mereka yang tegar

Sunday, May 24, 2009

Abu (bukan nama sebenar)


Aku rasa kan..

budak yang terpapar di atas ni

cemburu dengan kecomelan dan ke'kiut'an aku

sampaikan

dia tak henti-henti mengaku

yang dia ni...

hensem

dan comel

dan menawan (yang ni aku tambah sendiri)

kamu semua tengok la...

dan nilaikan sendiri

.

.

betul ke dia ni comel dan hensem??

Thursday, May 21, 2009

katak itu serupa aku

Salam'alaik. Sedang saya melihat-lihat FS kawan, terjumpa pulak gambar ini. Saya tak ambil langsung gambar semasa kami mandi-manda di Taman Laut Tioman. HP dah disimpan dalam beg. Takut basah eh..
Haa, sebelum terjun dalam laut..wajib pakai jaket keselamatan. Sewa tau! Bukan percuma. Sempat lagi kami berenam bergaya dulu depan kamera. Girlsss, say cheese!! (ahaks!) Dan disebabkan kami pergi Tioman dengan dompet secukup adanya, tak dapat la nak sewa google sekali. Tak cukup bajet bha! Seronok betul main air dengan ikan-ikan jinak di Taman Laut. Geram tengok kecantikan ciptaan Allah ni. Fuhh!! Apapun saya dapat juga merasa buat snorkeling. Pinjam google orang lain jab. Tengok ikan depan mata. Heh, ikan-ikan di Taman Laut Tioman sangat berlagak lor! Depa tau kalau sesiapa menangkap depa, itu merupakan satu kesalahan. Jadi, ikan-ikan tu berani datang main dekat-dekat kami. Kalau ikan kat tempat lain, jangan harap laa..mesti dah lari berenang-renang dah. heh!


Saya yang tengah. Keletihan 'berenang'. Rehat dulu atas 'pelantar' tu. Berenang ke? Serasa macam saya cuma menguak-nguak tangan dan kaki. Ahh, janji bergerak. Serupa katak lorr! Sesiapa pun jangan berani cakap jaket keselamatan tu besar di badan saya. Tak kan nak pakai budak-budak punya!

.................

Apapun pengalaman di Tioman memang buat saya terkenang-kenang. Ohhh, Tioman..aku angau padamu...ngeh ngeh ngehh!!

Wednesday, May 20, 2009

aku anak cikgu! (dedikasi hari guru) bhgn 2

ehemm..terima kasih pada semua yang bagi respon memberangsangkan pada entri 'Aku Anak Cikgu'. Ramai juga yang mengaku diri anak guru dan mempunyai pengalaman hampir serupa dengan saya. Yang jauh beda pun ada...baik, jom sambung cerita lagi.

..............................

..............................

Salam'alaik. Pengalaman saya di sekolah rendah pun ada 1001 satu cerita. Kebanyakannya masih terpahat kuat di ingatan. Sekolah rendah pertama saya, Sek Ren Keb Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor. Saya tak pasti berapa lama saya bersekolah di sini, mungkin tak sampai setahun. Semasa saya dan keluarga menetap di sini, Baba sedang sambung belajar di Maktab Perguruan Islam, Bangi.

.

Hal saya sebelum masuk sekolah? Heh..baju sekolah dah tentu perlu ditempah. Kata Mama kalau nak beli pun rasanya tak da saiz. Yang bermasalah ialah kasut sekolah. Kami pusing merata pekan dan hampir habis semua kedai kasut kami masuk. Mencari kasut sekolah yang padan dengan saya. Sejak kecil, badan saya memang kecil. Mungkin tak sepadan dengan usia. Nak cari kasut sekolah ketika mahu masuk darjah satu pun memang masalah. Takda kasut sekolah sekecil kaki saya. huhu.. nak tahu satu rahsia tak, saiz kasut ni memang sampai sekarang menjadi satu masalah buat saya. Geram betul! Beli kasut budak-budak kang, tercengang orang kedai kasut tu. Hee!

.

Baba hantar saya ke Sek Keb Jenderam Hilir paginya dan petang, ke sekolah agama rakyat. Saya agak kebosanan di sekolah rendah, tak tahu mengapa. Cikgu tetap mengajar ABC dan 123. Sekelas saya pula ada lebih 40 orang murid, agak sesak dan sempit. Suatu yang saya masih ingat, cikgu mengasingkan 4 orang daripada kelas ini dan kami diletakkan setempat. Cikgu beri tugasan lain sikit daripada yang lain. Sebab? Kami 4 orang dah cekap membaca. Jadi, Cikgu Mariam namanya, tak mahu lagi mengajar kami ABC. Bagus, bagus! Hehe.

