mereka yang tegar

Thursday, November 11, 2010

Baba

Semasa saya di sekolah rendah dulu, saya bersekolah di sekolah yang sama dengan sekolah tempat Baba bertugas. Dari darjah satu, hingga darjah 3 rasanya.

Perasaan jadi anak cikgu?

Jujur, tak la best sangat. Sebab saya akan jadi perhatian. Nama sendiri juga seakan tidak wujud, malah dipanggil 'anak Ustaz Roshidan' saja.

Berita mengenai saya, pasti cepat sampai ke telinga Baba. Bila dapat markah ujian atau peperiksaan pun, saya dengan hati teruja mau beritahu tapi,

"Baba, Tata dapat markah Matematik dah"

"oh, dah dua hari Baba tau dah markah Tata"

erk? terus keterujaan hilang.

Ada satu perkara yang saya masih tak boleh lupa sampai sekarang. Perasaan bila Baba berucap di perhimpunan sekolah. Bangga woh! Rasa macam saya ja yang ada atas pentas perhimpunan tu.

Selalunya bila Baba berucap, saya akan berdebar-debar. Seronok tengok Baba dari tempat murid-murid beratur.
Sekarang, rasanya dah banyak tahun saya tak tengok Baba di hadapan, berucap. Rindu rasanya!

6 komen tak puas hati:

Pencacai Alim said...

bestpe jadi ank cikgu..takde org brani usik..hakhakhak

maCy said...

tak pernah tengok abah cakap kat depan. oh, sebab dia jadi cikgu sekolah menengah masa macy masih di sekolah rendah! haha

ana said...

xpe...anaknya dh nak take over! :)

ASaDa RyutaRo said...

mesti rasa otai kat sekolah ni. hahaha..

sembil9n said...

tak bst jd ank cikgu!! mak ayah ku cikgu =__=

Anonymous said...

bangga lah jdi ank cikgu sebb cikgu pun tgolong di kalangn pwaris Nabi.....bkan senang tau nk pikul tgjwb tu sampi capai tahap dsegani rmai