mereka yang tegar

Sunday, January 29, 2012

fashion & dressmaking - giatmara

masih ingat entri ini? kebanyakan orang yang kenal rapat dengan saya menganggap saya main-main saja bila saya menyatakan keinginan mau belajar menjahit.

"hang ni, gunting kertas pun tak reti straight, ni pulak nak menjahit. habis la senget sebelah baju kurung tu nanti"

"eh, hang bukan ka tangan kayu? boleh ka nak pegang jarum nanti?"

saya cuma ketawa. semasa semester lapan, saya rasa tak mungkin semangat nak belajar menjahit tu akan bertahan lama. entah-entah saja nak propa saja si ain fathihah ni.

19 Januari, saya dah balik penang untuk selamanya. Rehat-rehat dulu. tak ada sebut-sebut dah pasal nak masuk giatmara untuk ambil kursus jahitan. Baba pun tak tanya apa perancangan saya.

baru seminggu di rumah, saya dah mati kutu kebosanan. taktahu nak buat apa walaupun banyak saja kerja yang boleh dibuat di rumah. saja mau cari alasan kan.


25 Januari saya menekadkan diri,

"Baba, tolong telefon Giatmara Tanjong sat. Boleh lagi ka nak mula kelas sekarang? patut awal tahun kan"

tapi baba terus ajak saya ke pusat Giatmara Tanjong, di sekitar jeti. jumpa terus mata ke mata, senang.

di Giatmara Tanjong, saya dan Baba bercakap dengan cikgu kelas jahitan. agak lama berbincang, cikgunya takmau terima saya. alasan ;


1. dah 25 Januari. orang lain dah masuk dan mula belajar 3 Januari. kata cikgu jahitan, cikgu perempuan lebih kurang sama besar kecil dengan saya itu, saya tertinggal tiga minggu kelas.

"tak apa cikgu. saya sanggup belajar balik apa yang saya tertinggal"

"saya tak mau. nanti kerja saya jadi dua kali ganda. saya nak kena ajar kamu, dan kena ajar juga pelajar yang lain. banyak la kerja saya nanti. lagipun saya risau kamu tak dapat cover balik apa yang kamu tertinggal. orang lain semua dah masuk modul tiga"

balik rumah, saya cari silibus kursus Fashion & Dressmaking Giatmara. saja nak tau.

ala cikgu jahitan ni. haha. berkira. sikit saja pun yang saya tertinggal. tapi dia tetap takmau terima saya. sob sob. mungkin muka saya nampak muka tak berbakat agaknya.


2. over qualified

Giatmara Jelutong cakap, saya terlebih kelayakan. aik? haha.

"kamu dah ada degree. kamu boleh cari kerja lain. lagipun tak ada keperluan mendesak untuk kamu masuk giatmara ni. mara ni nak tolong orang melayu"

okay. jadi tulis dalam borang,

kelayakan tertinggi, SPM.

"betul ka kamu belajar sampai SPM ja? ni muka budak cerdik ni. takkan habis sekolah dah tak sambung belajar dah?"

err.. pulakkk!


3. kuota penuh

"sini kuota dah penuh. pelajar ramai. cuba kamu pergi tanya di Giatmara Bukit Bendera pula."


bersambung....



nota tumit :

Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan
Tak boleh bersenang lenang masuk giatmara
Berehat sekejap isteri Baba dah meradang
Kerja berat takut reput tulang

Tidaklah boleh kukenanglah kenang
Oh airlah mata hai jatuh berlinang
Karam, di laut dapat kurenang
Karam, di hati nak bayar hutang

Saturday, January 28, 2012

DS Najib, terimalah kasih saya

Semasa DS Najib pengumuman baucer buku bernilai RM200 kepada pelajar IPT dan tingkatan 6, saya menjerit dalam hati. 'wau! seronoknya! boleh shopping buku'.

selesai peperiksaan, berpusu-pusu rakan-rakan UPSI pergi menuntut baucer buku. saya pun tak ketinggalan. bila tengok empat keping baucer buku RM50 berada dalam tangan, saya tersengih-sengih riang.

ada rakan mengajak saya ke KL, pergi MPH ataupun Kinokuniya untuk membeli buku. saya menolak. tak mahu memberatkan beg balik kampung dengan buku. kata saya,

"tak mau lah beli buku kat KL. nanti berat beg. lagipun kat Penang berlambak (kedai buku) Popular. MPH pun ada"

20 Januari, saya ajak adik temankan saya pergi Gurney Plaza.

inilah hasilnya setelah keempat-empat keping baucer digunakan secara rakus.


1. A Doctor In The House

sebelum pelancaran memoir Tun M ini lagi saya dah kepingin mau memiliki buku ini. tapi apakan daya, kocek pelajar penuh habuk dan plastik gula-gula hacks saja. saya tak mampu nak beli buku bernilai RM100 ni. mampu sebenarnya, tapi rasa berat hati nak guna duit sendiri dalam keadaan saya terpaksa bercatu belanja. memang buku ini berada dalam senarai nombor satu. alhamdulillah, dah dapat.


2. Chicken Soup For The Teacher's Soul

feeling kecikguan pula kan bila beli buku ni. RM46.85. sebenarnya saya bukanlah termasuk dalam kategori  pembaca yang banyak membaca dalam bahasa inggeris. sengaja memaksakan diri untuk mempelbagaikan bahan bacaaan.