.

Cuma saya memang seronok di sekolah agama sebab banyak belajar benda baru. Ustazah pula agak memberikan perhatian kepada saya. Budak kecil yang mulutnya potpet-potpet. Satu hari, ketika saya masih di darjah satu, Ustazah panggil saya dan suruh saya mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah tauladan. Dia tunjukkan saya 3 sampel cerita. Cerita versi panjang, versi pendek dan sederhana. Saya memilih versi sederhana. Balik rumah, Mama dan Baba bantu saya menghafal cerita itu. Siap dengan intonasi dan gaya bercerita. Tapi, saya tak sempat pun mewakili sekolah dan menyampaikan cerita itu dalam pertandingan. Hampir hari pertandingan, keluarga saya berpindah sebab Baba dah habis maktab. Wuuu! Penat je hafal. Kecewa betul!

.

Saya bersekolah sekejab di Sek Keb Ayer Itam, Pulau Pinang. Tak banyak yang saya ingat di sini.

.

Kemudian, keluarga saya berpindah ke Telok Bahang. Saya bertukar sekolah ke Sek Keb Telok Bahang. dan.....Baba saya juga ditugaskan mengajar di sekolah yang sama!

............

Fuhh, jadi anak cikgu dan bapanya mengajar di sekolah yang sama, memang saya rasakan sebagai satu cabaran. Agak popular ketika itu. Kawan-kawan sedarjah suka menghampiri saya. Budak lelaki suka mengusik dan menyakat. Kakak-kakak yang lebih tua, suka datang dan cubit-cubit pipi saya. Nak buat adik angkat la. Nak jadi kakak angkat la. Err, nyampah betul. Nampak sangat nak bodek sebab saya anak cikgu. Haha, ataupun saya memang comel dan sebab tu ramai yang perkenan, ahaks! (ini blog saya, suka hati la saya nak puji diri)

.

Suatu hal yang saya ingat sampai hari ini, sebagai anak cikgu, saya mesti menjaga nama baik Baba. Saya tak boleh buat hal yang boleh memalukan dia. Saya mesti berkelakuan baik dan menjaga tingkah laku. Saya mesti menyiapkan semua kerja sekolah supaya cikgu yang mengajar saya tidak mengadu kepada Baba.

.

Tak seronok betul, semua orang anggap saya budak skema. Saya suka menyombong. Saya berlagak bijak. Huhu, terima je la.. Kebetulan pula, memang saya tidak begitu suka berkawan dengan sembarangan orang. Banyak perkataan mereka yang saya tidak faham dan pelik dengarnya di telinga saya (bila dah besar ni baru saya tahu rupanya perkataan-perkataan yang saya tak faham tu perkataan mencarut dan lucah)

.

Tak seronok pun sebenarnya... orang cuma kenal saya sebagai anak Ustaz Roshidan.

Cikgu panggil, "Kamu Fathihah, anak Ustaz Roshidan...mari sini".

Kawan panggil, "wei hang anak ustaz Roshidan, jom la main".

Makcik Kantin panggil "haa, anak ustaz nak beli apa ni?".

Tukang kebun panggil "hah anak ustaz, duk main apa ni. Bapak hang duk cari tu nak balik dah".

.

Adehh, tak seronok betul. Saya pun ada nama la! Susah sangat ke nak panggil saya Fathihah? Orang kenal saya sebab saya anak cikgu. Bukan sebab diri saya sendiri. Saya sentiasa merungut-rungut hal ini kepada Baba bila di rumah. Dia cuma ketawa.

Tuesday, May 19, 2009

aku anak cikgu! (dedikasi hari guru) bhgn 1

Salam'alaik. Selamat hari guru. Selamat hari guru juga kepada bakal-bakal guru.

.

Tajuk entri ini bukan untuk menyohor yang saya anak seorang guru. Ya, saya anak cikgu. Kamu ada masalah? Heh, saya yang agak bermasalah menjadi anak guru. Suatu keuntungan yang kadangkala saya anggap masalah.

(n_n)

Saya Nurul Ain Fathihah Bt Mohd Roshidan. Haa, empunya nama yang ditebalkan itu, seorang guru. Seorang pendidik. Sejak kecil, sejak saya tahu bercakap dan ber'potpet-potpet', acapkali dialog seperti ini berlaku

....

Ayah kerja apa?

