan ke mulut tidak masuk ke lubang hidung. Walaubagaimanapun, habis juga nasinya saya makan. Amat berselera hingga terlupa mempelawa orang sebelah!! Teruknya saya. Hehehe..

9 komen tak puas hati:

Luth Textile said...

1st time ke travel naik train?
okla kalau dah selamat sampai..

Muhammad Nor Azim B. Nor Azizi said...

Haha..mabuk kenderaan ke?

Cuba try dr Butterworth ke Seremban plak..musti muntah isi perut 2,3 hari lpas..=p

ain said...

hee
bukan 1st time la
dah sll

cuma sblm ni,
amik travel malam..

ni 1st time amik travel siang la

psl mabuk tu..huhuhu
bila naik kereta p tempat dekat2 pun leh rasa pening..aduss

maharani said...

first naik train ke? mula2 memang cam tu dik..lama2 ok la tu.. bila dah biasa semua jadi ok jer..

selamat menempuh semester kedua bagi tahun pertamamu...

salam ukhwah!

namh said...

hahaha
jangan demam batuk selesema 2 3 hari macam haritu sudahlah..
nampak sangat istilah perut tong tu tak dapat dipisahkan dengan hg ain..
huahuahua

Han Ri said...

hohoho. macam nim je, mabuk kenderaan. =))

runescape money said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Pjoyz Zul said...

hulur la skit lauk tuh.. huhuhuhu

nurulnadiah said...

Dh abis studi nanti baru taww, rindu gak kat Tg Malim tuh.haha

=)