mereka yang tegar

Wednesday, January 11, 2012

demam tak jadi

lebih kurang sebulan dua lepas, saya dapat satu sms daripada orang jauh. jauhhh. nun di yaman.

"salam. ain buat apa tu. iqbal tak sihat badan la hari. punya lah sejuk kat sini. sampai keluar air mata duk tahan sejuk"

saya senyum. sengih gatal. kemudian menaip sms balasan.

"eleh. demam pun nak habaq. nak bermanja la tu. mengada"

kejam kan. haha.


petang tadi, saya tertidur petang. bangun tidur sekitar pukul 5. sebab tiba-tiba saya rasa diri saya sangat sejuk. sejuk amat. saya menggeletar. biasanya kalau tidur siang, badan akan berpeluh-peluh sebab panas. saya turun ke tingkat bawah dengan gelong-gelong kepala. pergi bilik Min.

"weiii min. aku sejuk gilaa ni. menggigil" saya merengek. sambil baring atas katil Min.

"ko pakai seksi sangat. sebab tu sejuk" balas min, merujuk kepada saya yang berkain batik dan tshirt tanpa lengan.

"mana ada seksi. biasa aku pakai macam ni la dalam bilik. tak sejuk pun"

"hurm, aku nak sambung pi baring lagi la. pening" saya menambah, sambil bergerak naik ke bilik.

dalam bilik, saya memakai stokin tebal, baju sejuk tebal dan selimut. sebelum baring, saya matikan suis kipas. masih terasa kesejukan. rasa sakit kat bahagian sendi sebab tak tahan sejuk. dalam diam, saya menangis. saya sentuh leher sendiri dengan telapak tangan, terasa panas. lebih hangat daripada biasa, kalah hot.fm.

saya cuba untuk melelapkan mata. tiba-tiba mira housemate yang biliknya berjarak sembilan jubin daripada bilik saya masuk.

"awat hang? demam ka?"

"taktau. aku sejuk. tapi badan panas"

"nak demam la tu" balas mira.

"mungkin kot. nak demam. hari tu masa balik penang, aku lepak kat tepi pantai pukul 12.30 malam sampai dekat 3 pagi. sebab angin malam tu kot"

"patut la"

kemudian mira menghilang. tak lama lepas tu, dia masuk balik ke bilik saya.

"nah ain, panadol"

"takmau. takmau makan panadol. nanti rosak buah pinggang aku" saya mengelak.

"banyak cakap. nah, makan panadol. bagi reda panas tu"

saya menelan sebiji dengan air suam yang mira bawa. gulp. pahit di lidah. mira menghulur lagi sebiji panadol.

"dah la sebijik. banyak-banyak dadah, tak baguih"

"dewasa dua bijik la. hang ingat hang budak-budak ka"

saya diam. menelan lagi sebiji panadol. tak pa hang, nasib baik aku demam. malas nak melawan. bisik saya dalam hati.

mira keluar. saya berusaha untuk tidur. kepala makin sakit, rasa berdenyut-denyut. siku, lutut dan tapak kaki rasa dicucuk-cucuk. kebas. sejuk. saya menggeletar sambil nangis.

saya tertidur juga.

sekitar jam 8 malam atau lebih. saya terjaga. rasa sedikit bertenaga. bila saya bangun, katil basah macam disimbah air. macam saya kencing tilam pulak. haha. baju basah. berpeluh-peluh satu badan.

terasa segar. lega.

badan dah tak panas.

demam dah hilang.

alhamdulillah.

nota tumit : solat? oh, allah bagi cuti.

0 komen tak puas hati: