mereka yang tegar

Wednesday, August 10, 2011

ukur box motor di badan sendiri

ada seorang gadis kecil. sendirian pergi tesco. almaklum ada tesco baru di penang, tesco tanjung pinang. sebagai anak rantau (Penang ke Sungai Petani? muahaha, merantau la sangat), gadis kecil itu belum berpeluang menghauskan tapak kasut di tesco baru.


Gadis : Babaaaaa!!! boring. tata nak pi tesco boleh dak?

BigBoss : Nak pi sorang ka?

Gadis : Dak aih. nak pi dengan selipar.

BigBoss : amboiii.. haa, pi la. alang-alang tu, tolong beli oren sunkist, sayur bayam, kurma dengan ikan masin talang

Gadis : sayur bayam tu yang mana? yang popeye makan tu ka?

BigBoss : haah, popeye makan yang dalam tin tu. tata beli sayoq fresh laa.

maka gadis kecil pergi ke tesco dengan Icon L. seorang diri. dengan hati riang gembira. naik ke tingkat tiga, ambil troli dan mula membeli belah. disebabkan berjalan seorang diri dan memang berniat nak menghabiskan masa, gadis itu menelek perlahan apa yang ada disetiap lorong.

pilih-pilih sayur.
cari bayam berpandukan label pada rak. kalau staf tesco salah label, alamatnya sah-sah saya akan salah ambil sayur.

pilih-pilih baju.
tengok-tengok dan pegang-pegang saja. cuma ambil sesuatu yang kecik.

pilih-pilih jajan.
waaaa, rambang mata tengok coklat, keropok dan jajan kegemaran. yeah, ambil itu ini masuk dalam troli.

pilih-pilih air botol.
tropicana twister oren. my favourite! sanggup beli kerap-kerap dan minum sorang-sorang masa di TM. no share no pau! hehe. mahal gak yang botol besar ni. masa pertama kali beli boleh lah nak pelawa kawan-kawan minum.

pilih-pilih ikan.
erk. terloncat-loncat nak elak air ikan. haha. teruk. bang, tolong siang siap-siap ye ikan tu. ehem.

pilih-pilih buah-buahan.
oren sunkist. anggur. betik. hamboi-hamboi. eh, makan buah la bagus kan.

pilih-pilih kettle (cerek air kat rumah rosak)
err..ambil yang paling murah.

pilih-pilih kuali (apa kejadah pegi shopping beli kuali. haa, kuali kat rumah besar-besar sangat. lenguh tangan nak guna, kuali berat)
pun ambil yang paling murah.

hehe. rasa macam wanita berkerjaya pulak boleh membeli macam ni. habis ronda tesco, pergi bayar dan masukkan barang-barang yang dibeli dalam green bag yang dah dibawa siap-siap. untuk info, di hypermarket dan supermarket Penang (dan jugak kedai kecil-kecilan), hari-hari adalah No Plastic Bag Today.

sorong troli pergi tempat parking tadi.

erk, alamak!!!

cepat-cepat ambil telefon,

"heloo? Babaaaa!!! mai amik tata kat tesco! moto tak muat!"

ades.


9 komen tak puas hati:

chiLleD...!! said...

hahaha..maaf..tergelak.hehehe..mcmana boleh terlebih ni??hehe

Ruby said...

haha. padan muka!

siskahaidan said...

Err tahniah.

Nabilah Najmuddin said...

hehe. km pnah jugak, pi Giant dgn kawan km bdua-duaan. pilih-pilih ikan, sayur n sikit bahan nak masak. pilih-pilih lagi, pikir-pikir pulak, eh! kita mai naik skuter je pun. nak buh tang mana nanti. lekas2 pi buh balik barang yg x berapa penting ~_^. tu pun lenguh tangan km yg mbonceng jd tukang pegang. muahaha~

waniey..... said...

HEEE..HEE..Kelakar pun ada dah x muat moto byk sgt brg2..

kapten said...

ain lain kali pakai la winrar atau zip file baru muat...

muhamadsufian89 said...

mesti lupa diri masa beli belah ni. tu yg tak ingat masa datang naik moto je. hehe

Khairul D'Arena said...

adeh kesian..cmne la tak perasan dah amek barg bnyak sgt...:)
naseb bek tak balik nek teksi...

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

hahaha
ngek la ain :P