Monday, April 25, 2011

rekod tak pecah

cerita hampir basi, saya masih mau tulis. sudah lama nak keluarkan entri ini, tapi menunggu beberapa keping gambar sampai ke laptop. hehe.

Ulangtahun kelahiran saya yang lepas ni, saya cuba untuk tidak memecahkan rekod saya sejak sekolah rendah. Rekod sentiasa ada kek birthday walaupun cuma sepotong kecil kek. Jadi, petang tiga haribulan april tu, saya ajak seorang teman, menemani saya ke kedai kek Resepi Rahsia.

Belikan diri sendiri sepotong cis kek. dan juga sepotong lagi untuk cik peneman yang baik hati.
Beli sendiri. Makan sendiri. Syok sendiri. Jadilah kan, lepaskan hajat nak makan kek juga masa hari jadi sendiri.

Syadida. Pertama kali makan di Resepi Rahsia, katanya.

Sama lah kita Dida, saya pun baru kali ke dua atau ke tiga. Tempat macam ni, orang-orang poket sengkek macam saya ni, harapkan hari yang betul-betul terasa istimewa lah baru nak jejak.


Seminggu kemudian, sebelas haribulan empat, saya keluar makan dengan Noraini Ahmad, kakak angkat saya yang tak berapa nak terangkat. Hehe.

ahli-ahli kelab debat yang lain pun ada.
Sebelah kanan ni Aqwa. Saya suka usik-usik dia di FB. Tapi bila dah jumpa, rupanya saya malu alah dengan dia. Nak cakap apa pun tak reti. Itu lah, dalam FB gedik sangat. Huh, hilang macho saya bila malu-malu pulak dengan kenalan lelaki.
Ini yang lain....ramai juga. Suhaimi makin kurus. Amir makin kacak. Mus tembam macam tu juga. Nora makin lawa paseipa ntah. Fawiz sudah kurang kacak tanpa misai ala pakcik.

Gambar kandid oleh Erni ka Aina ka Musfirah entah. Tapi saya suka gambar ni. Buat saya nampak misteri dalam kecomelan. Muahaha.

Makan kek batik Mus. johor mari. orang kampung saya kot ni, Segamat.

Tadaaa! Aini dan yang lain buat kejutan hari lahir untuk saya. Ada kek! Yeay! ada kek birthday sebenar. Haha. Terharu.

Sambil peluk saya, Aini cakap,

"adik, aku takmau pecahkan rekod hang."

Fawiz cakap,
"kawan-kawan ko sambut birthday ko ada air durian kan. tapi kek takdak."

dalam keharuan, saya membalas,

"huhu, ingatkan aku takdak kek tahun ini. tau tak aku pi beli & makan sendiri-sendiri kek kat kedai"Saya tak begitu kental dalam kerja potong memotong kek. serahkan pada yang pakar. nora memang terserlah keperempuanannya dalam hal ehwal memegang pisau, sekalipun pisau kek.

Pandai ya Aini. Dalam FB takdak upload gambar yang ada muka hang ya. Jadi saya merajinkan diri cari gambar Aini dalam portal UPSI.
Ambil ini sebagai pengajaran ya. hehe.

Terima kasih semua.

7 komen tak puas hati:

. said...

tak mampu rasanya nak makan kat resepi rahsia.

azahrohaizah said...

Salam
Happy belated birthday
dan selamat maju jaya cikgu Nurul AIn..hehehe

Anonymous said...

resepi rahsia. haha. betul lah tu.

um. bila nak banje macy pla?

Menusuk Hati said...

datang sini jumpa bakal cikgu.hehe..hp belated bdy..jom baca:Blogger Sombong?

Unknown said...

Wah~ Wah! Wah!!!

kapten said...

Selamat ari lahir..cikgu ain...

MaMa MoDeN said...

salam
selamat, selamat... mama tumpang happy.. tahniah ada kawan rakan sahabat yg baik2...
sampaikan salam terima kasih mama pd kawan2 kerana buat anak mama happy & kekalkan 21 tahun tata ada kek bday...:)