mereka yang tegar

Sunday, November 07, 2010

tragedi cinta generasi saya

Belek-belek akhbar, kerapkali juga saya menggetap bibir sendiri. Gerun. Terasa sebu perut bila membaca ramainya anak-anak gadis seperti saya dan adik-adik perempuan saya yang lari dari rumah. Seterusnya berita gadis-gadis bawah umur yang lari dari rumah, diperkosa teman lelaki. Huhu.

Berani ya? Mau beli seluar dalam dan tuala wanita pun masih tadah tangan minta duit pada ibu bapa, sudah berani mau lari dari rumah. Entah apa yang difikirkan mereka ini.

Juga sesak nafas saya membaca berita gadis pintar 15 tahun yang berkeras dan sanggup menentang keluarga kerana mahu mengahwini teman lelakinya, seorang pembantu restoran 19tahun. Aduh. Sungguh, kalau saya menjadi ibu bapanya, masakan saya mahu melepaskan anak gadis yang akan mengambil PMR, dengan lelaki yang belum tentu masa depannya.

Orang Dulu Kawen Muda Juga, Tiada Masalah Pun?

Apabila Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rustam menyatakan kehairannya dalam Milenia Muslim November 2010 (Artikel Antara Kahwin Muda dan Buang Bayi, Cara Melaka Tangani Isu Ini)

"Saya sendiri tak faham mengapa umur antara 16 hingga 18 tahun dikatakan tidak bersedia menguruskan rumah tangga dan bakal meningkatkan perceraian dari perkahwinan awal usia. Bila kahwin lewat menjadi masalah dan sekarang kahwin awal pun jadi satu masalah juga. Dahulu nenek dan ibu kita pun berkahwin dalam usia seawal 12 tahun. Tiada pun bercerai-berai"

Adoi la.. anak perempuan dulu-dulu, tidak pun dihantar bersekolah dek keutamaan lebih pada anak lelaki. Anak perempuan dulu-dulu ditanamkan fahaman tempat perempuan di ceruk dapur. Umur 9-10 tahun sudah cekap (bukan sekadar tahu ya) menjaga adik, memasak, mengemas rumah dan tahu segala macam keperluan menjadi suri.

Gadis sekarang? Seusia saya (termasuk saya mungkin) sudah masuk 20tahun dan lebih pun, masih tidur mengelek anak patung. Patung beruang la, patung arnab la, bantal bintang kiut miut masih dibuat teman tidur. Matangkah?

(tapi ada juga rakan saya yang nakal membidas, gadis sekarang walaupun sudah di Universiti masih tidur dengan anak patung sebab dihalang tidur berteman lelaki bergelar suami. ahaks! nak setuju boleh tak?)

Gadis sekeliling saya, ada yang sudah 22 tahun masih mengadu mau balik rumah pada ayah, bila bergaduh dengan kawan sekursus. Matangkah?

Ada juga yang masih dalam dilema masalah kanak-kanak sekolah rendah iaitu, 'kau kawan aku jadi kau tak boleh kawan dia'

Adoi, macam mana mau kahwin kalau masih begini?

Kalaupun ada yang telah mencapai kematangan sepatutnya, berjumpa si dia yang berkenan di hati, dan demi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, lalu golongan ini memberanikan diri menyatakan mahu berkahwin muda pada ibu bapa, ramai yang dihalang.

Ya, situasi sekarang menghalang. Anak-anak muda yang bergelojak jiwanya mau hidup berteman terperangkap dalam sejenis sifir. Sifirnya mudah, 'belajar, kerja kemudian baru boleh kahwin'

"Jangan nak kawen sekarang! Habiskan belajar dahulu", ujar bapa.

"Hang dah gatai nak menikah dah noo. Kerja baru sebulan. Kerja la setahun dulu bagi mak puaih makan duit hang", bicara emak.

Haha, macam-macam. Tragedikah?

23 komen tak puas hati:

Insan Marhaen said...

alhamdulillah. Ain tau tak pa... sejuk hati mama...

-hazen said...

gila la

setuju banget!

buzzy said...

wah ain,musim2 periksa ni pun sempat post pasal kawen.hehe sbg inspirasi ek?

realitinya betul ape yg kamu kata.
bg yang lelaki,ungkapan biasa "nak bagi anak org mkn ape?megi?sardin?.sardin pun mahal tau tak"hehe..

F.Aminurrashidd said...

matang itu realtif.. kalau sudah bersedia, kahwin jer lah... bak kata orang yg saya kenal. kahwin lah awal jika kamu sudah bersedia, rezeki ada di mana-mana, pandai-pandailah.

Konsep BERSEDIA itu harus lah difahami.

f_aRa_aINa989 said...

dgr tu ain..jgn sik ingt nak kawen jaaaa...
:p

amirah said...

sapa punya bantai bintang kiut-miut??nak perasan bule?hak2

ana said...

budah skrg cepat pandai...dgn mcm teknologi yg ada, pandai pada perkara yg tak sepatutnya.

Nasriq said...

matang dulu sebelum kawen atau matang selepas kawen yang mana lagi baik?

BLADE EDGE said...

Salam...

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

kawin jer cepat2...

anyway, kalo ada masa, silalah ke blog saya..

regards,
BLADE EDGE

Ibn Mustakim said...

Hal ni ada pro & con

Sudah benar2 fahamkah tentang 'Alam Perkahwinan' sudah benar2 sediakah?

Usah cepat kahwin dan cepat juga bubar perkahwinannya.

♥ manje ♥ said...

bdk2 skrg byk dah terlampau 'advance'... cpt jemu kot hehe

ain fathihah said...

IM, sejuk hati Baba juga. hehe. takat ni sejuk la. harap tak panas.

ain fathihah said...

hazen, setuju tang mana?

ain fathihah said...

zaini, haha musim2 exam ni la tiba2 terasa nak kawen sgt2! ngeng tak? hehe.

ain fathihah said...

fawez, bersedia yg bagaimana? teringat Baba aku penah cakap, perkahwinan tu bukan semata-mata nak menghalalkan seks

ain fathihah said...

aina, hang pun samaaa! hehe

ain fathihah said...

Mira, bantai sapa taktau? boleh jumpa kt bilik no.2

ain fathihah said...

Ana, betul tu. budak skrg advance macam2 sgt.

ain fathihah said...

nasriq, mungkin yg eloknya, kematangan seiring dengan usia perkahwinan. err.. kot? hehe xtau la

ain fathihah said...

Blade, salam kenal

ain fathihah said...

Ibn Mustakim, terima kasih atas ingatan

ain fathihah said...

manje, prinsip zaman skrg, sapa cepat dia dapat. sapa lambat tak dapat pape.

MuhD NoR AzyM said...

Hehe. Aku setuju kawen awal. Bukan apa, bila kawen awal ni, nnt anak2 akan cepat membesar. Takdela umur kita dah 40++ nnt baru nak uruskan anak masuk tadika.. +_+

Aku target nak kawin seawal umur 24. Sekarang ni tengah buat bisnes (sambil belajar) utk kumpul duit. Hehe. Doakan ye! =D