mereka yang tegar

Thursday, August 25, 2011

cikgu, mai saya lah jadi ganti pakwe cikgu

kelas terakhir saya dengan 4SN1 hari selasa jam 10.50 am - 12.10 pm. subjek tentulah biologi. sementara menunggu makmal bio 2 penuh, saya berbual-bual dengan pelajar-pelajar yang masuk awal. ada yang menggodek-godek laptop saya, minta itu ini. contohnya, movie.

tiba-tiba seorang pelajar lelaki tinggi lampai yang pernah saya ceritakan di entri ini masuk dan meluru pada saya.

"cikgu, baik cikgu putuih sekarang (break up) dengan boyfriend cikgu! cikgu habaq la kat dia, cikgu takmau kat dia dah"

dia bermuka serius. lain dari biasa.

"eh pasaipa pulak?". sentap juga la saya. tiba-tiba suruh saya buat perkara macam ni. dalam hati tertanya-tanya juga apa alasan dia.

"cikgu, cikgu tau dak. boyfriend cikgu merokok. jangan kawen dengan lelaki perokok cikgu!"

mukanya bersungguh-sungguh. tiada riak mau melawak.

"isk kamu ni. pandai-pandai ja. saya tau la dia tak merokok. dia tak merokok aih. saya dah kenai dia lima tahun dah", saya membangkang.

muka pelajar lelaki itu makin bersungguh. dalam hati saya terdetik juga, eh budak ni reti serius rupanya. haha. selalu main-main sangat masa kelas.

"cikgu, saya dah tengok dah fb dia! kat tangan dia ada pegang rokok, kan cikgu kan. cikgu mintak putus la dengan dia. takpayah bercinta dengan dia dah. dia hisap rokok cikgu tau!"

tu diaa..bersemangat. macam YB berkempen.

dalam hati saya bersuara juga, habis tu kalau saya tak kawen dengan boyfriend saya, sapa pulak nak gantikan dia? tapi tak terkeluar dari mulut. haha.

rupanya gambar ini yang menimbulkan isu. gambar profile pakcik padil

dua orang lelaki sedang tonggek bergambar. seorang dari mereka memegang sesuatu seakan rokok. ataupun memang rokok? takpun curut (eh curut ke cerut ?)

Wahai Amir Ezzat, pakcik padil adalah yang disebelah kanan. bukan yang kiri tu.
ini gambar semasa saya dan cikgu omar berbuka puasa dengan 4SN1 di medan selera tesco, hari sabtu 20 hari bulan. sepatutnya amir jauh lagi tinggi dari saya, tapi masa bergambar tu, saya paksa dia berdiri di tempat rendah, dan saya berdiri di tempat yang lagi tinggi. muahaha. saya kan cikgu. mana boleh melawan. amir pun pasrah je la nampak pendek di sebelah saya. ataupun saya yang nampak tinggi? nampak tak ada seseorang belakang amir tu. saya tak pasti siapa. dilip kumar rasanya.
ada dalam gambar ; dilip kumar, dhireen, cikgu omar, sukdesh, ganesh


saya dan dalilah. okay takperlu persoalkan soal ketinggian. huh.

fatin dan mimi.
shhhh, saya nak bagitau ni. mimi nanges masa kelas terakhir saya. terima kasih mimi. kamu buat saya rasa dihargai.

saya bersama kacak boy 4SN1, sukddesh. ni banyak cakap sukddesh ni. selalu buat saya rasa senak perut tahan gelak. apa nak buat, muka serius harus dipertahankan.
saya dan dharshinii. ketua tingkatan 4SN1. gadis cantik. bila tengok dharshinii, mesti saya teringat aktress hindi yang cun melecun tu.

alhamdullillah. kenangan yang manis bersama kalian sepanjang empat bulan ini.

terima kasih 4SN1.

nota tumit ; pada yang tiada nama mahupun gambar dalam entri ini, usah terasa ya. kalian ada di hati.

9 komen tak puas hati:

luahfikiran said...

SALAM,
BAGUS SANGAT TAK MEROKOK TU !

nad said...

Woh. Terus terang

asnizaziz said...

amboi, anak murid syg cikgu..huhu

cikgu isza said...

bila sekolah menengah.. murid macam member.. kalau dilayan begitu.. hubungan makin mesra..
kan3?
Jangan ditengking-tengking anak orang! | Semekar Kasih

Hagakure Kira said...

dh baca entri ni..menarik! buat student yg minta cikgu kamu putus tu..saya nak kamu tahu..saya benci perokok utk seumur hidup saya..biarpun x luahkan secara zahir..dalam hati saya tetap bdendam dgn perokok di sekeliling saya..dan doa saya setiap kali btemu perokok (even utk sepupu sepapat dlm fmly) bukannya baik utk para perokok melainkan harap2 mereka pendek umur secepat mungkin..drpd terus menyusahkan peparu orang sekeliling

Cik Z@i Pen@nG said...

ain pon dh nmpk2 mcm sekelas dgn depa dh tu...

HEROICzero said...

ahaha . semangat budak tu . hingaqqq ~

Transcender. said...

entri cik ain ending die sort of moody sbb abis praktikal. nice one ;)

oh ni nama blog baru aku. yg lama tu dah tukar ;)

yunZatie said...

oic..cikgu rupanya :) selamat pagi cikgu!