Showing posts with label semester dua. Show all posts
Showing posts with label semester dua. Show all posts

Wednesday, May 06, 2009

kepala sudah ringan

Salam'alaikum..Alhamdulillah..Lega..(nak tulis blog ala-ala CheDet)

.

1. Exam dah selesai. Lega. Walaupun saya jawab ntah apa-apa (terutamanya paper terakhir, Biodiversity) tapi peperiksaan akhir semester ni dah berakhir. Rasa ringan kepala. Mata pun ringan, sampai mata ni tak reti nak memejamkan diri tatkala tuannya ingin beradu dan beristirehat.

.

2. Baru siap memindahkan barang-barang ke rumah sewa. Rumah sewa? heh, yela..rumah sewa.. Semester depan saya tak duduk di kolej kediaman Ungku Omar aka KUO dah. Rumah teres dua tingkat yang cun menunggu saya. Rumah 6 bilik tidur, 3bilik air, dapur yang selesa, ruang tamu agak luas, dan ada halaman rumah! hehe... satu rumah duduk 12 orang.

Okey la tu kot. Bayaran? hurmm..berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Roommate baru? Ops, tak kenal lagi. Saya masuk celah-celah rumah yang ada kekosongan. 

.

3. Rindu rumah. Tak sabar nak balik. Tapi tengah teruja nak p Pulau Tioman dulu. Baktisiswa KUO. 9hb hingga 12hb ni..

.

4. Sekarang tengah tunggu Mak Jang datang ambil. Nak balik rumah Mak Jang tengok orang baru. Baby Boy Wafi, anak menakan (=anak sedara=anak buah). Tunggu MakWa peluk cium Wafi yaa.. Eh, tak boleh. Saya tengah selsema ni.. Jangan biarkan bibir comel saya rakus mencium-cium pipi bayi kecil tu. Nanti berjangkit.

.

5. Bila boleh nak jumpa Pakcik Padil ni.....adui.....dekat setengah tahun dah tak jumpa. Heh, nak kena cukupkan setahun dulu ke? Waa!

Tuesday, December 30, 2008

subjek semester dua, yeahh!!

EDU3012
- PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR
ouchhh, rasanya ini antara subjek ngantuk akan datang. Harap2 pensyarahnya jenis yang selamba dan suka buat lawak. Tidaklah saya tersengguk2 dalam kelas kn.

TBD2013
- BIOLOGI PERKEMBANGAN
subjek biologi. kegemaran? mungkin. bukunya mungkin mencecah ratus ringgit. perlukah di beli? YA! sebab saya tidak suka meminjam buku di perpustakaan Tuanku Bainun. Berat mahu diusung ke sana ke mari. Buku-buku biologi, kalau dibuat baling peragut, mau patah leher dia. hehehe. TBZ2023
- MORFOLOGI DAN HISTOLOGI HAIWAN
semester lepas saya rasa mahu menangis semasa dalam kelas Plant Anatomy, sangat blurrr hingga ke hujung semester. harapnya saya dapat meminatkan diri secara paksarela terhadap subjek ini.. GO GO AIN!!

TBZ2033
- BIODIVERSITY OF PROTISTA DAN ANIMALIA
hehe, biodiversity of animalia.. memang menggerunkan. Makanya saya pura-pura ketawa riang. Ha ha ha! UBI1032
- ENGLISH FOR COMMUNICATION I
aisehh, subjek bahasa. saya jenis tak paham bahasa! iya kah? huhu

UKK2061
- BSMM II
ini subjek dibawa dari semester satu. Bulan Sabit Merah Malaysia... 3semester wajib menghadap Mejar Fais! hoho, tak sabar saya nak tengok baju unifom BSMM yang amat mahal ini!! hampir 4oorm. kopak duit edenn.....wawawa

UKT1301
- PENGURUSAN KO-KURIKULUM
pengurusan? aduhhh, sedangkan masa untuk diri sendiri pun tidak cukup terurus lagi. mungkin subjek ini akan meningkatkan kemahiran pengurusan saya..ngehh3x!

ULP1013
- PEMBANGUNAN SAHSIAH
moga sahsiah kami terbangun. hehe. dengar kata wajib buat program di luar dan kajian mengenai tingkahlaku pelajar. hohoho! lepas ambil subjek ni pasti sahsiah saya bertambah bagus. begitukah?