Tuesday, August 09, 2011

PEKA

4SN1, 11.30am - 12.10pm

Si cikgu tekak sudah perit. Sudah mengajar empat masa (satu masa 40minit) hari ini. Hampir jam dua belas, perbincangan dah ditamatkan. Cikgu riang ria bagi homework. sebelum kelas bersurai,

"Report PEKA!! siapa belum hantar report, sila hantar sekarang! masukkan report kamu dalam fail"

"Cikgu, report saya kat rumah"

"Cikgu, eh kena buat report ka?" <--ni memang rasa nak luku kepala.

"Cikgu, boleh ka saya buat dalam notepad yang takda letterhead sekolah?"

"Cikgu, betui dak saya buat macam ni?"

"Cikgu, macam mana nak buat report PEKA?" <--ni pun patut kena sunat lagi sekali

herm..sabar sajalah. dah la tekak perit. lagi mau ulang benda yang sama. sabar. sabar. tak apalah, anggap saja cikgu kurang skil dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar.

"IBNU ZECKRI! mana report PEKA kamu?"

"cikgu, saya tertinggal kat rumah la, cikgu.."

"habis tu? kamu nak saya pi kutip report ni kat rumah kamu ka?" nada perli. huh.

hahahahaha. satu kelas ketawa. kemudian seorang pelajar lelaki tinggi lampai menghampiri saya.

"cikgu, cikgu! saya punya report, nanti saya bagi kat Ibnu eh. lepas tu cikgu pi la amik kat rumah Ibnu. cikgu, cikgu tau dak rumah Ibnu yang mana? cikgu tau tak lorong tiga taman peruda, rumah hujung yang paling besaaaq tu cikgu."


amboi!

9 komen tak puas hati:

IMANSHAH said...

hang p report polis je

Fatin Syahira Ramli said...

demand betoi budak2 nie haha. sabaq noh cikgu =')

chiLleD...!! said...

tu diaa...siap gitau rumah tang mana lagi..hehehe

Anonymous said...

melampau sungguh depa ni kan... sabar2 la cikgu yea ~

Khairul D'Arena said...

adeh..ni buat buat tak pahm ka..saja nak bg cikgu panaih hati ni....hehe..nice blog..

Ruby said...

haha.luku pala je sorang-sorang!

missn said...

haha... layan budak2 tak cukup umur ni memang wat panaih ati ja... tapi nak gelak pun ada... adoyai..

ana said...

jangan luku...tinju je terus hahahaha

NoorFarahain bt Othman said...

budak2 sekarang,haih.macam2 pe'el.naik tanduk pun ada naa..hg mst mengimbau balik kenangan kat skolah dlu kan ain?betapa payahnya nak suruh student perabih homework,panaih hati tgk homework tak siap,pastu ada yg lupa bawak pulak!haha..