3. Anak Apak - Memoir Politik Kewartawanan

Siapa tak kenal Subky Latif kan. meh nak sekeh sikit. haha. Anak Apak bernilai RM25 ni merupakan jilid pertama daripada tiga siri memoir politik kewartawanan oleh Subky Latif. lagi dua jilid tu, tunggu ada duit pula baru saya dapatkan.

saya perasan saya agak cenderung membaca kisah perjuangan politik haluan kiri. sebelum ni saya pernah membaca Memoir Shamsiah Fakeh dan juga Memoir Ahmad Boestamam - Merdeka dengan Darah dan API. apapun, sejak saya membaca buku bergenre memoir, saya dapati sejarah sangat menarik dan tak membosankan. baca buku sejarah pun rasa berdebar-debar. tapi kenapa subjek sejarah masa sekolah dulu, sangat bikin mata mau terkatup ya.


4. Dwilogi Padang Bulan & Cinta Di Dalam Gelas - Andrea Hirata

saya penggemar novel-novel Andrea Hirata. tetralogi Laskar Pelangi yang terdiri daripada Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov semua saya baca dan saya sangat menikmati tulisan Andrea Hirata, si penulis pendek dari Indonesia ini. asalnya buku ini tak termasuk dalam buku belian, tapi semasa membuat bayaran di kaunter, selepas diskaun 10% ahli, jumlah bayaran adalah RM180. juruwang Popular yang comel terus suruh saya pergi ambil buku tambahan. jenuh saya lari cepat-cepat, dan jumpa buku ini.


5. Junior Classic 8 & 10

buku RM7.90 setiap satu ini untuk Kakak, si kecil mulut murai darjah 3. dia dah biasa membaca, cuma kurang bahan bacaan dalam bahasa inggeris. Mampu ke kamu ada adik darjah 3 yang nak suami macam Fahry Abdullah Siddiq dan Abdullah Khairul Azzam? muahaha. tergelak saya. bila saya selidik, rupanya dengan gigih dia baca novel lama saya, Ayat Ayat Cinta dan dwilogi Ketika Cinta Bertasbih. oh pengsan! kecil-kecil dah baca buku tebal. taktahu la dia faham atau tidak sebenarnya jalan cerita novel tu kan.


6. Tunjuk Langit Cinta - Shahrizad Shafian

novel RM22 ni dipilih adik saya. upah dia meneman. sebenarnya saya rimas dia mengekor bontot saya semasa saya sedang cari buku.

"kak teh, pi la cari buku apa-apa yang kamu mau. rimas lah kamu ikut tata"


jumlah keseluruhan adalah RM199.50. lagi lima kupang saya dah taktahu nak beli apa. juruwang suruh saya ambil pemadam, tapi saya dah malas nak lari pergi bahagian alat tulis. kira halal aja lah.

terima kasih DS Najib! hehe. alhamdulillah.

nota tumit : secara peribadi saya mengutuk secara sinis tindakan pelajar IPT yang menjual baucer buku ini untuk dapat duit. baucer RM200 untuk wang tunai RM160. ada pula yang jual baucer untuk RM140. memalukan ya. sila pergi sorok muka kalian celah laci. walaupun saya tidak membelanjakan baucer saya untuk buku-buku akademik (sebab dah habis semester dah pun), tapi bagi saya, baucer buku patut diguna untuk beli buku.

walaupun ada yang membeli komik, asalkan buku kan. ada kawan yang yang beli berpek-pek kertas A4 untuk projek tahun akhir. ada yang beli buku sekolah untuk adik-adik. ada yang beli alat tulis. tindakan menjual baucer sebegini menunjukkan kepada masyarakat bahawa mahasiswa/i di malaysia masih belum matang. patutlah kerajaan berkeras takmau mansuh AUKU kan.


Thursday, January 26, 2012

sebab namanya dan

dua hari lepas, saya membonceng Baba. dua beranak mau pergi merayap di tesco. oleh sebab baba berat, saya duduk di belakang. baba yang bawa skuter saya.

daripada rumah, tak sempat nak kentut pun, eh eh dah sampai tesco tanjung pinang. agak kurang seronok sebab tesco dekat sangat dengan rumah. kalau dulu, merasa la jugak nak pakai cun-melecun bila baba & mama ajak anak-anak pergi beli barang-barang rumah di tesco penang, 30minit dari rumah.

berbalik kepada alkisah dua beranak pergi merayap di tesco penang. baba parking skuter, ngam-ngam bersebelahan pintu masuk. sempat saya membebel,

"amboi baloqnya (malasnya). letak moto betoi-betoi depan pintu noo. ikut dan ja (ikut sempat ja)"

baba cuma tersengih. lalu membalas,

"segan (malas) nak jalan"

sambil membuka helmet, saya sempat menjeling dinding bersebelahan pintu. ada notis,

'STRICTLY NO PARKING'

masuk tesco, merayap sambil tengok-tengok di booth handphone. telefon baba dah rosak teruk dah. tercabut dua tiga keypad. tak ada huruf. calar balar. nampak hina-dina di mata budak sekolah agaknya. haha.

apabila baba dah dapat apa yang dihajati, kami beredar mau pulang. tergelak saya apabila menghampiri skuter yang diparking berdekatan pintu masuk tadi.

notis saiz A4 ini ditampal di skuter saya. sambil ketawa, saya cakap pada baba

"Ba, tu dia la. ikut dan lagi. kan dah dapat surat cinta"

"tesco sayang kat tata la tuuu. dah nama pun roshidan. ikut dan la"


**
ikut loghat kedah, dan = sempat. contoh ayat, begini.

1.tak dan nak buat sebelum pukoi 5 (tak dan nak buat sebelum pukul 5)

2. dan ka nak pi sana? (sempat ke nak pergi sana?)

