Friday, August 06, 2010

Ringan rasa mau melayang

Dengan tinggi saya yang tak berapa nak tinggi ni, juga dengan besar susuk badan yang tak berapa nak besar ni, saya memang kelihatan seperti anak sekolah.


“Tingkatan berapa ni, dik?”


“err, tiga”


Masa di Tahun Dua UPSI, saya akan jawab tingkatan Dua. Sekarang di Tahun Tiga, saya jawab tingkatan Tiga pulak.


Mudah jawab begitu. Tak ada persoalan meleret-leret.


Kalau saya jawab saya sedang belajar di UPSI, maka akan muncul persoalan susulan,


”hah, UPSI? Umur berapa ni”

”Laa keciknya macam mana nak jadi cikgu ni”

”betoi ka umur 20? Meh tengok IC”


Grrr! Geram betul. Kadang-kadang ada juga yang tanya, ”ni darjah berapa ni?”. haa yang ni memang spontan saya jawab, ”darjah 6”.


”Ooo tahun ni UPSR. Belajaq elok-elok nah”.


”haa, iya. Terima kasih”.



Sejak di matrikulasi lagi, saya selalu berusaha gigih nak naikkan berat badan. Makan sungguh-sungguh. Tapi berat tak naik pun? Huhu. Kekal di 39-41kg sahaja.


Sampaikan kadang-kadang rasa mau minum susu Weightgain saja. Ala, susu Appeton tu la. Tapi risau pula kalau minum nanti, badan naik menggemok gebu sampai saya jadi bulat sangat.


Semester lepas, musim exam, saya, Mira dan Aina agak rajin memasak. Study, makan, tidur. Bangun study, makan, study, makan, tidur. Kerap juga makan lewat malam. Sebelum tidur, buat cucur bilis, cicah mayonis. Juga makan kek batik yang manis tu sampai pedih lidah.


Akhir semester, sebelum bercuti, berat saya naik 3kg dari 40kg. Mira pun sama.


Saya : Weiii, seronoknya berat aku naik 3kg! Hehe.


Mira : erghh, paseipa naik banyak sangat berat aku ni. 46kg weh! Ah esok aku nak diet. Ain, hang la nih. Bagi aku makan cucoq cicah mayonis.


Cuti semester dua bulan, berat badan saya turun mendadak. Dari 43kg, turun ke 36kg! Huhu. Badan rasa ringan melayang. Kalau gajah ke, badak ke, dinasor ke hembus nafas kat saya, entah-entah boleh terbang melayang badan saya ni. (pergh, hiperbola melampau).


Awal semester lima, saya memang kurang berselera untuk makan. Sampaikan Cik Gadis berdua, Mira & Aina, pelik melihat saya tak mampu menghabiskan setengah pun daripada Nasi Goreng Ayam di Shahira Tomyam.


Selera makan hilang. Mungkin jiwa kacau?


Sapa-sapa ada tips untuk saya naikkan berat badan (secara sihat), jemput kongsi dengan saya. Risau ni...huhu.

21 komen tak puas hati:

amirah said...

tiru macam saya.huhu.

Unknown said...

haha...kesian kamu ain..takpelah...saya nak bagi tips pun saya tak tahu..cuma saya harap kamu sehat2 ajew la selalu ea~!
Latest post:trip Pulau Pangkor,bahagian 3 dah!!

sugar2 kapas strawberry said...

dlu pon sy kurus..tp skang daberisi..rahsia??

mkn la di lewat mlm.ahahaha

tp xelok kot.tp klu nk naikkn berat badan nila salah satu cara dia..kekekekek

dan skang sume da tego..asal ko berisi skang nih..

aku seorang Temah said...

ain dah cute dah camtu..
comel and just nice :D

payah nak jumpe cikgu yang comel2 camni

Unknown said...

samala kita ain...xpa...nnti2 naikla berat 2..asal shat walafiat dah..bersyukur atas nikmat 2...utk pgthuan hg,byak lg orng brat cam kita...cma x dketahui..he3. :)

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

haha.
minum ja weh susu weightgain tuh.
xdak nya nk jd belon.
agak2 ang dah capai 1 tahap yg ang rasa ok, stop jelah.

Beruwang said...

ala hai comel nya anak uncle...pakai kasut kiki lala lagi tak

Hami Asraff said...

Tips?
Lebihkan makan protein!

Guru said...

jealousnya saya kat ain...
nak naik badan, kena makan je lah ain..

terbaru dari saya : tidak pandai berniaga

Linglung said...

hehe..payah jugak ini mcm ek? tp gua setuju cara lu jawab tu. jwpn yg xmengundang soalan susulan. sng cerita!

Unknown said...

haha.

takpe, badan kecik.

ilmu melangit.

=]

Qib said...

benci33.. nak turun berat badang gakk.. rahsia apaaaa???


Latest entry. Mai la jengok
Tolong (patploh juta kali)

Anonymous said...

sama la kita. ahaha~

dik, skola mana? hahaha

ouh upsi, amek pe yunk?

NiZaM Limited said...

sebenarnya nak turun atau naikkan berat badan yg penting DISIPLIN. rasanya sume org pon tau nak naikkan berat badan kena lebihkan makan..nak kurgkan berat, kurangkan makan.

pernah kat satu talk kesihatan..kata penceramah tu..kalo nak tambahkan berat badan skurg2nya mkn berat 3 kali sehari..nak maintankan mkn berat 2 kali, nak kurgkan berat mkn sehari skali..

tp kalo drpd pngalaman sy, mkn berat 3 kali tp lebihkan mkn daging aka protein..pastu mkn pada lewat malam..kalo slalu amalkan. mmg bleh gemok dlm jangka masa yg cepat..=)

hentian said...

ibu_suri pula risau berat badan tak mahu turun. sampai kena beli JusMate...

Mr. Asada said...

ringan sangat lagi ke skrg ni.. hurmm.. makan dengan kuantiti biasa, tapi kerapkan pengambilan.. ngee =P

pernah minum weightgain gak tahun lepas, tapi naik sikit je. hahaha..

geeds said...

omg. haha. i'm having the same problem too!
i've been eating like a mad horse and i don't increase even a slightest weight. T___T
mcm mne na tambah berat badan ni. let me now when you found the formula. haha.

Hellioz said...

arrr.....

gwa sendiry sedang cari solution
gyahahahahaah~

Anonymous said...

36kg?

gua rasa macam nak bunuh diri dengar orang berat badan macam ni? flesh babe flesh is important for us women.

so, bawak bawaklah order herbalife sayang.. :)

luth textile said...

lepas kawen gemok la ain.. seriuss

nadianarzaray said...

waaa ain bestnya kurus...heheheh kalo ang nk tips kurus adalaa..tipss membesarkan badan xdeer..hehehhe