mereka yang tegar

Friday, November 12, 2010

momen UPSR - Amirah Fatin

Tahniah pada adik-adik sekolah rendah yang dah dapat keputusan UPSR. sempat juga saya menjengah ke blogger Ibu-ibu yang punya anak yang mengambil UPSR. Macam-macam kisah ada. Tahun ni takda adik saya yang ambil UPSR. cuma Kak Uda yang akan mengambil SPM dalam masa terdekat ni. Selamat Maju Jaya, Adikku.

Dalam adik-beradik saya, setakat 5 orang daripada 7 yang dah ambil UPSR ni, tak pernah lagi ada yang dapat 5A. haha. Boleh kata, kami semuanya sederhana saja dalam akademik. Tapi selalu juga terbeban dengan,

"laa awat tak dapat 5A? anak cikgu mesti pandai"

Baca. Anak cikgu mesti pandai. isk isk isk. sabar ja la.


Kak Uda dan UPSR.

Dalam ramai-ramai adik saya yang ada, saya paling tak boleh lupa semasa Kak Uda akan mengambil UPSR. dengan pencapaian akademik semasa yang agak lemah, memang Baba dan Mama sangat risaukan dia.

Kak Uda pula, semasa masih di sekolah rendah, agak buas juga. Nakalnya tak padan dengan nakal kanak-kanak perempuan. Ada saja yang di-projek-kan dengan dua adik di bawahnya, Kak Teh dan Kak Chik. Mandi bertiga, berjam-jam sampaikan pernah satu hari, mereka pecahkan sinki di bilik air. Tak tahu la bergalak apa tiga orang tu sampai sinki pun boleh pecah.

Berbalik pada kisah UPSR, menjelang empat atau lima bulan menghampiri UPSR, Baba arahkan Kak Uda berpindah bilik. Daripada duduk sebilik dengan Kak Teh dan Kak Chik, Baba suruh Kak Uda pindah bilik saya.

huh? awalnya saya membantah. Siap merengek-rengek lagi kat Baba, sebab tak mahu sebilik dengan Kak Uda. Sebabnya, err..ada macam-macam sebab la. Haha, masa tu, saya dah tingkatan empat. Umur dah 15tahun pun masih tak matang lagi. Asyik bergaduh dengan adik-adik.

Selain Kak Uda dipindahkan bilik untuk mengawal kenakalannya, Baba amanahkan saya untuk membantu Kak Uda menghadapi UPSR. kena jadi cikgu pada Kak Uda.

Lagi saya merungut,

"huh, tata dulu nak UPSR takyah susahkan kakak Tata pun! ni paseipa plak nak kena jadi cikgu dia. Cikgu kat sekolah kan ada"

balas Baba mudah,

"awat? kamu tu ada Kakak ka? kalau adik tak menyusahkan kakak dia, sapa lagi? Kamu takdak kakak, nasib la"

Jawapan yang membina kesabaran sekaligus buat ketidakpuasan hati saya hilang begitu saja. Begitu juga bila saya mengadu barang-barang saya diselongkar dan diusik oleh adik-adik, Baba akan cakap,

"Kalau adik tak kacau barang kakak, sapa lagi?"

grr..

Setiap malam, disamping menyiapkan kerja sekolah saya, saya akan mengajar Kak Uda. Yang paling kerap, Matematik. Baba suruh tekankan Matematik sebab Kak Uda sangat lemah dalam subjek ni.


Malam Pertama.

23+44 = ?

maka saya ajar Kak Uda satu persatu cara nak buat penyelesaian matematik dalam bentuk lazim tu. Siap satu soalan. Sempat juga membebel, "dah darjah 6 pun tak reti buat math bentuk lazim ka?"

Untuk menguji kefahamannya, maka saya ambil kertas lain, dah suruh dia ulang soalan yang sama. Kertas yang dah conteng tadi tu, saya simpan.

"nah, buat ni. 23 + 44 sama dengan berapa? kira dulu."

Lama dia diam. Merenung kertas tu. Diam lagi. Pensil di tangan tidak bergerak pun.

"weh, buat la. tadi kan dah ajaq. termenung apa? cepat!" saya mula meninggi suara.

Diam lagi. Tidak menguit. Tak bergerak. Lama.

"Mira, kamu reti ke tak buat soalan ni?"

Saya rasa nak menangis bila Kak Uda menggeleng kepala, tanda tidak tahu. Dah la dia buat muka takda perasaan. Aduh. Bukan rasa nak menangis. Memang dah menangis dah pun. Dah la baru saja buat soalan yang sama, tak sampai 5 minit. Dia boleh cakap tak tahu buat. Grrr!

Geram. Saya rasa nak menangis mungkin sebab geram yang amat-amat, ditambah kena buat benda yang saya tak suka (ajar adik).

Geram, nak marah. Tambah lagi rasa nak cubit-cubit saja budak ni, tapi Baba dan Mama ada berhampiran, jadi tak boleh nak lepaskan geram. hak hak!

dah malam-malam seterusnya, saya memperuntukkan masa untuk mengajar Kak Uda dalam Matematik dan subjek-subjek lain. Alhamdulillah, daripada Matematiknya memanjang E dalam ujian-ujian sekolah, dia dapat B untuk UPSR. Subjek lain saya tak ingat.

Lega. Memang masa dia nak pergi ambil keputusan UPSR, saya sangat-sangat berharap, jangan la ada subjek yang gagal. bikin malu cikgu kecik!

pada saya, arahan Baba itu secara tak langsung buat saya lebih bersabar dan rapat dengan adik-adik, dan juga menimbulkan rasa sayang saya pada mereka. Kekerapan saya bergaduh dengan adik-adik juga makin berkurang. Kurang saja, bukan tiada langsung. hehe.

8 komen tak puas hati:

umi kalsom said...

cikgu, lepas ni teruskan usaha mendidik anak bangsa pla..hehe..:)

adeebahfarzana said...

1st! kamu misscall kakteh mesti sbb kamu dah habis update ! kan ? haha ! dah baca pun ,
ceit ! apa pasal tragedi dlm pancoq pon kamu nak cerita ,
Grr~ buat malu ja =.=''

c.u.m.i said...

kihkih...
alahai...comel je die garang ngan adik2 ye...
nk ajar org lain nie perlu kan kesabaran yg tinggi...
yg penting ikhlas... :)
bile kte ikhlas utk mengajar, make dorg nie akan ikhlas utk menerima ape yg kte ajar... hehe...

:D

Sofia Karim said...

Betul.. Bila kita mengajar adik beradik sendiri, asyik nak marah2 aje kn? aisshhh, xtau la kenapa.. tp, bila ngajara anak2 org len, ok plk.. hehehe

Insan Marhaen said...

musim banjir ni ingatkan IM pada sekolah rendah dan cikgu marfuzah...

Lieya said...

alah.. gado adik beradik biasa la yang oi.. akak pun kecik2 selalu gaduh2.. tp tak bawak ke mana pun..kekeke

luthfi said...

adik saya dapat 5a baru - baru ni.. anak cikgu memang pandaila ain.. hehehe
ain kan pandai..

Amiene Rev said...

pst: ajar dan suruh 2 perkara berbeza. ;)