mereka yang tegar

Wednesday, November 10, 2010

emel cinta untuk saya

Kalau ada kalian yang perasan, dua tiga entri saya sebelum ini, lain sikit dari kebiasaan. Ya, sebelum saya alergik jarang menulis tentang cinta. Sejak-sejak saya rajin menulis entri berkisah cinta-kawen ni, secara tiba-tiba dapat emel bertanyakan soal cinta pada saya. huk alohh~~ tak pasal-pasal dah jadi Dokter Chenta Cik Cinta. bukan Chinta Chandurri ya!

Ehem-ehem. Jom! Mari bersama Cik CintAin Fathihah.

emel daripada ciktaktahunama@yieha.com.. (copy-paste saja, kurang rajin nak edit ejaan carca marba sangat ni)

'A'kum. aQ jumpe blog ko kt fb. ade jge bca ckit2 tlsn ko yg lama2. dr tlsn ko, aQ tetibe sdr byk pkara. tme ksh. erm, cmna ko blh tls dgn idea matang ek? ko mude dr aQ. tp aQ rsa cara kite bfkir sgt jauh beza.

ni aQ ada 1mslh nk tnya pndpt ko. ni mslh antara hdup + mati. aQ dh lma kapel dgn sorg laki ni. syg die sgt2. 2thn aku bhgia dgn die. mcm kapel2 lain gak, kmi dh biase ringan2, tp aku msih dara. itu aQ nk smpan mlm 1 kmi nti.

mslhnya sjk 2bln ni tbe2 die bt perangai, curang dgn aQ. die ada affair dgn adk agkat die. aQ dh minta dia plih antra aQ atau pmpn miang tu, tp x sgka2 dia plih pmpn tu. skrg hbgn kmi dh ptus. 3mggu aQ rse mcm myt hdup. asek ngs je. aQ nk mnum rcun. jntn tu mg xgne!'

erk. sebelum saya dapat faham apa yang mau disampaikan gadis ni, saya kena ulang-ulang baca dek ejaan yang susah difahami. Saya memang bermasalah sikit nak faham tulisan orang muda sebegini.

Wahai Cik Gadis TaktahuNama...

bila saja saya baca kenyataannya pasal nak minum racun tu, terus saja hati saya terdetik, minumlah, ada ku kisah? orang yang betul-betul nak bunuh diri takkan cakap pada orang yang dia nak bunuh diri. Senyum sinis saja depan laptop seorang diri.

Weh! Sapa la yang permainkan saya dengan hantar emel macam ni nih? Macam kelakar ja emel ni. Cepat! Sapa buat, baik mengaku.

haha. kalau begini caranya, memanglah saya tak layak jadi tempat rujukan untuk sesiapa yang ada masalah cinta. pertama, saya merasakan masalah-masalah sebegini remeh untuk diambil berat. bukan masalah antara hidup dan mati pun. ini namanya masalah yang dicari.

kedua, saya antara generasi baru yang sudah tak mengagumi kisah-kisah keagungan cinta generasi terdahulu.

Ya, apa relevannya Laila dan Majnu yang mati berpegangan tangan di padang pasir demi membuktikan kekuatan cinta? Umum tahu, Majnu si miskin mencintai Laila anak gadis orang kaya. Andai betul cinta, kenapa Majnu sanggup merosakkan diri merindui dan menangisi Laila yang terpisah darinya? Apa salahnya Majnu si miskin berusaha mempertingkatkan dirinya ke tahap yang lebih baik, supaya diterima oleh bapa Laila sebagai menantu?

dan ini juga bukan lagi zaman Juliet yang sanggup mati minum racun kerana menyangka Romeonya telah mati dibunuh.

Cinta itu, bila ianya dah tak lagi membahagiakan malah membeban jiwa, tinggalkanlah. Gadis, dengan usia yang ada ni, lebih baik diguna untuk mencipta kecemerlangan diri.

nota tumit ; ini bukan entri untuk menjawab emel ya.

13 komen tak puas hati:

Cik Gallus Gallus said...

sape yang nak bunuh diri hanye kerana jantan memang tak guna

F.Aminurrashidd said...

entah jantan yang bunuh diri sebab betina pun memang tak guna.

Anonymous said...

aku pon same cm ko..dlu ade dormmate aku pon pegang gunting maw cederakan diri sndiri.. aku dgn die jek ade dlm dorm ms 2.. aku tarik selimut pura2 tdo.. aku pikir kalo die betul2 nak bunuh diri, g la dlm bilik air, watpe depan aku.. p/s: dah 5thn berlalu, jgn risau, die masih hidup..haha

Cik Mus said...

perbuatan bunuh diri itu tidak disukai Allah..

a kl citizen said...

saya ni tak caya sangat orang nak bunuh diri minum racun ni ain, kecuali lah dia dah terbunting 8 bulan dah, buntu sangat...itu risau juga dibuatnya.

nasihat saya, get out of his life.... kalauboleh sejauh mungkin... setahun dua memang payah nak lupa, lama2 jadi biasa. time will heal the pain, but ... keeep faith in Allah ..that is very crucial..
siap speaking lagi ni

NUR AZIAH AHMAD SOHIMI said...
This comment has been removed by the author.
f_aRa_aINa989 said...

giler pe pompuantu!
weyh, sejak bila hang jd pakar motivasi ni?

ana said...

tak berbaloi bunuh diri sbb lelaki...kan cik cintAin? hehehehe

Cahaya Murabbiyah Islam said...

sabar ae ain comey..=)

amirah said...

xberbaloi even da jadi suami sendiri..weh hidup bukan sekadar aku cinta ang,ang cinta aku...dosa besar bunuh diri,budak xda gigi pon tau

mrs jamal said...

betul memang ain punya penulisan memang bagus tahap gaban...len kali nak jemput ain tulis kat belog makcik la..buleh??

Hagakure Kira (bukan 'kura' tau) said...

wah! dipuji melambung2 nih..tumpang bangga leh x? tumpang je :D

musya said...

haih. menyirap lak aku baca emel budak tu. dia ingat mati pon senang ka. -syakila-