Saturday, January 28, 2012

DS Najib, terimalah kasih saya

Semasa DS Najib pengumuman baucer buku bernilai RM200 kepada pelajar IPT dan tingkatan 6, saya menjerit dalam hati. 'wau! seronoknya! boleh shopping buku'.

selesai peperiksaan, berpusu-pusu rakan-rakan UPSI pergi menuntut baucer buku. saya pun tak ketinggalan. bila tengok empat keping baucer buku RM50 berada dalam tangan, saya tersengih-sengih riang.

ada rakan mengajak saya ke KL, pergi MPH ataupun Kinokuniya untuk membeli buku. saya menolak. tak mahu memberatkan beg balik kampung dengan buku. kata saya,

"tak mau lah beli buku kat KL. nanti berat beg. lagipun kat Penang berlambak (kedai buku) Popular. MPH pun ada"

20 Januari, saya ajak adik temankan saya pergi Gurney Plaza.

inilah hasilnya setelah keempat-empat keping baucer digunakan secara rakus.


1. A Doctor In The House

sebelum pelancaran memoir Tun M ini lagi saya dah kepingin mau memiliki buku ini. tapi apakan daya, kocek pelajar penuh habuk dan plastik gula-gula hacks saja. saya tak mampu nak beli buku bernilai RM100 ni. mampu sebenarnya, tapi rasa berat hati nak guna duit sendiri dalam keadaan saya terpaksa bercatu belanja. memang buku ini berada dalam senarai nombor satu. alhamdulillah, dah dapat.


2. Chicken Soup For The Teacher's Soul

feeling kecikguan pula kan bila beli buku ni. RM46.85. sebenarnya saya bukanlah termasuk dalam kategori  pembaca yang banyak membaca dalam bahasa inggeris. sengaja memaksakan diri untuk mempelbagaikan bahan bacaaan.


3. Anak Apak - Memoir Politik Kewartawanan

Siapa tak kenal Subky Latif kan. meh nak sekeh sikit. haha. Anak Apak bernilai RM25 ni merupakan jilid pertama daripada tiga siri memoir politik kewartawanan oleh Subky Latif. lagi dua jilid tu, tunggu ada duit pula baru saya dapatkan.

saya perasan saya agak cenderung membaca kisah perjuangan politik haluan kiri. sebelum ni saya pernah membaca Memoir Shamsiah Fakeh dan juga Memoir Ahmad Boestamam - Merdeka dengan Darah dan API. apapun, sejak saya membaca buku bergenre memoir, saya dapati sejarah sangat menarik dan tak membosankan. baca buku sejarah pun rasa berdebar-debar. tapi kenapa subjek sejarah masa sekolah dulu, sangat bikin mata mau terkatup ya.


4. Dwilogi Padang Bulan & Cinta Di Dalam Gelas - Andrea Hirata

saya penggemar novel-novel Andrea Hirata. tetralogi Laskar Pelangi yang terdiri daripada Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov semua saya baca dan saya sangat menikmati tulisan Andrea Hirata, si penulis pendek dari Indonesia ini. asalnya buku ini tak termasuk dalam buku belian, tapi semasa membuat bayaran di kaunter, selepas diskaun 10% ahli, jumlah bayaran adalah RM180. juruwang Popular yang comel terus suruh saya pergi ambil buku tambahan. jenuh saya lari cepat-cepat, dan jumpa buku ini.


5. Junior Classic 8 & 10

buku RM7.90 setiap satu ini untuk Kakak, si kecil mulut murai darjah 3. dia dah biasa membaca, cuma kurang bahan bacaan dalam bahasa inggeris. Mampu ke kamu ada adik darjah 3 yang nak suami macam Fahry Abdullah Siddiq dan Abdullah Khairul Azzam? muahaha. tergelak saya. bila saya selidik, rupanya dengan gigih dia baca novel lama saya, Ayat Ayat Cinta dan dwilogi Ketika Cinta Bertasbih. oh pengsan! kecil-kecil dah baca buku tebal. taktahu la dia faham atau tidak sebenarnya jalan cerita novel tu kan.


6. Tunjuk Langit Cinta - Shahrizad Shafian

novel RM22 ni dipilih adik saya. upah dia meneman. sebenarnya saya rimas dia mengekor bontot saya semasa saya sedang cari buku.

"kak teh, pi la cari buku apa-apa yang kamu mau. rimas lah kamu ikut tata"


jumlah keseluruhan adalah RM199.50. lagi lima kupang saya dah taktahu nak beli apa. juruwang suruh saya ambil pemadam, tapi saya dah malas nak lari pergi bahagian alat tulis. kira halal aja lah.

terima kasih DS Najib! hehe. alhamdulillah.

nota tumit : secara peribadi saya mengutuk secara sinis tindakan pelajar IPT yang menjual baucer buku ini untuk dapat duit. baucer RM200 untuk wang tunai RM160. ada pula yang jual baucer untuk RM140. memalukan ya. sila pergi sorok muka kalian celah laci. walaupun saya tidak membelanjakan baucer saya untuk buku-buku akademik (sebab dah habis semester dah pun), tapi bagi saya, baucer buku patut diguna untuk beli buku.

walaupun ada yang membeli komik, asalkan buku kan. ada kawan yang yang beli berpek-pek kertas A4 untuk projek tahun akhir. ada yang beli buku sekolah untuk adik-adik. ada yang beli alat tulis. tindakan menjual baucer sebegini menunjukkan kepada masyarakat bahawa mahasiswa/i di malaysia masih belum matang. patutlah kerajaan berkeras takmau mansuh AUKU kan.


4 komen tak puas hati:

Mr. Asada said...

baucer lambat.. buku dah beli semua. beli apa-apa yang dirasa akan diguna pakai nanti. ngeee :D

baca sampai khatam novel tu nti.. :P

*lama tak menyinggah.. ;)

Muzakkir said...

Budak-budak lepasan SPM 2011 dengan STPM 2011 tak dapat apa-apa pun...

Qib said...

arghhh i need this also.. nape budak maktab xda dapat baucer nii

Anonymous said...

alaa budak maktab kan dpt elaun..kami xde elaun..adil la tuh..bhaha no offense