3. dan sampai (sempat sampai)


Tuesday, January 24, 2012

robiah yang fotogedik

malam sebelas januari, semasa badan saya keletihan setelah berjimba-jimba di Kalumpang Resort, satu sms menjerit di telefon saya. sms menyibuk daripada cik robiah atau nama komersialnya, ruby.

"kepada Ain Fath, Syadida & Mira Rilek. esok petang akan diadakan sesi photoshoot kita berlima di kampus. akan upah photographer untuk ambil gambar kita. bila lagi nak bajet model kan. bayaran adalah RM50, jadi seorang RM10. kalau berminat sila beri jawapan sebelum esok"

saya tersenyum. bab berpusing dan bergedik di hadapan kamera, serah kat ruby. dia nombor satu. tak ada dakwa-dakwi lagi.

saya membalas,

"tengok dulu. plan esok nak turun KL"

syadida membalas,

"daripada ambik gambar, baik kita buat tukaq-tukaq hadiah"

mira rilek membalas,

"ok"


keesokan paginya, sebaik bangun daripada tidur, terasa tangan dan kaki saya tidak melekat di badan. kebas. sengal. lenguh dan seribu satu macam rasa tidak selesa di seluruh badan. jalan pun terkengkang bahana terlalu bergasak dan bergembira semasa Family Day dengan kawan-kawan. habis sakit satu badan. jadinya, saya tidak jadi ikut serta plan kawan-kawan mau ke KL. takut kejang badan di tengah jalan, siapa nak dukung bawa balik? pergi dengan wan masturah, sah-sah dia akan tinggalkan aja saya di tengah bandar. haha.

seharian saya berehat. petangnya, bersiap ke kampus untuk sesi bergambar. dalam hati saya merasakan, entah apa-apa ja ruby ni. gedik nak ber-photoshoot bagai. dah la kena bayar. tapi atas dasar nama saya ain fathihah, kawan ajak apa pun, saya seronok saja mau join walau tidak diajak. inikan pula diajak. mulut saja membebel, tapi hati senang. lagi pula, saya dengan lapang dada memenuhi keinginan ruby.

alhamdulillah. seronok. nasib baik seronok, kalau tidak, saya debik ruby. ada banyak gambar yang cantik sampai saya pun taktau gambar mana satu saya nak kongsi di entri ini.

setakat ini, ini sajalah dulu.
klik gambar untuk tumbesaran.
klik ain fathihah sah-sah dah takboleh membesar

terima kasih D'Jati Photography..


Monday, January 23, 2012

amal

1. surau Kompleks Bukit Jambul

saya yang dah siap pakai tudung dan sarung kasut, menunggu Amal dan Farahain di bangku hadapan surau. sambil menunggu, saya melihat telefon. ada SMS yang belum diperiksa.

saya membaca SMS. langsung bibir tersenyum. spontan. senyum tak dijangka. di luar kawalan. saat saya mengulang baca SMS, amal menyergah,

"ni hang duk senyum apa sorang-sorang?"

"saja la nak senyum. sedekah," saya membalas. muka saya berusaha menyembunyikan riak.

"pandai. sapa ajaq? ni duk sedekah kat handphone, buat apa? kalau sedekah kat aku, tak apa jugak!"

"err. haha. jom lah."


2. rumah tok amal, tanjung tokong

saya, amal dan farahain makan bertiga berkongsi nasi dari pinggan kecik. ada lauk daging, ayam dan nasi minyak kenduri. tv3 sedang menayangkan filem Ip Man 2, masa tu sekitar jam 11 malam.

saya dan Farahain secara sepakat terpaku mata pada kaca tv, terkesima melihat aksi donnie yuen. sambil mulut menyuap nasi. mencubit lauk daging dan ayam seorang sedikit. tiba-tiba amal menyergah kami berdua,

"haih aku lemaih sangat aih. hangpa duk tengok tv pulak. ni aku ada depan mata ni, cepat sembang dengan aku. satgi aku bangun pi tutup tv tu, baru hangpa dua tau."

"hahaha" spontan saya dan farahain tergelak.

"syoq la kungfu ni, amal"

"niiii, tak syoq langsung. dah, jangan duk tengok tv. cepat sembang dengan aku!"

Wednesday, January 18, 2012

sayang tanpa syarat tu, wujudkah


"awak, sayang sayang awak", cakap dengan muka tanpa riak.

"oh ya? baru tau. tapi saya tak sayang awak pun. haha"

"tak apa. saya tau. saya sayang awak sebab memang saya sayang awak. bukan saya sayang untuk minta awak sayang saya balik"

"eceh.. cee, macam ayat novel. saya nak kena terharu ke ni?"

"herm..payah cakap dengan budak-budak ni. tak apa lah"


mungkin ini yang terakhir

KTM
Selamat Tahun Baru Cina 2012

tren : 22 - Senandung Mutiara
Dari : Tanjong Malim
Ke : Butterworth
Berlepas : 19/01/2012 (0024)
Tiba : 19/01/2012 (0630)
Kelas : Kelas Superior
Koc : M1
Tempat : 4B
Tambang : MYR 29.00

tiket biasa
dewasa - sehala

Sila berada di stesen 30 minit sebelum tren berlepas.

nota tumit : kepada tanjong malim, selamat tinggal. jaga diri elok-elok. kalau rajin, mai la ziarah saya di Penang nun.

Monday, January 16, 2012

menelan kelat ludah sendiri

normal, manusia biasanya cenderung untuk suka sesuatu. cenderung juga untuk tidak menyukai sesuatu. bercakap soal tidak suka, bila mana hati kita kurang rasa tertarik ataupun tidak suka akan sesuatu, tak perlulah beriya-iya menyatakan kebencian.

ingat. benci dan sayang terpisah oleh cuma satu garis halus. hati ni allah yang pegang. sekelip mata pandangan dan rasa hati manusia boleh berubah 180 darjah.

"eiiiyyy yuks! aku takkan makan budu. sampai mati pun takmau makan. geli doe. busuk pulak tu!" kata si A yang lidahnya sekalipun tak pernah mencuba budu.

empat tahun kemudian, si A la hantu budu. cara makan budu tu, kalah orang negeri asal. orang kelantan pun tak makan mi maggi taruk budu, si A taruk budu dalam mi maggi. takda segan silu dia nak bawa botol budu masa pergi kafe dan kedai makan.


"erm, tak main la perempuan kelantan. aku takkan kahwin dengan perempuan kelantan. nak cari gadis utara jugak", kata si B dari kedah.

sungguh, sekadar gambar hiasan. muahaha!

hati ni, allah yang pegang. si B jatuh cinta dengan perempuan kelantan. dah nak bertunang dah pun. entah sapa la tu, kan. nak kahwin nanti jangan lupa jemput.


"apa? taaruf (bait muslim) dengan ustaz? ala che' takmau la ustaz-ustaz ni, makcik. skema la ustaz ni, tak minat la", kata gadis AF sekitar tiga tahun dulu, semasa kenduri kendara di rumah saudara.

2012, gadis AF tengah angaukan seorang ustaz. moga allah melindungi ustaz tu dari tipudaya dunia iaitu godaan wanita seperti saya, haha!. ustaz yang rasa dirinya dimaksudkan dalam entri ni, boleh la senyum istigfar seorang diri depan laptop. saya tau ustaz hari-hari baca blog ain fathihah, keh keh keh.

(entah apa-apa la ain fathihah ni. dah tahu sendiri nak mengaku, takpayah la cerita guna gantian nama 'gadis AF')

pemikiran, cara pandangan dan hati kita sentiasa berubah. mari berdoa banyak-banyak moga bila hati kita berubah, semoga perubahan tu adalah dengan kita menjadi lebih baik dari semalamnya.


nota tumit : saya dah habis peperiksaan akhir pada 5 Januari. sekarang dah 16 Januari, saya masih di Tanjung Malim. tak apa, biarlah orang lain balik dulu. biar saya jaga Tanjung Malim kejab.


Saturday, January 14, 2012

Hari Keluarga SeBioAn di Kalumpang Resort & Training Centre

Wei kawan-kawan. sempena akhir semester ni kita nak pi mana?

Jom pi bercuti kat pulau! kita pi pangkor. RM160.
(mahai laa, kata sebahagian)

Jom kita buat dinner kat hotel. RM80.
(mahai laa, duit takdak. kata segelintir)

Okay, mari kita meluangkan masa akhir bersama dengan kos paling murah, RM30 saja tapi seronok. Hari Keluarga (tapi tak ada siapa bawa suami/isteri dan anak-anak pun, semua single) SeBioAn di Kalumpang Resort & Training Centre, Kerling.

Muka sengal-sengal ubi pengarah program. badan saya tak berapa sihat lagi pagi ni. tiba-tiba demam sehari sebelum hari keluarga. itupun gagahkan diri juga masak sup kaki untuk kawan-kawan nak makan. ahaa, sebenarnya diri sendiri yang nak makan.

Mari sarapan dulu. Seharian di resort, mulakan hari dengan sarapan. Padahal masa makan sarapan yang disediakan resort, sebahagian daripada kami yang sampai awal dah mempulun roti dengan telur dadar pecah & kacang panggang.. dan ratah sup kaki. Sepagian saya tak selera makan. mulut pahit. wuu huhuhu.


Sebelum acara sukaneka, semua membuat bulatan gembira kita, dan sesi memanaskan badan diketuai oleh Azi dan Zira.


Permainan pertama : Boling kepala kelapa. baling bagi kena botol kuning, dapat satu markah per botol. kalau kena botol merah, tolak satu markah. yeahh kumpulan saya menang untuk sukaneka pertama.
gaya burung nak terbang

gaya nak halau ayam

apa-apa hal, ambil gambar dulu.

