Saturday, August 27, 2011

Nur Fariza Alia bt Hamzah

Entri ini sebenarnya sudah lama saya mau tulis. tapi ditangguh-tangguh atas sebab musabab tertentu.

Dalam perjalanan hidup, biasanya perkara / pengalaman pertama wujud nilai sentimentalnya pada orang yang jiwa-jiwa macam saya ni. Cinta pertama. Hari pertama. Anak pertama. Masakan pertama yang menjadi. Haid pertama. Malam pertama. Rumah pertama. Dan apa saja yang pertama kali berlaku, perkara itu mungkin boleh menjadi perkara maha istimewa.

Hari pertama saya mengajar, itu adalah hari super penting dalam sejarah hidup saya sebagai cikgu kecil-kecilan. Betapa hari itu, ahad 12 jun 2011, lebih 100pasang mata memerhati (malah mungkin mengejek) saya yang terkial-kial berada di hadapan kelas.

Gagapnya. ('nya' itu merujuk kepada saya)
Gugupnya.
Gementarnya.
Takutnya.
Resahnya.


dan pelbagai rencah seribu satu rasa dalam hati dan diri. bangun pagi-pagi rasa macam nak buat-buat demam dan pergi ambil cuti sakit sebab terlalu takutnya saya nak mula mengajar di sekolah. tepatnya, SMK Ibrahim, 4SN4, 4SN1 dan 4SN2 tahun dua ribu sebelas.

seperti dijangka, memang PnP pertama saya bersama tiga kelas itu teruk seteruk-teruknya. seperti rancangan awal, saya cekalkan hati meminta semua pelajar menulis surat maklum balas, kritikan, komen dan cadangan penambahbaikkan.

Buruk : Ya Allah, sentap hati kak, dik. jujurnya kalian memberi komen. rasa macam nak lari terjun katil dua tingkat bila baca surat-surat komen tu. Sentap hingga menusuk ke tangkai jantung. tepatnya, tusuk ke aorta.

Baik : Berdasarkan surat-surat maklum balas yang maha jujur itulah saya membuat penambahbaikkan pada diri saya dan juga pada persediaan bahan PnP.


Alhamdulillah. Pada PnP kedua minggu yang sama, sebaik habis PnP, seorang pelajar datang ke depan dan berkata pada saya,


"Cikgu, terima kasih, cikgu.."

"Ya, sama-sama. tapi kenapa?"
hairan. sambil bertanya, saya sempat menjeling pada tag nama pelajar berkenaan. Fariza.

"saya faham kelas hari ni cikgu"
jawab gadis itu sambil tersenyum pada saya.

Duhai Tuhan, sungguh! Itu adalah ayat paling indah yang pernah saya dengar dalam hidup. Lebih indah dari lafaz cinta sang jejaka. Lebih indah dari puja cinta alam remaja. Sungguh!

Ucapan terima kasih pertama daripada pelajar saya.

Saat itu, saya rasakan ada hawa dingin yang menyerap masuk dalam diri saya. Indah.


Ahh, seorang saja, kan?

ada saya kisah? kalaupun cuma seorang daripada seribu seratus sebelas pelajar yang datang ucap terima kasih pun, saya dah cukup bahagia. Itu sudah sangat-sangat bermakna untuk seorang cikgu kecil-kecilan macam saya ni.

terima kasih, fariza.

hari terakhir praktikum, fariza datang berjumpa saya dan memberi satu kotak cenderahati dan sebuah buku tulis.

dalam buku tulis itu, ada jurnal tulisan tangan fariza, berkisahkan tentang saya. sejak hari pertama dia kenal saya, sehinggalah hari terakhir saya berpraktikum.

jurnal ini lengkap dengan tarikh, hari dan masa. apa saja peristiwa yang berlaku antara saya dan dia, apa dialog dan perkataan yang terpacul dari mulut saya yang menarik perhatian dia, apa perbuatan dan tingkah laku saya yang diperhatikan dia, ada ditulis dalam buku tulis ini. penuh satu buku tulis. buku tulis panjang pulak tu.

fariza, saya sangat terharu!

balik rumah sewa, saya baca jurnal ni dalam sebak. diselang-seli dengan tangis dan tawa lucu. seribu satu rasa bercampur-baur dalam hati saya saat membaca jurnal ini.

jurnal ni dibahagikan pada tiga bahagian.

bahagian 1 : kronologi peristiwa yang dialami fariza bersama saya dalam PnP kelas. ada tarikh.

bahagian 2 : edisi khas. peristiwa yang berlaku di luar PnP dalam kelas. antara tajuk edisi khas : relay. kem pengawas. hari kokurikulum. date. berbuka puasa. jam tangan. puding caramel cikgu ain.

bahagian 3 : sekilas. himpunan dialog-dialog ringkas daripada saya dalam kelas dan luar kelas. sebab segmen ni ringkas, saya tuliskan sedikit di sini.