Baba saya cikgu.

Ohh, anak cikgu rupanya. Mesti pandai.

....

erkk? Ayat terakhir itu selalunya saya anggap satu beban. Perlukah anak cikgu pandai serba-serbi? Tahu serba-serbi? Sempurna perangai dan tingkah-lakunya.

....

Apa la Ain tu, anak cikgu tapi nakal

....

Heiii kamu, saya pun manusia biasa. Lahir daripada keluarga biasa. Naluri nakal itu memang ada pada semua orang tau.

.

.

Apapun, saya berasa amat beruntung lahir dari benih seorang guru. Satu kebanggaan yang amat sangat apabila memperkenalkan Baba saya, seorang guru. Biarlah apa pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan. Kita sendiri tahu bagaimana masyarakat sekarang memandang enteng dan sinis kerjaya guru. Heyy Peguam, tanpa guru kamu bukan sesiapa. Heyy Polis, tanpa guru, kamu bukan sesiapa. Heyy Jurutera, tanpa guru kamu bukan sesiapa. Tanpa guru yang mewakili seribu buku, semua kita bukan sesiapa. Ya, tanpa guru-guru saya, saya bukan sesiapa. Tanpa Baba dan Mama sebagai guru terbaik saya, juga saya bukan sesiapa.

(n_n)

Sejak kecil, saya dah diberi pendidikan awal yang membuatkan saya agak menyerlah dari yang lain. Kata Baba, sejak saya tahu celik mata lagi Baba dah membacakan buku-buku cerita pada saya sebelum tidur. Atau membacakan saya suratkhabar. Kata Baba lagi, semasa kecil saya seringkali mengacaunya membuat kerja. Apabila mahu menaip surat (dulu Baba saya guna mesin taip), saya mencanak-canak lari dan duduk di atas ribanya. Habis, dah ada anak kecil di atas riba, bagaimana bapa itu mahu membuat kerjanya. Ditaipnya huruf A, jemari kecil saya mencelah menekan huruf B. Hehe..

....

Cerita Baba, apabila dia mahu menyemak buku-buku latihan muridnya atau menulis sesuatu, saya mengacaunya dengan menconteng bukunya. Saya ghairah melorek-lorek dan melakarkan apa-apa di atas bukunya. Pernahkah saya dimarahi Baba kerana mengganggu kerjanya? Seingat saya, tidak pernah. Langsung tidak. Selalunya Baba akan memberi saya pensil atau pen, dan sehelai kertas untuk saya membuat 'hasil kerja' saya. Baba juga akan membantu saya melukis apa-apa, memegang tangan saya untuk menulis ejaan nama saya atau bercerita dan menyanyi sambil melukis..

.

Kamu ingat lagu ini? 'bulat kecil, bulat kecil, bulatan besar. Sayang Mama, Sayang Baba, sayang semua. Enam kali enam, tiga puluh enam. Enam lagi, enam lagi, jadi anak beruang'.. ataupun,

'hujan rintik-rintik, air bergelombang. Mama bagi sekupang, baba bagi sekupang, tata ke sekolah. Di sekolah cikgu tanya, tiga tambah tiga berapa, tata jawab enam, cikgu kata betul. tata balik ke rumah dengannnn senang hati' 

.

Habis lagu, imej lakaran yang comel akan terhasil. Sama ada imej anak beruang, ataupun imej muka orang. Hehe..comel comel comel!

.

Seawal usia saya dua tahun atau kurang (kata Baba sebelum saya belum lancar bercakap lagi), Baba dan Mama telah mula mengajar saya membaca Iqra' dan buku Bacalah Sayang. Juga Matematik mudah seperti menambah dan menolak. Heh, mungkin kerana saya anak pertama, maka keterujaan mereka berdua untuk mengajar anak sangat tinggi. Kata mereka, ketika kecil, minat dan keghairahan saya terhadap buku memang tinggi. Sebelum usia empat tahun, saya telah boleh membaca dengan lancar (walaupun agak pelat). Juga boleh membaca Jawi (kaedah Iqra' tu entah bagaimana secara automatik membuatkan saya reti membaca Jawi). Dan juga saya mampu membuat kiraan matematik (tambah dan tolak) secara congak (guna minda) bawah nilai seratus, dan kiraan bentuk lazim sehingga tiga angka. Sa, Puluh dan Ratus.. huhuhu, awalnya.

.

Maaf ya pembaca sekalian, saya bukan mahu memuji diri sendiri. Saya cuma mahu menyatakan kebanggaan saya terhadap ibu bapa saya yang telah menjadikan saya seperti itu. Saya punya ibu bapa terhebat dalam dunia. Kamu bagaimana?

.

Ermm, lagi nak tambah. Disebabkan Baba rajin membacakan saya buku cerita sebelum tidur kepada saya dan Afnan semasa kecil (masa itu baru kami dua beradik, belum masuk yang ketiga, Amira) saya menjadi seorang anak kecil yang petah bercakap. Bak kata Mak Long Bashah, sepupu Baba..mulut saya macam mulut murai. Macam-macam cerita keluar dari mulut saya. Suatu hal yang saya masih ingat, apabila balik ke kampung Baba dulu, di Pendang, Kedah..makcik-makcik begitu berminat dengan saya. Disuruhnya saya bercerita.

.

Kisah yang sering saya ceritakan, adalah kisah seorang anak derhaka pada zaman Rasulullah, Alqamah. Saya akan naik di atas meja, atau berdiri atas kerusi...lalu bercerita kepada makcik-makcik tu. Haha, kecil-kecil dah reti mencapup (mencari publisiti). Makcik-makcik tu pulak, tanpa jemu disuruhnya saya mengulang-ulang cerita saya. Kerap juga mereka sedekah duit. Tanda penghargaan mungkin. ngee~ seronok la anak kecil dapat banyak duit kan?

.............................................

Alam Tadika Saya.

Huh? Saya tiada kenangan manis waktu tadika. Sebab? Saya amat tidak suka ke tadika. Baba hantar saya ke Tadika Kemas semasa umur lima tahun. Tapi saya menangis-nangis tidak mahu. Sebab? Pertama, saya menangis sebab tak mahu ditinggalkan di tempat asing. Kedua, saya bosan dengan isi pelajaran di tadika. Cikgu baru mula ajar pegang pensil. Cikgu baru mula ajar Satu, Dua, Tiga...ajar A, B, C. Arghh, memang tekanan jiwa. Bosan bosan bosan. Saya sudah membaca akhbar sendiri diajar A B C. Saya sudah tahu membuat kira-kira tiga angka diajar 1 2 3. Heh, bukan meninggi diri. Bukan mengangkat diri. Cuma saya memang tidak suka zaman tadika. Paling membuatkan saya tidak mahu lagi ke tadika, apabila saya dimarahi cikgu tadika itu disebabkan saya menyiapkan satu buku tulis. Alaa, buku yang kena tulis huruf A satu mukasurat. Lepas tu huruf B satu mukasurat.

....

Cikgu cakap "baik murid-murid, balik rumah tulis huruf A sampai habis mukasurat ni ya"

Saya pula balik ke rumah siapkan satu buku habis. A sampai Z. Keesokkan harinya bila pergi ke tadika, saya dengan bangga tunjukkan hasil tugasan saya (yang dibuat sambil merungut-rungut tak puas hati kenapa saya kena tulis huruf-huruf macam ni) Tapi apa yang jadi? Saya kena marah dengan cikgu sebab tak ikut arahan. Lepas tu saya dipaksa padam semula huruf B sampai Z. Huhuhu! Esoknya saya berkeras tak mahu pergi tadika lagi. Taknak taknak taknak!!

Apapun, terima kasih pada Cikgu tadika saya sebab dah ajar saya macam-macam lagu. Ahaks!

....................................

erm..sampai sini dulu. Zaman anak-anak, masih anak kecil. Zamam sebelum persekolahan sebenar. Nanti saya sambung zaman sekolah rendah pulak..hee!

Monday, May 18, 2009

ujian kepantasan menaip

cubaan kali pertama..

Ujian kepantasan menaip ni sebenarnya dah lama diberi oleh Nim, cuma saya baru buat selepas bermula cuti ni. Haha..jom tengok nilaian saya.

43 perkataan

Speedtest

hijau itu anugerah


salam. Terima kasih pada http://a-hazizul.blogspot.com/ yang sudi bagi award ni pada saya. Saya suka warna hijau ni, cantik..

.

Pada sesiapa blogger yang mahu ambil award ni, silakan tampal award ni di blog anda juga.

.

