Tuesday, December 20, 2011

ayaq air

semester ini, saya sebilik dengan orang pahang. saya pula, berlidah utara. selama ini, dengan siapa saja akan cakap loghat utara. saya rasa loghat saya tak pekat mana, malah bagi saya, tidak la sepekat pertuturan orang kelantan. saya agak sukar nak faham dialek kelantan.

tapi bersama roommate baru ini, terasa loghat utara saya dipermainkan. kecik hati pulak ada orang tak faham loghat saya. aishh, kata satu malaysia. hehe.


"akak, ain tumpang letak bantai sat noo"

saya cakap begini bila saya nak letakkan bantal saya (termasuk bantal peluk, selimut, anak patung, dan bantal busuk) atas katil dia.

muka roommate saya terpinga-pinga.

"hah, apa dia?" penuh blur.

saya ulang lagi. mungkin dia kurang dengar atau tak dapat tangkap apa yang saya cakap.

"err, ain tumpang letak bantal sekejab atas katil akak"

"oh. haa. letak la. tak kisah pun"

di masa lain pula,

"lapaq ayaq. akak, mau ayaq sikit. malas nak turun amik ayaq"

"hah, apa dia?"

"mintak sikit ayaq"

"apa?"

dalam hati saya, aishhh takkan tak faham kot. maka saya ulang lagi,

"nak air sikit. dahage"

"oh. haa, ambil lah."

saye rase agak geli nak bercakap ada e sebagai ganti a. kurang baku. haha.

4 komen tak puas hati:

Aimi Rosli said...

nampaknya kenalah tune lidah tiap kali nak bercakap dengan dia ((:

NA.M said...

hahaha..
true and true..
ak kat sni.. deorg salu kata blek..
mna leh 'lapaq ayaq'.. huhu..

Ruby said...

nak air sikit. dahage.

haha. esok try ckp dengan aku ayat ni.

fatinlea said...

alahai... kalau setakat perkataan-perkataan yang senag tu, boleh jer faham patutnye....

maybe need more time to be familiar kot :)