"wei hangpa ni takboleh tengok kamera ka?" kata Acap yang tak puas hati sebab dia kurang jelita berbanding kami semua.

Permainan kedua : cari gula-gula dalam tepung. pertama kali saya main tiup-tiup tepung ni. huhu tepung masuk hidung. putih taik hidung ku
sukaneka kedua pun kumpulan saya menang. haha.


Permainan ketiga : tarik tali! perghhh permainan getir sungguh. pertama kali seumur hidup saya main tarik tali. muahaha.
dari depan : rubi, azi, ain fathihah, yuni, keri, mare.

muka serius dalam gambar, syidah. haha. ni la gambar kegemaran saya.
jangan main-main sama cikgu bio-to-be haa. ganas nih.

kumpulan yang ada dua lelaki ni kalah masa main tarik tali pusingan kedua. haha. gadis-gadis pakat-pakat duk sakat, 'woi, balik pakai tudung la woi!'

Acara selingan yang dirancang oleh Syahiran. meraikan hari lahir bulan januari dengan telur dan tepung.
selamat ulangtahun kelahiran
dari kiri : zira, rubi, zaimah, ee weng

Permainan ke empat : basketball air. baldi jadi lubang gol.
susahnya nak bergerak laju-laju dalam air. tapi, atas darat pun saya lengai juga. hehe


 Permainan ke enam : pillow boxing. dushh dusshh dushh! saya suka game ini. gigih main sampai tiga kali.

Acara santai : BBQ dan mandi sungai.


 seperti biasa, budak ini memang pembajet model.

BBQ guna sudip? muahaha!

cenderamata comel. apa dalam kotak? rahsia. hehe


terima kasih pada semua 50 orang yang memberi kerjasama baik. saya seronok sangat. gedik juga walaupun demam. tapi mula gedik lambat sikit, sementara pening demam nak hilang. lesu aja.

nota tumit : ramai yang dah balik kampung masing-masing. tak apa lah, hangpa semua balik lah dulu. biar saya jaga tanjung malim. tiba-tiba sayang. kan.

keletung-keletang : sup malam pertama


Rasa lesu? tidak bertenaga? rasa lemah bila malam hari tiba? ya ain fathihah ada penyelesaiannya. mari teruskan membaca entri ini. cuma cerita ringkas dari saya, dari anak dara. jadi tidak akan ada kisah malam pertama pengantin dot dot dot. cuma ada celoteh saya semasa pertama kali buat sup kaki ayam di waktu malam.

untuk hari rabu 11 Januari, selesai peperiksaan, saya dan rakan-rakan seBio merancang untuk buat BBQ. ayam 15 ekor.


"wei, jangan buang kaki. ambil tau. buat sup kaki ka, tomyam ka.."

"haa, okay. kita ambil kaki dan leher. bagi ain fathihah suruh dia buat sup"

"eh, aku cakap ja. aku mana reti. aku tak pernah buat sup pun"

"tak apa. hang buat dengan marena"

"haa, okay. aku tolong marena buat sup. aku tolong potong ok"

ciss sungguh hang ni, acap.


Marena : Ain, malam ni aku nak pi i-city, main salji. kita buat tengah hari sup kaki tu, okay dak?

Ain : eh tak awai sangat ka. nanti basi?

Marena : hang buat malam. meh aku ajaq.

Ain : sat, sat aku pi ambil kertas dengan pen (lari-lari naik bilik ambil pen dan buku nota)

Marena : potpet-potpet-potpet... bla bla bla..

Ain : erm erm erm.. (gigih menyalin) weh sabaq. jangan laju sangat. aku belum habis tulih (tulis) nih


Jadi, mari kita belajar membuat sup bersama ChepTu Ain Fathihah. apa-apa yang salah dan tak betul, harap abaikan sebab ni kali pertama saya buat sup kaki ayam. eceh, dah 21 tahun hidup, ni la kali pertama masak sup. bak kata cikgu maimunah, macam mana nak bela laki ni? dah la masakan yang mudah saja. sobs..

1. Mula-mula bersihkan kaki dan leher ayam. basuh cun-cun. kemudian rebus bersama halia dan bunjut sup.


2. Lepas tenggek periuk atas dapur, ambil kentang, bawang warna merah yang kecik tu, bawang putih, daun sup, daun bawang dan *biskut hup seng ke meja makan.



hiris dan potong bahan-bahan di atas. dek pisau rumah sewa yang tumpul, hasil hirisan menjadi kasar. saya mengeluh, tapi Min yang dipaksa menolong saya menenangkan.

"takpe ain. takpe. mak mertua takde kat sebelah. kasar pun takpe. kite-kite aje nak makan ni"

3. Lepas kaki ayam lembut, masukkan kentang ke dalam periuk. macam mana nak tahu kaki ayam yang direbus tu dah empuk ke belum? err, saya taktau. saya cucuk-cucuk saja kaki ayam tu dengan garfu. agak-agak kaki ayam tu dah tak menjerit masa dicucuk, lembut la tu kan. kentang pun sama saja ya. biarkan mereka menjerit-jerit dalam periuk.

4. Okay, bila kentang pun dah empuk, marena ajar kena tumis darat. err, saya baru pertama kali dengar perkataan ni. tumis darat.
goreng bawang merah yang kecik dan bawang putih sampai wangi, lepas tu masukkan dalam sup. itu saja.

Min buat bawang goreng rangup yang best. lepas dah siap tambah garam, masukkan daun bawang, daun sup dan tabur bawang goreng dalam sup.

Ini sesi merasa. apa barang rasa-rasa dengan mencicip di hujung sudu. saya terus ambil semangkuk, dan sepinggan nasi. baru lengkap. habis makan nasi dan sup,

"Min! garam tak cukup. tambah lagi weh"

Siap sup kaki. hek-eleh. senang aja. penat saya gelabah sebab marena tak ada nak tolong. hehehehe. malu pula.

Tutup periuk sup. Bangun subuh, panaskan dan bawa pergi Hari Keluarga SeBioAn!

Hari kejadian : Laku sup kaki saya. haha. program belum habis, dalam periuk dah tinggal bunjut sup. Shakir kata sedap, legaaa.

kipas-mukasurat


Thursday, January 12, 2012

madu ku madu mu jua

kebanyakan orang perempuan, pantang dengar perkataan madu ni. cepat terjungkit punggung. dengar aja sang suami sebut madu, terus melenting. tak gitu? ala biasa la perempuan. so share no pau, bak kata budak sekolah.

amboi ain fathihah, hingus belum kering, garam baru makan sikit, dan janggut pun belum ada tiba-tiba dah cakap pasal madu. berani kau ya? eh tolong sikit. saya bukan nak bicara soal poligami ya. bukan maduri (madu+duri). tapi madu lebah.

sekarang cuba google, the most expensive honey in the world ataupun, madu paling mahal di dunia. kalau malas nak buka tab baru untuk google ni, dushh nah ambil kau. mari teruskan membaca.

ya tuan-tuan dan puan-puan, yang jauh mari dekat dan yang dekat mari rapat. madu paling mahal di dunia adalah madu daripada yaman. sebab apa tuan-tuan dan puan-puan? kenapa madu yaman ni mahal? kalian cari sendiri ya dalam laman web. berlambak maklumat yang ada. almaklum la, blog ain fathihah ni sekadar blog peribadi, bukan blog informasi. haha.

semester ni, saya rajin pula minum air madu. cara nak buat air madu ni, ambil sesudu madu daripada bekas madu, dan masukkan dalam mug berisi air masak, kemudian kacau-kacau dan minum. handal tak saya buat air madu. keh keh keh. makan roti pun calit madu.

dah cari dan baca ke pasal khasiat madu yaman? sesiapa yang berminat boleh hubungi kad nama di bawah. 
eh, kabur pula tulisan. almaklum, guna kamera pada telefon cap ayam yang dah patut masuk muzium. haha. meh saya tuliskan semula.

El-Husaini Honey
Madu Yaman El-Husaini

Hj. Abdul Hamid En-Husaini
(Hassan Husaini Bin Abdul Rahim)

No.61 Jalan AU1A/3F,
Taman Keramat Permai,
54200 Kuala Lumpur

019-2843242
hamidelhusaini@yahoo.com

*sedia membuat penghantaran termasuk singapura

ada dua jenis madu.

Sidir
250gram RM110 (4 dirham)
500gram RM219 (7 dirham)
1kilogram RM 400 (13 dirham & RM20)


Sumur

250gram RM90 (3 dirham)
500gram RM150 (5 dirham)
1kilogram RM 300 (10 dirham)


nota tumit : kalau ada pembaca blog ain fathihah yang berminat, sila hubungi Hassan. cakap macam ni, 'haloo saya peminat blog ain fathihah. saya nak beli madu yaman. boleh bagi diskaun?'

Wednesday, January 11, 2012

demam tak jadi

lebih kurang sebulan dua lepas, saya dapat satu sms daripada orang jauh. jauhhh. nun di yaman.

"salam. ain buat apa tu. iqbal tak sihat badan la hari. punya lah sejuk kat sini. sampai keluar air mata duk tahan sejuk"

saya senyum. sengih gatal. kemudian menaip sms balasan.

"eleh. demam pun nak habaq. nak bermanja la tu. mengada"

kejam kan. haha.


petang tadi, saya tertidur petang. bangun tidur sekitar pukul 5. sebab tiba-tiba saya rasa diri saya sangat sejuk. sejuk amat. saya menggeletar. biasanya kalau tidur siang, badan akan berpeluh-peluh sebab panas. saya turun ke tingkat bawah dengan gelong-gelong kepala. pergi bilik Min.

"weiii min. aku sejuk gilaa ni. menggigil" saya merengek. sambil baring atas katil Min.

"ko pakai seksi sangat. sebab tu sejuk" balas min, merujuk kepada saya yang berkain batik dan tshirt tanpa lengan.