Sekian

Saturday, May 16, 2009

Happy Birthday Mama

Happy Birthday to Mama
Happy Birthday to Mama
Happy Birthday to Mama
.
.
Selamat Hari Ibu

Haa, lengkap semua 9 orang sefamili. Dah lama tak berkumpul macam ni. Huhu, selalunya aku la yang takda. Orang merantau la katakan (merantau ke?)
Birthday girl tengah potong kek. Perlu ke mereka berdua pakai sedondon ungu? Heh, Baba siap pakai baju batik.. Macam nak pergi dinner kat hotel plak..Okayy, ni semua sekali bergambar. Uhh? Jangan tanya aku macam mana Pakcik Padil tu boleh terselit sekali. Dia dapat jemputan khas dari Baba. Aku pun taktau bila masanya Baba ajak dia sekali untuk raikan Mama sama-sama.

ngee!

.

.

Ucapan untuk Mama : Moga panjang umur, sihat walafiat, murah rezeki & jadi isteri solehah. Sayang Mama, muahahaha!

Friday, May 15, 2009

topi gedik


Salam'alaik. Selamat Pagi. Sekarang aku bergelar Cik Penganggur Kehormat. Pastikan kamu semua hormat aku sehormat-hormatnya ya. Aduhh, baru sehari kat rumah aku dah rasa blur. Apa nak buat sepanjang cuti semester ni ye.. (aku dah mula poyo cakap pasal bosan).

.

.

Boleh tak sepanjang cuti ni aku nak p kerja di chalet Pulau Tioman? (arghhh, double poyo!)

.

Lihat topi di atas. Rindu topi ni! Beli semasa di Jeti Tanjung Gemuk. Aku namakan topi ni, Topi Gedik. Sebab bila aku pakai topi ni, aku jadi gedik. Haha, mesti ada yang akan cakap, ''eleh Ain tu, tak pakai topi tu pun dah gedik dah". Nanti aku masukkan gambar-gambar gedik aku di Tioman.. Lalala...

moga berjaya!

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan debat integriti UPSI!

Wednesday, May 13, 2009

aku teruja dengan angin Tioman

TIOMAN SANGAT BESTTTTT!!!

nanti saya cerita kisah di sana.hehe...teruja tak habis lagi ni..terkenang2 angin tioman lagi...ahaks!

Wednesday, May 06, 2009

kepala sudah ringan

Salam'alaikum..Alhamdulillah..Lega..(nak tulis blog ala-ala CheDet)

.

1. Exam dah selesai. Lega. Walaupun saya jawab ntah apa-apa (terutamanya paper terakhir, Biodiversity) tapi peperiksaan akhir semester ni dah berakhir. Rasa ringan kepala. Mata pun ringan, sampai mata ni tak reti nak memejamkan diri tatkala tuannya ingin beradu dan beristirehat.

.

2. Baru siap memindahkan barang-barang ke rumah sewa. Rumah sewa? heh, yela..rumah sewa.. Semester depan saya tak duduk di kolej kediaman Ungku Omar aka KUO dah. Rumah teres dua tingkat yang cun menunggu saya. Rumah 6 bilik tidur, 3bilik air, dapur yang selesa, ruang tamu agak luas, dan ada halaman rumah! hehe... satu rumah duduk 12 orang.

Okey la tu kot. Bayaran? hurmm..berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Roommate baru? Ops, tak kenal lagi. Saya masuk celah-celah rumah yang ada kekosongan. 

.

3. Rindu rumah. Tak sabar nak balik. Tapi tengah teruja nak p Pulau Tioman dulu. Baktisiswa KUO. 9hb hingga 12hb ni..

.

4. Sekarang tengah tunggu Mak Jang datang ambil. Nak balik rumah Mak Jang tengok orang baru. Baby Boy Wafi, anak menakan (=anak sedara=anak buah). Tunggu MakWa peluk cium Wafi yaa.. Eh, tak boleh. Saya tengah selsema ni.. Jangan biarkan bibir comel saya rakus mencium-cium pipi bayi kecil tu. Nanti berjangkit.

.

5. Bila boleh nak jumpa Pakcik Padil ni.....adui.....dekat setengah tahun dah tak jumpa. Heh, nak kena cukupkan setahun dulu ke? Waa!

Tuesday, May 05, 2009

Laskar Pelangi ~ 5 bintang + setengah!

Terima kasih pada Encik Abu yang sudi merajinkan diri memberi filem ini kepada saya.

Syokkk laa Abu.

Saya bagi 5bintang + setengah.

Filem yang sangat menyentuh perasaan.

Elemen persahabatan, kekeluargaan dan semangat juang yang diadun secukup rasa.

sehingga cukup untuk membuatkan lelaki semacho (macho ke? perlu difikir2 kembali) Abu menangis.