"ok, hari ni kamu ada bawa buku note tak?"
" tak...."
"pasal apa kamu tak bawa?"
".........."
"Ambil kertas saya ni. Kalau selalu macam ni, tauke balak pun boleh bankrup! dah la praktikal tak dapat gaji"


"eh, kamu salin la dalam kertas yang saya bagi tu"
"depan ke belakang, cikgu?"
"buat center." (masa ni kena lukis diagram)
tiba-tiba,
"cikgu, kertas saya tak cukup!"
"macam mana boleh tak cukup?"
"saya buat besar!"
"lukis kecil dah la. tauke balak pun boleh bankrup macam ni"


"Cikgu, cikgu! nak kena lukis vertical ke horizontal?"
"Buat vertical"
pelajar lain pula menyampuk,
"tapi kami dah buat horizontal!"
"hmmm...tak apalah..."
cikgu sambung tulis di depan. cikgu tiba-tiba berhenti tulis dan tengok kami.
"kamu ni, tanya nak buat macam mana, bila saya cakap macam ni, kamu cakap kamu dah buat macam tu. Baik takyah tanya!"


"Kamu semua ada hutang saya sesuatu. jangan duk buat-buat lupa"
satu kelas "takdaaakkk"
"Pass up note kamu semua sekarang!"
"cikgu, buku note habis!"
"tulis kat mana-mana. lepas tu staple dekat buku nota. jangan tulis kat dahi sudah!"


status fb cikgu
'dah la tak mai sekolah, online FB pulak tu. (sapa terasa sila like)'


"hari ni bawa note tak?"
satu kelas "taakkkk!"
"kertas saya dah nak habis ni. pokai la saya semua kelas buat macam ni."
"........."
"kamu carilah kertas kamu sendiri. tulis kat mana-mana"
"kertas cikgu?"
"oh! mana boleh. kalau bapak saya tauke balak pun boleh bankrup"
"bapak cikgu tauke balak ka?"
"tak laaa! kamu ni kan. saya buat perumpamaan ja"
"cikgu, awat tauke balak? tauke getah takmau?"
"Isk, tak kisah laaa..! saya ada banyak tauke."
satu kelas "wooowwww"


ada banyak lagi cerita pasal saya yang ditulis fariza. apa yang menarik, cerita yang ditulis mengenai saya ini adalah dari kacamata seorang pelajar. jurnal ini ditulis mengenai seorang cikgu. nak cakap lagi sekali, saya terharuuuu!

10 komen tak puas hati:

Anonymous said...

Ok. Ni aku pun nk nanges :)

Anonymous said...

Nama anak murid hang sedap. Weh aku nak nangeh baca entri ni. Wuhuu. (buat muka terharu)

Mas said...

seyes terharu...
ko buat catatan die jela sbg jurnal harian.. haha

Fadzil Hilmi a.k.a Hagakure Kira said...

Tersenyum :)

Indahnya perjalanan mula hidup seorang yang bakal bergelar guru sebenar suatu hari nanti. Semoga terbentang luas peluang & ruang untuk ain sayang majukan diri lagi di masa akan datang.

Tahniah abg ucapkan ;)

azahrohaizah said...

tak kenal maka tak cinta

Selamat beraya Ain
maaf zahir batin

missn said...

cikgu ain... kalau terbitkan mesti best...
macam cter diari seorang guru...
teringin gak nak tau kisahnya cikgu ain nih..

Hami Asraff said...

Seronok jugak membaca ni :)

Anonymous said...

indah kan rasanya menjadi guru.

salam aidilfitri kawan..

Guru said...

terharu jugak

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

perghhh~
dia sayang hang sungguh2 tu. hehehe