"mana ada seksi. biasa aku pakai macam ni la dalam bilik. tak sejuk pun"

"hurm, aku nak sambung pi baring lagi la. pening" saya menambah, sambil bergerak naik ke bilik.

dalam bilik, saya memakai stokin tebal, baju sejuk tebal dan selimut. sebelum baring, saya matikan suis kipas. masih terasa kesejukan. rasa sakit kat bahagian sendi sebab tak tahan sejuk. dalam diam, saya menangis. saya sentuh leher sendiri dengan telapak tangan, terasa panas. lebih hangat daripada biasa, kalah hot.fm.

saya cuba untuk melelapkan mata. tiba-tiba mira housemate yang biliknya berjarak sembilan jubin daripada bilik saya masuk.

"awat hang? demam ka?"

"taktau. aku sejuk. tapi badan panas"

"nak demam la tu" balas mira.

"mungkin kot. nak demam. hari tu masa balik penang, aku lepak kat tepi pantai pukul 12.30 malam sampai dekat 3 pagi. sebab angin malam tu kot"

"patut la"

kemudian mira menghilang. tak lama lepas tu, dia masuk balik ke bilik saya.

"nah ain, panadol"

"takmau. takmau makan panadol. nanti rosak buah pinggang aku" saya mengelak.

"banyak cakap. nah, makan panadol. bagi reda panas tu"

saya menelan sebiji dengan air suam yang mira bawa. gulp. pahit di lidah. mira menghulur lagi sebiji panadol.

"dah la sebijik. banyak-banyak dadah, tak baguih"

"dewasa dua bijik la. hang ingat hang budak-budak ka"

saya diam. menelan lagi sebiji panadol. tak pa hang, nasib baik aku demam. malas nak melawan. bisik saya dalam hati.

mira keluar. saya berusaha untuk tidur. kepala makin sakit, rasa berdenyut-denyut. siku, lutut dan tapak kaki rasa dicucuk-cucuk. kebas. sejuk. saya menggeletar sambil nangis.

saya tertidur juga.

sekitar jam 8 malam atau lebih. saya terjaga. rasa sedikit bertenaga. bila saya bangun, katil basah macam disimbah air. macam saya kencing tilam pulak. haha. baju basah. berpeluh-peluh satu badan.

terasa segar. lega.

badan dah tak panas.

demam dah hilang.

alhamdulillah.

nota tumit : solat? oh, allah bagi cuti.

Tuesday, January 10, 2012

babi dan membabikan

seminggu sebelum peperiksaan bermula, saya ajak abu handhalah dan fawiz bakri keluar berpoya-poya. melepas rindu. cuba cari masa terluang. cilok sana sini celah-celah masa sibuk abu dan fawiz, kami ambil keputusan untuk keluar makan malam.

hari pertama saya exam, malamnya kami keluar makan bersama. hari selasa. janji pukul 9.

jam 8.57 malam, saya menunggu fawiz datang ambil saya dan abu. bosan menunggu, saya sms fawiz dan abu serentak,

'weh. habis dah ka wirid? aku duk tunggu kat guard khar ni'

fawiz sampai. saya dan abu masuk kereta. sambil tunggu suhaimi, abu yang jakun dan kuno membelek-belek telefon fawiz.

"wahh canggihnya telefon kau. aku mau tengok. ada angry bird tak?" tanya abu kejakunan sambil mengusap-usap skrin telefon tu.

"adoo. ni haa" jawab fawiz sambil menunjukkan lokasi angry bird.

saya di kerusi belakang, menjengah abu di kerusi hadapan yang sedang main angry bird.

"wei abu. apa benda angry bird tu? pasaipa adik aku duk pakai baju angry bird dengan ada banyak barang-barang angry bird?" soal saya, dua tiga kali ganda jakun daripada abu. haha.

"apa hang ni. tu pun taktau. angry bird ni game lah" (abu memang suka tukar slang bila cakap dengan saya).

"oo game ka. aku ingatkan kartun macam domo-domo tu. macam mana main?"

abu menunjukkan pada saya cara main angry bird.

"aloh. tu ja ka? game tembak-tembak babi? lepas tu babi jatuh?"

abu sambung main game tu. mungkin dalam hati dia terasa gagah, sebab dia tahu apa yang saya taktahu. kan abu kan.

"comei la pulak babi tu" tambah saya, sambil melihat abu mengusap-usap skrin telefon fawiz. suhaimi sudah masuk kereta, dan kami berempat dalam perjalanan mau pergi ambil aini di rumah dia.

"uishh, ko ni ain. selamba ja sebut babi" usik abu.

"eh kenapa pulak tak boleh sebut babi? kan binatang tu"

abu cuma ketawa menyambut soalan saya. saya menyambung,

"wei. boleh ja sebut babi. itu babi. babi berkaki empat. apa yang tak kena. bukannya aku cakap macam ni pun,"

saya menarik nafas. dan lepas.

"wehh! hang babi lah!!"

saya bercakap dengan nada agak tinggi. kemudian saya merendahkan suara,

"haa kalau macam tu baru la tak boleh kan.. hahaha"

"pandaaaaiiii la hang!"

nota tumit : betul ka pemahaman saya ni? kalau salah, tak kira, saya betul jugak! jangan nak kutuk-kutuk. baring atas jalan kang.

Monday, January 09, 2012

bukan hulubalang melaka

wah, ramainya gadis-gadis comel. yang paling comel adalah gadis bertudung merah berbaju hitam itu ya. tiada dakwa-dakwi lagi. ini gambar semasa jamuan raya kelas saya tahun 2010. meh saya nak cerita sikit pasal rakan se-Bio-an saya.