Adakah hati saya cukup tabah dan kuat sehingga saya tak menangis?

tapi,

sebak la weii...huhuhu.

bila lagi Malaysia nak ada filem sebegini ya?

jangan salahkan penonton kalau filem Malaysia tak laku

disebabkan produser-produser filem Malaysia menghidangkan kita filem-filem sampah yang boleh buat kita muntah lewah..

wekk!

.

.

.

Laskar Pelangi

best3x!!

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
.
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa
.
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
.
selamanya…
.
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
.

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
.
menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
.
selamanya…


Sunday, May 03, 2009

~ngee~

esok..
4 Mei 2009
9.00 am : Pembangunan Sahsiah
2.30 pm : Biodiversity and Evolution of Protist & Animalia
.
.
.
(=_=)
MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace

tira tag fawez tag aku

Sebelum aku jawab tag ni...ada pesanan khidmat masyarakat untuk Cik Tira.. "weh, kau jangan tag fawez, nanti dia tag aku pulakkk!!" Hehe..sebenarnya sebelum ni, ada banyak tag bertimbun yang tidak saya jawab pun. Abaikan saja..maaf la pengetag-pengetag sekalian.. Kebetulan malam ini sangat kebosanan mengadap buku Biodiversity, maka saya merajinkan diri menjawab tag ini. Bak kata Fawez, menghilangkan tekanan..(aku tertekan ke?)

.

...Jom, layannn...

.

1. Apakah tindakan anda bila terdengar bunyi kilat atau petir ?

~tindakan? apa ehh.. tengok ke luar rumah, menunggu hari hujan. Seronok, sejuk bila hujan.

.

2. Reaksi anda bila orang mengutuk anda ?
~Kutuk balik secara 10kali ganda. Kemudian gelak dan buat muka tak bersalah..(n_n)
.
3. Reaksi anda bila terjumpa artis kegemaran anda? 

~Sudirman? Boleh ke jumpa dia...wuu...

.

4. Maxis or celcom ? Which one do you prefer ?

~both.  Aku sayang nombor maxis aku, banyak kenangan. Celcom pulak, majoriti kawan-kawan guna Celcom..terpaksa mengikut arus semasa.

.

5. Nyatakan 3 bad habit anda.

~selalu melahar orang tanpa sedar (dengan muka yakin dan tak bersalah), bila makan makanan bersayur, sedaya upaya cuba asingkan sayur2 tu dari masuk ke mulut, dan  selalu menangis tanpa bunyi..wuuu, meleleh je air mata.

.

6. Apa yang anda akan lakukan jika orang lain sibuk akan hal anda?

~buat cerita tak menarik supaya dia dah tak berminat nak tahu. Cara sopan yang lain, cakap kat dia "awat hang dok kepoh-kepoh sangat ni?" 

.

7. Adakah anda mempunyai ramai peminat ?
~alamak, malu la nak cakap. bf saya baca blog saya laa...nanti kantoi. hehe

.

8. Honestly,what do you like about yourself ?

~semua suka. kalau diri sendiri  tak sukakan diri sendiri, siapa lagi kan?  Berbahagialah menjadi diri anda..pesanan khidmat masyarakat daripada Ain Fathihah.
.
9. What is your height and weight ?
~154cm kot. pasti tak lebih dari ini. Haha.. Berat, tak lebih 45kg. Alahai, halusnya akuuuu...
.
10. Apa reaksi anda apabila anda terkentut dengan kuat/busuk di khalayak ramai ?
~buat muka bodoh. Sambung kentut lagi sampai habis angin dalam usus besar aku. Haha, jangan  tahan kentut, anda mungkin diserang strok.

.

.

.

RANDOM QUESTIONS ABOUT YOUR RELATIONSHIP

1. State the date you have declared with your 1st couple.
~hah? Tak ingat la..yang pasti selepas tahun 1990
.
2. Adakah anda akan trus berhubung dengan your bf/gf jika anda dah clash ?
~terpulang pada dia. Kalau dia nak hubungi aku, layan seadanya sekadar kawan.
.
3. Apa yang akan anda lakukan bila anda merindui bf/gf anda ?
~Taip mesej, "pakcik, rindu lahh!"
.
4. Adakah anda mempercayai bf/gf anda 100% ?
~pasti tidak. Jangan percaya-sepercayanya pada pasangan. harus ada curiga. aku pun belum tahu langit tinggi ke rendah.
.
5. How was your first date with your couple ?

~ngeee! kat Cafe B KMPP.. ditemani Cik Tira. Eh, tapi tu bukan date. Sekadar jumpa nak tengok muka. Hehe

.

6. Adakah anda rasa bf/gf anda seorang yang pandai memujuk ?

~masa bercinta memang semua orang  pandai memujuk. Dah ada jawapan kan?
.
7. Apa reaksi anda dan apa yang anda lakukan apabila kredit bf/gf anda dhabiskan utk org? 
~tak pe, kredit aku pun selalu habis untuk orang. Tak pernah lagi habiskan kredit untuk ayam itik kambing kat kampung.
.
8. What are you going to do when your besties have a relationship with your ex?
~semoga berbahagia. 
.
9. Adakah anda akan menelefon bf/gf anda apabila disuruh oleh bf/gf anda?
~mesti la..aku sebagai gf yang comel & kiut,  akan memenuhi permintaan kecil camtu.
.
10. Apa reaksi anda bila mendapat tahu bf/gf anda masih berhubung dengan ex mereka?
~apa hal?cakap apa?penting ke?perlu ke?berapa lama?bla3..???

.

.

.

.

Saturday, May 02, 2009

kera betina yang gemok sahaja dibenarkan bising

salam'alaik. Sebelum saya mula menekan papan kekunci laptop dengan lebih ganas, suka saya ingatkan, entri ini ditulis dalam keadaan diri saya yang amat bengang dan rasa nak mengebom orang ala-ala Al*****ya dengan bom C4.

.

.

Kawan-kawan bloggers, masih ingat entri saya berkenaan saya mengigau sambil marah orang tu? Mana yang masih belum baca, sila baca dulu supaya anda lebih mudah faham apa yang akan saya bebelkan di sini..

.

Mungkin ada yang mahu tahu, bagaimana kesudahan kisah saya mengigau tu. Adakah bertambah baik, ataupun sama juga situasinya. Anda akan temui jawapannya nanti.

.

Semester ini memang merupakan semester tekanan jiwa buat saya. Kipas bilik rosak, dari awal semester sudah berulang kali ke pejabat KUO membuat laporan alatan rosak, sehingga ke hari ini masih belum dibaiki. Maka, merempatlah saya ke bilik kawan-kawan lain menumpang tidur. Takpun, kami berdua mengusung tilam ke ruang tamu rumah untuk tidur. Yela, siapa yang tahan tidur dalam bilik yang panas berkuap kan?

.

Sejak awal semester, entah apa tabiat orang bilik nombor satu itu, suka bawa kawan-kawan datang rumah jam 2-5 pagi. Nak datang? datang la. Baba saya memang ajar adab memuliakan tetamu. Tapi kalau sudah datangnya membawa malapetaka pada gegendang telinga saya dan kawan-kawan serumah yang lain, wajarkah tetamu itu dialu-alukan lagi? Bising yang keterlaluan. Gelak tawa bak hilaian pontianak nak mengawan. Suara nyaring tergedik-gedik macam keldai tengah berahi. Arghhh! amat menjengkelkan. Helooo pompuan! jam sebegitu adalah waktu untuk orang tidur, tahu?

.

Kebengangan yang dipendam dalam hati, dikepal-kepal lumat sehingga menjadi kebencian dan kemeluatan tahap tinggi.. Saya, Dayah, Nisa dan Amy menyimpan bara api dalam hati.

.

Nak tahu cara tetamu itu datang ke rumah? Kalau pintu tidak berkunci, dia buka sesuka hati tanpa ketuk dulu. Tidak pun menghiraukan tuan rumah yang ada, terus menuju ke bilik satu itu. Kalau pintu berkunci, akan diketuk dan digendangkan pintu tu sekuat-kuat hatinya sambil memanggil kawannya. Sopan kan? Hampir jarang ada ucapan salam (kecuali seorang). Bila ahli rumah ini pergi membuka pintu, tanpa terima kasih dan dengan jelingan, dia terus ke bilik kawannya. Ahh, sungguh sopan.

.

Lama-kelamaan, kami jadi malas nak tolong bukakan pintu lagi. Meluat! Maka pada suatu hari, orang itu datang dan mengetuk-ngetuk pintu rumah dengan dasyat sambil memanggil kawannya. Kawannya yang bilik satu pun satu hal, takkan tak dengar kawan dia panggil, cepat-cepat la pergi buka pintu. Saya buat muka tak tahu bila dia mengetuk pintu. Dayah dalam bilik pun buat tak tahu. Malas nak buka. Biarkan kawan dia buka.

.

