mereka yang tegar

Tuesday, November 30, 2010

Ba Alif Ba Alif

salam'alaik. Lama rasanya saya tak menulis pasal Baba kesayangan ni. Hehe. Tiba-tiba rindu! rindu sangat kat Baba.
Baba saya hensem! haha.

Baru-baru ini, setelah selesai tiga kertas peperiksaan yang sangat meresahkan hati, macam biasa saya adukan pada Baba,

"Baba, tiga paper exam yang dah lepas ni, tata langsung tak boleh buat. sedihnya"

"Laa awat tak boleh buat? Pakcik tak telefon ka?"

"isk Baba ni. mana ada. tata duk pikiaq pasal kita la"

ceh. saya hampir hilang fokus pada peperiksaan dek memikirkan keadaan famili, Baba boleh sakat saya macam tu pulak.


Masa zaman sekolah dulu, bila kadang-kadang saya sakit kepala, saya akan buat-buat melentokkan kepada di paha Baba, sambil merungut,

" Tata sakit kepala ni "

dan Baba akan picitkan sikit dahi dan belakang leher saya. Cuma sekejab. Tapi menyegarkan dan menenangkan. hehe sayang Baba! Baba memang rajin tolong picit kepala saya. Sejak saya kecil rasanya.

Pernah sekali, ketika saya masih belajar di matrikulasi, saya yang sedang pening kepala dan separa demam terbaring di ruang tamu..depan TV. Sambil memicit-micit dahi sendiri, saya sedang berSMS dengan Pakcik Fadzil. kononnya mengadulah kan....

mungkin Baba perasan saya tidak pergi merengek pada dia seperti kebiasaan saya, Baba memerli saya,

"hah, dulu sakit sikit, demam sikit, cari Baba. La ni dah ada pakwe, sikit-sikit abang, abang."

hoho, sentap weh.

sampai sekarang saya tak lupa dialog tu. Tapi mungkin Baba tak pernah ingat pun. hihi.
Baba sayang,
moga Baba sihat selalu. Makan banyak-banyak sikit bagi berisi balik. Sejak ada diabetis melitus ni, makin kurus kering dah Baba ni. Bontot pun takda. keh3.


p/s : Baba, tata takda duit dah ni. err.... haha. dush dush!

(ini bukan entri membodek nak minta duit belanja okay!)

9 komen tak puas hati:

-hazen said...

ni bodek nak kawin ni..

kapten said...

Salam....
Teringat pesanan imam muda, ada satu benda yang perlu kita jaga dengan amat rapi sekali, dimana jika terluka amat bahaya kepada kepada diri kita. Benda yang dimaksudkan adalah 'HATI KEDUA IBUBAPA' keredhaan ALLAH adalah terletak kepada keredhaan ibubapa.

ana said...

ye ke bkn nak minta duit...hehehehe

nizamsani said...

apa maksud pakcik tak telefon ka?

Cik Gallus Gallus said...

ala..ala..anak ayah ;D

ismiaisha said...

ain mmg anak manja~ :P

HEROICzero said...

heheh cikgu ka? mcm ade gaye =P

♥cutebabygirl♥ said...

haha
aku suka kata2 baba! :D

ASaDa RyutaRo said...

isk.. isk... tersengih membaca.. hihi.. takde duit baru cari baba kan.. ;P