Jumlah = 59 orang
Jebon = 4 org
Jebonita = 55 orang

Ya, mari kita zoom lagi. Satu, dua, tiga dan empat. Cuma berempat ini sajalah bilangan jejaka yang ada. Apa nak buat, spesis diancam kepupusan. Dah la minoriti, selalu dibuli pula tu.


 Selain dibuli manja oleh 55 orang, mereka empat orang ini juga telah bertindak dengan baik sebagai penjaga 55 orang gadis manja yang asyik nak bermanja & selalu nak minta tolong.


Situasi 1

Gadis-gadis : wei kami nak p berkelah. jom ikut.
Lelaki : ala aku sibuk la. esok ada kerja.
Gadis-gadis : ala jom la teman. kalau takda lelaki, kami tak berani nak masuk hutan.
Lelaki : takmau
Gadis-gadis : jom jugak. ko datang bawak badan ja. kami siapkan makanan banyak-banyak. tak kira, mesti ikut!
Lelaki : yela (dah kena paksa kan)


Situasi 2

Gadis 1 : hehe, tolong belikan tiket keretapi.
Lelaki : okay. mai duit. mau tren bila?

Gadis 2 : weiiiii... (nada manja) tolong belikan tiket keretapi.
Lelaki : okay. mai duit. mau tren bila?

Gadis 3 : belikan tiket keretapi boleh tak?.
Lelaki : okay. mai duit. mau tren bila?
Gadis-gadis : free tak? nak minta tolong belikan tiket bas.
Lelaki : hoi kalau macam ni, aku nak bukak kaunter tiket keretapi kat pintu timur lah. mesti laku.


Situasi 3

Gadis : (senyum-senyum sambil memandang)
Lelaki : hah hang nak tiket tren bila?
Gadis : eh mana hang tau. aku takdan cakap apa lagi
Lelaki : ala aku tau la. duk sengih-sengih macam tu. dekat empat tahun aku duk tolong hangpa pi beli tiket.


Apa juga program rakan seBioan, mereka la yang paling letih. Tenaga kerja sangat diperlukan. Dah la kena tolong kawal 55 gadis yang suka main & gila bergambar. Bermula daripada Program Jom Bersama Masuk Zoo di Taiping pada semester dua, kajian lapangan ekologi semester empat di Pusat Konservesi Hidupan Liar di Sungkai, Gunung Lang di Ipoh, Bukit Melawati dan Kampung Kuantan di Hulu Selangor.

Imbauan
Masa berkemas nak balik daripada Gunung Lang, masa kami duk angkut barang-barang, entah macam mana Shakir kena sengat lipan. Okay lipan boleh tahan besar la juga. Menggigil si shakir satu badan. Saya ingat, muka dia merah padam tahan sakit.

Dalam bas, kebetulan shakir duduk belakang tempat duduk saya. sepanjang perjalanan, saya boleh dengar dia duk menggigil dan mengeluh sakit. dah la bas aircond sejuk kan. kesian sangat. rasa nak nangis bila tengok kawan sakit. tapi dalam hati sempat jugak fikir, 'fuh nasib baik shakir yang kena sengat lipan. kalau perempuan yang kena, mati terus agaknya'

saya bangun dari tempat duduk, buka baju sejuk saya, dan selimutkan baju sejuk saya kat badan shakir. saya tak tahu lah dia sedar ke tidak masa tu. tidur agaknya. lebih kurang 10minit lepas tu, syahiran yang duduk sebelah shakir bagi baju sejuk dia kat saya. warna kuning. tapi saya tak guna pun baju sejuk syahiran tu, buat lapik paha saja. sebab baju sejuk syahiran tu busuk banyak sikit. muahahaha.



dari kiri : Stanley, Asyraf, Shakir dan Syahiran

 Syahiran

Stanley

Shakir

Asyraf

terima kasih kalian berempat. muka tak kacak tapi hati baik. walaupun kalian semua bukan hulubalang melaka, tapi kalian hulubalang di hati kami. eceh.

saya manusia. manusia yang diadun pelbagai rasa.

justeru, sebagai manusia yang punya seribu satu rasa dalam hati saya, suka saya ingatkan pembaca blog ain fathihah tentang sesuatu.

saya menulis entri dan cerita dalam blog saya berdasarkan kacamata saya. saya menulis apapun, berpandukan apa yang saya faham daripada perspektif saya. sesuatu perkara A berlaku, saya menafsirkan secara B tetapi orang lain menafsirkan secara C.

saya minta pembaca tidak menerima bulat-bulat cerita saya. fikir-fikir, tapis-tapis dan serap mana yang patut.
gambar hiasan (bukan muka sebenar)

separa rasmi : tamat sudah

3 Januari 2012 Current Issues In Biology and Environment
5 Januari 2012 Principles In Microbiology
7 Januari 2012 Inorganic Chemistry

tu saja nak bagitau. saya dah habis exam. secara separa rasminya, berakhir juga tempoh pembelajaran rasmi saya di UPSI. Alhamdulillah.

oh yeah, sapa nak masuk meminang bolehlah mula beratur sekarang. kui kui kui