Pelik saya, sebelum datang tak reti beritahu dulu ke kawan dia tu? Rasanya semua kawan-kawan saya yang datang mencari saya, pasti akan SMS atau beritahu melalui YM dulu, memastikan saya ada dirumah, dan saya bersedia menerima tetamu.

.

Selepas agak lama orang itu mengetuk, dia menjengah melalui koridor, melihat tingkap bilik Dayah. Yang kelakarnya, Dayah cakap "boleh call kawan mu tak?suruh dia yang buka pintu.." Tak lama kemudian, orang bilik satu keluar dan buka pintu rumah. Elok aja dia masuk ke dalam rumah saya, dengan suara nyaring keldainya itu, dia mengomel "Apsal kuang hajo sangat orang rumah ni..BABI!!" 

.

Tersentak saya. Sudah sekian lama saya tak jumpa orang yang mengeluarkan perkataan seperti itu. Sopannya. Harap bukan mak dia yang ajar. Macam bohsia tepi jalan yang tak berpendidikan, bukannya siswi UPSI aka bakal guru.

.

Keadaan berterusan begitu. Datang rumah orang pagi-pagi buta, waktu orang tidur! Datang membawa malapetaka. Bising amat. Juga hilaian dan kekekan pontianak yang mengekor mereka..

Suatu malam, saya pergi ketuk bilik yang sedang riuh itu..jam 2pagi! "S**i, kau boleh suruh kawan kau yang suara nyaring tu diam sikit tak? Ganggu la. Orang nak tidur. Nak study" Saya bercakap dengan nada kuat, supaya semua orang dalam bilik tu dapat dengar.

"Okey..okey..nanti aku cakap"

.

.

Keadaan tetap juga berterusan begitu. Mereka datang membawa malapetaka.

Malam ini, saya tidur lewat. Hampir jam 4 pagi baru merehatkan diri. Belum pun lena sepenuhnya, telinga menangkap hilaian malapetaka itu lagi. Jam 4.45 pagi! Saya mendiamkan diri dalam bilik. Menunggu suara-suara itu lenyap. Dan saya boleh menyambung tidur. Hampa. Hampir setengah jam, masih bising. Keterlaluan. Dek protes, saya sengaja menghempas pintu bilik saya dengan kuat, dengan harapan mereka akan berambus segera. Mengejutkan, mereka dengan biadap menghempas dengan lebih kuat pintu rumah. Kemudian ada satu suara yang amat saya kenal, menjerit.. "SIALLLL!!"

.

erkk? Sopannya. Harap bukan mak dia ajar. Dah la datang membawa malapetaka ke rumah orang, buat macam tu pulak

.

Sedang saya terpinga-pinga, Dayah meluru keluar dari bilik. Menerpa ke bilik satu. "S**i, boleh tak kau pesan kat kawan kau si baby (nama panggilan si suara nyaring) jangan bising..banyak kali dah macam ni.." dayah bila marah, pekat loghat Ganu dia. "okey..okey..nanti aku cakap" 

.

.

Geram amat! Sepanjang semester ini, memang tekanan jiwa. Huhu. Bukannya tak pesan, banyak kali! Mereka itu bukan manusia ke? Peliknya..

Haa, nak tahu macam mana pakaian si baby yang lantang mulutnya memaki hamun itu? setiap kali datang ke rumah saya, dia berspender dan bersinglet. Sebenarnya seluar pendek yang terlalu pendek dan ketat. Seluar itu paras pangkal paha dia! Dengan singlet tak berlengan dan nampak perut. Adoii la..kalau cantik struktur badan tu, saya boleh terima. Ini badannya gemok, boroi dan buncit. Haa, amik pakej ni. Rumah saya di aras bawah. Koridor blok perempuan terus bersambung dengan koridor blok lelaki. Saya tak faham bagaimana dia sanggup berpakaian begitu dan berkeliaran di kawasan koridor. Senang-senang lelaki di blok lelaki boleh nampak dia. 

Kawan-kawan saya yang berselisih dengan dia di koridor aras bawah blok perempuan, sekadar mampu menggeleng kepala. Mungkin dia sangka dia sangat la comel begitu. Huhu..

Tinggal lagi beberapa hari semester dua akan berakhir. Moga dunia ini kembali aman selepas ini. Sakit kepala tau bila tidur terganggu!

saya sangat teringin nak tampal notis di pintu rumah,

"HANYA KERA BETINA YANG GEMOK SAHAJA DIBENARKAN BISING. SELAIN DARIPADA ITU, SILA DIAM"